Chapter 15
KEESOKKAN paginya, Miyuna dan Violet berjalan menuju keanjung istana untuk menyambung kelas etika seperti biasa. Sakannya mereka berborak dari sarapan pagi sampailah mereka berdua terserempak dengan Cross.
" Eh! Korang berdua! Kat sini rupanya korang! " pemuda tinggi lampai itu kelihatan agak tercungap-cungap.
" Kena kejar anjing ke ni? Datang dari mana? Mana Putera Naruse? " soal Violet masih mengekalkan formalnya. Maklumlah, tengah masa kerja sekarang.
" Aku kena kejar anjing? Aku yang kejar dan gigit anjing tu balik haa. Aahh korang berdua ikut aku sekarang! "
Kedua-dua wanita bersilih ganti mengebilkan mata. Cross yang sudah berlari jauh berhenti.
" Korang tercegat apa lagi?? Cepatlah! "
" Aih, apahal la dengan orang tua ni? Jadual sekarang tengah kelas etika. Yang si Naruse pun pergi mana, kenapalah tak tambat saja orang tua tu? Jomlah Miyu. Kita ikut Cross. " keluh Violet.
Tidak tahu apa berlaku dan jiwa menyibuknya aktif kembali. Apa yang Cross mahu tunjukkan ni sebenarnya? Dia tidak tahu.
Jalan, jalan dan jalan sehinggalah suatu jalan tidak dijejakinya lagi walaupun sudah hampir 2 minggu menetap disitu. Luas benar ya Istana Alaistar ni? Mahu tercabut kakinya.
" Dah kenapa kau bawa kitaorang ke arena ni? " ceceh Violet separa bengang. Sudahlah panas, pastu dia bergaun pula disebabkan kelas etika. Dah satu hal berpasir dan debu melekat padanya.
" Kejaplah. Ish ish, tak reti menyabar betul kau ni Vi. Orang cakap kalau selalu sangat marah nanti cepat— "
SLASHHHHH!!! Satu pedang besi tajam laju menghunus dinding bata konkrit sehingga retak. Bilah pedang itu betul-betul berjarak 1cm daripada batang hidung Cross!
" HIKKKK! "
" —T...Tua... " lemah longlai kedua kaki Cross. Dia fikir dia sudah bersemadi disini selamanya!
" Cross-sama! Awak tak apa-apa ke?! " Walrett selaku pengiring putera sulung bergegas kearahnya. Cross? Separa rohnya sudah melayang keluar!
" Ah, nampaknya dorang berlawan. " perhatian Miyuna digamit kearah dimana Violet melihat.
Naruse dan Evan ditengah-tengah arena sana. Terdapat pedang ditangan mereka berdua. Putera sulung sudah tampak penat mengatur nafasnya ditanah, manakala Naruse masih berdiri dihadapannya—menghunung mata pedang tepat keleher abangnya.
" ...Dah? "
" Tsk! Dah apanya? Kita belum mula lagilah! " bentak Evan sedikit marah. Walau lututnya terketar-ketir dan wajahnya comot dengan kotoran debu pasir, Evan bangkit.
Naruse menarik nafas dalam-dalam. Sempat lagi dia menjeling jam pasir gergasi disatu sudut arena itu. Lagi sejam dia perlu menghadiri mesyuarat penting tetapi tampak gaya abangnya mahukan satu lagi pusingan.
Rambut dan badannya sudah berbau peluh. Agak-agak sempat tak kejap lagi dia nak mandi? Dia tidak mahu bau badannya memenuhi ruang mesyuarat nanti.
" Ah. " secara tidak sengaja, Naruse menangkap kelibat gadis bergaun coklat disatu tempat duduk.
Mata mereka berdua bertembung, Naruse terus mengukirkan senyuman selama 0.1 saat sebelum dia kembali menghadap Evan.
Pufff! Serta merta, muka Miyuna menjadi merah padam! Violet sedar hal itu, tersenyum kerang busuk.
