Chapter 3

   TIDAK senang duduk Futaba dibuatnya diruang tamu. Sekali sekala netranya menjenguk ketangga. Tidak ada tanda-tanda langsung Miyuna mahu turun ataupun sudah turun. Selalunya waktu makan malamlah dia paling kecoh sekali.

" Dia tertidur ke? Letih sangat sampai taknak turun gamaknya. " soal Futaba sendirian. Risau betul jika nada kasar dia petang tadi mengguris hati kecil cucunya itu.

" Alaa nek, janganalah risau. Dia curi-curi turun makan tadi. Nek tahula kan, bukan sekali dua dia merajuk macam ni. Besok dia okey la. " 

Padahal dalam hati Nagisa risau juga. Entah dah berapa lori dia menyumpah si Miyuna kenapa tidak pulang lagi. Sudah larut malam cerita dia. Risau kalau-kalau Miyuna buat kerja gila lari daripada rumah—

Tak tak. Miyuna hanya pergi ke kedai roti dan mungkin tertidur dimana-mana mungkin?

" Nek nak pergi panggil dia makanlah. " belum sempat kaki separa abad itu melangkah keanak tangga, Nagisa terlebih dahulu kehadapan menghalangnya dengan kedua-dua tangan didepa luas.

" Nek! Takpe! Biar Nagi je pergi panggil dia okay?? "

" Kamu panggil dia nanti, lagi merajuk jawabnya. Bukan tahu korang berdua macam anjing dengan kucing bila berjumpa. " jeling Futaba seraya mengangkat kaki kanannya.

" TIDUCKKK! " habis dipeluk si neneknya daripada menaiki kearas kedua. " Biar Nagi je nek! Lagipun karang nek sakit lutut lagi, kena masuk hospital lagi! "

Mata Futaba dikerjipkan, menampakkan garisan-garisan dihujung mata tuanya.  Futaba mengeluh. Dia perlahan menapak kearas bawah kembali membolehkan Nagisa menghembuskan nafas lega dibelakang.

· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·

" Nak pergi mana ni sebenarnya? " soal Miyuna tetiba setelah beberapa minit mereka berjalan dalam hutan.

Naruse tulikan telinganya. Soalan tadi sengaja tidak diendah. Dia meneruskan perjalanan macam biasa. Bukan dia tidak jawab, tapi sudah lebih 23 kali dia menjawab soalan yang sama, dan jadi letih.

Entah dari mana dia serap tenaga. Banyak betul bercakap, tapi aku pula yang letih.

" Kau ni siapa sebenarnya encik? Aku curious la dari tadi. Aku kat mana sebenarnya ni? Macam tempat tak familiar je. Kita nak pergi mana ni sebenarnya ni— ARGHHH!!! "

Kelepup!!! Bagaikan nangka busuk, Miyuna tersembam kedepan. Mukanya menyembah bumi akhirnya.

Ha sudah, jatuh pula. Tidak tahu mengapa saraf badannya lebih laju berbanding saraf otak dalam bertindak untuk berpatah balik. 

" Waaahh aku baru sedar!! Mana kasut aku lagi sebelah??!! "

Astaga...Tak pakai kasut sebelah hampir sejam pun tak sedar lagi ke?

Miyuna menayang muka horror apabila Naruse menghulurkan ranting kayu padanya. Kening dijongketkan. Ranting?

" Apa ni? "

" Boleh bangun? " 

Riak wajah Miyuna bertukar canggung. Dia bangkit dengan sendirinya lalu menepuk-nepuk debu pada bajunya.

Seriuslah, nak tolong aku bangun guna ranting? Karang patah pula ranting tu dibuatnya. Orang aneh, katanya dalam hati. Dengan tiba-tibanya, mentol lampu dikepalanya bercahaya.

" Hah...! Aku tau! Mesti kau ni angel kan? Aku ni dah mati! "

Mati huh...?

" Kau ni angel kan? Kan? Hmm sayangnya...Cara mati aku pelik sangat. Aku jatuh dalam lubang pelik...Dahla jatuh kat situ. Bangun-bangun je aku kat sini. Well....Tempat ni cantik berbanding tempat aku duduk la...Ni heaven kan? Kenapa awak ni asyik diam je dari tadi? Okeylah! Saya minta maaf pasal tadi...Lagipun salah awak juga yang simbah air kat saya tiba-tiba. Tapi disebabkan awak angel...Saya maafkan! Okey! Let's go to heaven! "

Lengan Naruse ditariknya dengan teruja malah ditarik kembali akibat refleks laju Naruse. Terhenti terkinja monyet gadis itu.

