Chapter 2

NARUSE keluar dari istana lagi tetapi kali ini dia memakai baju kasual seperti rakyat biasa. Dia melompat pagar sekuriti dan melarikan diri.

Kemana? Dia sendiri tak tahu. Saja seronok-seronok. Siapa tak stress duduk terperap dalam office 24 jam? Lebih baik dia cuci-cuci mata sikit.

Fikirannya sedikit terganggu dengan kata-kata King tadi. Tidak ada angin mahupun ribut, namanya dipetik. Dia cuba untuk menumpukan perhatian pada kerjanya tetapi tidak menjadi.

Selama ni aku pun tak hingin la takhta tu. Aku pun sedar kedudukan aku.

Naruse terapung diawangan. Permandangan luas kota kerajaan Alaistar itu ditatapnya. Dia memilih untuk tidak kekota harini. Dia mahu kosongkan fikirannya dan hanya ada satu tempat je berlayar dalam fikirannya.

Ninelie Lake!

· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·

Kreekk...

Pintu bilik Miyuna terkuak sedikit. Kepalanya dijengul keluar untuk mengintai di tingkat bawah. Senyap sunyi.

Mesti nenek tengah tidur...Nilah peluang keemasan aku! Miyuna tersengih seorang diri.

Sempat lagi dia mencapai cloak merah miliknya. Pikir dia nak sendu-sendu dalam bilik? Memang stress la jawabnya. Dia ketawa jahat.

" He he he... " terjengket-jengket dia berjalan melintasi ruang tamu.

" Heh, kau fikir kau boleh blah camtu jeke? " Nagisa disofa menyoal.

" Ishh kau ni la! Terkejut aku! Ni apasal kau duduk dalam gelap?? Tak reti buka lampu ke gila? " Miyuna mengurut dadanya. Pantas suis lampu dipetiknya.

" Tengah stress belajar. Kau nak pergi mana? Dengan Livio ke? Oh lupa, tunang sibuk. Mesti nak pergi healing kan? "

Miyuna menahan geram. Nagisa pula ketawa mengekek. Jahat betul!

" Kalau kau nak keluar ikut pintu depan memang tak boleh dah sebab nenek dah kunci tadi. " saran Nagisa seraya bibirnya mencicipi minuman coklat panas.

Oh? Sejak bila perempuan ini menyokong kegiatan keluar rumahnya ni? Selalunya mesti dikepohkan kenenek gamaknya. 

" Kalau nenek tanya aku kat mana, pandai-pandai la kau backup tau. " 

Dari belakang Miyuna yang sedang bersusah-payah menolak tingkap gelongsor keatas dek kekaratan engsel yang setelah beberapa abad tidak dipedulikan, Nagisa mencebik.

" Jangan lupa beli banyak roti kat aku. Pakai duit kau sebagai upah. Kalau terkantoi, aku tak nak bertanggungjawab. "

Miyuna malas-malas mengangguk bersetuju. Tanpa berfikir, dia terus melompat keluar!

Gedebushh!!!

Tidak seperti dirancang, badannya betul-betul mendarat atas semak samun berduri!

" Arghh sakitnya! Bila masa semak tumbuh kat sini pulakk?! " adunya kuat. Buntutnya diusap-usap.

Sekarang, aku cuma perlukan sentuhan terakhir untuk tenangkan fikiran.

Dia perlukan makanan! 

" Weh perempuan! Balik awal! Aku dah lama craving roti tuna! Jangan lupa red bean bread dengan sausage bun! " pekikan Nagisa dari dalam rumah.

" Tengoklah kalau duit tabung kahwin aku cukup!! " balas Miyuna segera beredar sebelum Nagisa memesan macam-macam lagi. Rabak tabung kahwin dia woi!

Dia menarik hud merahnya kedepan untuk menutup kepalanya tu dan terus berlari ke Crossing Field. Masaklah kalau nenek dia tahu dia menyelinap keluar. Mesti nek tak bagi keluar sebab kata neknya, orang dah nak kahwin ni tak elok meliar merata seorang diri.

