HARI ini mood Naruse lain daripada yang lain. Tiada aura gelap seperti selalu. Tiada "Cross. Cross. Cross!" atau bebal harian. Pejabat harini pun aman. Cross mengecilkan matanya melihat Naruse dimeja. Dia melihat tiada apa-apa yang pelik kecuali...
CINCIN??!
" Sejak bila kau pakai cincin ni??! " berdesup dia kehadapan meja putera tersebut.
" Oh. Pagi tadi. Aku lupa bagitahu kau— "
" SAMPAI HATI KAU TAK BAGITAHU AKU KAN??? Dulu masa kecil, apa-apa kau bagitahu je aku walaupun kau nak terberak! Wait. Dengan siapa??! Jangan-jangan dengan... "
Cross menutup mulutnya dengan dramatik. Naruse dengan nada sama berkata.
" Yeah. We're engaged last night. "
Sementara itu diruang makan pekerja pula. Ao dan Matcha melopong luas! Mereka juga mengeras seperti batu melihat Miyuna makan nasi goreng.
" Hm...Ao-san, Matcha-san...Habiskanlah makanan korang sebelum saya makan nanti. Saya tengah lapar gila ni. "
" L-Lady Miyuna...Dekat jari tu...Tu bukan ke...Cornflower Blue Sapphire Ring?? Harga dia sama dengan 100 negeri dalam Demon World! " Matcha menggigil menunjuk kearah jari manis Miyuna.
" Oh. Yang ni...Saya pun taktahu jenis apa. Tapi hmm cantik jugakla. " selamba saja Miyuna menyuap nasi goreng kemulutnya lagi.
100 negeri? Mahal gila cincin ni. Kalau aku jual nanti mesti aku kaya, desisnya.
" Ao, Matcha. Bungkus makanan korang ni. Korang dah lambat masuk kerja. " celah Violet dengan roti bakarnya.
Oh ya! Dah pukul 9!!! Mereka sudah lambat masuk kerja!!! Terkocoh-kocoh dua dayang istana itu beredar bersama-sama makanan mereka.
Usai pastikan mereka tiada lagi, Violet menarik nafas dalam-dalam.
"Did he propose you????! For real??? "
Waaahhh sakitnya telinga...Buat kali kedua dia mendengar suara kuat Violet! Selalunya suara Violet mendatar dan lemah-lembut! Miyuna mengangguk. Tangan Violet ditarik agar wanita itu kembali duduk.
" Violet, please prepare me wedding budget including ring, dress and decorations. I depend on you in this matter because you know what women wants. "
Ketika itu Violet dalam mood kerja. Tiada apa yang difikirkan melainkan kerja. Jadi, dia tiada masa untuk menanyakan soalan. Dia terkesima besar apabila melihat cincin yang dipilih Naruse itu berada dijari Miyuna!
He did it...He finally did it!
Tring! Satu mesej masuk. Terkocoh-kocoh Violet periksa mel masuk dalam hologram itu. Kemudian dia beralih pada Miyuna.
" Miyu, kelas dibatalkan harini. Saya nak bawa awak pergi satu tempat lepas ni. "
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
Naruse dan Cross duduk diatas sofa disediakan. Sudah hampir 15 minit mereka berdua menunggu. Cross bersandar kemudiannya menghela nafas yang panjang.
" Haaaa...Lama betul tak rasa shift kerja habis awal camni. Bolehlah aku relaks-relaks. "
Tengahari tadi dia, Cross, Miyuna dan Violet bergerak ke butik pengantin. Semuanya gara-gara Violet mengajak. Naruse? Apa lagi cepat-cepat dia siapkan kerjanya yang bertimbun! Terus mereka berempat bergerak ke salah satu butik mewah yang dikenalkan oleh Violet.
Saat ini, sudah genap 3 jam mereka berada dibutik itu. 2 jam saja dihabiskan untuk memilih gaun!
" Cantiknya! Nampak pelik tak?? " kedengaran suara Miyuna dari fitting room itu.