" Apa kau cakap? " 

" Jomlah pergi heaven...? "

" Lagi satu. "

" Angel? "

 Naruse mengeluh. Nafasnya ditarik dalam-dalam sebelum suara bariton itu memulakan hujah.

" Kau dengar sini baik-baik. Penting. "

Yes angel? " uhh dia ni la kan...Kemain bersinar mata dia...

" I'm foxdemon. Not an angel. Dan lagi satu...You're not dead yet.  Setakat sini, faham? " sambung Naruse.

Terbeliak mata Miyuna! Fox De...What?!

" Kau...Demon?? Not an angel? Ak...Aku mesti banyak buat salah waktu hidup dulu! Aku tak minta maaf dengan Nagi lagi sebab asyik panggil dia perempuan gila sebab dia rela duduk sendirian dan taknak kahwin! Salah dengan nenek lagi sebab curi duit sen bawah sofa! Habislah...Aku kena pergi hell nanti! " 

Dan disinilah mereka berdua. Naruse bersama seorang gadis yang menangis bersujud tidak ubah seperti orang tidak waras. Kali pertama bagi Naruse? Sudah semestinya. Tidak tahu apa perlu dibuat? Semestinya!

" Cik, dengar apa aku nak cakap... " belum apa-apa lagi suara cuba menenangkan itu dibidas dengan suara kuat milik Miyuna.

" NOOO!!!!! AKU BELUM BERKAHWIN LAGI!!!! "

...Dia ni tak dengar ke?? Dahi Naruse ditepuk lagi.

" Cik...Aku dah cakap kau tak mati lagi. Kau cuma terjatuh dalam perangkap yang nenek moyang aku buat je...Nama perangkap tu Black Hole. Dan kau mesti dah terjatuh dalam tu. Betul tak? " 

Royan Miyuna berhenti seketika. Buat kali pertamanya dia yang berkerudung itu, memandang tepat pada wajah pemuda berpakaian ala tracht.

" Hmm...Entahlah. Kau ingat aku tanya ke lubang tu nama apa? Yang aku tau aku cuma terjatuh dalam lubang. Tak tahulah lubang apa. Apa kegunaan BlackHole tu? "

To trap humans for sure. " jawab Naruse ringkas.

Ternganga Miyuna! Biar betul??

" Untuk?? "

Berapa kali aku nak cakap kat dia ni aku ni demon??

" Kan aku dah cakap...Aku ni foxdemon. And demons eat human. Manusia tu kiranya habuan besar la bagi demon sebab payah nak dapat. " 

Jelas Naruse sambil mengerling kearah wajah Miyuna yang sudah pucat lesu. Bibirnya lancang menyambung lagi.

" ...Setakat kau ni? Hmm buat bakar jadi sate sedap juga. "

Lagi kecut perut Miyuna! S-Sate??! Miyuna sudah membayangkan dirinya dipanggang diatas api.

Uhh—Jadi harga aku cuma bernilai seperti sate tepi jalan jelah? Tetiba Miyuna sedih pula mengenang harga dirinya disitu.

PAPPP! Dia menampar kedua pipinya kuat-kuat, mengejutkan pemuda itu.

Ya. Semua ini bukan mimpi, Miyuna.

" Err...Boleh hantar aku balik? Nenek aku mesti dah tunggu. "

" Mustahil. Setiap lapisan langit di dunia demon ni dijampi nenek moyang aku. Semua ini untuk mengelakkan kuasa-kuasa jahat lain masuk dunia ni. Sebab lain, nak perangkap human juga. Macam kau. Boleh masuk, tapi tak boleh keluar. Selamanya. "

" Seriuslah...Aku meringkuk dekat sini selamanya? Nenek aku macam mana?? Aku bukan sengaja nak masuk sini. Nanti makan malam aku kena rembat dengan Nagi macam mana?? "

Nyawa tidak risau, tapi risaukan makan malam lagi?

" Entah-entah semua ni tipu. Nagi nak prank aku? Kamera mana kamera??? "

Tidak tahu siapa Nagi, tetapi manusia manalah yang gila tukarkan latar satu dunia demi mengenakan seseorang? Nampaknya gadis asing dihadapannya seakan-akan diambing realita dan fantasi.  Masakan dia masih berfikir semua ini satu mimpi. 

Cape lusuh miliknya yang diselak-selak wanita itu direntapnya sedikit kasar. Terserlah muka redho pemuda itu.

Ligat otaknya berfikir satu idea.

" Come. " Naruse membaca satu ayat tidak difahami Miyuna lalu mereka berdua terapung diatas udara.

