MAIM 12
EZLYANA berjalan sambil memeluk tubuh. Tak sangka pula malam ini sejuk. Tasy la ni! Malas nak beli barang dapur. Lebih pentingkan drama koreanya daripada belikan makanan untuk dimakan. Haish.
Tiba tiba dirinya ditarik ke belakang bangunan.
"Arghh! Lepaskan aku! Lepaskan aku!!" Jeritnya sambil memukul kepala gerangan yang menariknya tadi dengan beg tangan. Tangannya yang hampir mencapai pistol didalam poket terus digenggam.
"Diam."
"Kau.. si..siapa hah?!!" Lelaki yang berhoodie itu tersenyum senget sebelum membuka kaca mata hitamnya.
"Aku, Don R.A Mafia."
Ezlyana terkesima.
"K.. Ka.. Kau..? R.. Argh!"
***
Kcingg!!
Prang!!!
Bang!! Bang!! Bangggggg!!!!!!!!!!!
"Eiz! Bawak mengucap sikit!" Pekik Ridyard apabila Eizray seperti hilang kawalan. Eizray tidak mempedulikan malah semakin kuat menumbuk dinding. Keadaan biliknya ketika ini memang serabai dan bersepah. Kaca bertaburan. Darah banyak dilantai. Darahnya sendiri. Darah Tengku Eizray Danielle.
"Ely.. Mana adik aku?!"
Bang!!
Sekali lagi satu das tembakan dilepaskan secara rawak. Eizray benar benar hilang kawalan waktu ini. Pagi tadi baru dia mendapat panggilan daripada anak buahnya yang mengatakan bahawa Ezlyana hilang. Evarya sudah terduduk. Tidak berani untuk menghentikan adiknya yang berada di luar kawalan.
"Mana adik aku..?" Ujar Eizray dengan mata yang merah dan tangan memegang selaras pistol yang diacu pada Ridyard. Ridyard mengangkat tangan ke paras telinga.
"Bro.. relaks, okey? Kita cari adik kau sama sama. Tenang dulu bro.." Inilah kali kedua Eizray menggila seperti ini. Evarya hanya diam. Dia tahu adiknya diluar sedar waktu ini. Kerana perasaan risau mengatasi segalanya. Tak mustahil jika dia juga akan dibunuh jika dia masuk campur.
Kcingg!!
Ridyard menarik nafas. Pasu yang dibaling oleh Eizray hanya seinci dari telinganya sebelum pasu itu pecah bertembung dinding dibelakangnya. Ridyard pantas mengisyaratkan anak buah Dark Death 99 agar memainkan peranan masing masing. Seorang daripada mereka cuba menghampiri Eizray dari belakang dan dengan pantas memaut tangan lelaki itu seraya mengunci pergerakan Eizray. Ridyard berlari lalu memekup mulut Eizray yang sedang meronta itu dengan sapu tangan yang diletakkan kloroform. Rontaan Eizray mula lemah sebelum lelaki itu pengsan. Pistolnya tercampak ke bawah.
"Rid, kau ambilkan first aid sekarang. Aku nak ubatkan luka Eiz." Evarya mula bangun dari duduknya.
Ridyard tanpa banyak bunyi terus melangkah ke satu sudut bilik itu dan mengambil first aid.
Dia memberikan kotak itu kepada Evarya. Dulu, Eiz pernah jadi macamni apabila dia dapat kesan identiti pembunuh ibu dan ayah serta Ezyqa. Dia juga hampir mati waktu itu kerana cuba menghentikan Eizray. Lelaki itu memang akan hilang sedar apabila ada satu rasa yang melampauinya.
Sama ada perasaan risau, takut, marah, atau..
Sayang dan cinta.
Dan tadi akibat terlalu risaukan Ezlyana dia hilang kawalan. Habis luka lelaki ini. Evarya perlahan lahan menyapu ubat di sekitar dahi, tangan, pipi, siku dan kaki adiknya.
"Nanti kau suruh budak budak kemas bilik ni, buang semua kaca ni dan jaga adik aku sampai dia sedar. Bagi dia tenang dulu."
Ridyard hanya mengangguk mendengar bicara Evarya.
"Lagi satu.."
Ridyard menjongket kening tanda bertanya.
"Cari Ely. Cari sampai jumpa!"
"Baik. Aku akan cari Ely sebab aku taknak tengok Eiz macam ni."
Evarya mengangguk. Dia melihat adiknya yang masih lena dengan perasaan sayu.
Selepas mereka kehilangan tiga orang tersayang dalam hidup, memang Eiz cukup pantang jika ada yang cuba menyentuh adik beradiknya yang lain.
Eiz masih mempunyai perasaan.
***
Anastasia mengetap bibir.
"Ely, angkatlah telefon.. angkatlah! Kau pergi mana ni?" Bicaranya sendirian. Dari tadi Ezlyana keluar tapi sampai sekarang batang hidung tak nampak nampak lagi! Hati Anastasia mula mengandaikan yang bukan bukan. Dia cuba mendail lagi namun kali ini, dia pula yang mendapat panggilan.
"Hello? Tasy speaking."
"Mana kau sorokkan Ezlyana?" Soal Ridyard keras. Berdasarkan maklumat di skrin komputer barunya, memang Anastasia terkait dalam misteri ini.
"Apa maksud kau ni?"
"Jangan pura pura tak tahu, bagitau aku mana Ezlyana sekarang!"
"Eh, kau ni siapa hah?!"
"Aku orang kanan Dark Death 99."
Anastasia terkaku.
Kenapa DD99 ingin mencari Ezlyana? Adakah Ezlyana akan menjadi mangsa mereka?
Tidak! Anastasia mengetap gigi. Dia tidak akan membiarkan Ezlyana menjadi mangsa kumpulan pembunuh itu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top