" Tak peliklah! Memang sesuai dengan awaklah Miyuna! Cantik giler! Dah jomlah keluar kita tunjuk kat dorang! "
" Tapi—Warghh!! "
Lengan Miyuna ditarik Violet keluar daripada fitting room. Derapan kasut mereka berdua menuju ke Cross dan Naruse menarik perhatian dua lelaki itu.
" Korang, cuba tengok sini jap. "
Manik-manik kecil pada gaun putih itu berselerak terutamanya dibahagian depan. Ukuran pada lengan panjang dan pinggannya sangat cantik. Corak bunga-bunga kecil pada gaun itu turut menjadikannya gaun sempurna. Ia bukan gaun kebiasaan dia melihat Miyuna kenakan.
Oh gosh. Hanya Naruse saja tahu jantungnya sedang berdegup kencang. Dia terlalu terpukau sampaikan tiada sepatah keluar dari bibirnya! Sepertinya, dia terpesona buat kali pertama.
" Cantik gila Miyu! Kalau macam ni, habislah...Memang haritu akan meletup teruk! Aku ingatkan bidadari mana tadi! Kan Naruse?? Naruse? "
Tidak berkelip gamaknya putera itu. Walaupun dipanggil beberapa kali dan melambai tangan kemuka. Tanpa dia sedar, tubuhnya disiku Cross disebelah. Barulah dia kembali kerealiti!
" ...Apa? "
" Okey ke tak? " soal Miyuna.
" I think it's lovely but...Wait. "
Gaun itu sempurna... Tetapi belakangnya! Tiada zip! Separuh bahagian belakang badannya terdedah! Segera Naruse berdiri dibelakangnya.
" Kejap. Takde yang...Tutup bahagian belakang ke? Zip? "
" Takde. Tapi cantikkan pattern ni? Ni first time aku pakai macam ni. "
" I don't. Sebab takde zip. " terus mood Naruse berubah!
" Kita dah pusing satu kedai ni and aku berkenan pattern yang ni je. Kau pun approve tadi. 2 kali! Tak sekarang ni, kau yang nak pakai ke aku? " Miyuna sudah berasa geram.
" Iye aku tahu, tapi kita custom la ada zip belakang tu. Bak sini. " putera itu mula rasa jengkel. Dia mengambil gaun itu.
" Aku taknak! Aku pilih sebab nak tunjuk kecantikan belakang aku! " bermulalah perlawanan tarik gaun itu.
Violet dan Cross memilih untuk tidak masuk campur. Hanya duduk tepi diam-diam dan menunggu mereka berdua selesai bertengkar.
Akhirnya gaun itu dibeli. Keputusan perlawanan? Naruse menang. Miyuna mengaku kalah pun disebabkan dia sangat lapar. Dah kehabisan tenaga!
Dalam kereta kuda, masam mencuka dia menjeling tunangnya ditepi tingkap. Naruse sedar itu, menjongketkan keningnya.
" Marah lagi? "
" Haih, nanti aku koyak bahagian belakang tu. Cantik sangat design dia tapi sayang sebab ada penyibuk suruh custom design macam dia pulak yang pakai. "
" Lebih baik kau bersyukur daripada aku suruh kau pilih yang lain. Kau koyak, siap kau. Aku kasi kau pakai baju banduan. "
Lah, tak habis-habis lagi rupanya! Fikirkan dalam kereta kuda dapatlah tenang. Tapi! Mereka berdua harus menjadi bisu lagi! Harap-harap cepatlah mereka sampai ke istana!
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
" Tak sabar betul kan Tuanku Naruse dengan Lady Miyuna nak berkahwin nanti? Patutlah lately nampak dorang makan sekali. Dorang nampak secocok gila kan?? "
" Iyee! Lagipun Lady Miyuna humble dengan baik gila. Dahla cantik pula tu. Prince Naruse pula definitely will be a good husband sebab kepimpinan dalam negara pun dah A+. Haritu aku ternampak dorang siap matching cincin lagi! Harap-harap lepas ni Alaistar berbunga-bunga sikit lepas putera kedua berkahwin! "
Evan terpempan besar. Dia juga terlanggar pasu disebelahnya. Matcha dan Ao yang sedang berbual itu menoleh.