" Wah! " terhenti sesaat degupan jantung tatkala Miyuna terapung laju diatas udara. Aku...T-Terbang???!

"Warghh! Apa kau buat ni?? Kau nak bawak aku pergi mana ni?? Errgghhh janganlah terbang tinggi sangat!!! " jeritnya serentak melompat keatas Naruse dek ketakutan.

" Woi! "

" Taknak taknak! Aku takut! Aku takuuuutt! "

Pasrah Naruse dibuatnya dilakukan sebegitu. Melihat Miyuna terlalu takut sampaikan matanya tidak dibuka dari tadi, Naruse memaksa dirinya untuk menyentuh gadis itu. Aneh, tetapi kalau dibiarkan boleh patah tengkuknya dirabat sedemikian.

" Duduk diam-diam. " tegas Naruse, segera perkemaskan dukungannya. Kekok sekali.

" Turunkan aku! Aku takut ni! " rayu Miyuna apabila mereka terbang semakin tinggi. Leher lelaki itu dirangkul erat. 

" Jangan cekik aku la gila. "

" Tolonglah...Tolonglah turunkan aku! " sambungnya lagi dengan bersungguh-sungguh. Kedua-dua matanya dipejam rapat serta kekuatan kukunya mencengkam belakang tubuh cukup memahamkan seorang Naruse.

Takut ketinggian la pula dia ni. Aduh, menyusahkan.

" Buka mata kau. Aku nak tunjuk sesuatu bagi kau nampak sikit. "

" Taknak buka mata! Nanti aku mati! "

" Kau tak buka mata, aku jatuhkan kau karang. Cepat buka sebelum aku ubah fikiran aku. "

Miyuna memandang kehadapan. Tiada apa-apa melainkan permandangan pagi disitu saja.

" Wow... "

" Jangan nak wow sangat. Sentuhlah depan kau. Jangan tengok bawah. " arah Naruse lagi.

Miyuna akur. Perlahan-lahan dia mendepakan tangannya kehadapan. Tangannya terawang-awang sana sini sampailah suatu sudut dimana tapak tangannya mendatar.

" Whoa...Ada...Ada dinding kat sini! Aku tak tipu! Memang ada dinding! " 

" Inilah Wall of Alaistar. Dinding jampian nenek moyang aku cakapkan tadi. Dinding ni luas gila dan barrier memang kuat gila. Kalau kau dah masuk perangkap Black Hole tu, memang tak ada jalan keluar gamaknya. Faham? "

Matanya melihat sekeliling. Wahh cantiknya langit! Kiri dan kanan dia kagumi. Atas dan...Bawah!

" Arghhhh!!! TINGGINYAAA!!! " jeritannya mampu menggeggarkan permukaan langit. Sekali lagi Naruse rela dipanjat-panjat sehingga kekepala.

Dah cakap dah jangan tengok bawah...

Naruse mendarat didaratan. Dia sempat menurunkan Miyuna dengan kasar sedikit.

" Aduh! Kau ni...! " Miyuna menahan marah tetapi pemuda itu terlebih dahulu memotong.

"That's for touching me from nowhere. "

Aku tak sengajalah! Jeritnya dalam hati. Huh, pikir aku seronok sangat ke peluk dia.

Seketika kemudian, Naruse kembali menolong Miyuna bangkit semula. Dan seperti tadi, dia beredar meninggalkan gadis itu.

Apa-apa pun, Miyuna masih kagum. Matanya bersinar-sinar seperti bintang.

" Kau boleh terbang...Tapi mana sayap kau? Jadi betullah kau bukan manusia. "

Naruse memandang wajah Miyuna dengan pandangan kosong lalu dia berjalan mendahuluinya.

Terkulat-kulat Miyuna dibalas begitu. Ohh okay. Kembali kepada mood tidak mesra alam.

Fox Demon huh...

Miyuna mula berjalan laju disebelah Naruse. Dia tersengih lebar.

" Nak apa? " 

" Aku akan ikut kau mulai hari ni. Kan kau sendiri cakap...Aku tak boleh keluar dah. Lagipun, kau dah tahu aku manusia. Dan aku takde hala tuju nak pergi mana. And as you saiddddd, kan dunia ni berbahaya kat akuuu, jadinyaaaa, aku akan ikut kau! "

" Don't be so ridiculous. You will regret later. Aku tunjuk semua tu untuk kau tahu kewujudan Demon Realm ni sebelum kau mati. " balas Naruse tanpa sekelumit perasaan.

