Chapter 9

   MATA Miyuna terbuka luas. Kelihatan padang bunga lilies dan tulip terbentang luas dihadapannya. Dia memandang sekeliling. Hanya ada satu pokok rimbun tidak jauh darinya.

" Where...Am I now...? "

Tiba-tiba muncul seorang budak perempuan dihadapannya tengah bergelak tawa. Miyuna kehairanan.

Siapa pula budak ni?

" Ibuuu!!! Aunty!!! " panggil budak tersebut sambil berlari-lari menuju kearahnya. Miyuna mendepakan tangannya untuk menangkapnya. Bimbang terjatuh nanti!

" Hati-hati adik— "

Swosshh...

Huh? Budak itu melaluinya Miyuna. Menembus badannya! Dia terkejut. Ia seolah-olah dia tiada disitu.

Seakan-akan dia hanya halimunan disitu!

Miyuna berpaling kebelakang. Budak tadi mendapatkan 2 orang wanita. Mereka kelihatan sangat gembira bersama.

Huh—Siapa dorang ni?

" Miyu...! "

Satu suara datang menjengah ditelinga Miyuna. Tidak pasti siapa! Dia memandang sekeliling kemudian pandangannya kembali pada budak itu.

" Miyuna...! "

Mana datangnya suara ini??

" Miyu!! Miyuna!! "

Matanya akhirnya buka dan kembali pada realiti. Berserta batuk yang memuntahkan air tasik itu, dia merasakan tangan seseorang mengusap belakangnya. Naruse adalah orang pertama menyapa pandangan. Mukanya basah. Terkena muntah air tadi rasanya.

" Dah sedar? "

" Naruse...? Erh... " Miyuna memejam mata. Perut dan tekaknya kembali berasa mual dan tidak selesa.

" Thank God! Lady dah sedar! " Cross pula menangis kegembiraan. Violet hanya tersenyum.

" Lady Miyuna...Hi! Beta Prince Evan. Beta putera sulung Alaistar Kingdom. Umur saya baru 30 tahun...Dan masih single! Selamat berkenalan! " Evan cuba mempromosi diri. Huluran tangan tanda perkenalan dihulurkan.

" Ergh...Uhukkk. " Miyuna memuntahkan segala air didalam badannya. Hingus air juga keluar dari hidungnya!

" Good, luahkan semua. Hei! Jangan sedut balik hingus tulah! " marah Naruse lalu menyambung menepuk belakang tubuh Miyuna.

" Urghh...Peningnya... " dia menahan rasa peningnya. Rasa seperti badannya sudah 100% dipenuhi air tasik berlumut.

Bukan dia saja, semua disitu macam lupa kehadiran Evan! Evan jadi termalu sendiri bila cakap seorang diri. Dia terus mendiamkan diri.

" Tuanku, kita kena bawa Lady jumpa dengan tabib istana. " Violet beri cadangan.

" Aik? Kenapa tak nak jumpa Rika?? " Cross kehairanan.

" Rika takde hari ni. So, kita kena pergi dekat Adam la. " balas Violet.

" Err...Siapa nak bawa Miyu? Takde sesiapa kan? Bagi aku carry dia. " buat kali kedua, Evan mencuba nasib. Tetapi dipotong adiknya.

" Miyuna, kau boleh bergerak tak? " usai Naruse mahu mengangkat Miyuna, gadis itu merengek pening.

Niat Naruse mahu berambus dari situ cepat cepat dari abangnya yang mata keranjang!

" Kau tu geli dengan perempuan kan? Jatuh pula Lady nanti, kesianlah. Bagi aku bawa. " Evan masih mencuba nasib.

Naruse menjeling maut. Evan tersentak sedikit.

" Errrgh...Peningnya... "

" Kita pergi infimari. Jangan gerak banyak sangat, nanti dengan-dengan aku sekali jatuh. "

" Benda dah nak jadilah, lagi kau nak salahkan aku? Dah lah, bagi aku jalan sendiri! " dia meronta-ronta tetapi Naruse tetap menahan.

" Aku tengah jaga koridor dari basahlah. "

" Salah gaun ni! "

Violet mengerling kearah Evan dengan ekor mata. Kelihatan tampak tidak puas hati seperti selalu dengan Naruse. Tetapi kali ini lebih membuak-buak rasa itu terpancar pada matanya.

