MAIM 26

"AKU tak buat apa apa!" Eizray mengacip gigi. Ridyard pula berpeluk tubuh.

"Mustahil kau tak buat apa apa. Kau bermalam di rumah Tasy dan kau tak buat apa apa? Dan, kenapa kau bermalam di rumah dia?" Soal Ridyard. Hampir panik dia semalam kerana ingatkan Eizray hilang.

Eizray menghela nafas.

"Dia ajak aku. Aku taknak dia rasa terhutang budi pada aku, jadi aku masuk sekejap. Lepastu aku tertidur. Itu je." Eizray bersuara. Ridyard tersenyum kecil. Bahu Eizray ditepuk tepuk.

"Besar dah kau ni." Ujar Ridyard persis bapa yang bangga dengan anaknya.

"Lepas sial, serabut." Eizray menepis tangan Ridyard dibahunya kasar lalu dia melabuhkan duduk diatas kerusi.

Mata mencari sebuah fail diatas meja namun tiada. Habis satu bilik pejabat itu disepahkannya.

"Hoi kau dah kenapa tiba tiba sepahkan semua benda ni?" Soal Ridyard. Kemudian jejaka itu melihat Eizray tunduk dibawah meja.

Dia turut mendekati meja dan melihat Eizray sedang mencari sesuatu.

"Cari pokemon ke?" Soal Ridyard. Mula berminat.

Eizray bangun daripada bawah meja dan merenung Ridyard tajam.

"Kau diam dan baik kau tolong cari fail kerja aku kalau kau taknak meeting harini dibatalkan."

Eizray berkata dingin sebelum masuk ke bawah meja kembali. Kotnya sudah dilemparkan ke atas meja.

"Kau tak suruh Hykael ambil ke? Cuba ingat balik, manalah tahu kau suruh Hykael tu semak ke, apa ke.."

"Takde. Cepatlah!"

Ridyard mengeluh sebelum dia turut menanggalkan kotnya dan menyusup ke bawah meja juga. Laci dibuka dan dia turut mencari. Tiba tiba..

"Master, harini... Arghhh!"

DUM!

Bergema satu ruangan itu dengan bunyi pekikan jeritan dan bunyi pintu dihempas. Ridyard bangun dari bawah meja dan melangkah ke pintu. Pintu dibuka kasar dan rambut Hykael ditarik.

"Kau fikir apa tadi?"

Hykael menggeleng laju sambil menepuk tangan Ridyard yang sedang mencengkam rambutnya. Habisla, baru je pakai pomade pagi tadi.

"Baik kau cakap kalau kau rasa masih sayangkan rambut kau."

"Tak. Takde apa! Betul!" Hykael mengangkat tangan paras telinga. Ridyard melepaskan cengkaman lalu membetulkan kemejanya.

"Good boy." Ridyard menggosok kepala Hykael kasar. Eizray yang baru keluar memandang PA nya.

"Kau ada nampak tak fail warna putih tu yang pasal projek pembinaan hotel tu?" ujar Eizray sambil menarik nafas semput. Letih menggeledah pejabat dia yang bukan luas seunci dua. Muat jugakla 20 orang dalam pejabat itu rasanya.

"Dengar tu? Dia cari FAIL, bukan buat benda bukan-bukan dengan aku kat bawah meja ni." Ridyard bersuara.

Hykael mengerutkan dahi.

Pandai dia baca fikiran aku.

Hykael hanya tersenyum sumbing sebelum menjadi serius kembali.

"Tak ada nampak la pula. Hilang ke? Master jangan main main. Meeting tu dah nak start dah pukul 3 nanti."

"Kau nampak muka aku ni macam main main ke apa?" Soal Eizray bengang. Ridyard hanya menggeleng.

Seketika dia mengerutkan dahi apabila terlihat Caroline yang berlari masuk pakai heels. Ini yang dikagumi lelaki sebenarnya. Cuba kalau lelaki yang lari pakai heels? Mahunya tergolek kat situ.

"Caroline? You buat apa kat sini?" Soal Ridyard pelik. Caroline menahan semput dulu.

"Ni fail.." Caroline tidak sempat menghabiskan kata dan dia ternganga apabila melihat Eizray. Dengan kemeja maroon miliknya tanpa blazer menyerlahkan lagi tona kulit putih merahnya.

Kacak!

"Caroline?" Caroline tersedar lalu tersengih. Dia menghulurkan fail yang hilang itu.

"Macamana fail ni boleh di tangan kau?" Soal Eizray pelik sambil menyambut fail itu. Hykael sudah lama menghilang, elak kena marah lagi.

"I jumpa kat dalam bilik you pagi tadi lepas Rid text I suruh tolong cari." Eizray merenung tajam ke arah Ridyard yang pura pura membelek kuku. Ridyard kemudiannya bersuara apabila menyedari yang dia bakal dibunuh sebentar lagi.

"Thanks Caroline. You tak pergi kerja ke?"

"Pergi. Tapi sebabkan you mintak I cari fail tu, I carilah dulu. I ada appointment dengan client ni. Got to go. Bye!" Caroline melayangkan flying kiss kepada Eizray dan berlalu pergi. Ridyard yang melihat membulatkan mata.

"Baru harini aku tahu dia minat kat kau."

***

EIZRAY melabuhkan duduk di atas kerusi sebelum dia bangun dan memanggil Hykael.

"Harini ada apa apa lagi tak?"

"Takde master. Cuma esok master ada meeti.."

"Aku tanya harini. Bukan esok." Hykael membelek buku nota dan meneliti jadual bosnya itu kembali.

"Tak ada." Eizray mengangguk lalu terus menutup pintunya kembali. Dia baring di sofa dan diam. Agak penat kerana mencari fail, hadir 4 meeting berturut turut, siapkan kerja yang tergendala sebab cari fail yang hilang tadi, memangla penat. Nak drive balik rumah pun dia rasa tak larat. Dia memandang kipas yang sedang berpusing.

Satu minit..

Dua minit..

Tiga minit..

Perlahan lahan, mata Eizray semakin layu dan dia terlena di sofa. Ridyard yang baru masuk setelah beberapa minit Eizray terlena terus menjongket kening. Telefon miliknya dicapai dan dia mula mendail nombor seseorang.

"Hello,dia dah tidur. Siapkan cepat sebelum dia bangun. Nanti siap call I."

Hykael yang turut baru masuk terus terhenti langkahnya apabila terlihat Eizray yang sedang tidur. Memang jarang bosnya tidur di pejabat tapi disebabkan rancangan yang diatur rapi, mereka berjaya buatkan Eizray penat dan tertidur.

"Rid.. macamana?" Soal Firdaus separa berbisik. Ridyard mengangkat ibu jari.

"So far, rancangan kita hampir berjaya. Thanks sebab kau aturkan jadual dia kasi sendat gila harini." Hykael hanya tersenyum lebar sebelum dia berlalu keluar kembali.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top