Is that so? Kalau ya kau demon, kenapa tak makan aku? "

Tanpa mempedulikan Miyuna, Naruse meneruskan perjalanannya. Jujur, ego Miyuna agar tercalar lalu dia menahan jalan itu. Nyatanya, Naruse menghentikan perjalanan. 

" I dare you to kill me now. Eat me now. "

Kedua alis Naruse sedikit terangkat. Dengan nada tidak berminatnya.

" Takde faedah. "

Hehh??? Dia sendiri cakap demon makan manusia bukan??? 

" Oh iya, faham. Mesti kau ni demon pangkat rendah yang tak pernah makan manusia kan? Kasta daging manusia dekat sini tinggi kan? Faham faham... "

BUKK. Naruse merasakan ayat itu bagaikan ketulan batu besar menghempap kepalanya. 

'Pangkat rendah' adalah satu-satunya frasa yang membuatkan dia berpaling kembali kegadis dibelakangnya. Laju dia menapak sehinggakan Miyuna terpaksa berundur kebelakang.

Krekkk, bunyi badan kayu pokok yang disandar Miyuna memecah keheningan hutan itu. Miyuna? Mula cuak dengan tatapan tajam menikam pemuda itu.

" Ulang. "

Gulp

" A...Aku tahu kau ni baik. Sebab tu kau tak makan aku. Kalau kau ni jahat, mesti aku tak buka mata sekarang ni. So...Aku akan ikut kau sampailah kau cari jalan nak bawak aku keluar dari sini. Oh. Aku tahu hidup sendiri, cuma kau kena tolong akulah untuk keluar dari sini. Okay? Aku tahu apa aku buat. " 

Miyuna kaku. Lidahnya digetap kuat-kuat. Dalam hatinya, sudah berjuta kali dia membaca mantera tolongjanganbunuhakutolongjanganbunuhaku.

Tidak lama dia diposisi begitu, Naruse melepaskannya. Berat juga nafas lega dilepaskan sang gadis.

Eh, tadi berani sangat Miyu? Baru gertak sikit dah lembik lutut?

So...Mana rumah kau? Dari tadi pusing-pusing kat hutan ni je. "

" Kenapa kau nak tahu? " eh, kita tanya dia, dia tanya kita balik?

Malas pula Miyuna mahu berbasa-basi dengan mamat dihadapannya. Agaknya dia memang tidak dialu-alukan disini rasanya. 

Iyalah, dia orang asing.

Mahu saja Miyuna beredar dan berjalan suka hatinya tetapi kemana? Dia tidak tahu. Akhirnya dia memilih untuk mengunci mulutnya dan mengekori Naruse dari belakang. Lagipun Naruse tidak pula menghalangnya. 

Melopong besar.  Lelaki itu selamba saja memasuki kawasan perkarangan bangunan gergasi dihadapan mereka.

Ni...Bukan istana ke??? Miyuna tergamam seketika. 

Dua orang pengawal bertugas disitu menunduk hormat sebaik sahaja Naruse melalui pintu itu. Pemuda itu tampak bersahaja dan tenang saja.

Agak tercengang Miyuna dari belakang! Dia mula meremang dan pelbagai fikiran dalam mindanya sekarang.

Mengikut langkah pemuda itu dari belakang tetapi ditahan si pengawal pula. Belum sempat pengawal itu menyoal, Naruse terlebih dahulu bersuara.

" Let her in. " lantas itu, pintu gerbang itu dibuka semula.

Uh, agak hebat juga sebab si pengawal tak tanya siapa aku dan dari mana aku datang. I mean like, senang gila aku masuk dalam istana ni!

Besarnya istana ni! Kagumnya dalam diam.

Sedikit kerlingan Naruse kearahnya. Huh, mata dia bersinar-sinar  lagi...

" Oitt Naruseee! " seruan seorang pemuda lain berpakaian lengkap istana merapati mereka. Naruse? 

" Hah sudah...Dia dah datang pula... " omelan perlahan didengari Miyuna dari hadapannya.

" Dah berapa kali aku cakap?? Jangan keluar sesuka hati! Kau tak takut ke apa-apa jadi dekat kau nanti??! Nanti yang susah aku jugak! Hahhh...Hadehh penatnya lari. "

Naruse huh? Kata Miyuna dalam diam. Dia mengerling pula lelaki berambut koko muda itu. Tinggi daripada Naruse dan tampak lebih mesra alam. Tapi, siapa mamat aka Naruse ni?

" Cross, aku suruh kau jaga office kan? Bukan cari aku. Jadual aku tengah kosong sekarang. " 

" Tapi kau kenalah beritahu aku juga! Apa function aku sebagai pengiring kau?? "

"Aku bukan budak 5 tahun. Aku tahu apa nak dibuat. " 

" Tapi— Kau memang budak dekat mata aku. " selamba saja pemuda bernama Cross itu mengusut rambut Naruse membuatkan sang Naruse bertambah berang.