Yeye je nenek ni. Nak perangkap aku dari merayau la tu, cebiknya.

Tempat itu ialah padang lapang yang jauh dari Clarines Kingdom sikit. Padang itu merupakan tempat melepaknya sejak kecil, dan tempat menenangkan jiwa raganya apabila besar. Maklumlah, semakin besar semakin sakit jiwa.

Jangan risau gais. Aku tak lari rumah pun. Konon nak healing jap.

Tibanya di kedai roti, Miyuna terus mengambil pelbagai jenis roti kedalam bakul. Lapar punya pasal, hentam jelah semua!

Roti sosej...Garlic bread...Roti sardin...Hmm apa lagi? Eh cukup ke dengan duit 3 sen aku ni?

Miyuna membayar roti-roti nya. Berat hati gak melepaskan 3 sen tu sebab tu sebahagian daripada simpanan untuk perkahwinannya.

Appreciate sikit guys. Miyuna menabung gais.

" Maafkanlah s-saya tuan! " satu suara meminta ampun menarik perhatian Miyuna. Matanya menyapu ruang bakeri itu, mencari-cari tuan empunya suara. Logik akal hanya dia seorang yang sedar hal itu kerana dia duduk berhampiran pintu keluar.

Dua kaki jenjang itu menapak keluar daripada kedai roti. Suara itu datang dari lorong kecil bersebelahan kedai tu. Pantas dia menuju dia sana.

Netranya terpaku ada seorang kanak lelaki kecil yang dikepung seorang lelaki badan besar dan seorang lelaki kurus. Suara kasar keluar daripada sang berbadan besar mengejutkan Miyuna.

" Aku tak kira! Kau yang buat salah...Kau yang kena melutut dekat aku!! "

" Saya tak salah bang! Tolonglah! "

Mendengar esakan ketakutan daripada kanak lelaki tersebut meluapkan kegeraman dalam diri Miyuna. Satu perkara dibencinya dalam dunia adalah pembulian dimana yang besar dan megah memijak yang kecil. Dia benci sangat-sangat!

" Encik. " suara lembut berserta wajah manis berukir senyuman bidadari dipamernya. Serentak menangkap perhatian tiga pasang mata itu.

" Huh? Siapa pula cik cantik ni? " sang kurus tampak terpesona dengannya. Tetapi bukan sang besar.

" Kau...Siapa?!!! "

Miyuna kekal dengan senyumannya walau wajahnya basah lencun. Ampun, air apa terpercik kena muka aku ni. Hujan ke? Lah, air liur rupanya.

" Ada apa masalah ya encik berdua dengan budak kecik ni? Tak malu ke buli budak? " Miyuna menarik kanak lelaki itu kearahnya. Seperti kakak menyelamatkan adik kononnya.

Dua lelaki itu saling berpandangan. Mereka tergelak besar!

" Cik tahu tak budak ni dah curi roti kami? Sekarang kami nak makan apa?? Batu? Kalau taktahu apa-apa, jangan menyampuk. "

Kening milik gadis itu dijongketkan. Ternyata dia tidak mempercayai kata-kata yang baru didengarinya.

" Yeye je kau. Entah-entah korang yang buat dia. "

" Berani kau?! Kami tak buat apa apa kesalahan! Yang salah ni budak tu!!! " barannya lelaki besar itu sehinggakan dia mencengkam kedua-dua bahu Miyuna.

Berani dia...Sentuh aku???

Gedebukkkk!!!

Automatik, satu tumbukan sulung kena tepat pada pipi lelaki besar. Jatuh dan pengsan dibuatnya lelaki besar! Lelaki kurus pula terkejut gorilla terus mendapatkan rakannya!

Eh, Miyuna sendiri terkejut refleks dia sebegitu! Dia berdehem.

" Jangan nak tipu!! Tengok muka pun dah tahu kau yang curi! Bukan budak tu! " tetaplah membentak walaupun kakinya terketar-ketir. 

