MAIM 28

"ESOK kau cuti?" Soal Eizray. Anastasia angguk. Malam ini, mereka membuat keputusan untuk bermalam di lokasi utama DD99 ini.

Mata Anastasia melihat Ridyard dan adik beradik Eizray yang sedang bermain kolam.

Kemudian dia memandang Eizray. Jejaka itu baru naik dari kolam, rambut Eizray masih basah dan singlet nipisnya membuatkan bentuk badan terlihat dengan jelas.

Anastasia pantas memalingkan muka ke arah lain. Pipinya terasa panas.

"Sejuk kan malam ni?" Soal Anastasia. Kemudian dia menggigit bibir. Soalan apa tu Tasy?!

Eizray angguk sahaja. Kemudian jejaka itu mengambil blazer yang dibuang diatas kerusi lalu blazer itu ditutupkan ke badan Anastasia.

Wangi. Anastasia hampir senyum apabila haruman di blazer itu masuk ke hidungnya. Bau yang sangat maskulin.

"Jika kau rasa sejuk sangat, masuklah. Rumah ni ada banyak bilik." Eizray bersuara. Anastasia menggeleng.

"It's okay." Gadis itu menjawab. Ezlyana didalam kolam melihat dua manusia yang duduk rapat itu.

Bibirnya tersenyum senget.

Splash!

"Argh!" Anastasia menjerit apabila Ezlyana menepuk air sehingga terpercik kearahnya sebelum dia terasa badannya dipeluk kemas.

Anastasia terkaku.

"Sejuk lah dia ni nanti, gila!" Eizray menjerit sambil memeluk erat Anastasia.

"Amboi, caringnya!" Ridyard tersenyum juga. Eizray menahan geram dan melepaskan pelukan. Mata melihat Anastasia yang terkaku. Wajah gadis itu merah.

"Kau okey? Jom, masuk." Eizray mengangkat Anastasia dan mereka melangkah masuk.

"I'm okay." Anastasia bersuara apabila mereka berada didalam rumah. Didalam rumah itu baru Anastasia dapat melihat dengan lebih jelas badan Eizray bersarung singlet putih nipis yang basah.

Eizray turut melihat wajah merah gadis itu. Tangannya naik, menyentuh pipi Anastasia dan mata mereka bertentang.

Anastasia menahan nafas apabila wajah Eizray dekat dengannya. Semakin dekat, sehingga masing masing dapat mendengar deruan nafas sesama sendiri.

Eizray menghentikan jaraknya dengan Anastasia apabila bibir mereka hampir bersentuh. Badannya ditegakkan kembali dan dia menoleh ke tepi.

"Selamat malam." Ucap Eizray sebelum berjalan pergi. Anastasia masih kaku disitu.

***

"ELY, aku nak tanya." ujar Anastasia perlahan. Ezlyana yang lengkap berpakaian tidur itu naik ke katil dan menghadap Anastasia.

"Apa?"

"Juwita tu bekas kekasih Eizray ke?" Ezlyana terkejut seketika dan membuka mulut.

"Dari mana kau kenal dia?" Soal Ezlyana.

"Kami jumpa haritu. Dia bagitahu aku untuk jauhkan diri dari Eiz sebab dia kata Eizray dan dia masih saling mencintai." Anastasia bersuara. Teringat pertemuannya dengan gadis bernama Juwita haritu.

"Heh kau percayakan dia? Kau tanyalah Eizray tu, Eizray masih sayangkan dia atau tidak, aku rasa Eizray akan menafikan sepenuh hati." Ezlyana berpeluk tubuh.

"Betina tu bukan baik sangat pun. Dia.." ucapan Ezlyana terganggu apabila mereka terdengar keriuhan diluar.

Pantas Ezlyana dan Anastasia keluar dari bilik dan melihat manusia di bawah.

Ezuerdo?

"Hi, Ely.. miss me?" Ezuerdo tersenyum.

Ezlyana hanya diam. Jawab pun apa gunanya kan?

"Ni lah.. Ezuerdo tu?" Soal Anastasia kepada Ezlyana. Gadis itu angguk. Ezuerdo tergelak sinis.

"Wow, agak biadab. Kau tahu kan kau cakap dengan siapa sekarang ni?" Ezuerdo bersuara.

"I tengah cakap dengan Ely. I tahu." Ujar Anastasia bersahaja. Matanya sengaja dikelipkan supaya nampak tidak bersalah.

"Datuk, tolong jangan buat kecoh di sini."

"Aku yang buat kecoh? Budak ni siapa nak tinggal dekat kediaman cucu kesayangan aku ni?" Soal Ezuerdo.

Anastasia melangkah turun ke tingkat bawah dan berpeluk tubuh.