Kanan, pentas arena, kanan, pentas arena. Kemain lebar senyuman Violet melihat adegan itu. Pertama kali melihat senyuman Naruse setelah sekian lama? Semestinya!
Buat kali ketujuh, kedua-dua putera itu saling menghadap. Masing-masing memegang pedang sendiri. Ditengah-tengah arena itu hanya mereka berdua.
Bezanya, Evan berdiri dengan sokongan pedang yang didirikan diatas permukaan tanah. Dia juga batuk tidak berhenti-henti menyebabkan Naruse menyoalkan sesuatu. Tampak seperti sudah tidak mampu untuk bertahan.
" Kakanda pasti nak teruskan? "
" Mestilah! Kau ingat aku lemah sangat ke?? "
Sebenarnya, tidak sampai 10% tenaga dan skil Naruse keluarkan dalam perlawanan ini. Kecuaian dan kekurangan fokus daripada Evan membuatkan Naruse sedikit letih dan berpeluh. Dia tidak mahu mencederakan abangnya, lalu pedang ditangannya dijatuhkan.
" Enough with weapon battle. Kita guna martial arts. Tapi kalau kau jatuh, kita tamatkan jelah semua ni. "
Tidak silapnya, abangnya turut mempelajari seni mempertahankan diri sewaktu kecil dengannya dulu. Benda asas seorang putera, jadi dia memilih bertarung dengan cara ini dengan harapan abangnya akan berhenti.
" Aku baru nak cakap tu. Kau jangan pakai any kuasa kau! Okay, we shall start now! ❞ Evan melemparkan pedangnya kesebelah. Dan tanpa menunggu bendera hijau dikibarkan, Evan terlebih dahulu menyerang!
Sedikit terkejut, Naruse terus mengelak laju ketepi maka, abangnya jatuh tersebam ketanah!
❝ NARUSE! ❞ Evan mula bengang tatkala dia dimalukan. Lebih memalukan apabila dia dapat menangkap kelibat Violet dan Miyuna duduk tidak jauh daripadanya.
Lady...Ada dekat sini dari tadi???
❝ Cukuplah tu Kakanda. ❞
❝ Heh, masalahnya aku saja je tadi nak senaman panas. Aku belum mula lagilah! ❞ entah datang dari mana tenaga, Evan kembali berdiri bersemangat. Tidak lembik dan lemah seperti tadi!
Naruse tiada pilihan melainkan menamatkan perlawanan ini. Kalau tidak, Evan akan menganggu jadualnya pada masa akan datang.
Entah kenapa Evan tetiba mengajak dia berlawan diarena.
Kedua-dua putera itu bertentang mata tajam sekali. Naruse disebelah kanan, Evan disebelah kiri arena. Masing-masing mempunyai aura dan bersedia dengan posisi sebelum mula bertarung.
Nak habiskan cepat...Nak pergi meeting pulak, getus Naruse gelisah dari tadi mengerling jam pasir.
Lady Miyuna, Violet, semua perempuan tengoklah aku! Aku akan menang kalahkan mamat ni! Evan tersenyum sendiri.
" Mula! " saat berkibarnya kain bendera bewarna hijau, maka kedua-dua lelaki tersebut mula berlari menuju kearah satu sama lain.
" ARGH! " Evan memulakan pertarungan dengan satu tumbukan pada muka, tetapi Naruse lebih cekap mengelak ketepi. Makanya, tumbukannya tersasar hampir ketanah.
Tidak seperti tadi, Evan menahan dirinya daripada tersembam, lalu menggunakan kakinya untuk menendang kepala Naruse. Naruse sekali lagi mengelak walaupun sedikit lagi mahu mengena pipinya.
Buat kali pertama, Naruse pula menyerang dengan menangkap satu lagi kaki Evan yang berdiri. Evan mula hilang keseimbangan, kepalanya terhantuk pada tanah.
