Chapter 6

   TIDAK habis-habis tumit kasut tinggi Miyuna berbunyi apabila dia melabuhkan punggungnya dikerusi berhadapan Naruse. Kelentang kelentung kelentang kelentung! Sudah kebiasaan Naruse menyiapkan kerjanya dalam keadaan sunyi, tetiba sekarang bising!

" Menganggu. " Naruse menjeling tajam. Terhenti kerjanya seketika. Bengang dengan bunyi-bunyi.

Miyuna mencebik bengang. Dia menyilang kakinya lalu berpeluk tubuh .

" Apa motif kau suruh aku datang sini kalau kau nak palau aku? "

" Cuba sabar kejap. " jawab Naruse tegas.

Haish, dah macam tunggu angka giliran dekat pejabat kerajaan. Kejap, mamat ni memang orang kerajaan pun.

Miyuna memandang sekeliling. Kemas juga bilik mamat ni. Rajin betul. Kemas lagi dari bilik aku! Ni apahal buku tersusun ikut saiz dengan warna ni? Hmm...Kes terbalik jantina ke ni?

" Pandainya maid kau susun semua ni. Sedap je mata tengok. "

" Maid yang kemaskan? " nada provok.

" Lorh? Bukan ke semua kerja maid yang buatkan? "

" Pejabat aku ni cuma aku dan Cross saja boleh masuk. Yang lain tidak dibenarkan tanpa urusan. "

" Kecil juga pejabat kau untuk seorang putera. Rasanya bilik aku lagi besar. " lain yang nak dicakap Miyuna, lain pula dibidas. Padahal dalam hati, dia sudah malu melihat betapa kemasnya lelaki itu.

Kemasnya melebihi had kebersihan seorang manusia normal!

" Ini pejabat peribadi aku. Tempat aku buat kerja sendiri. Pejabat satu lagi barulah untuk hal kerja dan lain-lain. Ada lagi pejabat ketiga tu untuk... "

Huh. Semestinya Miyuna menyesal pula bertanya soalan itu. Tidak tahu pula dia seorang putera memiliki 7 pejabat kesemuanya.

Dia terus pergi ke tingkap. Kebetulan ada tahi bintang jatuh. Melopong mulut! Terus dia melompat keatas sofa semula.

" Wah!!! Shooting stars!!!! Aku nak buat hajatlah untuk keluar dari sini cepat sikit! Nak makan sup panas nenek! Sini semua benda takde! " sengaja dia kuatkan suaranya.

Dimeja, satu decihan kecil dilepaskan daripada bibir Naruse.

Merapu betul. Mana ada bintang boleh tunaikan hajat.

" Ada dualah! Naruse!!! Nak tak??? "

Bisingnya. Kalah pembesar suara istana, rungutnya.

" Tak. " tanpa memandang wajah Miyuna, Naruse terus menolak permintaan tersebut.

Tatkala matanya bagai digam pada kertas kerja itu, gadis itu sudah tampil disebelahnya. Laju Naruse memusingkan kepalanya melihat muka nakal lagikan tidak bersalah itu. Lengannya ditarik tangan kecil tersebut untuk bangkit dan menuju kebalkoni.

" Jomlah!! Kau ni kan, bukan senang tau aku nak bagi hajat percuma kat orang sewenenang tau! " 

Naruse menahan geram! Perempuan tak bertauliah ni!! Aku tak minta pun nak hajat tu! Tanpa rasa rela dan dipaksa, dia memandang keluar tingkap dan terpegun.

" Wahh! Tengok tu! " dia menunding kearah langit.

Tasik seluas alam dibentangkan dan dihiasi dengan pokok-pokok sederhana tinggi kelilingnya menampakkan jelas pantulan cahaya bulan pada pemukaan tasik tersebut. Langit hitam pekat pada malam itu dipenuhi dengan jutaan bintang-bintang yang menari. Mungkin menyambut 2 tahi bintang yang bercahaya tika itu.

Jujur Naruse agak terpegun dengan permandangan yang disajinya walaupun inilah permandangan malam harian dipejabatnya. Tiada masa pula dia mahu melihat dan menikmatinya.

