Chapter 14
SHERRY membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya sakit. Siling bilik tidak dikenalinya itu menyapa pandangannya.
" Urgh...Apa...Yang berlaku...? " soalnya sendiri. Matanya meliar merata.
Dia berada dalam satu bilik besar. Gelap...Dan suram. Dan paling penting sekali, dia dalam berada dalam bilik siapa ni? Ini bukan bilik dia.
Kedengaran bunyi pintu terkuak. Dia cepat membaringkan diri semula dan pura-pura tidur.
" You finally awake my princess. " suara garau seorang lelaki menerjah ditelinganya.
Shraa...Dia dapat merasakan seseorang duduk dibirai katil. Dek kerana ketakutan, wanita itu bangkit dan bersandar pada dada katil.
" Janganlah takut. I won't do anything bad. " ujar lelaki itu lalu bangkit.
Pemuda itu tinggi lampai. Mukanya pucat lesu tetapi tampan. Dia memakai pakaian lengkap hitam.
" Who...Are you Sir...? " soalnya naif.
" Me? I'm Leflael Alcazaren, The Drake Kingdom Lord. And for your information dear, alang-alang kamu dah bangun...Apa kata kita adakan sedikit perbincangan secepat mungkin? "
Dear...Lord—What?!
Kejap...Kejap!!! Aku rasa aku dah tak betul ni. Aku rasa aku dilahirkan pada tahun 1992 dan seingat aku...Aku masih hidup pada tahun 2018!
Tapi...Lord...Drake...What? Zaman apakah ini. What a strange name. Dia sedang berlakon dalam drama ke apa? Aku tak ingat pula aku terima lamaran untuk berlakon drama?? Tak lawak!
" Err apa? "
" You know about senka dont you, Nagisa Itou? "
" Nagisa—Who...? " matanya terkelip-kelip lalu menunding kearah diri sendiri. Nagisa Itou? Aku tak rasa tu nama aku—
" Heh...Siapa lagi...Kau la. Now, you know something about senka don't you? "
" Errr encik...Maafkan saya...T-Tapi saya bukan Nagisa Itou...Saya tak kenal siapa encik...Dan saya berada kat mana sekarang ni? Encik ada nampak adik saya— "
" Answer me!!! I know that you know something about the myths senka, the most powerful creature who have the strongest blood! "
Mak aiii...Apahal nak marah-marah aku pula mamat ni?? Sepatah haram dia cakap pun tak paham! Senka? Nagisa? Siapa dan apa? Tak faham!
" Kau tahu kan kawan baik kau, Miyuna Hayashi dekat mana...? " mata Leflael semakin menajam.
" Encik, saya betul-betul tak tahu apa yang encik cakapkan ni...Serious! "
PANGGGG!!! Satu tamparan hinggap pada pipi wanita itu. Perit dan pedih memang tak usah katalah.
" Don't you dare. I know you know something!! " jerkah lelaki tidak dikenalinya itu.
Mengalir air matanya. Setahunya dia adalah seorang penyanyi termahsyur pada zaman moden. Dan sekarang ini dia diculik oleh seorang lelaki yang mengatakan dirinya Putera Kegelapan. Namanya Sherry Yukinojou dan bukannya Nagisa Itou.
Apa...Dosa dia? Dimana silap dia?
" From now you are forbidden to leave this castle until you tell me about the senka, who is the senka and where she is now. " usai tu, Leflael meninggalkan kamar.
Penat. Mahu meminta tolong pun, sudah tak larat. Lagipun takkan lah nak kena penampar sekali lagi pula kan. Dia mengeluh.
Senka...Nagisa Itou...Miyuna Hayashi...Entah apa lelaki itu merepek.
Sakit dilehernya berasa. Jarinya menyentuh leher. Terdapat 2 lubang ditebuk. Sakit dan pedih. Sepertinya Leflael itu adalah vampire atau something. Ditepi bibirnya juga turut berasa hangat. Terus dia bangkit untuk mendapatkan cermin.
Cermin...Cermin...Hah. Itu dia. Eh—
Tatkala dia berdiri dihadapan cermin, wanita itu jatuh terjelopok. Mahu saja dia menjerit apabila dia berada dalam badan orang lain!!!
Ya. Semestinya berada dalam badan Nagisa Itou.
" Master Leflael, don't be so harsh on her. Remember? She is the girl you loved to play together when you were child. " Raven, pembantu peribadinya itu menasihati tatkala melihat tuannya keluar dari bilik.