" Aduh! "
Tidak sempat mahu membalas kembali, pipi Evan bercium dengan tanah. Naruse mengunci pula kedua-dua tangan pemuda itu kebelakang.
" Next time la pula Kakanda. Aku nak masuk meeting pula ni. Banyakkan praktis lagi. "
Mahu patah tulang tangan Evan dikunci sebegitu sedangkan saiz tubuhnya lebih tegap daripada Naruse. Tinggi pun iya. Apa yang kurang???
Benar-benar memalukan. Bukan sahaja Lady Miyuna dan Violet saja ada disitu, tetapi beberapa orang dayang lagi. Semuanya gara-gara dia sendiri yang memanggil bagi melihat kehebatannya. Sekarang? Malu oi!
"Cette lame traversera-t-elle ton coeur! " lancang sekali satu jampi dibaca Evan selari dengan tangannya mengawal pedang ditepi arena itu.
" Naruse! " jerit Violet yang cepat menangkap objek tersebut laju menuju kearah putera dihadapannya.
Refleks Naruse tangkas seperti tadi. Dia berjaya mengelak ketepi walaupun sedikit terkejut. Maka, pedang itu tersasar menuju kearah Miyuna pula!
" Miyuna! "
Badan Miyuna kaku sedangkan pedang itu pula dalam sesaat mungkin akan menusuk bebola mata kanannya. Dia tidak dapat berbuat apa-apa melaikan memejam matanya rapat.
Kalau dahulu dia kutuk keras heroin drama kaku pada saat genting sebegini, kini tidak lagi. Dia sendiri tidak tahu mengapa sendi dan uratnya tidak berfungsi ketika itu. Lebih kepada pasrah.
Anehnya, sesaat sudah berlalu dan dia selamat dalam dakapan—Seseorang?
" ...Cross? Violet-san? " terkebil-kebil dia apabila dua orang itu memeluknya erat. Dia seperti bayi diselubung!
" Cross! Kau okey tak?! " riak risau jelas pada wajah Violet. Dia tangkas membelek-belek tubuh Cross yang menjadi benteng pertahanan Miyuna itu.
Cross dengan tidak bersalah menayang pedang dicelah ketiaknya itu. Violet menghela nafas lega. Mujurlah semuanya selamat!
Evan sedikit cuak melihat sasarannya melepas. Bahkan dia sedikit terjerit apabila melihat Miyuna hampir menjadi korban. Tapi apa lebih cuak sekarang, adalah aura hitam adiknya. Aura ditakuti semua orang!
Evan mengaduh sakit dan mula menggeletar sedikit tatkala kolar kemejanya dicekik kuat Naruse. Dibawa wajahnya rapat kewajah menggerunkan itu.
" ...Kau nak mati ke, Evan? " ya, ini adalah aura gelap tahap ke-99. Aura dimana panggilan kehormatan hilang. Aura dimana mata tajam itu bila-bila masa saja boleh menjadi senjatanya untuk menikam.
" Macam kau cakap, aku kena banyakkan praktis bukan? "
" Don't you dare do that again, Evan. I give you warning. Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku. "
Evan dilempar ketepi. Sakit tangan dikunci tadi belum surut, ini dibaling sebegitu pula. Kepala terhantuk, gigi hampir patah. Apalah nasib dia bersujud ditengah arena sebegini.
Tapi seronok pula dia melihat Naruse marah sebegitu. Selalunya dia tidak ambil kisah hal orang. Dia dan hal dirinya saja. Tetapi, tampak gayanya Lady itu benar-benar menjadi sebahagiannya bukan?
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
Naruse menapak keluar dari kawasan arena. Meliar matanya mencari dilaluan kaki lima sampailah matanya terpaku pada satu sudut.
" Cross, saya minta maaf sangat sebab saya awak kena macam ni. " rayu Miyuna tidak henti-henti. Dia rasa bersalah sangat-sangat.
