MAIM 1
Gedegangg!!
Eizray menutup telinga sekuatnya. Air mata bejuaraian dipipi. Apa yang berlaku ini tidak ubah seperti neraka baginya.
"Done. Mereka dah mati."
"Nice. Selamat datang ke neraka semuanya.."
Bang! Bang!!
Dia terus menangis sambil menutup telinga dan mulutnya. Risau jika kumpulan itu menjumpai lokasinya. Baru sahaja dia ingin berundur malangnya, apabila dia terlanggar pintu almari.
"Ada orang." Eizray dengar seorang konco dari kumpulan tersebut berkata.
"Damn." Ketua berpakaian penutup muka itu membolos keluar mencari bunyi itu sementara Eizray dengan pantas berlari ke dapur. Sedang dia berlari tiba tiba terasa dirinya ditarik dan mulutnya dipekup. Terus dia menjerit.
"Arghhh!!"
***
"WOI, bangun! Eiz! Kau apahal ni? Kacau lah aku nak tidur pun tak senang." Satu suara berjaya mengeluarkan dirinya dari mimpi yang selama ini menghantui hidup dia.
Eizray memandang seorang lelaki yang tercegat di pintu. Dia lihat pula jam. 3 pagi. Patutlah.
"Sorry Rid. Aku.."
"Mimpi. Tak payah cakaplah. Aku rasa aku ni dah imun dah dengan ayat kau tu. Apa masalah kau sampai meracau tiap tiap malam ni? Eh, untuk pengetahuan kau, selama 2 tahun aku menginap disini, hampir setiap hari aku dengar kau menjerit waktu malam. Come on la bro, takkan mafia ada nightmare kut? Mimpi apa? Mimpi kena tinggal dengan kekasih?"
Eizray hanya diam. Tak ada rasa nak jawab.
Itulah Ridyard. Sahabatnya dan rakan dalam kumpulan mereka. Ridyard juga sama seperti Eizray, Kerja mereka adalah membunuh orang dengan ganjaran yang lumayan. Ridyard juga orang kanan Eizray yang paling dia percaya. Mereka mula berkawan 5 tahun lepas dimana mereka menjadi rakan sekuliah dan akhirnya sama sama menjadi..
Pembunuh upahan.
"Dahla, tidur elok elok. Aku nak tidur pun tak senang." Ridyard berjalan keluar. Eizray terkebil kebil apabila dirinya kembali keseorangan di dalam bilik mewah itu.
Pantas laci meja ditepi katil dibuka dan satu pil diambil.
Pil tidur.
Dia kemudiannya menuang air dan terus menelan pil itu sebelum berbaring. Dua tiga minit kemudian matanya mula layu dan dunianya menjadi gelap.
***
EIZRAY hanya memerhati. Tiada rasa ingin masuk campur.
"Argh!!" terdengar pekikan dari arah itu. Eizray mengeluh dan tangannya tergenggam kuat.
"Kau diam boleh tak?!" jerkahnya geram.
"Master.. Tolong.. Lepaskan aku.. Aku janji.. Aku cuba cari dia lagi.. Aku sumpah, master.. Tolong.." lemah suaranya merayu pada Eizray sebelum dia meraung lagi akibat tendangan yang anak buah Eizray hadiahkan kepadanya. Melihatkan lelaki yang nyawa nyawa ikan itu, Eizray mencangkung dihadapannya.
"Aku tak perlukan seseorang yang lembab untuk kerja dengan aku. Masuk hari ni dah 3 hari aku arahkan kau cari dia. Dan dalam masa ni, aku rasa dia dah habis dah jelajah setiap benua. Jadi, kau ni tak berguna untuk aku." Eizray bangun lalu melangkah ke pintu.
"Aku taknak polis jumpa mayat dia. Tanam atau bakar." ujarnya.
"Master.. Tolong! Aku merayu.." Dia melangkah keluar dari bilik itu dan menyandar di pintu.
BANGG!!
Eizray tersenyum sinis. Kalau nak kerja dengan dia, pastikan pandai buat kerja. Sebab kumpulan mafia dia.. Bukan calang calang.