Jangan-jangan dia nakkan Miyuna juga?

Violet disiku Cross yang tersengih-sengih seperti kambing. Wanita itu mengangkat kening tanpa perasaan. Apasal?

" Tak lama makan nasi minyak la kita kan. " Cross tersenyum nakal.

" Huh? Kita? ...Nasi minyak apa?? " wajah Violet membahang panas. Dia agak tidak fokus sebentar tadi.

" Yalah...Makan nasi minyak kahwin dorang berdualah... "

" Oh...Hahaa...Oh...Okay... " tawa hambar. Violet tertunduk, rambutnya diselit kebelakang telinga.

Ingatkan apalah tadi—

" You know right...Kau tak perlu paksa diri untuk bawa Lady Miyuna. Semua orang ada limit sendiri... " Evan tetiba muncul dihadapan.

Naruse? Selamba saja lalu melintasi abangnya seakan-akan Evan tidak wujud disitu. Makin bengang pula Evan tidak dilayan!

" NA.RU.SE! " putera sulung itu mengah-mengah berlari kehadapan adiknya, serentak menghentikan perjalanan. Dia menarik nafas panjang-panjang, kedua tangannya diangkat seperti meminta.

" Kasi aku bawa Lady. "

Naruse menghela nafas. Kedengaran seperti berat dan rimas dengan situasi sekarang.

" Tuanku Putera Mahkota. Banyaknya masa lapang Tuanku. Bukan jadual Tuanku sekarang latihan fizikal pedang? Dan laporan bulan lepas Tuanku belum siapkan bukan? Saya cadangkan Tuanku siapkan semua kerja dulu sebelum Ayahanda marah. You're 99th Alaistar Crown Prince. Act like one, Evan. "

Dushhhh!!! Evan menjadi malu sendiri apabila diperli adiknya. Tambahan pula, ada Miyuna dan Violet disitu. Gila tak malu?! Jatuh maruah dia woi!

" Cross, Violet. " arahan Naruse menggerakkan langkah kedua-dua pengiring kiri dan kanannya untuk terus keinfimari. Tinggallah Evan berdiri kaku dikoridor situ. Tersentap seribu hati rapuhnya.

" Tchh!!! Kau ni memang tak pernah nak puas hatikan dengan apa yang kau ada?! "

Batu kecil disepak itu kembali mengena dahinya. Tidak pasti hukum fizik turut membencinya atau dia memang bernasib malang. Hati Evan berasa bengkak sangat.

Again. Dia cuba nak ambik perempuan aku suka!

Naruse tidak pernah nak mendekati perempuan selain Violet, adik-adik tiri mereka dan bonda mereka. Itu pun macam tak rapat sangat.

Tapi perempuan itu...?

Datang dari mana pun tak tahu, dan paling penting sekali macam mana Naruse boleh berkawan dengan perempuan tu?

Jujur dia cemburu dan Lady itu jauh lebih cantik dari mana-mana puteri termaksud Puteri Ukyou iaitu puteri paling cantik didunia ini!

Dan kenapa dia datang ke istana ni...? Takkanlah sebab...Sebab dia tu calon isteri Naruse? Habis takkanlah harta itu...Naruse akan warisi? Macam mana dengan dia? Dialah Putera Mahkota! Bukan adiknya!

Hati Evan membengkak dek dipagut ragu, keliru dan cemburu.

· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·

" Macam mana dia boleh terjatuh? " soal Naruse menyebabkan kedua-dua bahu Violet sedikit terangkat. Terkejut.

" Err..Emmm... "

" Bukan Miyu je jatuh. Vi pun jatuh tadi. Dedua tak sihat. Kau pun tahu Vi takut dengan air dalam dan lemas. Nanti jela borak pasal ni. " sampuk Cross.

Violet mencuri pandang guna ekor matanya. Hatibya tidak keruan sejak Cross menyelubungnya dengan tuala.

Tampaknya Cross tidak pernah lupa tentang trauma dan kisahnya suatu ketika dahulu dia lemas dilaut. Dia seorang pahlawan yang sudah memancung lebih 100 orang tetapi lemas dalam air? Ngeri yakmat.

