MAIM 2
Eizray membuang kad sim didalam tong sampah sebelum dia mencabut sarung tangan kulitnya dan disimpan didalam beg. Jejaka itu menghela nafas seketika.
Baru sahaja dia ingin pergi, telefon miliknya berbunyi minta diangkat. Skrin telefon dilihat.
Ridyard.
"Apahal?" Soal Eizray sebaik sahaja panggilan disambungkan.
"Kau bagitau aku, kau ke yang bunuh Khalid?"
"Hm. Buat semak je. Aku bagi free 3 hari tu dah lama dah tu, ada hati nak tambah masa lagi. Lagipun, dia tu memang patut mati pun. Dah tua."
"Dah dah la tu bodoh, balik cepat. Orang semua dah tunggu dah ni, kau nak pergi buat 'kerja' pun tak ajak. Bengap betul. Nasib baik anak buah dia tak ada tau? Silap silap lunyai kau kena belasah."
"Ala, kalau ada pun, apa aku kisah? Sekali petik beribu mati. Okey la aku gerak dulu. Jumpa tempat biasa kan?"
"Jangan lambat, lambat aku bunuh kau." Ujar Ridyard sebelum mematikan talian. Eizray hanya diam. Hanya Ridyard sahaja yang tidak memanggilnya dengan nama master. Sebab? Sebab semua keluarga dia tidak memanggilnya dengan gelaran master.
Ridyard adalah satu satunya manusia yang tiada pertalian darah dengannya namun masih dianggap sebagai keluarga. Juga kerana Ridyard la sahabatnya yang paling setia meskipun mereka agak brutal.
***
"KENAPA nak jumpa tiba tiba ni?" Ujar Eizray apabila dia duduk.
"Eiz." Terangkat terus kepalanya pabila terdengar suara itu memanggilnya.
"Tasy?"
Anastasia hanya tersenyum dengan tangan yang menjijit plastik makanan. Nasib baik masih ingat.
Eizray memang kenal dengannya kerana mereka pernah bertemu secara tidak sengaja suatu ketika dahulu.
"Yes. Can I talk with you? Just two of us." Eizray terus membuat isyarat tangan dan anak buahnya hanya mengikut. Setelah tinggal mereka berdua sahaja, Anastasia meletakkan bungkusan makanan di atas meja dan memulakan bicara.
"Saja je I datang nak melawat you. Sambil sambil tu I bawa makanan untuk you sekali." Petah mulut Anastasia berbicara.
Eizray melihat bungkusan makanan itu sebelum mengerutkan dahi.
"Kau yakin kau datang kesini hanya untuk bagi makanan ni?" Soal Eizray curiga. Anastasia menggeleng jujur.
"I datang sebab I ada banyak benda nak tanya you." Ujar Anastasia sambil memeluk tubuh.
"Okay." Eizray memandang gadis itu.
"You bunuh Dato Khalid?" Eizray mengangguk dengan tenang.
"Yes. Baru tadi dalam pukul 5.45 maybe.." Anastasia hanya diam. Dia bagi penjelasan terus!
"You bunuh dia sebab apa?" soalnya lagi.
"Sebab dia dah membazirkan 35 juta duit aku." Anastasia mengangguk.
"You seorang je ke yang bunuh dia?" Soal Anastasia dengan nada berminat. Eizray sekali lagi menggangguk.
"Yes. Dan aku juga yang hack sistem cctv dalam hospital tu."
"Macamana awak masuk dalan bilik kawalan cctv tu?"
"RM20,000."
"Rasuah?"
"Hmm.. Anything else Miss Tasy?" Anastasia menggeleng. Bukti sudah cukup untuk menyerahkan ketua pembunuh ini kepada polis. Anastasia berpaling untuk keluar tetapi..
"Tasy."
"Yes?" ujar Anastasia sambil berpaling seketika kemudian dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada mata Eizray. Mata itu berubah hitam sepenuhnya tanpa mata putih. Lama dia memerhati sebelum dunianya gelap. Eizray tersenyum puas. Dia menghampiri Anastasia yang entahkan sedar atau berada di dunianya sendiri.
"Jangan ingat aku bodoh, Tasy. Mana alat pendengaran yang kau sorok?" Anastasia menghulurkan beg tangannya dan Eizray tanpa membuang masa terus menggeledah beg tangan gadis itu.
"Mana?"
"Pen merah."
Eizray mengambil pen merah yang disebut tadi lalu memeriksanya. Not bad. Dia kemudiannya mematahkan pen itu.
"Apa lagi yang kau guna untuk merekod perbualan kita tadi?"
"Airpods." Eizray menyelak rambut Anastasia lalu mengambil Airpod yang terlekap di telinga gadis itu dan merosakkannya.
"Lagi?"
"Itu je." seriously? Itu je ke? Hati Eizray mendengus. Dia memetik jari.
Anastasia pula bagaikan baru tersedar.
"Kenapa?" soal Eizray. Lagaknya selamba bagai tiada apa apa yang berlaku tadi.
"T.. tak ada apa. You ada panggil I ke tadi? Kenapa?" Eizray tersenyum sinis sebelum bersuara.