" Apa korang cakap? Naruse...Dengan Lady Miyuna dah bertunang? "
Berita itu sudah tersebar luas dalam istana. Baik dayang-dayang ke pembantu istana lelaki sampailah ke tukang masak dan tukang kebun. Semuanya kerana mereka nampak cincin yang sama disarung pada jari Miyuna dan Naruse.
Lebih mengejutkan berita itu apabila Cross dan Violet mengesahkan berita itu! Gila tak terkejut?!
Sebuah kotak kecil dikeluarkan dari poket seluarnya. Sejak dia membeli cincin tersebut, dia bawa merata-rata. Tidak pernah dia menyangka mahu mencari calon sesusah ini. Dia mengeluh.
Ada masa lagi. Apa kata aku rembat saja perempuan dalam istana ni? Then ceraikan lepas dapat title Demon Duke tu.
Satu nama terpacul diotaknya. Terus dia berpatah balik dan bergegas kesana. Kebilik perempuan itu!
Evan sudah tidak kisah lagi. Dia tiada masalah untuk memilih perempuan tetapi apabila melibatkan perkahwinan—Evan adalah orang yang paling ragu-ragu dan takut. Takut?
C'mon. Ni Evan. Dia boleh saja pilih mana-mana perempuan dia nak!
" Eh? Tuanku? Ada apa cari saya? " Violet yang baru lepas mandi itu terkejut. Selamat hari ini dia mengenakan baju tidur yang sopan!
" Ikut Beta kejap! Beta nak cakap sesuatu! " terus saja Evan menarik wanita itu keluar daripada kamarnya.
Membuntang mata Violet! A-Apa ni??!
" T-Tuanku, saya tak rasa ini idea yang baik! Macam mana kalau ada orang nampak kita...?? " dia cuba meronta sedikit tetapi pegangan Evan terlalu kuat.
Mereka ditaman. Tetapi Evan masih lagi tidak melepaskan Violet. Violet semakin gusar kerana putera sulung itu membawanya semakin jauh dan gelap. Hari pula sudah malam.
Kebetulan, Cross yang baru balik dari infimari itu terpempan besar. Apatah lagi Violet dan Evan.
" Vi...? "
Itu kali pertama Cross melihat wajah Violet dalam ketakutan. Dia seperti mahu menangis. Wanita itu tidak lagi seorang wanita yang berani dan berdikari.
" Apa yang Tuanku nak buat dengan Lady's Maid of Honour sebenarnya ni...? " Cross melangkah setapak kehadapan. Wajahnya agak bengang
" Haih...Kenapalah semua orang nak sibuk sangat pasal aku ni...? Hmm? Suka hatilah aku nak buat apa pun. Takde kaitan dengan kau pun kan Cross? Kau tu pembantu istana saja! Pangkat Beta lagi tinggi! "
Cross terkedu besar. Dia menunduk hormat tanda faham. Kemudian dia beredar dimana Violet agak terkilan. Harapannya untuk diselamatkan musnah!
Dia faham Cross tiada pilihan tetapi...Gamakkan kau?
" So...Violet. Beta panggil kamu keluar sebab Beta nak kamu buat sesuatu. " sekotak cincin dikeluarkan dari poketnya.
" T...Tuanku... "
" Kamu kena kahwini Beta, Violet. Beta janji kejap saja perkahwinan ni. Lepas Beta dapat pangkat Demon Duke tu, kita cerai! Bolehlah Violet? Beta cuma boleh harapkan kamu saja! " dia menyarungkan cincin itu pada Violet dengan paksaan dan kasar!
" T...Taknak...! "
Arghhh! Sesiapa tolonglah aku...!
PIAKKK! Satu tamparan sedas mengena kepala Evan dari belakang. Kuat gila sampaikan putera itu tersungkur tidak sedarkan diri!
" Cepat Vi! Lari! " Cross menarik tangan Violet lantas mereka berdua melarikan diri.