Entah kenapa Violet tersenyum sendiri apabila Cross tidak lupakannya.

Cross? Kenyit mata dengan isyarat 'Handsome kan aku defend kau? Sama-sama. Nanti lunch kau belanja.'

"  ...Burp! "

Dari tadi Miyuna asyik menekup mulut. Tak sendawa, dia akan kentut. Dua itu saja. Rasanya sepanjang koridor itu bau semerbak dengan gandingan bom dilepaskan Miyuna. Yang pastinya dia sudah tidak fikir imejnya.

Dia pening sangat-sangat! Ibarat baru keluar lepas lemas daripada loji kumbahan!

" Ugh...Naruse...Macam mana kau cakap dengan naga tu... "

" Aku bayar dia. "

" Berapa... "

" 1 butang baju je. "

" Kau trade aku dengan 1 butang baju?? Murahnyaaa... "

" Aku sayang duit-duit aku lah. "

" Hukk...Naruse..."

" Dah kenapa? "

" A-Aku...Aku...Urppp... " bahu lebar itu ditepuk tepuk agar berhenti.

" ...Kenapa? " Naruse  menarik tangan itu dari menekup mulut tetapi Miyuna menarik kembali.

" Jangannn...Kacau aku..."

" Miyu, okay tak?? " Violet mulai risau.

UWEKKKKKKKKK!!!

Momen titik titik titik trio itu. Muntah itu selamat ditadahkan pada kemeja putih Naruse. Penuh.

" Alamak! Emmm!!! Ad...Aduduh...Ahh peningnya...! " Miyuna pura-pura tidur!

Aura kemarahan Naruse semakin marak. Kalaulah Miyuna tak sakit waktu ni...Dah lama dia terajang tau.

" Err...B-Baik kita bawa dia cepat! " Cross mengubah topik. Violet mengangguk bersetuju!!

· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·

" Apa? Guest Naruse lemas? Hmm...Ayahanda dengar je yang dia ada guest perempuan je. Naruse tak ada pun nak kenalkan ke apa...Mungkin dia perlukan masa. " kata King Edmund.

" Itu la. Dia baru sampai semalam and Cross cakap dia akan tinggal dekat istana ni for a while. Tapi ada orang kata...Perempuan tu secret friend dia...Tapi ada orang kata girlfriend Naruse juga...Ada yang kata...Ayahanda tahulah kan. That kind of thing. " Evan menjadi batu api. Dia mahu memburukkan nama adiknya.

" You mean his future spouse??! What a great news then! " sorak Queen Ellen merangkap bonda Evan dan isteri pertama King Edmund.

Dia menepuk-nepuk tangan seakan-akan Naruse itu anak dia pula! Evan, anak kandungnya buat muka cemberut. Lain mahu disampaikan, lain yang difahami.

" Bukan itu maksud Anakanda! Ayahanda dengan Bonda tak rasa pelik ke? "

" Pelik? Pelik apa pula? " soal mereka berdua serentak.

" Naruse yang benci gila perempuan tu...Macam mana boleh berkawan dengan perempuan tu? Kita tak pernah kenal perempuan tu pun. Kalau Violet tu...Ambil masa bertahun-tahun juga mereka nak serasi. Tak pelik ke? Entah-entah Lady Miyuna itu skandal dia ke apa, Naruse buat dia mengandung ke apa ke...Lepas tu dia bawa datang sini dan kahwin sebab nak tutup cerita. Kita mana tahu kan? " pandai-pandai Evan buat cerita.

King Edmund hanya mampu tersenyum. Janggutnya diurut sambil mendengar setiap butir kata putera sulungnya.

" Evan, maybe you didn't notice this but did you haven't seen Naruse talked to female casually or touched them? You wouldn't know how much that moment would mess up his head. I doubt he could penetrate a woman if he couldn't handle conversation with them. " Ayahandanya tertawa kecil.

Kalau diingat kembali, dia akan nampak Naruse berbual dengan perempuan berkaitan hal kerja. Walaupun dengan Violet sekalipun, jarang-jarang sekali bercakap kasual tanpa adanya Cross. Sentuh? Lagilah!

