MAIM 30

"TASY cakap datuk nak bunuh dia."

Ezuerdo mengerutkan dahi.

"Bila masa datuk kata begitu? Datuk tak kenal pun dia siapa, kenapa pula datuk tiba tiba nak bunuh dia?" Soal Ezuerdo. Eizray mengetap bibir.

"Eiz pun tak tahu nak buat apa, Eiz tak tahu nak berada di pihak siapa." Eizray mengeluh. Sejak kejadian di hari lahirnya, dia tidak berhubung dengan sesiapa pun. Hanya Anastasia sahaja yang dia berjumpa.

Ezuerdo mengusap bahu cucunya.

"Datuk tahu, Eiz keliru. Jika Eiz pilih mereka, datuk takkan salahkan Eiz. Datuk faham." Ezuerdo bersuara. Eizray memandang wajah tua itu.

Baru sahaja dia ingin membuka mulut, telefon didalam poketnya berdering. Eizray melihat skrin telefon.

"Hello, Tasy."

Mata Ezuerdo bersinar.

"Panggil dia kesini. Datuk ingin bercakap dengannya." Ujar Ezuerdo. Eizray ragu ragu seketika.

"You dimana? I datang ke pejabat tapi you tiada." Suara dihujung talian berbunyi.

"Kau tunggu disana. Nanti aku datang." Ujar Eizray sebelum talian dimatikan. Ezuerdo melakar senyum manis.

***

"EZUERDO nak jumpa I?"

"Dia cakap dia nak betulkan salah faham antara kau dan dia. Dia tak bermaksud untuk bunuh kau. So please listen to him first." Eizray memandang Anastasia. Gadis itu berpeluk tubuh.

"Hm."

"Jadi kau nak jumpa dia? Jika kau tak bersedia, aku akan bagitau dia kau ada urusan."

"No, I nak jumpa dia juga. I nak dengar apa yang dia nak kata." Anastasia bersuara. Eizray angguk dan memandu keretanya ke kediaman Ezuerdo.

Anastasia memandang lelaki tua yang duduk di sofa membelakangi mereka.

"Datuk."

Ezuerdo menoleh. Senyumannya melebar melihat gadis disamping Eizray.

"Hai Anastasia. Come, have a seat. Datuk sediakan makanan istimewa untuk kamu dan Eizray." Ezuerdo menyapa lembut.

Eizray membawa Anastasia dan mereka duduk bertentangan dengan Ezuerdo. Anastasia melihat makanan mewah diatas meja beserta minuman juga.

"Kamu berdua cakaplah, Eiz tunggu di luar." Eizray bangun dari sofa dan berjalan keluar, memberi privasi untuk kedua manusia itu.

Suasana sepi sehinggalah bayang Eizray hilang dari kawasan ruang tamu luas itu.

Anastasia mengambil gelas berisi air anggur dan ditaburi dengan gula kristal dan ditilik seketika.

"Racun jenis apa yang you letak dalam minuman ini?" Soal Anastasia sambil matanya masih di gelas itu.

Ezuerdo tersenyum.

"Minumlah jika kau ingin tahu." Ezuerdo bersuara. Anastasia tanpa ragu meneguk air didalam gelas sehingga tiada walau setitik pun titisan air didalam gelas itu.

Gelas itu diletakkan kembali diatas meja.

"Berani." Puji Ezuerdo. Anastasia tersenyum sinis.

"You takkan bunuh I sekarang, kerana Eizray berada disini. Sebab itulah I minum, kerana I tahu you tidak letak racun didalam makanan mahupun minuman ini." Anastasia mengambil pula coklat dan digigit sebelum lidahnya dijelirkan dan kelihatan warna ungu air tadi diatas lidahnya bersama coklat.

Ezuerdo hanya senyum.

"Impressive."

"Make it quick, I rimas melihat wajah hipokrit itu." Anastasia menikam mata Ezuerdo.

"Tenanglah, kita ada sepanjang hari. Aku dengar, kau dan Eizray mempunyai hubungan istimewa?" Ezuerdo memulakan pertanyaannya.