Setibanya dalam istana, kedua-dua mereka berhenti berlari dan kehabisan nafas. Kedengaran suara sedu-sedan Violet yang membongkok itu.
" Hei Vi...Dah takpe...Bukan salah kau... " Cross memang cuak. Fikirkan ayat itu mampu menenangkan Violet tetapi tak! Violet semakin meraung kuat!
Kerudung milik Cross disarungkan disebabkan angin sejuk malam itu. Tubuh Violet didakap erat. Cross juga mengusap-ngusap belakang badan Violet.
" Sokay Vi...Aku ada...Aku ada... "
Keesokkan harinya, Evan bangkit disebabkan cahaya terang matahari. Dia yang terlentang itu terkebil-kebil. Ya! Tengahari di Alaistar seumpama dineraka. Panas gila!
" Macam mana aku dekat sini pulak? " kepala Evan masih sakit. Dan dia bingung.
" Oh gosh Your Highness! Tuanku okey ke?? " pekebun istana itu terkocoh-kocoh menolong Evan berdiri.
" Folger...Apa jadi dengan Beta? Kenapa Beta dekat sini? "
" Oh! Patik ternampak Tuanku balik semalam. Tuanku macam mabuk. Lepastu Tuanku jatuh kat sini. Patik dah cuba cari semalam tapi tak jumpa Tuanku. "
" Aah faham-faham. " Evan beredar usai Folger menunduk hormat.
" Aku ada minum ke semalam...? Hmmm bleh! Busuknya! " ragu Evan sehinggalah dia mencium bau ketiak sendiri. Ya, mungkin dia minum banyak sangat sampai boleh tertidur dekat taman!
" Psst...! Folger...! " munculnya Cross secara mengejut dari semak-samun. Ibu jari Folger diangkat tanda berjaya. Cross menghembus nafas. Lega!
Good thing, Evan lupa!
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
Miyuna dengan muka tiada perasaannya. Sudah 5 minit dia berdiri ditempat yang sama sehinggalah ditegur Naruse dimeja.
" Aku okey je kalau kau nak stay macam tu sampai 7 keturunan sekalipun. "
" Dah seminggu berturut-turut dah ni masa makan aku hadap muka kau. Memang tak boleh makan sendiri ke? "
" Nope. " balas Naruse ringkas dan tiada rasa bersalah.
" You know what? Aku boleh je makan sendiri. " ura-ura Miyuna mahu mengangkat kaki terhenti apabila dia terdengar bunyi plastik. Dia kenal sangat bunyi plastik tu.
" Crème puff?! " laju dia memusing kepala! Plastik berisi crème puff pasar itu dihayun-hayun Naruse dengan muka sinis.
" Nak? Teman aku makan kejap. I promise it won't be that long. "
The hell main ugut-ugut pulak ni?? Miyuna mengeluh. Dia tiada pilihan melainkan akur. Sepatunya dibuka lalu melabuhkan punggungnya diatas kerusi.
Haih...Violet demam panas pulak. Dah 3 hari dia tak sihat. Jadi Miyuna keseorangan lagi.
Tak. Naruse asyik suruh menemannya. Pantang keluar pejabat, mesti dia bertemankan Naruse.
Mata Naruse memerhati gerak-geri Miyuna yang merengus duduk dihadapannya. Ada saja tak puas hati dia. Senyumannya kian tawar apabila dia teringat kata Cross 2 hari lepas.
" Naruse. Kau hati-hati dengan Evan. Semalam dia tarik Vi dari bilik ketaman semata nak buat deal kahwin dengan dia. Lepas dia dapat title tu, dia nak ceraikan Vi. Nanti aku nak keluar Alaistar cari herba untuk Vi, kau stay dengan Miyu. "
Makin melampau pula abang dia. Gila betul cari sampai kebilik. Nampak betul desperate Evan dari situ. Kalau dibiarkan, tak mustahil dia nak berbuat benda sama dekat perempuan lain dan Miyuna. Abang dia bukannya kisah kau tu girlfriend orang ke, tunang ke, janda ke.
