MAIM 10

EIZRAY mendongak ke langit.

Ezyqa.

Tak mungkin dia masih hidup. Tak! Dia sudah mati. Eizray sendiri melihat momen dimana Ezyqa berdarah dengan sangat banyak waktu itu. Dia nampak, dia tak buta!

Mereka bunuh Ezyqa waktu Ezyqa selamatkan dia.

***

FLASHBACK

"ARGHH!!" Jerit Eizray apabila tangan yang menekup mulutnya mengheretnya ke suatu sudut.

"Shh.. Ray! ni kak Iqa la. Ray senyap okey?" Ezyqa menutup mulut Eizray yang menjerit itu. Eizray mengangguk perlahan sebelum Ezyqa mengalihkan tangan daripada Mulut Eizray.

"Kak.. Di.. diorang.. bu.. bunuh... I.. ibu... dan a...ayah .." Ezyqa tersenyum namun matanya sudah panas. Tinggal menunggu sahaja air matanya turun. Dia mengusap kepala adiknya yang juga menangis.

"Iya sayang. Ibu dan ayah dah tak ada, sekarang ni kakak kena selamatkan adik. Ray duduk dengan Kak Yaya okey?"

Eizray perlahan lahan mengangguk sebelum Ezyqa keluar dan menunduk bagi berjalan ke arah Ezlyana yang sedang menggigil di bawah meja.

"Kak Yaya.. Ray takut.."

Evarya memeluk adiknya kuat. Air mata yang menitis dipipi diseka. Dia juga masih trauma sebenarnya setelah melihat mayat ibu dan ayah mereka yang berlumuran darah di ruang tamu.

"Here they are!" Eizray dan Evarya terus mengangkat muka apabila pintu almari dibuka. Evarya mendepakan tangan bagi melindungi Eizray.

"Bagus.. eh? Bukan ke orang tua itu ada 4 anak? Mana dua lagi? Aku nak keempat empat ada kat sini! Cari!" Jerkah seorang lelaki. Konco konconya mula mencari. Tidak sampai setengah jam, Kelihatan Ezyqa dan Ezlyana dipegang oleh dua orang lelaki.

"Good... I love this!!" Jerit lelaki itu menggila sebelum pistolnya dilaraskan kearah Eizray.

"Pewaris Dark Death 99 ni mesti mati.. kan?"

Bang!!

Eiz!!

Iqa!!

Eizray merasakan dunianya gelap dan kedengaran suara menjerit namanya dan Ezyqa sebelum dia tidak sedar sepenuhnya.

.
.

"Kak Iqa dah tak ada.. dia dah tinggalkan kita.. takkan Ray nak tinggalkan Kak Yaya dan Yana juga? Ray.. bangunla.." Sayup sayup kedengaran suara Evarya yang seakan merayu bersambung dengan esakan halus Ezlyana. Eizray membuka matanya perlahan lahan. Rasa sakit yang mencucuk kepalanya membuatkan dia mengaduh lalu memegang kepalanya yang berbalut.

"Kak Yaya.. mana Kak Iqa? Mana ibu? Mana ayah?" Soal Eizray sambil cuba untuk bangun namun, gagal. Kepalanya masih sakit.

"Mereka dah tinggalkan kita, Ray.. kita dah tak ada sesiapa lagi.." esakan Evarya mula keluar. Eizray menahan air matanya dari tumpah.

"Aku nak belajar menembak."

"Ray.." ujar Evarya terkejut dengan bahasa adiknya tiba tiba berubah menjadi kasar.

"Eiz. Panggil aku Eiz. Mulai hari ini Ray sudah mati.  Dan aku akan mewarisi Dark Death 99. Aku akan hancurkan mereka, satu per satu."

Evarya diam. Lama. Kemudian rahangnya turut terketap rapat.

"Aku ikut. Yana?" Soal Evarya sambil memandang Ezlyana yang sudah tidak menangis.

"Ely. Aku ikut juga."

***

EZYQA sudah mati waktu dia selamatkan Eizray, dia yang tolak Eizray sewaktu manusia durjana itu cuba tembak Eizray dan kesannya, Ezyqa yang menjadi mangsa peluru manusia tu.

Mustahil itu Ezyqa. Mustahil!

Eizray meraup mukanya kasar. Dia menghela nafas panjang.

"Eiz! Eiz!!" Kedengaran suara Ridyard menempik dari ruang tamu.

"Kau apahal?"

"Ti.. tiga.. o.. orang.. budak tu.. dah.. dah la.. lari!!" Ujar Ridyard dengan nafas tersekat sekat. Semput kerana berlari dengan laju ke arah Eizray.

Eizray terkaku tidak percaya. Sebelum ni, tiada sesiapa pun yang dapat lari dari ikatan Dark Death 99.

But now?

"Sial! Macamana mereka tu jaga tahanan kita?! Takkan tiga orang tu senang senang je boleh terlepas?!" Eizray menghentak meja didepannya dengan kuat.

"Kau panggil budak yang jaga tiga ekor bedebah tu sekarang." Ujar Eizray sambil mengacip gigi. Cuba menahan perasaan agar tidak ada yang terbunuh malam ini.

"Err.. ini yang aku nak cakap ni. sebenarnya.. anak anak buah tu semua mati, bro! Aku pun terkejut gila tadi."

Eizray menghela nafas kasar.

"Periksa CCTV tu sekarang. Esok aku nak tahu siapa dalang yang berani buat macamni. Jangan lambat kalau tak aku takkan teragak agak untuk bunuh kau."

Ya, itulah Eizray. Dia akan dapatkan apa sahaja yang dia inginkan meskipun ada nyawa yang harus dikorbankan kecuali,

Adik beradiknya.

Kerana dia amat sayangkan adik beradiknya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top