" Pfffttt...Hahahahaha! "

Dua pasang mata itu melekat terhadapnya. Miyuna pantas menutup mulut!

" Huh...Siapa perempuan ni? "

" Hm? "Naruse buat-buat bodoh. Buat-buat tidak nampak.

Cross mula mengesyaki sesuatu. Matanya kembali bersinar-sinar menaruh harapan. Senyuman gatalnya juga terukir.

" Mind to explain?  " 

Jelek sekali Naruse menatap wajah tagih jawapan Cross. Tanpa menjawabnya, dia beralih ke Miyuna dibelakangnya.

" Takat sini jelah aku nak tunjuk. Lepas ni, pepandai jelah. " 

Agak tercengang dengan jawapan itu, tetapi lebih tercengang apabila Naruse beredar begitu saja.

Adakah...Aku baru lepas dijemput tanpa diundang lepastu kena halau...? Angin dingin meniup kemuka Miyuna.

" Apa punya perangai la Naruse ni...Ah, cik. Izinkan saya teman cik. Saya akan sediakan kereta kuda untuk hantar cik balik juga. " Cross memohon maaf.

Rasa kekok dan menyebalkan menyelimuti dirinya. Tidak mahu lama-lama. Dia juga tidak mahu, terus Miyuna menunduk hormat.

" Terima kasih atas tawaran tu, Encik Cross. Tapi saya rasa saya okay saja. Saya beredar dulu ya? Sampaikan terima kasih saya pada Naruse juga."

N...Naruse?! Mahu meletup Cross apabila mendengar itu. Ya! Ini pertama kali dia mendengar seseorang menyebut nama putera itu dengan sebegitu kasual! Encik??

Apa ini???

· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·

" Akhirnya. " perkataan itu memecah keheningan pejabat putera kedua Alaistar. Lain tidak bukan dipejabat Naruse.

" ...Akhirnya. " sudah 4 kali dia mengulang perkataan sama. Naruse menjeling tajam Cross disofa sedang meneliti jurnal kerajaan.

" Apa kau? "

Tapp. Jurnal itu ditutup. Cross melangkah kekerusi dihadapan Naruse sambil tersenyum-senyum.

" Takde apa. Aku cuma happy. "

"Cut it out. Kau nampak scary. Uh— Datang mana ada bunga-bunga ni?! " makin melampau pula si Cross siap berbunga-bunga disekelilingnya.

" Ini kali pertama kau bawa perempuan masuk dalam istana. Aku happy sangat-sangat sebab akhirnya kau dah boleh bergaul dengan perempuan selain Rachel dengan Violet. " 

Semakin lebar senyuman Cross, semakin terang pula cahaya dekat dia.

" Argh! Cross! Sakitlah mata aku! " Naruse memejam matanya rapat cuba mencari jalan untuk membuka mata walau sedikit. Terang sangat!

So— Siapa perempuan tadi? "

Kemain dekat muka bahagia Cross. Gamaknya seperti dia baru menjadi pengantin baru.

" Haih. Aku terjump— " belum sempat apa-apa lagi, Cross memotong lagi.

" Jadi apa tema perkahwinan kau? Putih? Macam klise sangat? Hitam? Macam pengembumian je. Ke kau prefer color pop? Aih Naruse. Kejap je kau dah besar nak kahwin. Dulu masa kecik-kecik kau cuma tahu berdempek dengan aku. Sekarang ni kau dah ada girlfriend diam-diam. Tahu-tahu je nak bawa jumpa King Edmund terus! Aku tahu aku tak patut kacau masa korang berdua tadi tapi takpe! Aku tahu kau malu dan tak bersedia lagi nak reveal siapa perempuan tu. Jadi— Macam mana kisah cinta kau? "

Cross lagi tersengih-sengih dan tanpa dia sedar, Naruse seperti dibakar api akibat memotong percakapannya. Pantang betul dia!

" Errrr...N-Na-Naruse...? "

· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·

" Biar betul dia terjatuh dalam Black Hole????!! " bersama benjolan batu dikepala, mata Cross terbeliak besar! Jangan salah anggap. Benjolan itu gara-gara kepala Cross terhantuk pada meja gara-gara cuba melarikan diri dari amukan Naruse sedangkan sang Naruse tidak bergerak walau seinchi.

