MAIM 20
EIZRAY mengelap pisaunya yang terkena darah.
"Aku dah bagi masa kan? Kenapa lambat sangat korang nak buat kerja? Kenapa susah sangat korang nak cari manusia yang cederakan adik aku ni?" Rahang Eizray bergerak gerak menahan marah. Kesemua anak buahnya menikus. Bimbang jika buka mulut nanti ada yang jadi arwah masa itu juga.
"I think I jumpa suspeknya, tapi I tak pasti adakah dia dalang yang sebenar." Celah satu suara. Caroline. Kelihatan dia tekun memerhati skrin telefonnya. Entah apalah yang dilihat. Eizray menjongket kening.
"Siapa?"
"Cium I dulu and I will tell you." Caroline beriak nakal. Eizray mengacip gigi.
"Aku boleh pukul perempuan juga tau."
"Auch, garang. I like. Well, memandangkan you nak tahu sangat, here. Take a look." Caroline menunjukkan telefonnya kepada Eizray. Eizray mengambil lalu melihat seketika sebelum dia memandang tajam ke arah Caroline.
"Kau yakin maklumat ini betul?"
"I dah cakapkan tak sure lagi. Tapi I akan faham kalau you taknak percaya." Caroline terus keluar dari bilik itu dan meninggalkan Eizray yang diam.
"Impossible..."
***
EVARYA memeluk tubuh. Suasana malam yang sejuk membaluti tubuhnya. Dia menghela nafas seketika. Dalam masa dia berjalan jalan di sekitar tempat kediaman miliknya, bunyi loceng masuk ke telinga.
Evarya melihat melalui kamera dihadapan pintu dan giginya terketap rapat. Pintu dibuka kasar.
"What?" Soal Evarya. Mata melihat gadis bernama Juwita yang pernah menjadi kekasih adiknya. Juwita tersenyum kecil namun sinis.
Nak dapatkan adik kenalah pikat kakak dia jugak kan?
"Eva, I nak..."
"Adik aku? Kau ini perempuan yang tak tahu malu kan? Bukankah dulu kau curang pada Eiz. Dimana anak haram kau sekarang? Nak adik aku bela anak kau pula?"
"Eva! Jangan hina I macamtu! You tak tahu cerita sebenar dan you takkan tahu cerita sebenar! I terpaksa.." mulalah air mata berguguran.
"Dah dahla tu. Lakonan kau tak menjadi.. hah, mana perginya lelaki yang kau agungkan sangat tu? Mana? Dah masuk kubur eh? Dengan anak kau sekali?"
Juwita terkelu.
"Kenapa diam?" Evarya tersengih sinis.
***
"MASTER."
"Kenapa?"
"Er.. mm.."
"Kau nak cakap atau nak mati?" Tajam mata Eizray menikam mata Hykael, anak buahnya.
"Nak cakap."
"Dah tu? Cakap!"
"Emm.."
Eizray mengetap rahang.
"Okay, jangan marah. Cik Anastasia datang. Dia nak jumpa dengan master. Saya dah halang, saya cakap master sibuk tapi dia masih nak jumpa." Hykael bersuara laju.
Eizray meletakkan pen diatas meja.
"Suruh dia masuk." Arah Eizray. Hykael angguk laju dan keluar. Sejurus kemudian Anastasia masuk dan laju menarik tangan Eizray.
"I tak ada masa nak terangkan semua! You ikut je! Perlu ke simpan bodyguard depan pintu ofis?!" Bebel Anastasia sambil mengheret Eizray keluar.
Eizray pula yang masih tidak bersedia terus tertarik dan terseret keluar.
"Batalkan segala meeting harini. Tukarkan ke hari lain. Bagitau mereka aku kena culik." Beritahu Eizray apabila mereka lalu melintasi pekerjanya.
Itu sahaja yang sempat dibagitahu Eizray sebelum dia keluar dari pejabar.
Pekerja bernama Borhan itu mengerutkan dahi.
"Tak nampak macam kena culik pun?"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top