MAIM 32

.
.

Aku terima nikah, Ku Anastasia Balkis Binti Tengku Amir dengan mas kahwin 20,000 ringgit dan satu set barangan kemas dibayar tunai.

.

.

***

ANASTASIA melihat lelaki yang berkemeja merah jambu berjalan ke arahnya dan duduk dihadapannya.

"After this, selepas segalanya selesai kita akan ada perkahwinan yang sebenar. Dimana kita akan raikan bersama keluarga kita." Eizray mengusap wajah Anastasia dan lensa kamera mula merakam momen itu. Anastasia kaku. Mata mereka bertentang.

Tepukan bergema. Anastasia tersedar dari lamunannya dan tersenyum.

"Okay." Tangan Eizray digenggam lembut.

Eizray turut melakar senyum dan dahi Anastasia dicium lembut.

Perkahwinan mereka dijalankan secara tertutup sehingga tiada walau seorang pun keluarga mereka disini kecuali Ezuerdo. Lelaki tua itu kelihatan gembira dengan perkahwinan ini kerana dia tahu Anastasia ingin menghancurkan Eizray.

Tetamu yang dijemput pula adalah pekerja Eizray dan rakan rakan Ezuerdo.

Anastasia diam. Matanya memandang Eizray ditepi dan mindanya berfikir seketika. Agak pelik apabila Eizray menjemput semua kenalan Ezuerdo tetapi tidak ada seorang pun keluarga lain dijemput.

Seolah olah Eizray ingin menayangkan perkahwinan mereka kepada Ezuerdo sahaja.

Dan Anastasia tahu, disebalik riak bersahaja Eizray pastinya Eizray menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan mereka semua.

Majlis mereka berterusan dengan keriuhan tetamu yang sedang menjamu selera. Anastasia menyuap kek kedalam mulut.

"Hmm sedap!" Gadis itu bersinar mata. Eizray tersenyum kecil.

"Kau beritahu Juwita kita berkahwin?" Soal Eizray tiba tiba. Anastasia terkejut.

"Macamana you tahu?" Soal Anastasia.

"Aku kena matikan telefon aku sebab ada panggilan dari 10 nombor berbeza sejak tiga bulan lepas." Eizray bersuara. Anastasia tergelak. Pastinya Juwita kerap menelefon Eizray sehingga gadis itu diblock dan rela menukar nombor baru.

"Dia bagitahu I yang you buat dia mengandung lepastu you tinggalkan dia."

"Kau percaya?"

"Kalau I percaya I takkan berada disini sekarang." Anastasia menjawab. Eizray senyum dan angguk.

Hampir larut malam, majlis selesai dan mereka berjalan ke bilik hotel yang menjadi tempat mereka menginap.

Tiba didalam lif, Anastasia mengurut kakinya yang agak merah kerana memakai kasut tumit tinggi sepanjang masa.

Eizray melihat gadis yang menunduk itu.

"Kenapa?"

"Kaki I sakit."

Eizray turut menunduk dan melihat kaki gadis itu.

Tangan Eizray membuka kasut tumit tinggi yang dipakai oleh Anastasia lalu dipegang. Kemudian dia mendukung gadis kecil itu.

"Eiz!" Jerit Anastasia terkejut apabila tubuhnya diangkat gaya bridal oleh Eizray. Eizray ingin bersuara namun pintu lif terbuka menampakkan seorang wanita tua masuk.

Anastasia pantas menyorokkan mukanya dicelah leher Eizray apabila wanita tua itu merenung mereka.

"Baru berkahwin ya?" Soal wanita itu sambil menyimpul senyum penuh makna. Eizray angguk sedikit.

"Ya." Jawab lelaki itu.

"Makcik dulu pun begini lah juga. Manja manja. Lepastu dapat anak." Wanita tua itu ketawa. Semakin merah pipi Anastasia namun dia masih kekal diam.

Setelah tiba di bilik mereka, Eizray membuka pintu dan meletakkan Anastasia diatas katil. Kaki merah gadis itu diusap seketika.

"Aku dah suruh room service bawakan ais." Ujar Eizray sambil menanggalkan tuksedo dibadannya. Anastasia angguk.

"Terima kasih." Ucap Anastasia. Eizray hanya senyum.

***

ANASTASIA meletakkan berus gigi di tempatnya lalu mata memandang cermin.

"Aduh! Kena tidur sekatil ke?" Anastasia meraup wajah dan menggerutu sendirian. Kemudian gadis itu mengikat jubah mandi dengan kemas dan membuka pintu bilik air.

Selesai menukar pakaian tidur, Anastasia melihat Eizray yang sedang santai di katil. Mata lelaki itu menatap skrin komputer seolah olah mereka memang sudah berkongsi bilik dengan lama. Langsung tidak canggung.

Dia sorang je yang rasa canggung sekarang.

Anastasia membuat lagak tenang sambil menuju ke katil dan melabuhkan duduk diatas katil.

Eizray menoleh ke tepi sebelum macbook di atas riba ditutup.

"Kaki kau sakit lagi?" Soal Eizray. Anastasia menggeleng.

"Dah okey."

"Good. Tidurlah, esok kita balik rumah." Eizray menarik Anastasia tidur dan rambut gadis itu diusap seketika.

Tangan Anastasia memeluk erat pinggang Eizray.

"I taknak tidur."

Eizray terkedu. Mata melihat gadis yang memeluknya.

"Hm?" Soal Eizray bingung. Anastasia turut diam. Kemudian gadis itu bangun dari baring dan naik ke atas Eizray.

"Tasy.." belum sempat Eizray menghabiskan ayat, Anastasia tunduk, meragut bibir Eizray.

Sepi.

Terkelip kelip Eizray memandang Anastasia. Namun tidak lama apabila Eizray menarik Anastasia kembali jatuh kedalam pelukannya.

"Argh!" Tawa Anastasia terletus.

***

ANASTASIA membuka mata apabila bunyi plastik kedengaran.

Selimut ditarik menutup tubuh terdedah dan mata Anastasia melihat Eizray yang sedang menghidang makanan.

"Good morning." Sapa Eizray sambil membawa tray kayu yang berisi makanan ke katil.

"Good morning." Anastasia tersenyum lebar saat Eizray menarik kepalanya dan bibir mereka bersatu.

Kemudian, Eizray duduk di katil dan meletakkan tray kayu dihadapannya.

"Nanti petang kita check out dan pulang. Buat masa sekarang makan dan rehatlah. Aku ada kerja untuk dibuat." Eizray bersuara dan bangun. Tali lehernya dikemaskan dan dia membuka laci.

Anastasia berkerut dahi.

"You nak ke mana?"

"Kerja." Eizray bersuara dan terus keluar dari bilik hotel tanpa menoleh lagi. Anastasia memandang bingung.

Eizray.. sedang marah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top