Silap-silap isteri orang pun dia boleh rembat. Teringat pula berita skandal Evan bersama 2 isteri orang beberapa tahun lepas.
" Somehow, muka cringe kau buat aku rasa sakit hati pulak. " tegur Naruse.
" Aku tak suka kalau kau kongkong aku macam ni. We're not even married yet. At least bagilah aku enjoy masa sendiri. " cebik Miyuna. Tanpa disedari, dia mengangkat kaki satu keatas kerusi.
Kongkong...? Lelaki itu agak terkesan dengan nyata Miyuna.
Dia mengongkong ke sekarang? Dia cuma taknak Miyuna berjauhan dengannya selepas mendengar cerita Cross. Mungkin dia sudah melebih.
" Ye, aku minta maaf. Tapi tunggu sampai Violet sembuh dulu baru aku lepaskan kau. " tuturnya perlahan.
Maaf?
What's up dengan maaf tu? Maaf untuk apa? Dia macam random gila tau. Betul ke dia ni lelaki? Bukan ke lelaki susah betul mahu ungkapkan ayat itu?
Mungkin dia rasa sunyi. Yelah selalukan Cross teman. Tapi semenjak Violet demam, Cross keluar dari Alaistar demi mencari herba sesuai dengan demam panas Violet disebabkan dia alergik dengan sesetengah herba. Violet jenis demam panas lama.
Seriously?? Arghh takguna hati aku dah jadi lembut sikit sebab fikir benda-benda macam nilah!
" Nah. " plastik jernih ditolak kearah Miyuna. Wajah masam mencuka gadis itu bertukar sekelip mata!
" YEYY! "
Terus melahap 2 ketul sekaligus sekali eh...Tak sia-sia dia sempat bertanya Violet apa yang disukai Miyuna bulan lepas. Punyalah suka sampaikan makanan banyak depan ni pun dia tak jamah langsung.
" Anyway...nanti jom pergi keluar. Ikut aku kerja. " dagunya ditompang. Melihat Miyuna yang asyik dengan creame puff.
" Khenapa akhu khena ikhut? Kherja khau mhasalah khau lah. " soal Miyuna dengan mulut penuh.
Sabar Naruse.
Miyuna terpinga-pinga apabila lelaki itu menarik kerusi ditepinya. Semakin terkejut apabila ibu jari Naruse mengelus bibir bawahnya.
" Comot. "
Merah padam mukanya menahan malu apabila tunangnya menjilat ibu jari bersisa krim dengan wajah tidak bersalah. Tidak habis dengan itu, Naruse mendekatkan dirinya pula. Berbisik sesuatu.
" Ada kes kecurian dekat Lluvia Kingdom. Aku nak pergi tengok and tangkap pencuri tu. Lagipun Lluvia Kingdom dekat dengan gunung. Kau ingat lagi tak rewind memori Livio? Ada satu pokok besar which satu-satunya dekat gunung tu. Kemungkinan portal Infinity Void ada dekat situ jadi— "
" Aku boleh balik???! " dia menghentam permukaan meja kayu itu dengan kuat. Sikunya pula menojoh muka Naruse disebelah.
Haih. Dia ni la kan...Naruse cuba menahan sabar, hidungnya dikepit dan dibetulkan semula. Hilang hensem aku!
" Tapikan, kalau aku boleh balik...What about the marriage? What about the wish? What happened to our future? "
" Takde siapa cakap kau boleh balik on the spot. Then, what's the point we're engaged and getting married soon? Aku cuma nak tengok wujud lagi ke tak portal tu. " dahi Naruse ditepuk.
Haah la. Bengap juga aku ni. Takkanlah dia ajak berkahwin pastu tetiba hantar aku balik. Habis macam mana dengan wasiat tu kan?
" Agak-agak berapa lama kita kena jadi suami isteri ni. "
Mata Naruse melihat atap anjung. Mulutnya terkumat-kamit selari dengan jari-jarinya mengira sesuatu.
" Seingat aku...Aku tak tahu. "
Angin meniup. Ombak memukul tepi pantai. Dengan muka sinis, Miyuna memandang Naruse menghirup tehnya. Cis.
