MAIM 33

"EIZ! Tunggulah!" Jerit Ridyard apabila perasan bahawa Eizray semakin mempercepatkan langkahnya. Ridyard kemudian berlari dan memaut tangan Eizray.

"Tunggu.. aku semput ni.." ujar Ridyard sambil menarik dan menghembus nafas.

"Nak apa?" Soal Eizray dingin. Ridyard melepaskan pautan apabila terperasan akan mata mata yang memandang serong ke arah mereka.

"Eiz.. Aku tahu kau sayang sangat pada Ezuerdo tu, jadi kami tak ada pilihan lain selain berharap kau akan tahu sendiri kebenarannya nanti. So kitorang taknak bergaduh dengan kau. Maafkan aku dan adik beradik kau. Dah, aku taknak Eiz yang asyik dingin ni. Aku nak kau yang dulu." ujar Ridyard lagi. Eizray hanya diam sebelum tiba tiba dia menolak Ridyard dan Ridyard tersungkur di atas tanah.

Bang! Bang!!

Ridyard membulatkan mata. Kelihatan Eizray cuba menembak sesuatu dari jarak jauh.

"Woi! Kau buat apa tu?!" Jerit Ridyard. Eizray menoleh sebelum baring di tepi Ridyard.

"Kau dah kenapa!"

"Tak boleh lawan lah.. Dia guna sniper. Aku tak bawa senjata." Ujar Eizray selamba lalu menutup mata. Tangan diletakkan di bawah telinga. Ridyard ternganga.

"Okey. Aku taknak Eiz yang ini. Aku lebih rela nak Eiz dingin. Eiz, kalau kau nak buat lawak pun agak agak la! Dior.."

Bang! Bang!!

"Pergi." Ujar Eizray dengan mata yang masih terkatup. Ridyard mengerutkan dahi.

"Ha ha, lawak, setan. Habistu kau?" Ejek Ridyard.

Bang!

Ridyard sekali lagi ternganga apabila peluru itu hampir tepat mengenai bahunya. Jarak itu hanya seinci je.

"Aku cakap pergi, setan!" Suara Eizray naik dua oktaf namun, matanya masih tertutup. Ridyard tanpa kata terus berlari.

DEBUMMMM!!

Ridyard menoleh. Kelihatan kawasan tempat Eiz tidur tadi penuh dengan asap sehingga mengaburkan pandangan. Ridyard terkaku.

"Eiz...?"

***

"EIZ!"

Ridyard masuk ke dalam kepulan asap dan kakinya terhenti melihat Eizray.

"Mencari gaduh dengan aku, sehari selepas hari perkahwinan aku.. itu adalah tindakan yang sangat berani." Eizray tersengih dan mencengkam rambut seorang lelaki dan kepala itu didongakkan kasar.

Kemudian kepala Eizray menoleh ke arah Ridyard.

"Betul tak?" Soal Eizray. Ridyard hanya diam. Jantungnya berdegup laju melihat kepala manusia ditangan Eizray yang sudah terputus dari badan dengan daging yang bersepai ditanah.

Eizray memang gila.

"Aku rahsiakan tentang perkahwinan aku dari kalian kerana aku menjangkakan hal ini. Tapi malangnya, Tasy rosakkan segalanya. Tasy bertemu dengan kalian dan bagitahu bahawa kami akan berkahwin kan? Dan Evarya turut mendengar. Sebab itulah, aku diserang hari ini."

Eizray memandang mata mata yang kelihatan tajam merenung dirinya dari dalam semak.

"Kerana Evarya.. adalah Don. Dan R.A Mafia adalah musuh kita." Tangan Eizray melempar guli ke dalam semak samun.

BOOOM!

Asap semakin banyak berkepulan. Ridyard melihat seorang demi seorang penyerang R.A Mafia tumbang dari dalam semak tersebut.

Ridyard melangkah ke semak dan menyelak daun daun yang menghalang jalannya.

"Bagaimana kau matikan mereka hanya dengan guli ini?" Soal Ridyard sambil mengambil sebiji guli yang sudah retak. Guli itu sudah tidak bersinar.

Eizray hanya senyum.

"Kau ingin tahu?" Soal Eizray. Ridyard angguk.

"Jika kau ingin tahu, maka tunduklah."

Ridyard berkerut dahi. Namun badannya pantas menunduk apabila Eizray tiba tiba melemparkan segenggam guli ke arahnya.

"SIAL!"

Bersama jeritan itu, Ridyard terasa tubuhnya tertolak ke tepi dan bunyi dentuman kedengaran.

"Eiz!!" Jerit Ridyard terkejut apabila melihat seseorang sedang mencekik leher Eizray.

"Diam!" Manusia mengeluarkan biji guli yang sama lalu dilempar kepada Ridyard.

Ridyard kaku. Seluruh badannya terasa tidak boleh bergerak apabila bersentuh dengan asap guli itu sehingga akhirnya jejaka itu terbaring ditanah.

"Ergh!" Ridyard cuba bangun namun sia sia. Dia terasa seolah olah badannya dicengkam rapat ke tanah.

Mata manusia itu kemudian memandang Eizray yang dicekiknya.

"Kau! Benar benar akan mati hari ini." Dia menyeringai.

Eizray tersenyum.

"Akhirnya, kita bertemu.. Don."

***

"ARGH!"

Ridyard membuka mata. Terus dia bangun dan memandang permandangan luar.

Dia didalam kereta?

"Selamat pagi."

Jejaka itu menoleh ke tepi dan melihat Eizray sedang memandu kereta.

"Eiz! Kau tak apa apa?" Soal Ridyard. Eizray menoleh sekilas dan berkerut dahi.

"Kenapa?"

"Tadi, kau bertemu dengan Evarya! Kalian bertarung dan.."

"Kau tidur terlalu lama ke sampai otak kau tiba tiba menjadi begini?" Soal satu suara dari arah belakang.

Ridyard menoleh.

"Eva?"

Evarya senyum lalu menutup buku yang dibaca dan mengeluh.

"Tidurlah Rid, sambung mimpi kau itu. Mesti kau bermimpi hebat kan tadi?" Soal Evarya. Ridyard terdiam.

"Macamana aku boleh berada didalam kereta ini?" Soal Ridyard. Kepalanya masih bingung memikirkan adengan tadi. Mustahil dia bermimpi, kerana adengan adengan itu terasa seperti sangat nyata.

Eizray menggeleng seketika sebelum dia terasa getaran didalam poketnya.

Telefon diambil.

"You dekat mana?" Soal suara dari dalam talian.

"Ada hal sikit. Why?"

"I sunyi."

Eizray tersenyum sedikit.

"Alright, aku dah nak siap ni nanti aku datang." Ujar Eizray. Panggilan dimatikan dan dia memandu dengan laju.

"Woi woi, ingat mati!" Ridyard berpegang pada pemegang apabila kelajuan kereta itu bertambah.

"Isteri aku sedang tunggu, jadi aku kena hantar korang dengan cepat." Ujar Eizray.

"Mentang mentang ada bini, kau gadaikan nyawa kami?!" Jerit Ridyard geram.

Eizray hanya diam membisu dan memandu dengan lebih laju.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top