" Lady, kan saya dah cakap. Saya okey je. Janganla minta maaf lagi. Saya cuma sakit ketiak sikit je. Hahahaha aduh korang berdua ni. "
" Betul ke kau okey Cross? Janganlah buat-buat kuat. " Violet risau.
" Ehe, memang aku kuat pun. Buat apa nak tipu? "
" Kau ni la kan...! " lantas perut Cross menjadi mangsa tumbukan Violet. Tidak pepasal la Cross mengaduh sakit. Sudahnya, dia bersandar seperti orang nazak ditiang koridor.
Bunyi derapan kasut Naruse menggamit perhatian mereka bertiga. Lantas itu, Miyuna memusingkan kepalanya. Baju berlengan pendek bewarna biru gelap itu dibasahi dengan peluh, sama seperti rambutnya yang diselak kebelakang —Mendedahkan dahinya yang licin itu.
Matanya tepat memandang anak mata Miyuna.
" Naruseee! Aku sakit ketiak ni! Hukhukhuk! " sekelip mata saja, Cross mengadu manja. Siap mengangkat ketiak lagi menyebabkan bau semerbak merebak kesitu!
" Ish apa kau ni??? Kau sakit tapi kau tipu je kan tadi?? Meh sini aku nak tengok! " marah sekali Violet. Tahu sangat Cross tidak akan menunjukkan sisi itu selain pada Naruse.
" Kau okey? " soal Naruse lalu duduk bertinggung dibelakang Miyuna.
" Eh? Aku ke? "
Jari Miyuna ditunding kearah diri sendiri itu dicapai. Lalu jari runcing dan kecil itu dibelek-beleknya.
" Dahtu? Siapa lagi? " nadanya sedikit dingin, mukanya bersahaja seperti biasa.
Dia marah aku ke...Macam mana ni...?
Mata Naruse terpaku pada tapak tangan Miyuna yang merah panas. Sedikit kasar. Lalu mata mereka bertembung.
" ...Ni? "
" Pedang tadi tersangkut dekat Cross, jadi aku dengan Violet tolong tarik keluar pedang tu. "
Mata Naruse menjeling tajam Violet dan Cross yang sedang bertekak dari tadi. Dia mengeluh lalu mengusap kedua-dua tapak tangan itu dengan ibu jarinya dengan lembut seketika sebelum dia bangkit.
" Aku pergi ambil ubat kejap. Kau tunggu sini dengan dorang. Aku datang balik japgi. "
Aaa? Tidak sempat membalas apa-apa, Naruse sudah beredar. Suara Violet dan Cross mahu terpekik-pekik dibelakang itu tenggelam. Miyuna tenggelam dengan suara kepalanya.
Naruse nampak marah tadi...
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
Meja makan diterbalikkan. Ruang tamu dalam mahligai mewah itu bersepah teruk. Bukan. Lebih kepada seperti dilanda banjir!
Pemuda tinggi lampai, mengenakan kemeja itu duduk bersandar dialmari. Dadanya turun naik apabila mengimbaskan kembali pernyataan Sarjan Elwis.
" Master Livio, we apologies first...We declare that Miss Miyuna Hayashi and Miss Nagisa Itou are already dead in mysterious way. "
Tidak dapat menerima hakikat. Macam mana dua orang manusia hilang tanpa jejak? Sudah hampir sebulan mereka menjalankan operasi mencari dikawasan Clarines dan kerajaan berdekatan, tetapi satu petunjuk pun tak ada!
This is ridiculous. Freaking ridiculous. Sekarang apa dia nak jawab dengan ayah dan ibu?? Dia akan dihina dan diherdik lagi!
Dup. Dap. Dup. Jantung Livio berdegup dengan kuat. Bukan jantungnya...Tetapi bunyi jantung Miyuna. Dia pasti jantungnya dan jantung Miyuna sudah rapat sehingga dia dapat mendengar bunyi jantung Miyuna. Itu adalah sifat semulajadi demon.
