Chapter 5

   USAI mandi dan bersiap, Miyuna berjalan-jalan ditaman istana. Bosan pula duduk dalam bilik sensorang sejak malam semalam. Bilik sumpah besar dan mewah! Habis menjelajah dalam ruang istana, dia mahu menjelajah kawasan diluar istana pula.

Rasa agak aneh apabila menyarung gaun sebegini. Baju dalam almari aku pun tak sekembang dan seberat macam ni. Fabrik dari biri-biri jatuh dari langit gamaknya.

Berani pula aku menerewang merata-rata macam ni...Ini kalau orang istana tanya aku ni siapa, aku cabut lari dulu.

" Sakit kaki la pulak. " Miyuna menanggalkan kasut tumit tingginya lalu merenungnya agak lama. Matanya separa mendung.

Ah...Teringat pula kasut tinggi yang pernah Livio hadiahkan...

" Ibu saya suruh awak jadi perempuan lebih beretika, sayang. "

Hmm...Kalaulah aku belajar etika awal-awal...Livio takkan rasa kecewa dengan aku...

Miyuna menggeleng-gelengkan kepalanya laju-laju. Jangan rasa sedih! Aku kan tengah bermimpi sekarang! Ke mati?? 

Aku pun tak tahu!

" Wah! Ada kolam ikan! " ambil masa 3 saat saja untuk fikirannya yang sedih tadi menjadi ceria kembali. Miyuna sekarang teramat teruja kerana dihadapannya merupakan kolam ikan terbesar yang pernah dilihatnya. Mungkin besar dari rumahnya di kota aman, Clarines.

Dia tertawa sendirian tatkala semua ikan menghampirinya. Perlahan-lahan kakinya direndam dalam kolam. Sejuknya! 

" Alala...Comelnya ikan-ikan ni. " 

Ada banyak jenis ikan, pelbagai warna! Besar kecil semua ada! Mereka bermain-main dikaki telanjang  Miyuna. Gadis itu hanya membiarkan saja. Memang sudah lama dia teringin nak buat macam itu!

Miyuna memandang sekeliling. Baru dia sedar yang istana ini agak pudar...Tidak menarik langsung. Rekaan sudah cantik...Tapi tak colourful langsung! Dahla tu...Tiada bunga-bunga. 

Kelakar gila. Nama je taman bunga, tapi takde bunga! Patutnya namakan saja taman daun.

Badan ikan-ikan ini pun susut saja. Nampak sangat orang istana ni tak ambil kisah pasal keceriaan istana ni. I mean...Suasana ceria hati pun gembira kan?? 

Plup!!!

Dia tersepak salah seekor ikan yang sedang bermain-main dengan kakinya. Ikan emas itu terpelanting diatas daratan. Betul-betul hujung penjuru kolam.

" Alamak!! Encik ikan!! " cepat-cepat Miyuna mendapatkan ikan yang terkapai-kapai mahukan air.

Malangnya ada seekor kucing berbulu abu kelabu muncul dan merembat ikan tu!

" Heii!! Bagi balik ikan tu!! " marah Miyuna sambil mengejar makhluk kelabu itu. Dia sudah mengangkat gaunnya yang berat itu dan berlari.

Papp!!! Akhirnya dia dapat menangkap kucing itu! Tapi, dia tidak sedar mereka sudah berada diambang bukit.

" Dapa—ARRRGGGGGGGGHHHHHHHHHH!!! " pekik Miyuna sambil memeluk kucing yang ditangkap tersebut. Malangnya, mereka sama-sama tergolek dan akhirnya kedalam sungai.

Habis basah lagi baju dia!

" Adoiii!!! Sakitnya belakang aku! " adu Miyuna sambil menggosok-gosok belakangnya yang berlanggar dengan batu besar tadi.

Dipandangnya sekeliling. Mana ikan dengan kucing tu? Miyuna bangkit, tetapi disebabkan gaun dia sudah basah dek air sungai, ia menjadi berat.