Dikerlingnya Miyuna disebelahnya tengah bersungguh-sungguh menutup mata. Kedua tapak tangan tersebut ditemukan. Angin malam itu menderu dan menerbangkan lembut rambut perang milik gadis tersebut. 

" Kau tengah buat apa tu? " soal Naruse, yang akhirnya buka mulut penuh emas miliknya itu.

" Kan aku dah cakap. Aku nak buat hajat! Aku nak cepat bangun dari mimpi ni! Kau pun buatlah sekali! Bukan senang ada 2 shooting star jatuh serentak tu! " desak Miyuna. Matanya masih dipejam.

Buat hajat? Terjongket alis kening kanan terbentuk milik seorang Naruse. Itu kali pertama dia mendengarnya. Iya, tidak masuk akal. Baginya seorang yang penuh logika ini, tidak ada hajat dapat tercapat dengan hanya satu bintang. Semuanya memerlukan usaha keras dan kesakitan. No pain no gain.

Bila difikirkan kembali, macam mana aku boleh benarkan seseorang yang aku baru kenal untuk jejak kepejabat privasi aku ini? Sedangkan menteri Alaistar bahkan ahli keluarga dia pun belum tentu dapat jejakkan kaki. Cross itu diketepikan, atas sebab kerja.

" Helo? Kau buat kerja apa? Dari tadi macam serius je aku tengok. Kau mengelamun ke? " sampuk Miyuna tetiba dihadapannya.

Mata Naruse sedikit membesar apabila dia sedar betapa rapatnya jarak dia dan Miyuna walau meja ditengah-tengah sebagai halangan. Yang pastinya Miyuna melentokkan badannya kehadapannya sambil melambai-lambai tangannya kehadapan muka.

Selama itu dia mengelamun? 

" Nah. " sehelai kertas dihulurkan kepada Miyuna dengan suara mendatar.

" Apa ni? Rasuah untuk halau aku ke?? Jangan la!! Nanti aku nak tidur mana! "

" Ish. " Naruse terus lekatkan kertas tu didahi Miyuna. Entah apa-apa!

" Adoii!! Sakitlah...Aikk?? Peraturan-peraturan tinggal di sini? Apakah?? " kertas tadi dibeleknya. Setiap satu patah perkataan dibacanya.

Setelah beberapa minit, Miyuna kekal serius. Dia tekun membaca isi kandungan kertas itu.

Lamanya dia ni baca, rungut Naruse dalam hati. Dikerlingnya jam. Dah 5 minit berlalu, rasanya isi kertas itu tidaklah banyak mana. Jangan cakap dia buta huruf.

" Dah ke belum? "

" Hmm...Aku yakin aku bukan buta huruf tapi...Aku tak fahamlah tulisan kau. Buruk sangat. " kritik Miyuna sambil menggaru-garu kepalanya yang mula berasa gatal.

" Bak sini. Kau tak faham seni tulisan aku. " lelaki itu terus merampas kertas daripada Miyuna. Ini kali pertama ada orang menghina tulisan yang dia belajar selama 4 tahun! Satu-satunya subjek dia berguru dengan ilmuwan terkemuka itu dihina sebegitu? Egonya tercalar.

" Hei!! " marahnya.

Naruse bangkit dan berdehem. 

" Peraturan-Peraturan Tinggal Disini...Pertama sekali, kau kena ikut dengar cakap aku. Kenapa? Sebab kalau ikut kepala kau, ada saja jadi. Dan aku taknak bertanggungjawab. " 

" Kau bukan sesiapa bagi aku. "

Naruse menghadiahkan jelingan tajam! Dengan tu, Miyuna terus menikus.

" Kedua...Jangan sentuh aku sesuka hati. Ambil perhatian yang ini. "

" Huh...Kau masih berdendam pasal kejadian tu ke...? Aku minta—Oh, tadi pun aku pegang kau. Haih aku tak sengaj— "

" Ketiga! Kau kena belajar macam mana nak jadi cik muda sebenar kalau kau nak teruskan tinggal di istana ni. "

" Huh? Kenapa?? "

" Keempat! Sekali kau buat kesalahan...Kau terima padahnya, Miyuna. Aku wujudkan peraturan ni bukan bermaksud aku pelawa dan terima kau 100% dalam istana ni. Aku banyak kerja lagi nak fikir selain nak jaga kau. Jadi kau kena ikut semua ni kalau nak stay dalam istana ni. Sampai masa nanti kita akan jadi stranger. Faham? " 

Terkebil kebil Miyuna dibuatnya! Kini dia pula bangkit dihadapan Naruse.