Walaupun lemah dan semakin perlahan...Livio tahu...
She's still alive...Only...I know it...I'll find her!
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
Hampir satu jam tapak tangan dibalut kain itu ditatap Miyuna. Semuanya gara-gara tangannya sakit menarik pedang yang menikam ketiak Cross. Dia bangkit dari katil dan mengeluh.
" Ahh tak boleh tidur pula! "
Dia menapak keverandanya. Angin sejuk membelai kulitnya dahulu sebelum dia mengesan seseorang ditaman yang tidak jauh dari biliknya.
Kot berwarna coklat yang tergantung rapi itu dirembatnya! Sepantas kilat dia berlari keluar dari biliknya dan menuju kearah taman!
Naruse berdiri dihadapan air pancut itu. Jujur cakap, dia betul-betul buang tabiat sekarang keluar dari bilik semata-mata termenung melihat air pancut sebegini. Waktu tengah malam buta!
Matanya mendalam kealiran air dalam kolam, tetapi fikirannya menerewang ketempat lain. Ada sesuatu yang menganggu malamnya itu.
Tangan kanannya dikeluarkan dari poket seluarnya. Tapak tangan itu dipandang sedalam-dalamnya sehingga dia mengingati kehangatan sentuhan tangan daripada Miyuna.
...Kenapa aku dapat sentuh dia macam biasa...?
" Naruse. " ha sudah, dia tahu dia termenung terlampau asyik sampaikan suara Miyuna pun terngiang-ngiang dalam otaknya.
" Naruse! " ini tahap teruk pula, dia ternampak Miyuna dihadapannya. Rasa-rasanya dia kena pergi check dekat doktor lepas ni.
" Na. Ru. Se! " kini gadis itu mencubit pipinya pula. Anehnya dia berasa sakit pula! Baguslah dia tidak gila bayangan lagi. Miyuna bebetul dihadapan dia.
" Aduh! Apa? "
" Janganlah tenung macam tu, aku takutlah. Anyways, kau menung apa dalam kolam ni? Wahh! Ada ikan! " adeh, dahtu takkan ada kambing berenang dalam ni?
" Kau buat apa dekat luar malam-malam ni? Tak eloklah. "
" Ish, apa yang tak eloknya? Aku takleh tidur la. Kebetulan aku nampak kau dekat sini. Kan bilik aku dekat sana tu haa. Pastu kan, nah! Pakai ni. Sejuk dekat luar sini la. "
HAAACHUMM!!! Cuak Miyuna apabila hingus dan air liurnya tersembur pada baju Naruse! Lah, siapa yang sejuk sebenarnya ni?!
" Aku tak rasa apa-apa. Lain kali sebelum keluar bilik, pastikan tukar kasut dulu. " ujar Naruse seraya memakaikan kembali kot itu pada Miyuna pula.
Membuntang mata Miyuna melihat dia menyarung selipar bilik! Selipar bilik lebih nipis senipis sehelai kain berbanding sepatu biasa. Dia sendiri tidak tahu macam mana dia boleh tidak sedar.
" Aku tak boleh tidur. " suara Naruse memecah keheningan. Mereka berdua saling berpandangan sebelum Miyuna menyoal.
❝ Ada benda yang menganggu fikiran kau? ❞
Naruse memalaunya. Bahkan, matanya turut kembali pada arus air dalam kolam tersebut dan bukan dirinya. Soalannya dibiarkan tergantung sebegitu membuatkan Miyuna patut mendiamkan diri saja. Mungkin dia tidak patut menyibuk hal lelaki itu.
"Everything. "
Seketika kemudian usai mereka bertentang mata, Naruse menyambung lagi.