Jangan katakan mahu berjalan...Bangun pun Miyuna terhuyung-hayang! Dan terjatuh kebelakang balik!

" Alamak...Baju dah basah! " Miyuna menggigit kuku.

Tiba-tiba seekor ikan datang meratapinya. Warna emas...Ikan tadilah!! Rasanya dia nak berterima kasih...? Manalah saya tahu, saya bukan ikan.

" Encik ikan, awak okey? Awak cedera ke? Baguslah awak tak ditelan kucing tadi! " 

Swoosh...

Miyuna berpaling. Kucing tadi muncul dari semak-samun ditepinya. Gadis itu menghela nafas lega! Nasib baik kucing dengan ikan tadi selamat dan tidak cedera.

" Terima kasih kepada cik sebab dah selamatkan nyawa saya daripada kena air tadi. Kalau tak, gamaknya demam sebulan. " ujar kucing itu melihat air sungai dengan muka ketakutan.

" Eh??! Kau boleh...Kau boleh bercakap?? " terbeliak mata Miyuna. Kucing bercakap!

Oh, jadi tak bersaya-awak la ya. Aminyo berkira-kira dalam hati.

" Duh...Memanglah aku boleh cakap...Ni Alaistar Kingdom. Mestilah tak ada apa yang mustahil kat sini. Hmm kecuali Koi, ikan emas tu. Dia memang spesies suka buat bisu. Anyway, aku Aminyo. Satu-satunya kucing jenis nekomata yang paling comel dalam Demon World ni. Kau ni datang dari mana? Tak pernah nampak kau pun sebelum ni kat istana ni. Orang baru ke? Ada urusan apa disini? "

" Aaa...Nama aku Miyuna...Aku bukan orang baru...Tapi hmmm camne eh nak explain...Kau ni jantan ke betina? Warna macam betina...Kelabu putih...Cute-cute je warna...Suara macam jantan...Sini aku check jantina kau. " sengaja Miyuna menukar topik.

" Errk?? Sorry?? Aku betina? Aku jantan asli okey?! Jangan check jantina aku la! Aku jantan! Jangan buat benda gangguan seksual kat aku! " marah Aminyo.

" Eleh...Gangguan seksual apanya...Kau tu kucing. Dah la tu...Tak pakai baju...Pfftt...Gangguan seksual...Hari-hari orang tengok kau tak pakai baju...Kan Koi kan? " ejek Miyuna sambil bermain-main dengan ikan emas tadi.

" Berani kau perlekehkan aku?? " kembang habis ekor Aminyo akibat bengang. Pantas dia melompat atas kepala Miyuna untuk mencakar.

Tapi tangan gadis itu lebih cepat menahan serangan Aminyo...Akibatnya lengan Miyuna dapat 3 kesan cakaran!

" Ah! " Miyuna mengerang sakit. Darah mula terlukis pada 3 cakaran dilengannya.

Koi terkejut! Dia terus marah Aminyo dengan menampar pipi Aminyo menggunakan ekornya.

" Ish...Koi! Sakitlah! Siapa ajar kau main lempang-lempang ni? Dia yang mula cari pasal dulu! Dia cakap aku betina! Mana tak aku marah... " Aminyo mengusap-usap pipinya yang mula merah.

" Argh...Sakitnya... " rintih Miyuna dalam kesakitan. Dia terjatuh diatas dua kakinya ditanah. Wajahnya tampak menahan perit. Kuku Aminyo lebih keras dan tajam berbanding kucing biasa. Rasanya seperti ditikam 3 mata pisau.

" Err...Oi, k-kau okey tak? Aku minta maaf la...Aku tak sengaja. Lagipun salah kau juga sebab mengejek ak—Eh...Bau apa ni? " Aminyo terhidu bau aneh. Selalunya bau darah demon...Bau keras.

Tapi bau ni lembut...Bau bunga...Macam—

Darah manusia??!