Ugh, kenapa bila ingat semua itu kembali dia hanya mengingatkan dirinya bahawa Naruse itu seorang yang sempurna? Sakit hati betullah.

" Perhaps, it's time for Naruse to change himself, I guess? What about you, Evan? "

DUSH!! Kalau tadi Naruse menyindirnya, sekarang Ayahandanya pula!

" Ayahanda...Anakanda buat kerja juga... " putera itu bersuara lemah.

" Kalau betullah perempuan itu calon isteri dia, kamu tak rasa tercabar ke adik kamu yang anti perempuan tu dah selangkah kehadapan daripada kamu? Hmm looks like we're already have a winner of throne, right? "

DUSHHHH! Hambik kau, sekali lagi kena perli. Evan tersenyap! Dia menghadap Bonda dan Ayahandanya untuk mengadu...Bukan untuk diperli!

Evan terus meminta diri mahu beredar. Sakit hati pula dia duduk situ.

" Evan, apa nama perempuan tu...? "

" Miyu...Lady Miyuna kalau Anakanda tak silap. " balas Evan kendur sekali. Ayahandanya mengangguk faham.

Sebaik saja pintu ditutup, Queen Ellen, permaisuri pertama bersuara.

" Hun...You're going to do dethronement seriously? "

" Ellen, I don't have enough time to play lies. Semua ni untuk kebaikan mereka berdua gak. Evan tu playboy. Kesana sini ada skandal tapi kontra dengan adik dia pula. Kalau dibiarkan, Evan akan berterusan dengan playboy dia tanpa ada seorang gadis dengan ikatan sah. Keturunan kita yang akan malu. Naruse pula, nanti macam tu saja la dia. Kalau dibiarkan, kta tiada pewarisan takhta berterusan. I own 2 princes and 3 princesses. Both of them need to prepare starting from now. "

" Isn't your action too soon for them? "

" I just want to see them with family now. "

· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·

Sudah hampir satu jam Naruse dihadapan sinki. Menyental bekas muntah dikemejanya. Walaupun sudah bersih tetapi baunya masih tidak hilang!

Ini kali pertama dia mencuci bajunya sendiri. Kalau dipanggil pembantu istana nanti, dia mahu pakai apa? Tidak, tidak. Dia tidak rela menanggung rasa malu itu kalau ada yang melihat dia tidak berbaju!

Gahhh! Terangkat bahu Naruse dek terkejut apabila ada yang membuka pintu tandas.

" Dah-dah la cuci baju tu Nacchan. Nah. Nasib baik meeting petang ni ditundakan sebab perjalanan Lord Fitz ada taufan. " Cross menghulurkan kemeja baru.

" Dia patut gerak awal semalam atau 2 hari lepas. Selalu buat kerja last minute. Dah tahu ada meeting pet— " Naruse yang baru menanggalkan baju dalam itu memandang tajam Cross.

" What are you're looking at— "

" Aku dah tak sangka kau membesar macam ni Naruse. Tahu-tahu saja dah sama tinggi dengan aku. Dah ada six-pack. Dah ada jawline tajam. Haih, rasa terharu pula tengok kau membesar hensem macam ni. Mesti kau warisi kehenseman aku kan? "

Naruse mencebik meluat. Kenapalah 2-3 hari ini Cross sentimental seperti seorang ayah melihat anak membesar.

" Lagi sempurna kalau kau kahw— " Cross terhenti apabila Naruse menyebut nama Madam Dianne selaku secret admirer Cross yang ditakuti. Har, tahu pun senyap. Usai dia mencuci, dia terus kepejabat infimari.

" Adam, how's she? "

" Overall, keadaan Lady Miyuna okay dan tiada masalah. Tiada kecederaan dalaman dan luaran. Cuma dia banyak telan air tasik. Dia akan banyak sendawa dan muntahkan balik air tasik tu. Minggu ini dia harus berehat. "

Lama pula Naruse meneliti setiap laporan kesihatan Miyuna. Jujur Doktor Adam sendiri gementar kalau-kalau dia ada buat kesilapan.