" Dia even anggap aku ni angel yang akan bawa dia ke heaven. Tapi bila jelas aku ni demon, dia macam confuse dia dah mati atau belum. Realiti atau fantasi. Dia tak dapat bezakan. Jadi aku tunjukkan la Wall of Alaistar. "

" Hm? Kau tunjuk Wall of Alaistar? Tinggi sana tu? Macam mana? Bukan manusia tak boleh terbang ke? " Cross bingung.

" Aku duku— " serta merta kejadian dia terus mendukung Miyuna tanpa berfikir panjang itu berlayar difikirannya. Automatik belakang tapak tangannya bercium bibirnya, menghentikan ayatnya.

Bodohnya aku, hampir terlepas cakap pula. 

Itu adalah kali pertama dia menyentuh seorang gadis rapat dengannya. Tidak dinafikan yang, jiwa lelakinya sedikit berantakkan. Bila difikirkan kembali, Naruse sendiri tidak tahu bagaimana rasional sediakalanya hilang sampaikan dia rapat sebegitu dengan kaum dihindarinya selama ini.

" Du apa? Apasal muka kau merah? Kau okay ke tak? Kau demam ke??! " 

" Aku...Rasa panas...Uhuk-uhuk! " peluh mula merenik didahi Naruse, seraya dia melonggarkan kolar kemejanya. Dengan tiba-tibanya juga, dia membuka tingkap yang tidak pernah dibuka itu.

" Tapi still aku rasa kesian. Kau dah tahu dia manusia and homeless macam tu. Lepastu kau biarkan dia? Lepaskau tolong keluarkan dia dari hutan tu and ajak dia keistana lepastu kau khianat dia suruh pergi balik? Aku tahu kau tak gentleman tapi tak sangka kau teruk camni, Nacchan... "

Correction. Aku tak keluarkan. Dia yang ikut aku sampai keistana. Enough about her. Dia takde kaitan dengan kita. Pepandai dia hiduplah. "

Ughh teruk betullah Naruse ni, gerutu Cross dalam hati. Dia tidak puas hati dengan jawapan dan tindakan Naruse.

Ting! Mentol lampu otaknya bercahaya secara tiba-tiba.

" ...Jangan salahkan aku lepas ni. Ni semua salah kau... "

" Ingat aku tak dengar kau cakap berbisi— " PAP!!!

Cross menepuk tangan sekali. Terpaculnya seorang wanita berambut ungu separas bahu dihadapan mereka.

" Ya Tuanku Naruse. Ada apa Tuanku memanggil pa— Eh, siapa panggil aku ni? Kau ke Cross? "

Naruse menampar dahi. Sudah menjadi kebiasaan apabila mahu memanggil pengiring keduanya, harus menepuk tangan sekali dengan kuat.

Violet Arturia. Jangan pandang rendah dengan wajah comelnya, umurnya sudah melangkau 200 tahun. Keturunan jenis rama-rama tetapi jenis demon kedua yang hidup paling lama selepas wolfdemon. Caranya? Seperti rama-rama, butterflydemon akan masuk kedalam kepompong dan dijamin awet muda selama 10 tahun. Ada kalanya Violet berlembut, ada kalanya dia seperti bom sehinggakan Naruse pun gentar.

Sikit jelah. Kalau tidak, dua-dua seperti bom perang.

" Vi, kau boleh tolong cari perempuan bercloak merah kejap. Ada corak daun clover dibelakang cloak. Tinggi dia lebih tinggi daripada kau sikit. Dia pakai dress putih bawah lutut. Aku tak nampak sangat muka dia tadi...Tapi yang pasti cloak dia warna merah. Naruse, apa nama perempuan tu? "

" Kau nak mati ke? Kenapa beria sangat nak cari di— HUFF MHMMM!!! " tidak semena-mena, mulut Naruse ditekup. Menggelupur dia dibuatnya.

Err aku tak rasa ni idea baik, Cross...Gerutu Violet sendirian.

" — Lepastu kau cakap makanan disediakan 3 kali sehari. Nak mandi ke apa ke bolehlah. Lepastu, kau pepandai la urus dia sebab dia perempuan. Dan dia ni special sikit. Kau boleh handle kan girlfriend Naruse ni? "

Violet tersenyum. Girlfriend?

" Baik. Aku pergi cari dia sekarang. "

Usai Violet beredar, barulah dia melepaskan tekupan itu. Naruse separa mati cuba menarik nafas. Belum apa-apa lagi Naruse berkata, Cross terlebih dahulu mencelah.