" Dalam wasiat tu takde pula tulis. Aku rasa sampai future kita tak berwarna gelap? Ah ya. Kau ingat lagi tak pawang yang kita dan ibu kita pernah jumpa sama-sama 10 tahun lepas? Aku rasa kita kena cari dia untuk ramal balik future kita. "
" Kau ingat aku ingat ke gila? Apa jadi semalam pun aku tak ingat apatah lagi 10 tahun lep—Wait. KITA PERNAH JUMPA KE SEBELUM NI???! "
Buat kali kedua dia menghentam meja itu. Miyuna keras membatu. Lengan beropol gaunnya ditarik Naruse agar dia kembali duduk. Haih, aku rasa tak lama dah hayat meja ni.
" Kita pernah jumpa 10 tahun lepas dua kali. Dekat sini. First jumpa sebabnya nak meramal masa depan. Dan yang kedua kau dan Bonda aku datang melawat. Aku rasa Lady Mirai ada hilangkan ingatan kau. Pasal pawang tu...Aku kena fikirkan cara untuk masuk Sonata Kingdom. Aku rasa ada sebab kenapa kau terjatuh dalam BlackHole tu. Kebetulan, King tengah pilih calon untuk turunkan takhta, dengan syarat kena berkahwin dulu. Kau tak rasa ada kaitan dengan wasiat ibu kita? Semua ni ada kaitan. "
Miyuna terdiam seketika. Kemudian dia kembali memandang Naruse. Cakap benda serius macam ni, buat perutnya berkeroncong kuat.
" Jom keluar makan harini. "
"Pardon? " Naruse menjadi terpinga-pinga apabila tunangnya bangun dan menyarung kasut.
" Cepatlah! " tanpa dipinta, lengan lelaki itu ditariknya. Lalu mereka meninggalkan anjung itu.
" Eh kau...! "
Pegang tangan—
Bila Naruse fikirkan kembali, Miyuna adalah perempuan pertama yang menyentuhnya tanpa rasa takut dan traumanya menyerang. Macam ni rupanya berpegangan tangan dengan seseorang.
It's just warm and nice.
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
Pasar malam Alaistar terang benderang dengan cahaya lampu dari deretan gerai-gerai. Jeritan mengenai harga yang ditawaran juga menghangatkan suasana petang itu. Kelihatan Miyuna dan Naruse yang memakai kerudung labuh menutup kepala dan tubuh mereka dilautan manusia itu.
" Wahhh! Ramainya!!! " mata Miyuna bersinar-sinar.
Disebelahnya, Naruse kelihatan agak kelam dan gelap. Kedua-dua mereka seperti dalam dunia berbeza. Seorang bercahaya terang, seorang gelap.
" Ughh...Ramai gila orang...Lupa pulak harini Isnin...Ada pasar Isnin... " dengusnya lalu menarik hoodie cloaknya kehadapan lagi.
Dek kerana tidak mahu keluar tanpa pengetahuan pengawal-pengawal, mereka berdua memanjat tembok. Ceh, walaupun Naruse marah-marah betapa bahayanya kerja mereka tapi Naruse juga kaki panjat tembok.
Miyuna? Dia selalu sangat lompat keluar dari tingkap biliknya! Ha, baguslah dua-dua kaki stunt.
" Aku dah bosan makan dekat kantin pekerja. Kalau dekat ruang makan tetamu sunyi sangat. Jadi apa kata sekali sekala keluar cuci mata— " BAMM! Bahunya berlanggar kasar dengan tubuh demon 3 kali ganda lebih besar daripadanya.
" Miyuna! " segera dia mendapatkan gadis yang tersungkur ditengah jalan itu. Dia memaut bahu tunangnya itu. Dia cepat-cepat memeriksa agar tiada luka atau torehan. Nasib takde!
" Boleh berdiri tak? "
" Bapak sakit... " matanya berair-air. Tangan kirinya mencengkam bahagian lengan kanan.