" Cik tak faham! Bob ni baik orangnya. Dia dah insaf daripada jadi jahat! Memanglah muka dia pecah sebab dia bekas gengster tapi! Arggghh sekarang tengok apa yang cik dah buat dekat dia?! Siapa nak jaga mak dia yang tengah sakit tu?? " 

Aaahh apa ni. Aku pening! Salah siapa sebenarnya ni? Tapi muka ganas teruk camni la selalunya gengster kan?? 

KANN???

" Hoi keding...Aku tak mati lagi lah...Lebih-lebih pulak kau ni..." lemah sekali sang besar berucap.

" Bob...! Aku sangka kau dah mati, bro! Jangan tinggalkan aku lagi! Aku...Woi! Jangan lari budak!!! Cik!!! Dia ambil barang cik! " pekik si lelaki kurus tiba-tiba.

Kepala Miyuna berpaling. Terbuntang matanya sebaik sahaja melihat budak tadi melarikan diri bersama plastik makanan...Bersama sebakul roti miliknya?! Dipandang pula tangannya yang tadinya memegang kanak lelaki itu! Hilang?!

" Hoi budak!!! Tu roti akulah! Bagi baliiiiiiiiiikkkkkkkkkkk!!!! " tempik Miyuna yang sudah mula berlari mengejar pencuri licik itu.

Eh-eh dasar rupanya budak tu yang mencuri! Betullah pepatah orang, don't judge book by it's cover. Ini muka pecah dengan buruk sikit, cop dia pencuri la penyangak la. Sedangkan hakikatnya lain!

Argh cakap pandai ya kau Miyuna? Sekarang siapa yang judge siapa!

Pecut lari kanak lelaki itu sampailah ke kerumunan orang ramai dipekan. Tak ada guna pun, sebab kelibat dicarinya sudah hilang. Tercungap-cungap Miyuna memandang lautan manusia itu.

Terpaksa dia meredah jugak la!

" Aduh! Sorry sorry encik! Puan! Sorry! Sorry! " berkali-kali maaf meluncur keluar dari mulutnya.

Halaah kenapa sekarang jugak nak buat festival ni sia??? Macam tak boleh hari lain pulak!

Semuanya disitu berebut mahu menyaksikan perarakan besar itu. Tapi Miyuna pulak? Dia sibuk mengejar pencuri roti!

Matanya dapat menangkap kelibat familiar budak lelaki bertopi biru. Ya! Budak tulah! Cepat dia ligan!

" Hei...Budak...! "

Serta-merta dua lelaki tegap muncul dihadapannya. Entah macam mana, dia dikepung pula dengan beberapa orang lelaki!

Bila dia pergi kekiri, dia ditahan. Ke kanan pun sama! Belakang dan hadapannya juga!

Hoi...Ni nampak sangat nak cari pasal, fikirnya lalu bertentang mata dengan seorang lelaki tersenyum senget dikenalinya.

Felix Abel. Satu nama cukup menjengkelkannya. Kenapa dalam banyak-hari hari jugak aku jumpa dia hari ni? Hari aku dirompak roti???

" Aku nak cepat ni. " tubuh lelaki itu ditolaknya tetapi kedua-dua pergelangan tangan Miyuna terlebih dahulu dicengkamnya.

Mahu menarik kembali tangannya, tetapi kudrat Felix lebih kuat daripadanya. Menggeletar genggaman kedua tangannya dek cuba melawan.

" Kasar-kasar nak pergi mana? Bukannya aku nak buat benda jahat pun, aku nak cakap kejap je dengan kau. "

" Aku bunuh kau nanti. "

" Ye, aku memang dah prepare pun dibunuh kau. " tawa Felix jelek sekali dimatanya. Kalau boleh, mahu saja dia menghumban lelaki ini dalam telaga!