" Ye Nacchan. Kau potong jelah gaji aku 5 tahun pun. Nak bunuh aku lepastu pun takpe. "

· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·

Dipekan asing itu, Miyuna berjalan tanpa tuju. Mahu tahu apa paling mengerikan? Kau berjalan dekat pasar pagi, lepastu ada mahkluk-makhluk aneh dan menakutkan. Ada gergasi dan orang kenet sebesar ibu jari! Nyaris dipijak dan memijak. 

Haih, apalah malang sangat hidup dia ni?

Mungkin aku betul-betul dah mati, dan mimpi aku lepas mati adalah tersesat dalam Demon World. Iya, aku hanya tidur panjang.

Tapi...Tak boleh ke bagi mimpi indah sikit lepas aku mati ni?

PAKKK! Hampir kesepuluh kali dia berlanggar bahu dengan orang lain dipasar itu. Tenaga mereka bukan biasa-biasa. Miyuna dapat merasakan tulangnya bakal patah lepas keluar daripada pasar ini.

Nak beli makanan ke apa, dia mana ada duit. Betul-betul miskin daripada hidup didunia dia. Keluhnya.

Kerudung merahnya itu ditarik lagi kehadapan. Senang sedikit mahu menyembunyikan muka ketakutan dia kalau-kalau ada monster menakutkan muncul dihadapannya.

" Saya dah cakap saya taknak kahwin dengan awak kan?! " Miyuna tidak sengaja terdengar satu suara bengang itu. Rasanya datang dari lorong.

Jiwa menyibuk Miyuna aktif secara automatis. Dia menyembunyikan diri dibelakang tong sampah dilorong itu. Dia melihat seorang perempuan bertelinga kucing dikepung beberapa orang lelaki berbadan besar. Tetapi bertelinga kucing!

" Hahahaha! Kau ni cantik betullah walaupun tengah marah! Kau tinggalkan jelah Eric kau, Rena. Kita lari sama-sama... "

" J...Jangan dekatlah Felix! " Rena menolak apabila Felix mendekatinya. Rena tidak boleh lari kerana dia sudah bersandar dengan dinding.

Mahu meletup Miyuna mendengar nama itu. Meremang! Situasi sama dengan nama yang sama! Memang nama Felix itu nama lelaki miang sedunia ke??

" Hei...Kau kat sana, Felix. Kau tak malu ke kacau perempuan milik orang? " Miyuna menampilkan dirinya.

" Siapa pula ni? " Felix mengorek hidung. Miyuna berasa jengkel amat. Eee pengotor dengan flirty!

" Aku cakap...Kau tak malu ke?! Dia dah cakap dia taknak kahwin dengan kau kan! "

Felix terkebil-kebil. Gadis separas pinggangnya itu ditenung dia dan sekumpulan. Mereka menghamburkan ketawa kuat!

" Siapa pula kuman ni?? Hahahahah! "

Kuman?! Jengkel Miyuna dan dia menyedari ini adalah peluang untuk melarikan diri sewaktu semua tengah ketawa. Dia memberi isyarat mata kepada Rena untuk mengekorinya.

" Kau ingat kau boleh lari mana Rena?? " mereka kembali mengepung. Kedua-dua gadis itu mula menggigil ketakutan! Miyuna tidaklah berani mana, cumanya dia mahu menolong kerana Rena berada seperti dalam situasinya!

" Kau tu manusia. Habuan demon. Setakat kau? Kau akan jadi sate lah jawabnya. "

Taknakkk! Dia tidak mahu menjadi sate tepi jalan!!! Itulah siapa berlagak nak jadi heroin sangat!

" T-Tolong saya, cik... "

Tangan Rena semakin sejuk ketakutan. Dia menggeletar teruk. Miyuna menggenggam tangan Rena.

Dia kena selamatkan Rena! Dia tahu perasaan diselubungi lelaki seperti ini dan tiada sesiapa menolongnya!

" K-Ke-Ketepi sikitlah! Kalau k-korang taknak ketepi, aku jerit panggil polis! " kata Miyuna dengan suara separuh nyawanya.

" Setakat polis, apa aku hairan— Hmm? " Felix membongkokkan tubuhnya. Dia menyelak hood kerudung milik Miyuna. Membulat besar mata Miyuna dan Felix!

· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·

"Kau tahu apa nak buat dengan girlfriend Naruse kan? "

Dia tidak tahu apa yang berlaku tetapi apabila perkataan itu meluncur dari bibir Cross, dia tidak dapat berhenti berfikir. Sama ada Cross bermain-main atau perkara itu betul, dia harus mencari perempuan itu dulu. Violet melemparkan pandangan ke luar tingkap.

" Apa yang ramai sangat dekat pasar ni? Aduh. Jammed pula. " dengus Teo, pemandu kereta kuda tersebut.