" Kau okay tak ni? Sakit sini ke? "
" Sakit...Tapi best! Dah sebulan aku tak jumpa orang seramai macam ni! " matanya bersinar-sinar.
Rasanya macam kasut aku sesuai jugak kalau hempuk kepala orang.
Orang ramai semakin membanjiri pasar. Mereka berdua pula berada betul-betul kawasan hotspot.
" Kau duduk sebelah sini. Belah sini orang lalu lalang. Ini, tarik hoodie tu kedepan sikit. "
Satu gerai kecil menjadi pilihan mereka. Nasiblah tidak ramai orang, jadilah mereka berpeluang untuk bernafas. Penat ye nak survive dari lautan demon. Kau ingat senang?
" Selamat datang ke eh—Tuanku?? " seorang pelayan lelaki bersama apron menekup mulutnya apabila dibunyi 'hiss' oleh Naruse. Suruh diam gamaknya.
Dari gaya, macam Naruse seperti selalu melepak dekat sini. Mana taknya? Pelayan itu sendiri dah tahu apa yang mahu dipesan Naruse. Cakap 'macam biasa je' dah faham.
" Kau nak pesan apa? " dia sedikit tersentak apabila Naruse kembali memandangnya. Ha, cuak kau baru nak selak menu!
" Aku nak mi yakisoba dengan daging goreng sekilas. Air kosong. "
" Okay. Tuanku dan cik tunggu sebentar ya. " pelayan tadi meminta diri tetapi nada suaranya perlahan pada perkataan 'Tuanku'.
" Kau boleh je cakap nak sama dengan aku. Tapi aku tak expect kau makan yakisoba dengan daging goreng sekilas. "
" Hah? Kau pilih sama macam aku jugak ke? " keningnya berkerut.
" Apa maksud kau aku pilih sama dengan kau? Aku yang pilih dululah. " Naruse menjeling tajam.
Halah sibuk betullah nak pilih sama!
" Dah siap! Sila menjamu selera ya Tuanku, cik. " sekali lagi pelayan itu merendahkan suaranya pada 'Tuanku'. Pesanan mereka dihidang diatas meja.
" Mhhmmm! Sedap gila...! Wah, aku tak sangka dekat sini pun ada mi yakisoba. Kalau dekat tempat aku en, kena cari pelusuk kampung tradisional baru ada. Sampai aku kena belajar masak sendiri. Kalau dekat sini tengah bandar camni pun ada eh? Best nya! "
" Hahah... " entah Naruse mahu bangga atau sedih. Dia mahu keluar dari istana tu pun keluar macam banduan. Makan pun kena sorok-sorok.
" Kalau nak lagi sedap en, kau ambil mi ni lepastu kau letak dalam kobis lepastu kau sumbat la daging ni banyak-banyak. Jangan lupa sos bijan ni jugak. Lepastuuu—Ngap! AHH! Sedapnya!!! " punyalah menghayati sampaikan dia menumbuk meja tu banyak kali.
Terkebil-kebil mata Naruse. Dia akur mengikuti apa yang dilakukan Miyuna. Usai yakisoba kobis gulung itu dimasukkan kedalam mulut, matanya bersinar-sinar!
" Sedap! "
" Kan?? Aku selalu keluar dengan tunang aku dulu, dia selalu bazirkan kobis dengan daging goreng ni. Dia cakap tak kena dengan selera dia. Jadi bila kau cakap... " suara Miyuna semakin perlahan dan meleret.
Wait. KENAPA AKU BOLEH UNGKIT PASAL LIVIO PULAK NI???! Kau dah cakap dah moveon kan??!
Agak-agak kipas ni kuat tak untuk aku gantung diri aku?
" Seriuslah dia cakap tak sedap? Takde taste betul. Dia tak tahu ke combination yakisoba dengan daging ni ibarat heaven combination? " itu saja yang dapat ditangkapnya. Benda lain yang dicakap Naruse memang tidak didengar.
Teringat pula sewaktu dia dan Livio makan yakisoba bersama-sama.
"Eh, tak sedap ke? " soal Miyuna, melihat Livio hanya menguis-nguis yakisoba menggunakan penyepit.