"Nothing. Take care masa drive." Anastasia pelik seketika namun, dia meneruskan langkah keluar. Apabila tiba di kereta dia tersedar sesuatu. Pantas telinga dan beg tangannya diperiksa.
"Mana bahan bukti aku?!!"
***
EIZRAY menyiapkan beberapa fail untuk meeting petang nanti. Siapa cakap dia makan duit haram? Dia merupakan pemilik di syarikatnya tersendiri yang menjalankan perniagaan antarabangsa. Jejaka itu juga mempunyai 118 cawangan syarikat di 9 buah negara termasuklah negara Malaysia. Jadi, anak anak buahnya ada yang menguruskan syarikatnya di negara lain.
Kadangkala dia sendiri kena ke luar negara uruskan syarikat jika ada masalah syarikat. Boleh dikatakan dia adalah jutawan muda kerana sudah mempunyai aset banyak dalam usia 31 tahun. Sebab tu lah ramai juga yang terjatuh rahang bila dapat tahu dia ialah pemilik perniagaan besar.
Di sisi lain, Eizray mengetuai sebuah kumpulan pembunuh gelap yang menjalankan tugasan membunuh apabila dipinta. Bayarannya haruslah lumayan kerana kerja pembunuhannya dilakukan dengan sangat professional sehingga polis masih tidak mengesan mereka sehingga kini. Lagipula, kerja membunuh itu hobinya.
Dia suka lihat darah, dia suka manusia mati! Semuanya gara gara kisah silam.
"Master." Eizray mengangkat muka kepada Hykael, salah seorang anak buahnya.
"Apa?"
"Miss nak ju.." belum sempat Hykael habiskan ayat, kedengaran suara wanita mencelah.
"Seriously, Eiz? Sejak bila pula kau letak bodyguard dekat depan pintu ofis?" itulah Eva atau nama sebenar Tengku Evarya Danielle. Kakak kepada Tengku Eizray Danielle. Merangkap 'Miss' dalam Dark Death 99. Dia ni satu satunya ahli perempuan dalam kumpulan ini. Kerana dia kakak kepada ketua Dark Death 99. Kepakaran? Huh, bab bab menyelinap serah je pada dia! Dia juga boleh menembak dan mahir berlawan. Tapi dia tak selalunya bebas.
Kerana Eizray mengawal ketat aktiviti dia agar dia tidak terjebak dalam kegiatan ganas. Bahaya kalau pergi membunuh sesuka jiwa kata Eizray. Walau apapun, dia tetap hormatkan Eizray sebagai ketua.
"Aku taknak orang ganggu aku waktu kerja. Faham? Kalau kau ada benda nak cakap baik kau cakap lepasni. Aku nak siapkan.."
"Dah, aku datang sini bukan nak dengar kau membebel, aku nak cakap yang aku nak pergi Korea jap. Boleh?" pinta Eva sambil membuat muka comel.
"Nak buat apa kat sana?"
"Aku nak.."
"Jangan cakap kau nak buat perkara bukan bukan dekat kat sana." potong Eizray pantas. Eva mengeluh.
"Ala.. Please... Aku rindulah nak main dengan baby aku." Eva mengusap lembut rifle di tangannya.
"No."
"Eiz.. Aku nak tembak burung je."
"Burung kepala hotak kau, kat Malaysia pun adalah burung. Kau cakap dengan aku, siapa yang buat hal dengan kau."
Eva tersenyum manis.
"Tan Sri Amir. Dia lari ke Korea sebab takut. Haha."
"Kenapa?"
"Dia kantoi main kayu tiga dengan bini dia, lepastu ada hati nak try aku. Dia cuba nak buat benda tak senonoh dekat aku. Apalagi, aku keluarkan baby aku ni. Apa? Dia ingat dia boleh buat benda tak senonoh dekat aku? Tapi orang tua tu penakut. Baru tunjuk senjata dah lari jauh ke Korea. Sebab tu la aku nak ikut. Dah lama dah baby aku ni tak berfungsi." Eva menghalakan Rifle kearah bingkai gambar yang terletak elok diatas kepala adiknya.
"Eva."
"Jap ah, aku nak test."
"Eva.."
"Jap!"
Satu.. Dua.. Tiga.. Bang!!
"Yes! Tepat! Tak sangka kau mahir lagi baby!"
"Setan!"
Eva mengangkat kepala.
"Siapa setan?"
Eizray meraup muka.
"Kau la setan, setan." Eva menjongket bahu lalu terus bangun.
"Bye... Aku nak ke Korea. Kejap je. Nanti esok aku balik la. Okey?"
"Suka hati kaulah. Kalau jadi apa apa jangan salahkan aku."
"Yes! Okay, don't worry adik setan. Bye!" Eva mencium pipi adiknya sebelum melangkah ke luar. Tindakan yang selalu dibuat apabila mendapat izin dari adiknya untuk pergi melakukan 'kerja'. Eizray yang melihat terus mengambil telefon.
"Hello, kau hantar 4 orang ke Korea nanti. Perhatikan Eva, jangan sampai ada satu luka pun pada dia. Kalau tak, aku cari korang sampai lubang cacing." talian dimatikan. Dia menyambung kerja. Nasib baiklah Eva seorang je kakaknya kalau tak, haru jugak hidupnya nak melayan kerenah wanita.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top