" MIYUNA! "

Entah dari mana, Naruse terpacul. Lengan gaun Miyuna yang panjang dan terkoyak itu ditarik sampai keatas bahu secepat mungkin. Dan terserlah kulit putih melepak Miyuna.

Terkebil-kebil gadis itu. A-Ap—

APAHAL DIA NI???

Luka berdarah itu segera dijilat Naruse. Bikin terjojol biji mata Miyuna, Koi dengan Aminyo!

Apakah?? Adegan apa ini? Memerah muka mereka bertiga!

" A...Apa ni?? TAKNAK! " marah Miyuna sambil bergelut dengan Naruse. Lelaki itu langsung tidak mengendahkan tolakan Miyuna.

Dumm!!!

Kedua-duanya jatuh! Naruse berada diatas Miyuna. Merah padam muka gadis itu! Tangannya masih dicengkaman.

Jantung Miyuna bagaikan terhenti. Dihadapannya terdapat seorang lelaki selain tunangnya, Livio yang sedang memandang tepat kematanya.

Makin merah padam mukanya melihat wajah serius dan fokus Naruse.

" Diam. "

D-Diam??! Helo???? Aku diganggu seksual sekarang?? Membuak-buak api kemarahan Miyuna! Bibirnya diketap kuat.

Aminyo dengan Koi yang menyaksikan pertunjukan dihadapan itu membutakan mata walaupun muka dua ekor mereka turut menjadi merah. Koi? Hampir menjadi ikan bakar dek malu.

I'm sorry. Aku terpaksa tadi. Nasib baik kebetulan aku lalu dekat sini tadi. " Naruse melepaskan lengan Miyuna. Dia segera bangkit. Terkebil-kebil Miyuna! Luka tadi hilang??!

Tak masalahnya, dia dah ganggu seksual aku sekarang kan?? What the hell??

" Errghh...Gatal! Aku nak report ni dekat Livio nanti! Memang mati kau dia kerjakan! " ugut Miyuna. Mukanya merah menahan malu!

Naruse mengangkat kening. Livio?

" Kenapa? Kau tak percaya? Nanti bila aku keluar dari sini...Aku akan report kat dia. Dia sanggup buat apa saja demi aku! Kau tunggulah! "

Miyuna rasa dipermainkan apabila Naruse mempamerkan wajah tiada reaksi.

Look, aku takde niat nak buat camtu tadi but aku rasa kau mati dulu sebelum useless report tu sampai kat dia. Bau kau akan merebak cepat bersamaan sekebilan mata saja Lepastu sia-sia jelah kau hidup. " jawab Naruse sambil menepuk-nepuk debu pada bajunya. Dia menjeling tajam kearah Miyuna.

" Kau nak ke? "

Serius...Lah...? Secepat itu demon bau darah manusia...? Satu kali kebil mata??

" Aminyo, Koi. Better you keep this secret. Kalau terbongkar benda ni pada orang lain selain orang aku, aku takkan teragak nak hantar korang dekat Forbidden Castle sana. Nasib baik Beta sempat spell kan kamu berdua tadi daripada serang. " pesan Naruse bernada tegas dari biasa walau mukanya masih tenang.

Kecut perut Koi dengan Aminyo. Terdiam terus! Gila ke nak dibuang ke kerajaan disisih dunia sana?!

Meremang Miyuna apabila lelaki itu berpaling kearahnya. Pandangannya tajam sekali, menikam kalbu.

" Aku dah bagi amaran dekat kau ni...Selangkah kau dekat Alaistar Kingdom especially this castle...Kau memang kena hati-hati. Dunia ni memang tak sama dengan dunia kau. " 

" Tak sama dunia...? Tuanku...D-Dia ni... " Aminyo bersuara sebelum Naruse memotongnya.

" Sekarang kau kena ikut aku. " putera itu terus beredar.