Anastasia angguk. Walaupun Eizray belum menyatakan bahawa mereka pasangan kekasih, tetapi mereka selalu meluangkan masa bersama.

Jika bukan bercinta, apa lagi?

"Yes. I akan berkahwin dengannya."

"Aku tidak melihat sebarang sebab untuk Eizray memilih kau sebagai bakal isterinya tetapi aku tahu apa sebab kau memilihnya sebagai bakal suami."

Anastasia berkerut wajah.

Ezuerdo menoleh ke belakang seketika. Mata melihat Eizray yang sedang menghembuskan asap rokok, jauh dari mereka. Jejaka itu ralit meneliti telefon ditangan dan pastinya tidak mendengar perbualan dia dan Anastasia sekarang.

"Tengku Amir. Bapa kau kan?" Soal Ezuerdo. Senyumannya sinis apabila melihat wajah terkejut Anastasia.

"Bagaimana you tahu?"

"Kau kata aku hipokrit, bukankah kita sama? Kau bukannya cintakan dia pun, kau inginkan dia kerana dia pembunuh bapa kau. Kau ingin dia mati ditangan kau, kan?" Soal Ezuerdo lagi.

Anastasia diam. Agak terkejut apabila Ezuerdo tahu segalanya. Nampak lelaki tua ini bukan sembarangan dan dia perlu berhati hati dengan lelaki ini.

"Chill, aku tak mahu halang kau berkahwin dengannya. Niat kita sama, ingin melihat Eizray mati. Jadi aku akan sokong perkahwinan kalian." Ezuerdo meneguk jus didalam gelas kaca.

"Jadi kenapa you nak jumpa I hari ini?" Soal Anastasia. Sangkanya, Ezuerdo ingin mengugutnya agar membatalkan perkahwinan dia dan Eizray.

"Sebab aku ada tawaran menarik untuk kau." Ezuerdo tersenyum.

"Tawaran?"

"Yes. It's a simple deal dan kita berdua akan mendapat manfaatnya." Ezuerdo bersuara.

"Apa tawarannya?"

"Kau kahwin dengan Eizray dan buat dia tunduk pada kau. Eizray tidak akan tunduk kepada sesiapa, jadi kau buat dia tunduk kepada kau, buat dia cintakan kau dan hapuskan dia apabila dia benar benar cintakan kau. Biar dia rasa sakitnya dikhianati. Dan apabila dia mati, hartanya pasti akan jatuh kepada kau. Dan aku akan hapuskan sebarang jejak jenayah kau dari mata dunia. Simple." Ezuerdo bersuara.

Anastasia diam. Lama.

"Aku pasti itu adalah tawaran yang menarik, bukan?" Ezuerdo menghasut lagi.

***

"DONE?" Eizray membuang putung rokok dan melihat Anastasia yang melangkah keluar dari rumah itu.

Anastasia angguk dan tersenyum sedikit. Tangannya memeluk erat lengan Eizray.

"Jom, balik." Ajak Anastasia. Eizray angguk.

Sunyi didalam kereta. Eizray sedikitpun tidak bertanya tentang apa yang dia bualkan bersama Ezuerdo.

"You betul."

Eizray menoleh seketika sebelum memandang ke hadapan kembali.

"What?"

"Datuk you tak berniat untuk membunuh I. Dia sangat baik." Ujar Anastasia. Eizray senyum sedikit.

"I told you."

"Tapi dia bagitau I sesuatu."

"Apa?"

"Dia nak lihat kita berdua berkahwin." Ujar Anastasia. Eizray terdiam seketika dan membelokkan keretanya ke tepi jalan. Kemudian jejaka itu memalingkan badan memandang Anastasia.

"Kahwin?"

Gadis itu angguk.

"Datuk you cakap dia dah semakin berusia, dia takut dia tidak sempat melihat cucu kesayangan dia berkahwin." Ujar Anastasia.

"Oh." Hanya itu jawapan Eizray.

"Tapi I dah bagitahu dia, you perlukan masa. Kalau you tak mahu berkahwin dengan I then I fa.."

"No, aku nak berkahwin dengan kau."

Anastasia terkedu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top