MAIM 21
EIZRAY melabuhkan duduk diatas kerusi dan merenung wajah gadis yang sedang diam itu.
"Ely."
Sepi.
"Ely."
Masih sepi.
"Ezlyana." Keras suara Eizray. Ezlyana menutup matanya dan setitis air mata mengalir dari matanya. Anastasia yang berada di pintu hanya diam melihat adik beradik itu.
Eizray naik ke katil dan menarik Ezlyana rapat ke arahnya.
"Kenapa? Tasy cakap kau diam seharian, tak makan tak minum. Jika kau ada masalah, bagitahu saja aku." Ujar Eizray. Ezlyana terus menangis.
"Cakap sesuatu, Ely."
"Aku dah ingat semua." Suara Ezlyana akhirnya keluar. Eizray terkaku.
"What?"
"Semalam aku mimpi, segalanya. Dan aku yakin semua itu bukan mimpi. Itu adalah memori. Aku ingat segalanya dan.. aku ingat siapa yang culik aku." Ezlyana bersuara.
***
EZYQA menyeka air matanya kasar.
"Apa yang datuk tak puas hati lagi? Kenapa perlu nak hapuskan semuanya? Datuk sedar tak dia tu siapa? Dia tu cucu datuk! Sedar tak?!"
"Dia bukan cucu aku. Aku tak ada cucu daripada seorang pembelot! Aku takkan ada cucu dari seorang pembelot."
"Datuk.. arwah ayah tak belot datuk. Arwah ayah cuma nak sedarkan datuk yang apa datuk buat waktu tu salah!"
"Apa apa pun, dia tetap menentang aku! Ayah dia!" Tengking Ezuerdo lantang.
"Aku akan bunuh semua termasuk lah kau, Ezyqa. Jika kau berani bocorkan apa apa tentang R.A Mafia."
Ezyqa mengeluh.
R.A Mafia. Kumpulan yang disertainya kerana terpaksa. Kerana ugutan daripada datuknya sendiri.
***
"EIZ! Tolong! Tolong! Kalau kau sayangkan aku tolong lah jangan bunuh dia!" Jerit Ezlyana apabila melihat pemicu pistol yang diacu kepada Evarya ditarik.
"Eiz.. tolong.. sabar." pujuk Ezlyana lagi namun bicaranya terhenti apabila pistol yang tadinya diacu pada Evarya berkalih kepadanya.
Bang!
"Kau bercakap sepatah lagi.. aku akan pastikan kau berdua mati hari ni." Eizray masih lagi mengacu pistol pada Ezlyana. Ezlyana menahan nafas. Sikit sahaja lagi peluru tu nak menghala ke mukanya. Nampaknya Eizray benar benar dikuasai amarah tika ini.
Eizray melepaskan pistol ke lantai sebelum dia melangkah ke arah Evarya yang masih teresak esak itu. Dagu Evarya dicengkam kuat sehingga terdengar gadis itu mengaduh.
"Apa yang kau rasa bila dibelot oleh orang yang kau percaya? Sakit, kan?"
Evarya hanya diam. Masa ini sudah tiba.
Eizray tanpa banyak kata terus mengambil pistol dilantai. Diacu pada Evarya.
"Pilih. Mati atau diseksa."
Bang!
Tembakan dilepaskan ke dinding tepi telinga Evarya. Jarak peluru itu dengan telinga Evarya sangat halus.
"Taknak jawab? Okey." Belum sempat tembakan dilepaskan, Eizray rebah tiba tiba.
Semua terkejut.
Kelihatan Caroline dibelakang Eizray dan ditangannya ada picagari berjarum halus.
"Jangan risau. Itu ubat tidur je." Caroline berkata selamba sambil memasukkan picagari tadi ke dalam poket seluarnya.
"How.."
"I seorang yang berkemahiran tinggi." Caroline tersenyum manis.
Anastasia yang dari tadi berada disitu mengangguk kecil sebelum dia menoleh ke arah suara Evarya yang menangis teresak esak di sudut bilik. Anastasia menghampiri lalu memeluk Evarya. Ezlyana juga memeluk kakaknya.
"Eva.."
"Korang nampak kan tadi Eiz nak bunuh aku! Aku dah mati dah tadi kalau perempuan itu tak datang! Aku dah mati!" Evarya bagaikan histeria.
"Dia sedang marah, Eva. Dia tak bunuh kau." Ezlyana terus memujuk Evarya.
"Aku bukan.." Evarya memandang Anastasia.
"Don." Serentak itu, Evarya juga pengsan.
"Eva!!"
***
"Kau ingat semuanya?" Soal Eizray. Ezlyana angguk laju.
"Habis, siapa yang culik kau?" Soal Eizray lagi. Ezlyana menarik nafas. Tangan Eizray digenggam kuat.
"Tolong jangan salah faham, aku.."
"Evarya. Kan?"
Ezlyana terkaku.
"Macamana kau tahu?"
Eizray mengacip gigi.
"Gambar di rumah terbiar itu. Adalah gambar ibu dan ayah kita. Dan disebalik gambar itu.." Eizray memandang Anastasia.
Anastasia pantas mengambil gambar dari poket seluarnya. Teringat dia menyimpan gambar itu sewaktu mereka ke rumah terbiar.
Perlahan lahan, aku akan tamatkan semuanya. - Don.
Anastasia membulatkan mata. Kenapa dia tak perasan tulisan ini?
"Kau, keluar." Halau Eizray dingin. Anastasia meneguk liur dan melangkah keluar. Seram melihat suasana bilik yang agak tegang.
"Eva.. ketua R.A Mafia kan?" Soal Eizray lagi.
"Eiz, jangan salah faham. Aku rasa Eva bukan..."
"Bukan apa? Bukan sengaja? Bukan sengaja apanya kalau nyawa kau hampir melayang sebab dia?!" Eizray mula naik angin.
"Eiz.. tolong dengar dulu apa yang aku nak ca.."
"Cakap apa?! Sekarang ni pandang mata aku." Eizray menarik muka Ezlyana agar bertentangan dengannya.
Ezlyana menutup matanya rapat.
"Aku cakap pandang!" Tengking Eizray. Ezlyana mengalirkan air mata dan dibuka juga matanya.
Mata mereka bertentang. Lama.
"Evarya ketua R.A Mafia?"
"Ya."
"Dia yang culik dan dera kau?"
"Ya."
Cukup hanya itu. Eizray melepaskan cengkaman di dagu Ezlyana dan mencapai kunci kereta lalu memetik jari dan keluar dari wad VIP itu. Ezlyana yang baru tersedar mencari abangnya.
"Oh my..." Ezlyana pantas mencapai telefonnya.
"Ezyqa! Tolong balik Malaysia sekarang! Eva dalam bahaya!" Ezlyana pantas keluar meskipun dihalang oleh jururawat namun tidak dihiraukan. Kakinya terus melangkah ke arah Anastasia yang masih menunggu di luar hospital.
"Tasy, jom."
Anastasia bingung.
"Ke mana?"
"Rumah Eva. Cepat kalau kita lambat Eva mungkin akan dibunuh!"
"Hah? Aku tak.."
"Nanti aku cerita!" Pantas Ezlyana membolos ke dalam kereta Anastasia.
Sekarang ini, waktu menjadi penentuan antara hidup atau mati kakaknya, Evarya.
Atau lebih spesifik, Don.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top