" Soon, please check her throat and stomach. There's might Salmonella Typhi and Aeromonas Hydrophila bacterias in lake. Then, jangan kasi ubat kuat sangat. Ringan-ringan saja. Kalau boleh untuk budak atau bayi sebab Lady tak boleh telan ubat pahit. "

Ubat dewasa terlalu kuat untuk seorang manusia. Bahkan ubat untuk bayi seorang demon pun sudah kuat. Bimbang kesan lain pula nanti, harap-harap ubat budak itu sesuai dengan Miyuna.

Adam tidak soal banyak dan menunduk faham. Seraya itu, Cross dan Naruse memasuki ruang infimari. Bilik persendirian Miyuna. Tetapi terhenti apabila terdengar perbualan Miyuna dan Violet.

" Apasal berhenti, Nacchan? " mulut Cross ditekup agar diam.

" Oh, Putera Evan ke? Dia abang Naruse ataupun putera sulung Skywalker. Dialah Crown Prince sekarang. "

" Eh?? D-Dia putera juga ke?? Abang Naruse?? " Miyuna bagaikan dipanah petir!

M-Maksudnya dia adalah orang istana yang lain! Rasanya dia ada perkenalkan diri tetapi tiada sesiapa kisah dan membalas. Aku dah cakap nak greet orang istana elok-elok kan?!

" Kenapa tanya, Miyu? Awak okey tak...? Muka awak pucat... " Violet risau.

" S-Saya okay! Hahahah! Saya tak sangka putera handsome tadi tu putera sulung hahahahaha! "

Haih...Apalah yang Putera Evan akan fikir...Mesti dia ingat aku ni alien sesat yang biadap...Mengabaikan kata-kata putera...Miyuna semakin longlai.

" Kau macam dah sihat saja. Apa kata kau pergi sambung belajar pasal etika? " Naruse menarik langsir.

" Aahhh, tetiba rasa mengantuk dengan pening. Violet-san, saya tidur dulu. " perlahan-lahan dia membaringkan diri dan menarik selimut.

" Tangguhkan semua kelas etika dia minggu ni dan make sure dia catchup semua pelajaran macam dalam jadual, Violet. Pastikan ikut melalui buku, bukan aktiviti kalau kau taknak berguru dengan aku. "

Heh, berguru dengan kau? Dengar macam 2 kali ganda seksaan. Haih, kenapalah dia ni sibuk pasal aku? Dia ni babysitter aku ke?

" Kalau bukan babysitter, tetap orang akan cari aku sebab kau tu tinggal sebagai tetamu aku sekarang. "

Ah, aku terlepas cakap ke? Walaupun dia baring membelakangkan Naruse dia tetap dapat rasakan aura menyeramkan itu.

Cross dijeling Naruse. Ya, Crosslah kulprit yang suka memandai cakap Miyuna adalah tetamunya. Jadi apa-apa berlaku pada Miyuna, mereka akan mencari Naruse!

" Err, Vi! Jom pergi minum kopi kejap?? Aku rasa haus pula, lagipun sekarang tengah lunch kan?? Satu jam lagi aku datang balik, bye Nacchan dengan Miyu!!! " pantas betul Cross mengheret rakannya keluar dari infimari.

V...Vi! Cross! Jangan tinggalkan akulah!!! Miyuna mahu menangis.

Orang tua tu...Ini kali pertama dia pergi makan sebelum aku...Naruse menahan geram tetapi keluhan yang dilepaskan. Dia duduk ditepi katil Miyuna dan menyilangkan kaki.

Aku dah tidur, aku dah tidur, aku dah tidur. Miyuna membaca jampi agar Naruse meninggalkan infimari sekarang.

" Kau tahu tak ada cermin depan kau? Ke kau memang tidur macam tu? "

GAH! AKU LUPA TIDUR NAK TUTUP MATA KE??? Dah bila masa ada cermin depan aku ni??? Dia boleh nampak aku tak tidur lagilah!

" Kau nak apa? " Miyuna menukar posisi kepada duduk. Kepalanya digaru-garu.

" Hati-hati dengan abang aku. Just nak kau ambil precautions awal-awal. "

Berbanding dengan abang kau, aku rasa aku lebih patut berjaga-jaga dengan kaulah. Miyuna membuat muka tayar buruk.