DARK DEATH 99.
***
"WHAT?! Dark Death 99?! Kau gila apa? Memangla kita perlukan duit tapi aku tak mintak kau berhutang dengan kumpulan tu, bodoh! Nanti kalau diorang serang kita macamana? Kau ingat anak anak buah kita cukup nak tandingi Dark Death 99 tu? Diorang tu kuat! Aku suruh kau hutang dengan ah long je.. Taiko biasa ke.. Bukan kumpulan pembunuh tu! Jahanam la kau ni!!" Tengking Dato Khalid berang. Macamana ni?
Hospitalnya ini mengalami masalah ekonomi, jadi dia menyuruh orang kanan dia dan mendapatkan sumber daripada mana mana, tapi tak sangka la pulak anak buah dia yang sorang ni bengap tahap apa sampaikan pergi hutang dengan Dark Death 99!
Tiba tiba telefonnya berdering. Unknown number.
"Yes, who's speaking?"
"Hello, Dato. Ini akulah, Eizray." sebaik sahaja mendengar suara garau itu, hampir jatuh telefonnya akibat menggigil.
Eizray yang dapat mengesan kegugupan di dalam diri Dato Khalid tergelak.
"Haha. Jangan takut sangat, Dato. Aku nak mintak duit aku je."
"Master, aku janji, aku bayar! Kau bagi masa lagi boleh tak? A... Aku janji! Aku janji!" bersungguh-sungguh Dato Khalid bersuara.
"What, masa? Kau tahu tak? Mengikut perjanjian, seminggu lepas lagi sepatutnya kau bayar duit aku. Aku bagi masa and now, kau lewat 3 hari dan kau nak mintak masa lagi? Kau nak aku turun padang ke apa ni?"
Dato Khalid mengetap bibir sambil mundar mandir didalam ruangan pejabatnya.
"Tak apalah kalau kau taknak bayar. Aku akan arahkan anak anak buah aku ke rumah kau. Deal?"
"Jangan!! Master, tolong jangan apa apakan anak bini aku."
"10 Malam, duit tu dah ada ditangan anak buah aku. Faham? Kalau lambat walaupun seminit, anak dan bini kau mati." talian dimatikan Dato Khalid masih pegun.
Sehinggalah..
"Arghh!!!"
***
ANASTASIA menekup mulutnya. Dia memandang televisyen itu tanpa berkelip.
"Mangsa, Dato Khalid Bin Amri dipercayai ditembak dibahagian kepala menggunakan senjata. Mayat mangsa ditemukan didalam pejabat beliau dalam keadaan berlumuran darah tepat jam 6 petang semalam. Motif pembunuhan dan suspek terlibat masih lagi dalam siasatan."
"Ada orang yang bekerja kat situ cakap sebelum dia kena tembak tu, dia cakap telefon dengan seseorang. Bila kami cuba detect nombor telefon tu, kitorang tak jumpa dan tiba tiba kamera litar hospital tu kena hack. Aku rasa pembunuh ni bijak lah."ujar Ezlyana, salah seorang polis yang bertanggungjawab menyiasat kes pembunuhan Dato Khalid. Anastasia hanya diam.
"Kau rasalah kan, siapa yang bunuh Dato Khalid tu?" Ezlyana masih lagi kepoh.
"Entahla. Mafia lah kut.." guraunya. Ezlyana menampar tangannya.
"Tapi kalau nak difikirkan balik, mungkin jugak. Kau ingat tak? Kan hospital dia hampir bankrap, lepastu tiba tiba dia dapat duit 35 Million dan kembalikan keadaan syarikat dia. Aku rasa, 35 milion tu duit pinjaman dia dengan orang lain lah. Tapi siapa pulak yang kaya gila sampaikan boleh bagi pinjam 35 milion tu? Tak lain tak bukan ni mesti ada jutawan mana mana ni!"
"Dark Death 99.." ujar Anastasia perlahan. Cukup untuk pendengarannya sahaja.
"Apa?" soal Ezlyana apabila mendengar nada gadis itu seperti berbisik.
"Tak. Tak ada apa apa."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top