" Ada pergaduhan lagi ke? Harini hari apa...Ah, hari Ahad. Ada pergaduhan. " kira-kira Violet. Tidak tahu rakyat kota itu makan apa, tetapi setiap pagi Ahad mesti ada pergaduhan.

" Cik Violet nak turun ke? "

" Taknak. Saya nak simpan tenaga. " keluh Violet. Matanya tertancap sebaik sahaja mereka melintasi lorong dimana pergaduhan itu berlaku.

Cloak...Merah...?

" Berhenti!!! " SREEET!!! Serentak itu, Teo menghentikan perjalanan! Belum sempat dia menoleh, Violet sudah pun hilang ditempat duduk penumpang dibelakang. Dia berlari kelorong pergaduhan itu!

" K-Kan kitaorang dah cakap kitaorang taknak!!! Jangan dekatlah! " jerit satu suara. Violet segera menolak orang sekeliling sehingga dibarisan hadapan.

Gadis berambut perang itu berkerudung merah! Corak clover dan dress putih!

" Kalau Rena taknak, cik boleh kahwin dengan saya. " Felix bertukar nama panggilan dan nada menjadi lembut. Meremang dibuatnya apabila dia bertukar sasaran!

" Errrr...Tapi saya— "

" Cik adalah perempuan paling cantik pernah saya tengok! Kahwin dengan saya cik! " dengan tidak semena-mena, Felix memegang kedua-dua tangan Miyuna! 

Miyuna selaku bergelar tunang orang, dia tidak dapat maafkan orang yang menyentuhnya selain Livio!

" Jangan sentuh akulah!!! " BUKKK! Tumbukan itu tepat mengena wajah Felix sehingga dia terpelanting kebelakang! Orang ramai disitu terkejut dengan tindakan tersebut termasuk Violet!

" Both of us are someone else's woman that you shouldn't touch! Apatah lagi kalau diajak kahwin! Respect relationship orang lain! " jikalau tadi wajah gadis itu manis, sekarang mukanya seperti seorang penyangak!

HIKKKK! Felix seperti mahu menangis. Sudahlah sakit dek tumbukan itu bukan biasa-biasa.

" Noble Felix... " panggilan tersebut mengalih pandangan Felix. Mahu terkeluar jantungnya apabila Violet sudah mematahkan tulang-tulang tangannya dibelakang.

" T-Tu bukan Violet Arturia ke?? Pengiring kiri Putera Naruse yang dapat pangkat Moth Killer?? Ya! Dialah! " orang-orang sekeliling mula berbisik dengan penampilan mengejut Violet.

" You dare to do mess again every Sunday? Mind me to report to your father and grandfather again? "

HIKKKKKK! Report dekat papa dengan atuk??? Dan dia bakal disebat serta dibekukan wang harian???

" T-Taknak!!! Maafkan saya! " Felix melangkah seribu diikuti bersama anak-anak buahnya.

" Dah. Tiada apa lagi yang perlu dilihat disini. Lain kali kalau ada kekecohan berlaku dan tiada sesiap berani mahu membuat laporan, saya akan laporkan perkara ini pada putera kedua. " Violet bertegas sekali. Serentak mengarahkan semua untuk bersurai.

Jaga kandang lembu lagi senang dari selesaikan pergaduhan Ahad ini.

" Terima kasih banyak-banyak cik! Cik bukan saja tolong saya tetapi cik berani suarakan hak perempuan berpunya seperti kita! Cik Violet pun! Terima kasih kepada jasa cik berdua! " Rena tidak putus-putus menunduk tanda berterima kasih.

" Saya tak buat apa-apa pun...Baguslah kalau awak tak cedera kan? "

Kalau bukan sebab dendam dan amarah dia terhadap Felix Abel, pasti dia tidak akan berani mahu menumbuk demon bernama Felix tadi. Haih, mungkin ini kehidupan selepas mati Felix nanti. Menjadi demon gatal dan tetap memaksa perempuan berkahwin dengannya.

" Cik. Yang berkerudung merah tu. Ya, awak. " Violet mengangguk tatkala Miyuna menunding kearahnya. 

" Ah, Saya pergi dulu. Ada masa kalau takdir temukan kita kembali, saya akan membalas jasa cik. " Miyuna hanya tersenyum mendengar itu. Tinggallah mereka berdua.

" Uhum! Izinkan saya memperkenalkan diri saya. Nama saya Violet Arturia. Saya ada hal penting dimana saya perlu menjemput cik seperti diarahkan. Cik— "

" — Kena ikut saya keistana sekarang. "

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top