" Tapi... " 

" Tuanku! Dia ni— " kata-kata Aminyo dipotong lagi apabila Naruse mengunci mulut makhluk berbulu itu.

" Se. Ka. Rang. "

" Err?? Naruse! Tunggu!!! " cepat-cepat Miyuna membontoti Naruse sebelum dia jauh ditinggalkan.

Tak fahamnya aku!

· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·

Teragak-agak Futaba mahu mengetuk pintu utama mewah dihadapannya. Sudah beberapa minit dia kekal berdiri disitu.

Tidak mungkin Miyuna pergi kerumah Livio pada tengah-tengah malam macam ni...Fikirnya sambil menenangkan dirinya.

Pelik. Petang tadi Miyuna hilang. Bila diperiksa bilik gadis tu, rupa-rupanya tiada sesiapa pun!

Tadi dia terjaga dek risau Miyuna. Dipanggil pula si Nagisa, tak muncul-muncul pun.

Rupa-rupanya kedua-dua mereka sudah tiada dalam rumah!

Ah, dah lewat malam ni! Nagisa tu mesti pergi kemana-mana dengan Miyuna!

Mana lagi Miyuna boleh pergi? Waktu macam ni sepatutnya dia sudah tidur terkangkang diatas katil! Dia tahu cucunya itu bukan anak gadis yang suka hati pergi kerumah lelaki walaupun Livio itu tunangnya!

Nagisa pula? Kemana dia? Kemana mereka berdua? Ada kemana-mana tapi beritahu aku ke? Air muka Futaba menjadi sedih dikit apabila memikirkan sebegitu.

Kreeekk...

Pintu dibuka. Futaba berpaling. Kelihatan Livio berpakaian pijama tidur dibelakangnya.

" Oh, nenek rupa-rupanya. Saya ingat siapalah tadi...Tak beranilah nak buka pintu tadi. Masuklah dulu, nek. " pelawa Livio dengan sopan.

" Eh...Takpe-takpe. Nek cuma nak tanya...Kamu ada nampak tak Miyu? Nagi? Kalau-kalau dorang ada singgah rumah Livio ke... " soal Futaba.

" Miyu? Nagisa? Hmm...Tak. Last saya jumpa Miyu pun petang tadi. Kenapa nek? Ada apa-apa terjadi ke? " Livio kehairanan. Dia agak kepenatan dengan kerjanya.

Futaba sedikit tersentak. Kedua-dua tangannya mulai menggeletar.

" Oh...Bukan apa...Dari petang tadi dia tak turun makan. Bila nek masuk bilik dia...Takde orang. Tingkap je terbuka. Nagisa pun takde. Dah lewat malam ni. Nek...Cuma risau..." mata Futaba mula berair dan merah. Suaranya mulai menjadi serak.

Livio terkejut mendengar. Dia tidak menyangka itu adalah berita buruk.

" Hmm...Macam ni lah nek. Nek rehat dulu dalam rumah saya. Saya pergi buat report kat polis. Apa-apa perkembangan...At least kita dapat tahu melalui polis...Okay? Jangan risau...Miyu dan Nagisa tu tak apa-apa. Nek masuklah dulu, sejuk dekat luar ni. Diana, tolong buatkan minuman panas untuk nek. " langkah Livio dihentikan apabila Futaba menarik hujung pijamanya.

" Nek...Nak ikut sekali. " 

" ...Alright. Saya panggilkan pemandu peribadi saya kejap. "

Futaba mengangguk faham lalu mengesat air matanya yang mula menitis.

Pujukan Livio berjaya. Lelaki itu meletakkan kot sejuk pada tubuh wanita tua itu.

Miyuna dengan Nagisa hilang...? Ke mana mereka pergi...? Soal Livio sendirian.

· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·

" Apa...? " Futaba menyoal. Dia agak terpaku.