"Uhh...Miyu...Sayang. Jujur saya cakap, saya jadi muaklah asyik makan sini. Lagipun saya jadi tak berselera nak makan. Dan saya minta awak makan dengan sopan. Jangan gabungkan semua macam tu. Saya geli. "
Terpempan besar apabila tunangnya berkata sedemikian. Bagi Miyuna, kata-kata Livio itu sangat pedih.
Asyik makan sini? Siapa yang bawa dia kesini tanpa tanya dia? Lepastu nak salahkan dia?
Makan dengan sopan? Dia duduk diatas kerusi bukan terkangkang atas meja. Dia juga mengunyah makanan tanpa berbunyi. Kalau nak bercakap, dia akan telan dulu.
Geli dengan apa yang dia makan? Sudah hampir setahun tengok cara dia makan yakisoba, baru sekarang nak bagitahu?!
Dia sukakan yakisoba tetapi Livio tidak. Jadi, dia mengalah. Dia perlu mengikut kehendak itu bagi memuaskan hati lelaki itu.
" Baik. Saya minta maaf. "
Sedikit sebanyak, ia mengguris hati Miyuna.
" Miyu. "
Suara garau memanggil namanya menghentikan lamunannya. Wajah Livio turut bertukar menjadi Naruse.
" GAHHH! R-Rapatnya! " muka lelaki itu ditolak jauh! Huff! Terkejut aku!
" Lama termenung...Kau ni okey ke ta— " tidak jadi mahu marah, mata gadis itu berair dan menunggu masa untuk menumpahkan air mata.
Mata Naruse kian mendung. Naruse faham. Dia mengusap kepala hoodie Miyuna seketika sebelum dia mencapai tangan pula.
"Come. Kau nak makan apa lagi? Aku belanja. "
Sebulan sudah berlalu sejak Miyuna melihat memori Livio. Hanya dia saja yang nampak betapa remuknya hati dan kecewanya perempuan itu apabila tahu dia dipergunakan dan Livio itu merupakan milik orang lain sebelum itu. Mestilah dia berasa dikhianati, keliru.
Mestilah dia belum moveon sepenuhnya lagi. Itu apa suara hati Naruse berbisik.
Belakang lehernya digaru-garu, satu keluhan dilepaskan. Naruse berpaling apabila belakang badannya dicuit.
" Terima kasih, Naruse. " sengihan Miyuna semakin lebar. Eleh kau, dapat 1 beg plastik besar dengan crème puff, elok terus mood.
" Jangan asyik makan creme puff je. Makan makanan istana sama gile. "
" Aku insecure nak makan makanan istana. Aku nak makan creme puff ni je setiap hari kalau boleh. "
Ha yela. Jutawan lah taukey creme puff tu hari-hari aku nak mengangkut creme puff gerai dia.
Naruse sudah tiada tenaga mahu bertekak. Tenaganya untuk 12 tahun sudah habis merentas pasar tadi. Dia tidak suka tempat ramai orang. Cepat letih.
Tapi—Miyuna yang sibuk makan disebelahnya itu dikerling. Tersenyum dia apabila melihat gadis itu sempat makan lagi dalam perjalanan balik keistana.
It's worth to see her smile.
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
Dia memandang kearah langit yang bintangnya berteraburan banyak. Tangannya diangkat tinggi bagaikan dia dapat mencapai langit itu.
"If I could across this sky...I will meet you...Nek...Nagi...Tunggu tau... " ujarnya perlahan lalu mengeluh.
Tangannya digenggam dan dibawa kedadanya. Ia seolah-olah sedang menggengam hatinya. Dia adalah tunang Naruse sekarang. Livio—Sudah tidak ada kaitan dengan hidupnya.
Dia tidak mahu menjadi perampas. Livio adalah milik Puteri Flora iaitu teman wanita Livio sebelum menjumpainya.
Dia tidak tahu latar belakang lelaki itu. Jadi dia tidak bersalah. Dia memilih untuk berundur.
To Livio...
Goodbye. Thankyou for everything.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top