" Aku taknak paksa kau kahwin dengan aku. Aku tahu siapa je nak kahwin tanpa rasa cinta. Aku rasa serba bersalah sikit lepas cakap pasal perkahwinan dengan kau sedangkan kau baru lepas patah hati. Sedangkan aku boleh tunggu lama sikit untuk cakap benda ni dengan kau. Mungkin aku terlalu gopoh sangat pasal wasiat Bonda tu. Bila fikir balik, aku...Tak tahu apa-apa pasal menjadi seorang suami. Pasal perkahwinan. 22 tahun hidup aku tak pernah terfikir. Aku jadi takut sikit kalau aku jadi suami takguna nanti. Aku taknak jadi macam... "
King Edmund...?
" I don't mind waiting a little bit longer but please tell me if Evan or any guy bothers you. Got it? "
Laju Miyuna menganggukkan kepala seraya itu, senyuman lebar Naruse terpamer.
" ...Aku pun taktahu menahu dalam perkahwinan, Naruse. Aku tak salahkan kau cakap pasal tu masa itu, tapi cuma...Bagi aku sikit masa lagi. Aku percayakan kau. Wasiat tu penting bukan? Maybe aku akan bagi masa untuk diri aku sikit lagi untuk terima semua ni dulu. "
" Yeah alright, take your time. "
Mungkin...Dia perlu membuka ruang hatinya untuk mempercayai Naruse. Walaupun tidak pernah bersua muka dengan ibunya, tapi Miyuna tahu pengorbanan ibunya sudah besar sekali.
Dia tahu ibunya mahukan terbaik untuknya. Itu apa yang neneknya ulang setiap kali bercakap tentang ibunya.
" Pastu kan lagi satu... "
" Hm? "
" ...Rambut aku dah kusut... " tutur Miyuna. Naruse bagaikan baru tersedar, menarik kembali tangannya daripada mengusap kepala gadis itu. Wajahnya bertukar merah menahan malu dengan perbuatannya sebentar tadi.
" Oh...Sorry...Aku tak perasan. "
Pft! Miyuna tergelak kecil melihat reaksi pemuda tinggi lampai itu menyebabkan Naruse makin bertambah malu.
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
Taman bunga terbentang luas dihadapannya. Bunga daisy dan lilies menyerikan padang itu. Langit biru pula mewarnai permandangan luas diatas. Harum dan cantik dipandang.
Sepertinya dejavu, bukan? Ini pasti mimpi.
Tidak pasti dia dimana, tetapi Miyuna masih leka dengan kecantikan tempat itu. Sangkakan hanya dia seorang, sampailah dia terdengar suara anak kecil.
" Ibuuuu! "
Suara anak kecil itu, suara seperti didalam mimpi sebelum ini. Lalu, dia menoleh dan memandang kearah bayang samar seorang kanan berlari kearah pangkuan seorang wanita berambut panjang. Cantik walau hanya bayangan.
Buat seketika mereka berpelukan sebelum wanita itu mula menjauh dari kanak itu. Seperti yang dipinta ibunya, kanak itu hanya berdiri sendirian dan tidak berganjak.
" Ibu...Nak pergi mana...? " tawa kecil tadi bertukar menjadi esakan.
Manis sekali senyuman wanita itu. Matanya dan separuh wajahnya dilindungi rambut panjang urainya.
" Ibu sayang kamu. Tolong bertahan sedikit ya sayang? Satu hari nanti ibu akan datang berjumpa kamu balik. "
Serentak itu matanya terbuka, Miyuna kembali kerealiti. Wajahnya diraup, keluh dalamnya dilepaskan. Berat sekali.
" Ibu...Apa patut Miyu buat ibu... "
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
Satu per satu anak tangga dinaikkinya. Sehelai kertas bercarik itu ditatap sekali lagi bagi memastikan keraguannya. Titisan air jatuh dari hujung rambutnya itu bukti dia bergegas kesitu usai dia mandi pagi.
Pintu Stellar Tower itu dibuka. Seseorang menoleh belakang kearahnya.
" Dah lama dah ke tunggu? Ada apa? " soal Naruse.