" Just in case, aku nak cakap je. Evan tengah cari calon isteri sebab penurunan takhta bakal berlaku nanti. Jadi kalau kau nak jadi isteri dia, kau abaikanlah apa aku cakap ya? "

Hmm mungkin jadi puteri takdelah teruk mana kan? Lagipun Putera Evan pun hensem juga. Heheheh—

" Etika lady pun kau malas, jangan bermimpilah nak jadi puteri. Lagi satu, kalau kau sanggup bermadu dengan 15 orang perempuan lain, silakanlah. " dingin sekali suara Naruse mencelah. Dan ya, Miyuna sekali lagi terlepas cakap.

" Aku sarankan kau berehat dalam biliklah daripada infimari. Nanti aku cakap dengan tabib Adam untuk selalu buat checkup dekat bilik. "

" Kenapalah kau suka aturkan semua benda...Aku lebih suka duduk dekat infimari lagi...Ada ramai orang dengan tak sunyi sangat... "

" Ah ya, rasanya sebelum infimari ni wujud, rasanya sinilah tempat pengurungan dan seksaan hamba-hamba dulu— "

" T-Tempat s-seksaan...??! ...Takpelah...Aku berehat dalam biliklah... " Miyuna terpaksa akur kerana ketakutan. Dia tidak mahu tidur bertemankan roh-roh tidak tenang!

Sedikit kerlingan kepada gadis merungut kecil. Matanya terpancar suara tidak puas hati, kukunya mencengkam selimut—Pasti ada banyak benda mahu dimaki tetapi dia menahan diri dari meletup. Entah kenapa bibir Naruse dengan automatiknya mengukir senyum sendiri seketika.

Comel.

" Kalau takde apa-apa dah, aku nak bered— " mata Naruse tertancap pada sesuatu ditingkap dibelakang Miyuna. Segera dia bangkit dan membuka tingkap tersebut.

" Eh?? Ada orang?? " Miyuna melopong. Sudahlah belakang infimari itu hutan. Dah kenapa pula jalan sini?

" Erk! " tidak sempat melarikan diri, seorang lelaki berpakaian suit hitam itu dihentikan dengan sapaan Naruse.

" What's the matter Baron? "

Baron, pengiring setia Ayahandanya. Tepat tekaannya ada orang sedang menghendapnya dari tadi.

" Did he send you here to spy on me? "

Baron mengeluh dan kemudian tertawa sinis. Cekap betul putera kedua ini. Selaku pengiring dan penyiasat paling licik di Alaistar, dia tidak mungkin akan kalah dengan putera ini. Baron menunduk hormat.

" Your Highness, The King sent me to observe you and your guest. The King is too curious. But The King didn't want to force you to introduce her to him as other guests before. "

" We're doing fine...And my business isn't his so stop send you here again. Tell him that. " ujar Naruse sedikit tidak puas hati. Tingkap itu ditutupnya.

Raja hantar spy untuk tengok keadaan aku? Miyuna berteka-teki.

" Ada apa-apa lagi? Aku nak pergi dah. Lagi satu, sebelum malam pergi berehat dalam bilik. I will ask Violet to company you later. Kau bukan ingat sangat pun bilik kau duduk mana kan? "

Haih...Aku taktahulah kau ni baik atau just being sarcastic dengan aku— Gumam Miyuna sendirian.

" Ah, lagi satu Naruse... " Naruse terhenti daripada menyarung outwear.

" Hm? "

" Can I...Introduce myself to The King soon? "

· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·

Dummm!!!!!

Queen Ellen menghempas pintu kamarnya sebaik sahaja dia memasuki bilik tidur. Bibirnya diketap geram. Senyuman manis dipamerkan bersama suaminya tadi lesap!

Seperti yang dimaklumkan, hari ini bukan giliran King Edmund tidur dengan permaisuri pertama iaitu Queen Ellen tetapi bersama dengan permaisuri ketiga, Queen Gina diVesdarique Kingdom. Sudahlah tu, dikhabarkan pula anak tirinya sudah mempunyai calon isteri.

Itu yang dia boleh meroyan sepuas-puas mungkin!

" Tak guna! Naruse dah dapat calon Queen ke?! Dammit!!! Aku tak boleh terima semua ni!!! Sepatutnya Evan yang dapat! Bukan budak tu! "

Queen Ellen atau bonda kepada Evan, sememangnya seorang yang talam dua muka. Kalau bersama suaminya, tidak ubah seperti bidadari...Tetapi kalau sorang-sorang, perangainya mengalahkan orang gila!