" Whoa whoa...Aku tak setuju! Kenapa aku kena dengar cakap kau pulak? Okey, look. Aku dah cakap aku nak hidup sendiri, tapi kau yang heret aku keistana balik bukan? Kedua, aku minta maaf pasal aku tersentuh kau tu. Tapi aku pun bengang kau tetiba saja jilat tangan tunang orang! Dan lagi satu Encik Naruse yang dihormati...Aku tak tahu apa motif kena belajar jadi puteri tu. Why though? Sebab aku bukan puteri dan Lady! Kau boleh hambakan aku jadi tukang masak ke atau pekebun ke okay juga! " hambur Miyuna. Semput nafas dibuatnya.

" Tunang? Kau dah bertunang ke? " berkerut kening Naruse.

Miyuna mengangguk dengan yakinnya. Naruse pula tertawa besar!

" A...Apahal gelak? Lawak sangat ke?? " 

" Hahaha...Aku tak sangka orang macam kau ni dah bertunang rupanya. Aku bersimpati dekat fiance kau. Harap dia bersabar sebab dapat kau. " balas Naruse berbaki ketawa lagi.

" APA.MAKSUD.KAU??? " bengang pula Miyuna, lalu dia maju kehadapan berjarak sejengkal daripada Naruse.

" Ye! Livio tu sangat-sangat penyabar. Dia gentleman, softspoken dan paling penting, lagi handsome dari kau. " 

Merah mukanya menahan amarah terbuku didadanya terutamanya pipi gebunya, alis kening yang sempurna terletak bersamaan dengan matanya berkerut seribu.

Entah kenapa Naruse berasa ganjil dengan diri sendiri. Sepertinya gadis dihadapannya membuatkan hatinya sedikit berdetak. 

Cantik.

Tetiba sahaja perkataan itu terlintas pada fikiran Naruse buat dia tidak lagi ketawa, malah berbalik kepada ton mendatar dan muka tidak berperasaannya melawan pandangan tajam itu.

" Sorry, aku tak berminat nak tahu love life kau. " Naruse memusingkan tubuhnya. 

" Kenapa kau berpaling? Aku dekat depan kaulah. " ceceh Miyuna yang tidak puas hati semestinya. Dia pantang betul orang yang membelakangkannya sewaktu dia bercakap.

" Malas. "

" Huh, tahu dah. Orang single memang macam tu. " keluh kesal Miyuna lalu berlalu sementara pemuda itu pula cuba mengawal dirinya.

Dup. Entah mengapa jantung Naruse tidak keruan. Cuba pura-pura tiada apa-apa tetapi aneh sekali perasaan ini sehinggalah Miyuna sekali lagi bersuara.

" Kita dah habis kan? Aku nak pergi balik bilik. Nak tidur lagi bagus. " 

" Cik...Siapa suruh kau keluar? Aku ada benda lagi nak cakap. "

" Suka hatilah aku nak keluar ke tak nak keluar. " jengkelnya sekali lalu memegang tombol pintu. Usai itu, dia memulas tombol pintu itu. mahu kebilik tidurnya.

Miyuna terkaku dengan sendirinya! Dedaun pintu itu juga turut tertutup rapat dengan sendirinya.

" Eh? Kenapa ni?? Errrghh kenapa aku tak boleh bergerak??! " Miyuna mula meronta-ronta tetapi tidak berjaya.

Mulutnya pula tidak boleh bercakap pula! Seperti dijahit rapat!

" Kita habiskan malam ni juga. " ujar Naruse. Kali ini dia duduk diatas sofa pula. Miyuna pula dijampi agar dia berdiri dihadapan.