" Ya, puan. Tengah malam tadi kami terdengar ada orang menjerit-jerit panggil sesuatu. Kami ingat geng syiah mana tengah buat upacara...Bila cari suara tersebut, suara itu senyap. Dan kami terjumpa sebelah kasut warna merah jambu kat padang Crossing Field sana. Kami rasa kasut ni milik sama ada Cik Nagisa Itou ataupun Cik Miyuna Hayashi. Puan kenal tak kasut ni? "

Sebaik sahaja pegawai polis itu menunjukkan sebelah kasut dalam plastik, Futaba menekup mulutnya. Air matanya bergenang laju. Dia terus berlari keluar daripada balai polis.

" Oh...My God... "

Itu sandal Miyuna!!!

" Ni kasut tunang saya, Miyuna Hayashi. Sorry, tapi kemungkinan ini kes penculikan ke? " Livio menyoal.

" Kami dalam proses siasatan, Tuan. Kes ni agak pelik sedikit...Sebab agak-agaknya lokasi mereka hilang agak berdekatan...Tetapi apa yang menghairankan, kalau mereka diculik, pasti akan ada tapak kaki atau apa-apa kesan, tetapi tidak. Bagaikan...Mereka hilang tanpa jejak. "

Livio menarik nafas dalam-dalam.

" Boleh saya pinjam telefon balai ni tak? Saya tertinggal telefon saya dekat rumah. Saya nak buat panggilan. "

" Y-Ya. Silakan, tuan. " pegawai itu menyerahkan gagang telefon bewarna hitam. Terketar-ketar dia apabila Tuan Muda termahsyur itu bercakap dengannya.

Pemuda tinggi itu mendail suatu nombor dan menunggu. Tidak sampai beberapa saat kemudian, kedengaran satu suara.

" T-Tuan Muda Livio! Ada apa panggil saya malam-malam buta ni?? " suara itu menerjah.

" Ah, ni Jeneral Clarines? Jeneral Aiden George tak silap saya? "

Ternganga pegawai disebelahnya! Siapalah tidak kenal jeneral tentera termahsyur tu?! Kenapa Livio nak call Jeneral Aiden pula??!

" Cik Muda Miyuna dan cik Nagisa hilang. Jadi hantar pasukan SWOT, pasukan penyiasat dan polis dari negara-negara jiran. Pastikan tutup sempadan disetiap daerah. Kita berjumpa di Crossing Field pukul 3 pagi ni. Saya tunggu disana. " 

Tapp. Panggilan dimatikan, Livio beralih ke pegawai polis tadi.

" Kalau ada apa-apa perkembangan terus lapor ke saya ya? "

" B-Baik tuan. "

Seraya itu, Livio keluar dan menuju kearah Futaba yang masih menangis.

" Cucu-cucuku...They're gone...Gone! Aku dah takde apa-apa dah...Mereka hilang... "

Livio mengeluh. Kasihan melihat wanita tua itu. Dua orang cucu angkatnya hilang. Sudahlah menjaga mereka dari kecil. Memang anggap macam cucu sendiri la.

Setahun lepas, dia masih tidak mengenal siapa gadis bernama Miyuna itu. Dia tiada masa mahu berkenalan dengan gadis-gadis disebabkan dia seorang yang sibuk dengan kerja. Tapi atas desakan keluarganya, dia terpaksa juga mengahwini Miyuna.

Dan...Siapa sangka gadis tu sudah menjadi seseorang yang istimewa kepada dirinya?

Hilang? Mati? Tidak mungkin. Dia tidak akan benarkan itu terjadi kepada tunangnya. Tidak akan.

Terus lelaki itu berjalan kearah Futaba dan mengusap lembut belakangnya.

" Nek, Miyu dan Nagisa tak apa-apa. Sekarang ni...Nek balik dulu ke rumah saya. Rehat dulu. Biar saya yang handle kes ni. Okey? " lelaki itu memujuk seraya memanggil pemandu peribadinya untuk mengambil alih.

Futaba yang masih dalam sisa tangisannya membalasnya dengan anggukan kecil.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top