" Mungkin kau dah lupa yang aku ni tunang orang. Bakal isteri orang. Takde adab eh kau sentuh perempuan milik orang? Oh lupa, kau sejak azali lagi takde otak untuk difikir. "

" Hahahaha! Kelakar eh kau Miyuna. Kau tahu tak kau tunang orang...Tak semestinya kau jadi isteri dia lagi. Haa...Kau faham kan? Kau bukan milik sesiapa lagi. Jadi, kau cakap je berapa kau nak. Aku boleh bagi asalkan kau hidup dengan aku. "

Miyuna mempamer wajah toyanya saat Felix bermegah-megahan. Haih. Ini bukan terjadi sekali.

" Kau ingat aku ni apa? Nak terima duit kau tu ke? Tunang aku lagi kaya daripada kaulah. Aku takkan lupa apa kau buat dekat aku sejak tadika sampai awal sekolah menengah. Kau rosakkan memori sekolah aku! Dah sekarang ni, roti 3 sen aku lesap sebab kau merepek! Dah blah! Jangan ganggu hidup aku lagi! Kau bernasib baik aku tak report apa kau buat dekat Livio atau mati kau haa! Jangan lupa buat drug test. Teruk sangat dah high tu. Meluat betul! "

Tangannya direntap kembali lalu dia menolak bidang dada Felix. Beredar dengan hati membengkak manakala Felix membeku seperti konkrit! 

" George...Muka aku macam penagih dadah sangat ke...? "

" Tuan nak jawapan jujur ke penyedap hati? "

Zuuup! Jadi...Memang betullah muka aku seperti penagih...

" ...Tuan betul taknak kejar cik Miyuna ke...? Ke nak saya putuskan pertunangan dia dengan Noble Livio...? " pembantunya, George sudah siap sedia menyinsing lengan baju.

"It's fine. Let her be. " 

Masih sama huh? Dari tadika kau tak berubah langsung lah, Miyuna.

Ini kali keberapa sudah dia melamar Miyuna...Dan selagi Miyuna bukan bergelar isteri orang, dia tidak akan putus asa menambat hati gadis itu!

Tapi apabila dibangkitkan dengan isu tadika dan sekolah rendah, dia pasrah. Jujurnya, dia membuli Miyuna sejak tadika kerana dia sukakan Miyuna. Tetapi malangnya, hanya disebabkan silap kata —

" Kalau cantik sangat, nanti cepat mati sebab hantu sukakan perempuan cantik! Ada sumpahan! "

Miyuna dibuli orang. Dipandang sebagai pembawa nasib malang. Kelakar tetapi itulah hakikatnya, Miyuna dipinggir orang ramai kerana tidak mahu mati awal. Perempuan sumpahan. Itulah nama diberi untuk Miyuna.

Dia mahukan Miyuna berharap padanya, tetapi yang terjadi adalah sebaliknya. Entah berapa kali juta, dia disumpah mahu dibunuh Miyuna. Tapi tidak mengapa. Dia masokis hanya pada Miyuna.

" Ah, tuan. Dah masuk waktu makan tengahari ni. Jomlah balik " ajak George.

Swoooshhh. Satu angin kuat melintasi Felix sehinggakan langkahnya terhenti. George berpaling apabila melihat tuan mudanya memusing kebelakang.

" Ada apa tuan? "

" Kau rasa tak...Angin tu...? "

" Angin apa pulak tuan cakapkan ni? Kan tengah terik panas ni? "

Hairan. Angin itu meniup sangat laju dan halus sekali. Ianya pantas mengalahkan cahaya tetapi cukup membuatkan Felix merasakan dingin hingga ketulangnya.

" Takde apalah. Betullah Miyuna cakap. Aku kena buat drug test tu. "

Buat beberapa tika, netranya memandang sekilas kearah angin menelurusinya. Dia yakin dia tidak berhalusinasi. Itu merupakan angin paling dingin dia pernah rasai.

· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·

Miyuna berbaring dipadang Crossing Field dengan santainya. Angin menderu disitu sangat menyamankan. Hari pun tidak panas sangat seperti tadi dan tidak mendung sangat.