" #+;¥"+-2¥;%+¥(2;(2+!!!!!!!! " ronta Miyuna. Aku bunuh kau nanti, Naruse!!!

" Cuba kau duduk diam-diam. Kau sendiri akan cedera nanti kalau menggelupur macam ikan. "

Sebaliknya gadis itu menggelupur semakin kuat dan cuba melepaskan diri tetapi tampaknya jampi itu lebih kuat dari daya upayanya. Dia hanya diperhatikan oleh sepasang mata tenang dan biru laut milik putera tersebut.

Selang beberapa belas minit, Miyuna mula keletihan. Dia pula mengantuk dan tatkala itu Naruse mengambil kesempatan untuk bersuara.

" Aku cakap sekali ni saja, Miyuna. Kau dengar baik-baik. Aku harap lepas ni kau lebih berhati-hati so, baik kau take a note apa aku cakap. " 

Akhirnya barulah gadis itu mengangkat kepala. Letih. 

" Tadi aku ada minum darah dari luka kau. Unexpectedly, kau ni adalah senka. Kau tahu tak senka itu apa? "

Miyuna mengerutkan kening lalu menggeleng-gelengkan kepala. Haih dah agak.

" Senka means Bride of The Demon. Setitik darah kau menitis...Semua demon dekat dunia ni akan bau darah kau. Jangan main-main. Semua demon ada spirit berbeza. So, ikut kemampuan spirit dioranglah. " jelas Naruse.

Terkelip-kelip mata Miyuna. Dahi Naruse ditepuk.

" Faham tak? " Miyuna menggeleng! 

" *#*@#&&#@)*#@?( Pastu, apa kena mengena dengan aku? ) "

Dia macam ini tahu. Seakan-akan mahkluk asing yang cakap bahasa Marikh yang mahu menjelaskan kepada seorang manusia pasal kehidupan di Marikh. Ah, tak pening kan begitu? Macam tu la situasinya sekarang.

" Haih. Sini, ikut aku. " setelah melepaskan spell membeku, Miyuna berasa amat lega! Dia segera membontoti Naruse dari belakang. Tidak membantah. Dia akur.

Disuatu kawasan yang agak jauh dari bangunan istana, terdapat lorong bawah tanah tersembunyi. Sejuk, gelap dan sunyi. Hanya ditemani obor dipegang Naruse.

" 1000 tahun dahulu. Moyang-moyang demon aku amalkan meminum darah senka which is rebutan para demon especially yang mana gila kuasa. Senka is someone yang berkacuk darah manusia, angel dan demon. Senka ni sangat rare sebab setitik darah dia pun, mampu menaikkan pangkat demon tu untuk menguasai dunia apatah lagi meminum kesemua darah dalam tubuh badan dia. Jadi, sudah memang jadi tradisi demon diraja ni untuk memburu senka setiap kali penurunan takhta. Dalam Alaistar sini, ada seorang senka yang masih tersisa terkurung dekat sini. "

Busuknya...Getus hati Miyuna sambil menahan hidungnya. Dia tidak pasti itu datang daripada asap obor atau benda lain.

Tapp...Langkah Naruse terhenti tiba-tiba. Miyuna melihat terdapat ada penjara dihadapan mereka.

" Look. "

Teragak-agak Miyuna mahu melihat ketempat ditunding lelaki itu. Tanpa disedari juga dia memegang hujung kemeja milik Naruse dek ketakutan.

Apa...Itu...? Dalam kegelapan itu...

Ada...Orang...?

" Miyuna!!! "

Dek terleka, tidak sedar pula Miyuna dia menghampiri kepenjara itu. Dan mengejutkan, ada sesuatu pantas menyerangnya dari dalam sel penjara itu. Naruse sempat menariknya dan mereka berdua jatuh kebelakang.

" Hikkk!!!! " ketakutan dibuatnya Miyuna apabila seorang manusia berambut lebat dan panjang mencecah kaki mengganas. Palang besi sel itu digoncang-goncangnya dengan kuat.

" Lepaskan aku!!! Lepaskan aku dari neraka sini!!!!! Lepaskan!!!!! "

Menggerunkan. Dia seakan-akan terdesak dan terseksa berada didalam sel itu. Entah kenapa, Miyuna berasa sakit hati apabila melihat manusia diperlakukan sebegitu.