"I Anastasia. Panggil Tasy. I tinggal kat sini sebab I ni housemate Ely dulu. Kami berkawan dengan rapat, jadi apa salahnya I disini untuk sambut birthday abang dia? Lagipun ni kediaman cucu you. Bukan kediaman you."

"Kurang ajar kan kau ni?!"

"I tak kurang ajar, I cukup ajar tapi I rasa you yang kurang ajar. You gunakan Eizray, hasut Eizray supaya dendam you terbalas kan?" Soal Anastasia. Dia sudah tahu segalanya tentang muslihat Ezuerdo yang menggunakan Eizray untuk membalas dendam terhadap pengkhianatan arwah ayah Eizray.

Ezlyana menyiku lengan Anastasia mengisyaratkan gadis itu supaya tidak mencari pasal. Sekuat mana pun mereka, mereka tidak boleh membunuh Ezuerdo kerana pangkat dia adalah paling tinggi. Hanya Eizray sahaja yang mampu bunuh dia.

Tapi, mahukah Eizray membunuh Ezuerdo? Dia yakin Ezuerdo menghasut Eizray dengan pelbagai tipu helah.

Tiba tiba pintu terkuak dan Ezyqa dan Evarya masuk.

"Datuk, kan datuk cakap kita datang kesini untuk sapa Eizray sahaja?" Soal Ezyqa. Ezuerdo mengacip gigi.

"Masalahnya, perempuan ini kurang ajar dengan aku. Budak kurang ajar sebegini patut mati!" Ujar Ezuerdo keras. Matanya menentang mata Anastasia.

"Datuk!" Ezuerdo berpaling. Kelihatan figura Eizray dan Ridyard di muka pintu.

"Datuk buat apa disini? Kenapa tak bagitau nak datang?" Soal Eizray.

"Eiz! Datuk rindukan Eiz. Harini hari lahir Eiz kan? Datuk ada bawakan hadiah." Ezuerdo tersenyum manis dan menunjukkan beg kertas kepada Eizray.

Eizray menyambut.

"Tak perlu lah susah susah, datuk. Eiz dah besar." Eizray bersuara perlahan. Ezuerdo senyum lebar.

"Mana ada susah, demi cucu datuk. Apa sahaja datuk akan buat." Ezuerdo bersuara lembut.

"Terima kasih."

"Tapi Eiz, datuk sedih. Datuk datang kesini dengan niat baik tapi dia halau datuk." Ezuerdo bersuara dengan wajah sayu sebelum menunjuk ke arah Anastasia.

Eizray hanya diam sebelum matanya menikam mata Anastasia. Dalam.

"Apa kau cakap pada datuk aku?" Soal Eizray. Anastasia mengacip gigi.

"I tak halau dia, orang tua ni reka cerita."

"Anastasia! Kau jangan kurang ajar." Eizray bersuara keras. Anastasia terdiam.

***

"SERIUSLA Eiz? Aku tak sangka kau sebodoh ni! Apa yang Ezuerdo tu bagi kau makan sampai kau tak nampak segala helah dia? Lagipun tadi dah sah sah yang Tasy tak salah! Aku yakin kau dengar kan segala perbualan dengan Tasy dan Ezuerdo tu depan pintu! Kau nak nafikan apa lagi?!" Soal Ezlyana bengang. Eizray tidak menjawab.

"Eizray Danielle!!"

"Apa?!" Soal Eizray pula. Suara nya juga sudah meninggi.

"Tolongla buka sikit mata kau tu. Dia dah racun fikiran kau Eiz. Aku hampir mati dulu sebab dia!"

"Kau hampir mati dulu sebab Rya!"

"Dan Rya dikawal oleh Ezuerdo!" Ezlyana menahan amarahnya yang memuncak. Kenapa lelaki ni bodoh sangat sampai tak boleh nak tengok siapa salah dan siapa betul?

Evarya menarik nafas.

"Jika kau masih nak anggap Ezuerdo itu betul dan aku salah, baik. Aku akan terima. Tapi aku nak kau pilih. Kau pilih Ezuerdo.."

"Atau kami semua." Sahut Ridyard pantas.

Eizray terkedu.

"Kalau aku cakap aku pilih datuk?"

"Dan kami semua akan berambus dari hidup kau." Ujar Evarya nekad. Dia sudah tidak tahan lagi untuk tempuhi semua. Untuk berada di bawah kuasa Ezuerdo. Untuk dijadikan pembunuh tanpa rela.

Eizray terduduk di kerusi. Mukanya diraup kasar.

"Kalau betul korang nak macamtu, korang boleh berambus dari hidup aku." Eizray menentang mata semua manusia didalam bilik itu.

Semua yang berada di dalam bilik itu terkesima.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top