Dia memandang kearah langit. Cantik walau terik menyucuk sepasang matanya, tetapi tidak mengapalah. Ala-ala tengah berfotosintesis.

" Haish...Laparnya...Lapar...LAPAR!! " perutnya ditumbuk-tumbuk.

Menyesal pula aku keluar ni. Makanan kena curi, duit pun habis. Terjumpa pula dengan jantan muka busuk. Duduk rumah kan boleh makan sedap-sedap.

Niatnya mahu healing tetapi makin bertambah pula sesi healing

...Apalah nasib aku, telahnya seorang diri lalu menutup mata. Tanpa disedarinya, dia terbuai dalam mimpi.

· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·

Miyuna terjaga dari mimpi akibat pipinya dibasahi oleh beberapa titisan air yang jatuh. Kelopak matanya dibuka perlahan-lahan. Langit gelap itu dipandangnya.

" Aloo...Hujan pulak... "

Pergerakannya mahu bangkit dari baring terkaku tatkala seekor anak arnab putih diatas perutnya. Miyuna menelan air liur. Bukan sebab dia takut...

Tapi disebabkan dia terlalu lapar! Masakan dimatanya bukanlah seekor arnab, tetapi sate berjus yang sedap!

Laju dia menangkap arnab itu dengan kudrat tangannya, tetapi malangnya arnab itu lebih pantas melarikan diri!

" Janganlah lari!!! " jerit Miyuna yang sudah mula berlari mengejar arnab kecil tu. Dah macam orang zaman batu kebuluran pergi memburu!

Arnab tersebut melompat dengan laju! Kesana kesini dia mempermainkan seorang manusia yang mengejarnya.

" Tunggulaaaahhh...ARGHHHHH!!! " Miyuna berlari sehinggakan tidak sedar dia dibawa kesatu lubang dalam hutan.

Suara itu tenggelam dengan suara hujan lebat yang menuruni, membasahi bumi Clarines. Dalam sekelip mata saja, padang itu menjadi sunyi sepi tanpa kelibat seorang manusia.

· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·

Badannya disandar dipokok. Penat! Sesekali dia mengeluh. Entah kenapa fikirannya sangat serabut sangat. Berkali-kali dia nak lupakan perkara pagi tadi, tapi tidak boleh. Benda itu sentiasa berlegar dalam fikirannya.

Kenapa tiba-tiba saja Tuanku mahu turunkan takhta? Turunkan dekat dia pula tu? Tolak tepi galas tanggungjawab dan kelayakan, jujurnya dia tidak layak langsung. Langsung tidak.

Apa motif Ayahanda putuskan semua ini tiba-tiba?

Satu nada dering kedengaran. Segera Naruse mengangkat panggilan itu. Tertera satu nama pada paparan skrin Holo-34 itu.

Rachel

Demam apa adik perempuan bongsunya ni? Tetiba saja, terus diangkat panggilan itu tanpa berlengah lagi.

" Helo kakanda Naruse! How are you there? " suara ceria Rachel menjengah dihujung talian.

" Okay je. How about others in there? "

" Vesdarique Kingdom ni ke? Okay je. Baru-baru ni kitaorang adakan majlis hari lahir Ciel. Lili ada datang juga. Kakanda tahu? Si burung dia Rio tu termasuk dalam fountain air strawberi kitaorang. Nasib Rio tu takde apa-apa. Flora pula macam biasa sosial sana sini. Asyik jenjalan je dia tu. Bonda pula macam tu jelah dia. Dia rindukan Ayahanda sksksks. "

Dalam keluarga Alaistar ini terdapat 2 putera dan 2 puteri. Jelas sekali, 2 putera tersebut iaitu Evan dan Naruse ditempatkan dipusat kerajaan iaitu Alaistar oleh kerana mereka perlu dilatih sebagai bakal pemimpin manakala puteri-puteri pula diasingkan kekerajaan lain.

Evan, dia, Flora dan Rachel. Mereka semua merupakan adik-beradik berlainan ibu. Ya, Edmund berkahwin 3.