" Reste assis et dors! "

Terkumat-kamit Naruse membaca satu ayat sehingga si wanita tersebut rebah secara tiba-tiba. Makin gusar Miyuna. Hatinya berbolak-balik. Ini ke layanan diterima manusia? Lebih tepat, senka sepertinya?

1001 soalan dalam otaknya, tetapi Miyuna memilih untuk melihat dan

" She's a senka from Alver Kingdom. Berkacuk angel dan human. Bukanlah special grade tapi darah dia agak kuat seakan-akan gred S macam tu. Kau nak tahu tak macam mana dia boleh sampai ke Demon World ni? Dia terjatuh dalam Black Hole sama macam kau. Kebetulan Crown Prince sendiri yang jumpa dia. Fikirkan manusia biasa, tapi memang gila berjumpa dengan senka gred S. Dan Crown Prince pun kurung dia sejak dari haritu dalam sel ni...Sampailah kehari penurunan takhta nanti. "

Alver Kingdom...? Itu kerajaan tidak jauh dari Clarines Kingdom, kotanya. Kepala Miyuna mula berpinar.

" Dah...Berapa lama dia dekat sini...? "

" Crown Prince pun dah meninggal sampai ada Crown Prince yang baru sekarang. Dalam 54 tahun dekat Demon World dan 117 tahun dekat Human World? "

" Kenapa...Tak bunuh dia saja...? Untuk apa kurung dia...? For what seksa dia macam ni...? "

Humans are our food. Kalau manusia biasa pun dah hidangan mewah apatah lagi senka. She's a whole demon ancestor precious gem. Probably they didn't kill her for her blood. Fresh blood is the good compared to the dead one. Aren't they? " mata Naruse seperti sediakala, tetapi kalini renungan lebih mendalam.

Terkelu. Miyuna sendiri tidak tahu apa dia fikirkan dan mahu kata.

Mereka sudah berjalan keluar dari penjara bawah tanah. Kini mereka mahu kembali kekamar masing-masing. Kaki Miyuna sedikit lemah dari sebelum ini.

Jadi, manusia adalah mangsa dalam dunia ini? Makanan buruan kepada mereka?

Dan aku pula— Bukan sekadar manusia. Tetapi senka. Aku pun taktahu aku ni senka semua tu. Tahu-tahu saja jadi begini.

Sepertinya, aku terpilih masuk kedalam dunia ini. Bukan mimpi. Tetapi takdir? Untuk apa? Untuk siap-siap mati disini?

Senka adalah kacukan daripada darah manusia dan demon angel. Cinta terlarang antara dua darjat itu menyumpahkan darah tersebut untuk dijadikan makanan kepada para demon untuk menguasai dunia?

Bila difikirkan kembali, aku sendiri tiada memori bersama mak atau ayah aku. Aku...Disumpah sejak lahir? Jadi jatuh kedunia ini adalah takdir aku?

" Hei. "

Pappp! Sepantas angin Miyuna menggengam pergelangan tangan Naruse yang cuba memegang telinganya.

" Aduh! KAU KENAPA?? " adu Naruse. Nampak kecil, tapi sakit juga penangan gadis ini.

" Tanya kenapa pula. KAU TU LAH KENAPA HAH SENTUH-SENTUH AKU! "

" Aku dah panggil kau berjuta kali, bukan nak toleh. Sini, aku pakaikan. " ujar Naruse.

" Uh, aku boleh pakai sendiri bang. " tapak tangan Miyuna dihulurkan tetapi ia diendahkan.

" Jangan salah faham. Aku pakaikan ni bukan sebab nak beromantik dengan kau. Aku pakaikan sendiri takut kau salah pakai dan jatuhkan. " 

" AKU TAK CAKAP APA APA PUN! " Miyuna jadi malu sendiri. Kenapa petty sangat mamat ni! 

" Hebat juga kau. Pekak telinga tapi laju bertindak. Nah, aku dah pakaikan. Jaga subang ni macam nyawa kau. " Naruse mengusap subang ditelinga itu lalu berbisik sesuatu.