Miyuna hanya menayang sengih kambingnya. Dia benar-benar barai sekarang. Masakan tidak?
Dia tidak dapat tidur dengan lena semalam gara-gara mimpi itu! Terus dia menulis nota dan sampaikan pada Violet untuk bagi nota tersebut pada Naruse. Semuanya kerana Miyuna tidak tahu kamar Naruse dimana.
Mahu tahu sekarang pukul berapa? 5 PAGI!
" Tell me what's bothering you. "
Nafas Miyuna ditarik dalam-dalam.
" Naruse...Apa akan jadi kalau kita berkahwin dan akan bercerai sebelum hari penurunan takhta? "
Tersentak dengan soalan tersebut. Berpisah? Tanpa menunggu jawapan, Miyuna menyambung lagi.
" What if...we couldn't make it? Masa depan bergantung pada keputusan aku kan? But what if, takhta tu jatuh pada tangan orang lain dan kita berpisah. Apa akan jadi dekat masa depan? Dekat semua orang? Dekat— "
" Miyuna. " bibir itu berhenti menyoal apabila kedua-dua bahunya dipegang. Meminta agar Miyuna memandangnya.
" Kita belum mula lagi. And there is no if kalau kita belum mulakan lagi. And kalaulah what if itu mendekat, kita akan jauhkan. Jauhkan selagi boleh. Masa depan bukan bergantung dekat kau seorang, tapi aku sekali. Jadinya, sama-sama kita hadap benda ni bersama-sama. Selagi aku ada dengan kau, kau jangan risaukan benda lain. Please trust me. "
Trust me. Susah dia mahu percayakan dua patah perkataan itu.
" Sigh...Aku mimpi ibu semalam. Mimpi tu...Buat aku teringat balik... "
Gadis itu mendagu pula pada benteng konkrit diatas bumbung menara itu. Sama-sama mereka menghadap permandangan hitam pekat bersama cahaya bulan pada subuh itu. Naruse disebelah mendiamkan diri.
" Aku ditinggalkan dekat nenek masa aku kecil lagi. Senang cerita memori aku dengan ibu ayah takde langsung. Ibu tinggalkan pesanan dekat aku sebelum dia tinggalkan dekat nenek. Ibu cakap ' Tolong jagakan Miyuna untuk saya. Bila dia sudah membesar sihat dan cantik, sampaikan yang ada seseorang dalam hidupnya akan mengambil alih jaganya seumur hidup. ' Nenek dan ibu tidak kenal antara satu sama lain. Nenek ambil jaga aku pun sebabnya waktu tu ibu diburu orang. Tidak sampai sebulan lepas itu, berita kematian ibu sampai dekat nenek. Ibu ditangkap dan dibunuh. Disebabkan aku kecil lagi waktu tu, nenek tipu yang ibu pergi kesuatu tempat tapi satu masa tu aku tahu sendiri juga. Tapi tidak mengapa, sebab aku ada nenek dan Nagi.
Jujur cakap, sampai sekarang...Aku agak marah kenapa ibu tinggalkan aku. Aku langsung tidak tahu menahu pasal ayah aku dan keluarga lain. Mungkin aku ada adik beradik lain? Mungkin aku anak tunggal? Aku tidak pernah menganggap keluarga kandung aku wujud sebenarnya. Perasaan aku agak keliru bila ibu buat semua ni. Marah, gembira dan...Sedih? Aku taktahu. Aku ditinggalkan hampir 10 tahun. Patut ke aku percayakan apa ibu buat ni? "
Kepalan tumbukan Miyuna dicapai Naruse. Sejuk dan sedikit menggeletar.