" Ohh. " seperti biasa reaksinya pada cerita panjang lebar adiknya. Tidak mengejutkan pun.

" Anyway...Betul ke ayahanda nak turunkan takhta dan calonkan kakanda Evan Naruse sekali...? Kenapa eh...? Adinda terdengar je bonda dan bonda Ann cakap pasal ni tadi atas talian. Rasanya sudah kecoh satu Vesdarique Kingdom ni kakanda. Apa berlaku? "

Ah. Sudah dia duga kenapa adiknya tetiba memanggilnya.

" Kanda pun taktahu. " malas-malas Naruse menjawab.

" Tapi setelah 90 tahun...Tuanku tak pernah sebut pasal penurunan takhta. Kita kena tunggu sampai pemangkatan Tuanku tapi kenapa tiba tiba saja...? What's the deal? "

Naruse menghela nafas. 

" Tuanku arahkan untuk berkahwin. " satu jawapan yang meninggikan suara Rachel.

" APA??????!!!!!! " sambungnya lagi. 

" Tapi...Tapi kenapa tiba-tiba saja?! "

Dia sendiri tidak tahu jawapan, lagikan mahu menjawab. Berkahwin untuk memiliki takhta? Sepertinya tidak masuk akal dan mengarut sekali. Pastinya Ayahanda mereka sudah muak dengan tingkah kasanova Evan, dan desar-desir mengatakan dia homo.

Entah kali keberapa, berat helaan nafasnya dilepaskan lalu sepasang netra biru laut itu dibuangkan kepermandangan tasik bersebelah. Malah, terpaku pada sesuatu yang jatuh dari langit!

Cepat-cepat dia matikan panggilan dan teleportasi kesana. Segera dia menyambut! Agak berat! Ada apa dalam kain merah ini? Batu kristal ke?

Barangkali budak lelaki rasanya? Badan kecil dan halus, tetapi berat. Fikir Naruse dalam diam.

Dia mengintip sikit wajah tertutup dengan kerubung merah itu tetapi gagal. Naruse perbetulkan dukungan kepada bridal-style lalu hood itu terselak kebelakang kepala.

SEORANG GADIS??!

" ARGH! "

Terlepas pegangan tubuh perempuan itu dari dakapannya dek terlalu terkejut! Biar betul aku pegang p...perempuan??!

Dan gadis itu pun hampir menjunam dalam tasik! Nasib baik Naruse sempat menyambutnya sebelum sesaaat bom lepasan ditasik itu berlaku. Lelaki itu membaringkan figura sederhana didaratan dengan hati-hati.

Hah...Betullah perempuan...

Dengan frustasinya, Naruse mengurut-ngurut kepalanya. Mengenangkan apa berlaku sebentar tadi, saraf otaknya hampir terputus. Dia. Baru. Saja. Menyentuh. Memegang. Mendukung. Memeluk. Seorang. Gadis.

Dia ni...Manusia bukan...? Lain tidak bukanlah kalau jatuh dari perangkap lubang tu. Rasanya dia pengsan. Naruse meneliti wajah lena itu sekilas pandang.

Lama dia perhatikan sampai beberapa minit kemudian, dia baru kembali kerealiti. Naruse memandang kearah lain bersama muka merahnya. Tiba-tiba dia terlihat sesuatu.

· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·

" Hmmm...Sakitnya..." adu Miyuna perlahan. Kepalanya sakit. Seingatnya dia terhantuk pada sesuatu keras seperti batu. 

Matanya terkelip-kelip, menjelaskan persekitarannya. Netranya dapat menangkap kelibat seseorang tidak jauh darinya.

Eh? Apa tu...? Kuda...Berbulu putih ke?

Bukanlah, tu kepala mop lantai. Eh, macam...Janggut orang la pulak.

Matanya dikecilkan, memaksa pancaindera penglihatannya berfungsi segera.

Eh! Orang rupa-rupanya?