" Ena earring. For your blood and scent protection. "

" TAK PAYAH LA NAK BERBISIK!!! " PANG!! Lima jari gadis itu penuh dimuka pemuda itu, tetapi Naruse menunjukkan isyarat diam, menandakan mereka dikoridor. Bahaya. 

Bahaya? Rasanya lelaki dihadapannya ini lebih berbahaya bukan?

· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·

Perlindungan sementara dah dibagi, amaran dah dibagi. Apa lagi?

Shoot. Fikirkan dia manusia biasa, tapi senka pangkat SSS. Lebih teruk disangkakan. Bila Black Hole dibuka? Tidak tahu. Apa perancangannya? Tidak tahu.

Naruse menghentikan langkahnya tatkala ternampak satu bayang figura berdiri dihadapan pintu biliknya itu.

" Kenapa Violet? "

" Nothing. Just curious dengan beberapa benda. Aku rasa benda ni agak sulit kalau nak cakap dekat koridor macam ni. "

Naruse memandang sekeliling sebelum dia membuka pintu kamarnya. Violet turut mengikutinya.

Sudah kebiasaan Violet memasuki kamar Naruse kerana dia dan Cross sudah menjaga Naruse sejak budak lagi. Sepertinya Naruse merupakan adik mereka.

" Benda sulit apa? "

Violet menarik nafas sedalam-dalam mungkin sebelum memulakan rap 14 barisnya.

" Kau pasti ke Miyu tu bukan girlfriend kau? Kalau ya apa status kau dengan dia? Dari kingdom mana? Keluarga mana? Jumpa dekat mana? Dah berapa lama kau kenal dia? Kenapa aku tak pernah tahu pun selama ni? Ke kau ada buat benda tak el— "

" Sebelum kau mengarut, bagi aku terang dulu. Aku tak mengandungkan dia and bawa dia keistana ni sebab rasa bersalah. Aku jumpa dia. Dia jatuh dari langit and my assume about food from heaven fell was wrong. Rupanya perempuan manusia. Dia ingat dia dah mati dan dunia kita ni, hanya fantasi dan mimpi. Dan aku baru tahu tadi dia senka rank SSS. "

" She's...WHAT? Kau nak jadikan Miyu habuan?! " Violet agak terkejut.

" Kau tahu kan aku tak berselera nak minum darah dengan daging manusia lagi-lagi perempuan sejak lahir? Aku tahu status senka dia pun lepas terminum darah dia tanpa sengaja petang tadi. Aku fikir dia manusia biasa. "

Violet buat seketika berbunga-bunga setelah mendengar pernyataan minum darah perempuan buat kali pertamanya. Naruse pula memberi pandangan dingin.

" So...What was the reason, kau jadikan dia fake lady? "

Naruse mendiamkan diri. Oh ya.

Kenapa dia beria-ria mahu melindungi Miyuna? Seorang perempuan yang dia tidak kenali? Pastinya dia kebanyakkan bergerak diluar kawalan. Tindakan mendahului pemikiran.

Kenapa?

Tubuhnya direbahkan atas katil, mukanya tersembam.

" Vi, aku penat ni. "

Walaupun dia membelakangkan wanita tersebut, Naruse dapat rasanya aura taman bunga dibelakangnya. Semestinya wanita itu tersenyum lebar dengan andaian sendiri

" Yelah Naruse. Apa-apa keputusan kau buat pun, kitaorang akan iringi kau. Aku dengan Cross percayakan kau. "

Usai pintu kamarnya ditutup Violet, satu keluhan berat dilepaskan. Lama sekali Naruse merenung siling kamarnya.

Dia pun tidak tahu mengapa. Otaknya memilih untuk tidak kisah seperti sediakala sebab gadis itu bukan urusannya tetapi jauh dalam sudut hatinya, ada sesuatu yang menolak pilihan itu. Kenapa ya?

Dan paling penting, kenapa Naruse dapat merasakan pertemuan dia dan Miyuna merupakan satu deja vu? Dia tidak pasti. Siapa Miyuna sebenarnya?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top