" I do feel the same. Bezanya aku masih ingat lagi kejadian 10 tahun lepas tu baru-baru ni. Aku cuma ada Bonda saja. Disebabkan ketidaksama tarafan dengan ahli kerabat lain, aku disisihkan Ayahanda dulu. Tapi tidak mengapa, disebabkan aku ada Bonda. I crave for her attention and love. Only her, sampailah roh kedua-dua Bonda dan Lady Mirai bertukar, aku dapat rasakan penghujung cerita aku dan mimpi ngeri aku terjadi juga. Maaf dari Bonda? Buat perasaan aku bercampuk-aduk. Adanya sedih, adanya marah kenapa semua ni terjadi. Kenapa Bonda? Kenapa bukan orang lain? Kenapa bukan aku? Tapi lama-lama aku akan adapt sendiri perasaan tu.
We're in the same situation. Aku ada dengan kau. Kau tak seorang diri sekarang. Right? "
Miyuna menghela nafas.
" Naruse...Kau percaya dengan red string of fate...? Bagi aku benda macam tu dah pudar sejak hari Livio patahkan hati aku. Aku ingatkan dialah seseorang yang dimaksudkan ibu. Dan aku sedar, benda macam tu tak wujud pun. Aku yang kena hidup dalam realiti, bukan dongeng. "
" Red string of fate... Bonda pernah cakap pasal ini masa aku kecil dulu. Bezanya dahulu aku tak percaya, but sekarang aku percaya walaupu sedikit. "
" Kenapa kau rasa macam tu? "
" Well...You know. When you get used to live in miserable corner, sampai satu masa string tu akan lead kau ke jalan dimana kau sendiri tak percaya kau deserve semua tu. Just, percayakan diri kau and ikut the flow. Setiap orang deserve happiness dorang, termasuk kau. "
Pegangan tangan itu dieratkan, senyuman Miyuna terukir kembali perlahan-lahan.
" Oh ya .And about the marriage...I accept it. " mereka berbalas pandangan. Pada masa yang sama. Riak terkejut dan terkelu terpancar pada wajah Naruse.
"But! Do not disappoint me. Aku percayakan kau dan akan ikut kau sebab aku pun dah takde hala tuju. Kalau kau kecewakan aku, aku lari. "
" Yeah, sure. I'll try my best. "
Tangan Naruse dihulurkan itu diterima Miyuna. Sebentuk cincin bersama permata biru disarung pada jari manis kanan gadis itu. Kelakar pula kalau Miyuna fikir Naruse bawa cincin itu kemana-mana saja untuk prepare kalau dia setuju untuk berkahwin.
Macam sekarang!
"This is our bonding form. Aku akan cari jalan bawa kau balik. Kau pulak kena behave as a Demon World Queen. Bermakna... "
" ...Banyak lagi kelas etika kah...? Aduh! " isi belakang tangannya ditumbuk Naruse tanda jawapan itu salah.
" Kita terikat dengan cincin ni. Even contract marriage sekalipun, kau jangan dekati abang aku atau mana-mana demon yang lain. Kita tak tahu apa akan jadi. About Ackerman portal pun...Let's just not rising our hopes. Aku tak jamin boleh ada dengan kau 24 jam, jadi kau kena jaga diri sendiri dulu. But I'll do my best to keep you safe. "
Ah. Miyuna berasa gugup pula.
" Haih, belum apa-apa lagi dah rasa penat. " dia mengeluh pula sambil menompang dagu.
Naruse tergelak kecil. Dia menongkat dagu lalu memandang gadis itu dengan senyuman.
" Tapi...Pasal kelas etika tu, kau tak salah. Aku okey je kalau kau nak banyak. "
ARGHH! Taknak! Sedang Miyuna menarik-narik rambutnya, Naruse tertawa lalu menyambung.
" Jadi puteri dengan ratu, dua-dua pada pangkat saja. Takyah kena buat apa pun. Jadi emotional support aku dekat sini. "
Pipinya semakin merah. Automatiknya bibir mengukir senyuman dan tawa. Miyuna mengangguk kecil.
" Please take care of me, Naruse. "
Turut Naruse, dia senyum. Balasnya.
" I will try my best as your husband, Miyuna. "
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top