Miyuna pura-pura tidur sebaik sahaja lelaki itu pusing kearahnya. Dia tidak tahu mengapa refleksnya sedemikian, tetapi dia bersedia untuk bertarung kalau-kalau bala buruk dihadapannya bakal menimpa.

Andaian Miyuna menyebabkan dia semakin gusar, sebelum dia menyedari apa yang bakal berlaku.

" Eh...! Jangan baling dekat aku– "

Splashhhh!!!

"Uhukk uhuukkk!!! Apakah?? " terjegil biji mata Miyuna apabila disimbah sebaldi air tasik dengan selambanya. Habis basah kuyup bajunya!

" Uhukkk!!! Uhukkk!!! Kau!!!! Uhuk!!! Apahal sia??? Mana adab kau sia kau simbah camtu je kau fikir aku ap–Huh– HIKKKK! "

Roh Miyuna bagaikan mahu tercabut apabila terdapat beberapa pokok Venus Flytrap gergasi dibelakangnya bergeliang-geliuk! Dalam beberapa jengka lagi, dia mungkin dibaham pokok-pokok itu.

BUMMM! Satu pokok menghempas dirinya disebelah Miyuna bikin gadis itu melarikan diri dibelakang Naruse!

" ARGHHHHHHH!!! "

Miyuna terlalu takut sehinggakan dia sudah tidak peduli lagi! Dia menggoncang Naruse sehingga putera itu hampir memuntahkan isi makanan dimakan tadi.

Ini betul kekuatan seorang perempuan atau seekor gorilla?

" B-Buatlah sesuatu weh!!! Nak tercegat camni jeke?? Tak nampak ke pokok-pokok tu meliar??! Kita kena baham karang!!!  " 

BUMMM!!!

Terjojol biji mata Miyuna apabila pokok liar itu memuntahkan bangkai harimau yang mereput. Betul-betul disebelahnya!

" Cepatlah!!! " desaknya.

Naruse memusingkan bebola matanya. Dah macam mana dia mahu bergerak kalau dia dipeluk separuh nyawa sebegini? Mahu tidak mahu, dia terpaksa berjalan dengan keadaan begitu.

Pemuda tersebut kembali ketasik dibelakang dan mengambil sebaldi air. Pokok-pokok itu bertenang setelah disimbah sebegitu. Tidak seganas dan menakutkan sebentar tadi!

Terkebil-kebil Miyuna dibelakangnya. Agak kagum.

" Ohh. Jadi dorang dahaga jelah. Waah! Ni first time aku jumpa Venus Flytrack besar macam ni. Ganas jugak. "

Siapa ajar? Sebutan betul Venus Flytrap. Dengus Naruse dalam hati.

" Lepas. " suara bariton Naruse berucap buat kali pertamanya.

" Hm? "

" Berapa lama kau nak nak peluk? "

Pe–luk?

Sesudah sedar Miyuna, mukanya menyirap merah. Segera dia mengangkat kedua tangannya seakan dia ditahan polis.

Sorry. Aku takut sangat tadi dan aku tak sengaja. "

Naruse mengerling. Dia menepuk-nepuk baju jeraminya bikin Miyuna mencebik.

What the hell...Jijik sangat ke aku ni? Aku bukan sengaja pun...

Pup. Sapu tangan bewarna putih dihulurkan. Bikin Miyuna lagi terkulat-kulat apabila Naruse beredar begitu saja.

Telinga aku macam dengar suara dia tadi, tapi mungkin itu suara nyamuk. Tak, sekarang ni dia bisu ke apa???

Permandangan tasik itu dipandangnya lama usai dia mengelap mukanya. Kemudian, dia melihat tempat dimana dia berbaring tadi. Ada kain.

Cloak...? Lambang awan...?

Mata Miyuna kembali pada sapu tangan separa basah itu. Turut mempunyai lambang awan. Sedangkan Clarines Kingdom, tanah dimana dia dilahirkan mempunyai lambang 3 kelopak daun.

Dia menjadi bingung seketika. Kepalanya dipegang lalu memandang sekeliling.

" Oh ya...Aku dekat mana ni...? "

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top