Queen Ellen menolak habis meja antik yang tersadai ditepi pintu. Lampu meja disitu habis jatuh dan pecah berderai!

Bertahun-tahun dia memaksa Evan untuk kahwin untuk mendapatkan takhta King Edmund tapi anaknya itu degil tak nak. Katanya tak cantik...Tak sesuai...Itulah inilah! Kali ini dia sudah tidak peduli lagi. Evan perlu kahwin dulu sebelum Naruse.

Queen Ellen mengepal penumbuknya. Lady Miyuna...Dia harus cari siapa perempuan tu!

Pintu kamar dibuka. Queen Ellen memandang kiri dan kanan.

" Hei, kamu berdua dekat sana. Sini kejap! " panggilnya bersama senyuman manis kepada 2 orang pembantu istana itu.

" Ya, Tuanku! Apa boleh saya bantu?? "

" Kemaskan bilik Beta sekarang. Tadi ada kelawar dan Beta tak sengaja sepahkan bilik... "

· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·

" Pardon? " terpana Naruse selepas satu ayat terpacul dari bibir Ayahandanya.

" Isn't your guest a woman? Get married then, Naruse. "

Kahwin saja? Semudah itu ke?

" Mungkin Ayahanda terlepas point Anakanda tadi. First, she's just a guest. Tidak lebih dari tu. Kedua, I won't marry her because I really don't want to. Even dengan siapa pun, Anakanda takkan berkahwin juga. I don't have intention to have your throne. Lastly, stop sending spy on us and her. Respect our privacies. Kalau Ayahanda hantar spy dekat dia lagi, I'll totally lost my respect towards you as father, man and a king. "

" Naruse, is it possible...You're gay? So, the rumors dari dulu...It's true? "

APAKAH?

" The intention of me not wanting to get marry...Doesn't lead me to being attract to same gender. " Naruse bangkit lalu menyambung.

" No need to proceed this competition anymore. Ayahanda turunkan saja takhta tu saja dekat Kanda Evan. Anakanda taknak terlibat lagi dalam benda-benda camni. Let me live by myself. "

Sesudah Naruse meminta diri dan beredar dari ruang itu. Senyuman King Edmund semakin lebar.

" Degil...Tapi cerdik...I wonder dia ikut perangai siapalah ni Rose... "

· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·

Evan keluar lagi dari istana...Tak, dia curi-curi keluar dari kerajaan terus! Semuanya sebab terasa hati dengan sindiran ayahandanya. Ah, nanti dia balik la. Nak pergi berseronok ni.

" Tuanku, why you look distracted tonight? Fikir apa ni? " soal salah seorang gundik disalah sebuah rumah rehat Vòile Kingdom. Namanya Lumiere.

" Beta... " Evan tiada mood pula nak berseronok. Dia kalihkan tubuhnya menghadap jendela. Bertentang mata dengan sang bulan pada malam. Fikirannya terganggu sangat.

" Why? It's not the usual you thinking something so serious like this... "

" Hey. " marah Evan lalu menjeling tajam. Apasal semua nak perli aku hari ni hah? Pikir aku tak boleh serius ke? Pikir aku jenis memain selalu?

" Kenapa Tuanku...? Tuanku pelik la harini. " Lumiere semakin hairan pula.

" Enough. Beta penat la Lumiere. Nah duit kamu. " wang saku belambak dicampakkan betul betul dihadapan gundik.

" Wait wait...Kenapa dengan tuanku ni!!?? "

Gara-gara tidak selesa dan marah, Evan berkemas dan balik istana. Dia tidak peduli. Menyampah pulak dia kena sindir.

Panggilan Lumiere pun tidak diendahkan. Dia jarang marah Lumiere, gundik kesayangannya...Bukan, dia tak pernah marah langsung!

Lady dan takhta tu. Ya, kedua-dua tu bermain dalam fikirannya sejak kali pertama mereka berjumpa. Dia serius pasal kahwin dan takta tu.

Dia perlukan Lady tu untuk dapatkan takhta tu. Dia tidak mahukan orang lain.

Dia mahukan Lady itu juga.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top