" Apa lagi penting sekarang ni Rav? Senka atau menjaga perasaan? "
Raven tiada pilihan melainkan menjadi jawapan senka. Dia tidak tahu kenapa secara tiba-tiba saja tuannya itu mencari mitos Demon World iaitu senka sejak 2 minggu lalu.
Leflael memandang tapak tangannya. Dia menggengam penumbuk kanannya. Hangat...
Dia sudah membesar jadi remaja sekarang. Dia bukan seorang budak lagi. Getus Leflael serentak mengimbas imej Nagisa 10 tahun lalu dan sekarang.
Bukan Nagisa Itou? Tak mungkin dia tersilap.
" Nagi suka berkawan dengan Lef! Kita kawan selamanya okay?? "
Kepalanya digeleng. Lef, fokus. Don't get carried away.
Kalau betullah apa yang Livio cakapkan dan maklumat dikumpul oleh Raven...Dia harus mencari senka itu. Sudah lama dia mencarinya. Dia mahu menjadi demon terkuat.
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
Dek kelam-kabut mahu keanjung istana, Miyuna sudah semestinya berlari-lari dikoridor. Dia sudah terlewat untuk kekelas etika! Mesti Violet tengah tunggu!
Splashhh! Sikap Miyuna yang suka meredah dan mengambil shortcut itu hanya membawa bala kepada dirinya. Kaki kanannya tenggelam dalam longkang bersebelah koridor!
Goodness, gaun dah basah tapi nasib baik buku tak jatuh longkang sekali! Tangan Miyuna berlaga tangan seseorang yang turut mengutip buku etika itu.
Hmm? Siapa—HIKKK!
Putera Evan???!
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
" Tuanku...Apa kita nak buat dengan pencuri ni...? We got bunch complaints from folks! "
Suasana dalam mesyuarat mereka tidaklah setegang seperti selalu. Kisahnya kes kecurian Demon World semakin meningkat terutamanya dekat Alaistar. Sudah lama benda ini berlaku tetapi kali ni lebih melampau, mereka mencuri makanan daripada kedai makanan mewah.
" You see, theres a lot of theft cases especially in Alaistar. Pencuri-pencuri ni bukan mencuri batu permata saja, but foods and drinks. They stole from luxury restaurants which secured with high guaranteed securities and gave the foods to the poors. I can't tell if they are doing goods or bad here. But let's arrange a strategy to caught them. Dorang ni ramai. Tak mungkin boleh mencuri dekat 121 daerah dalam Demon World. "
" Isn't this possible for Red, Your Highness? Patut ke kita bekerjasama dengan pihak utara untuk cari Red? "
" No need to. Nanti keadaan jadi lagi teruk. Just, ketatkan pengawal dekat setiap sempadan dan jalan menuju masuk kepekan. Defense Minister, please inform to professional soldiers to guard the town. I'll will be there soon. " arah Naruse. Kemudian dia bersuraikan mesyuarat tersebut.
121 kes kecurian dalam 121 daerah dalam sehari. Gila bukan? Itu adalah rekod paling gila tetapi tidak mustahil bagi penjenayah licik Demon World. Dia sendiri pelik kenapa pencuri mencuri makanan dari kedai mewah dan berikan pada keluarga miskin.
Tetapi Red juga mencuri batu permata dan terlibat dalam rasuah dengan pihak atasan. Tidak tahu sama ada dia menjalankan kerja mulia atau kotor. Naruse tetap mahu menangkap si Red dan kuncu-kuncunya.
Hm? Mata Naruse melekap pada sesuatu dikoridor tingkat bawah sekali. Dia yang berada ditingkat 2 itu merapati tingkap. Sepertinya dia mengenali 2 figura itu—
Miyuna dan Evan.
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
" Awak okey ke Lady Miyuna? " soal Evan. Dia menghulurkan buku tersebut.
Putera Evan putera sulung Alaistar bukan? Abang kepada Naruse? Rasanya Naruse ada cakap sesuatu pasal abang dia...
"Jaga-jaga dengan abang aku. Dia tengah cari calon isteri. Kalau kau sanggup bermadukan 15 perempuan, silakan. "
" Aku—Eh, say—Ah, patik okay. Terima kasih Tuanku... " Miyuna tersenyum kekok. Mukanya seperti mahu membuang air besar.
Dalam fikirannya, Evan adalah suami orang kepada 15 wanita! Dia tidak patut mendekati hak milik orang! Suami orang!
Dari pandangan Evan? Dia sedang melihat senyuman Miyuna yang paling manis! Mukanya menjadi merah seperti tomato. Buat jantungnya semakin berdegup!
"Lady...Saya nak ajak awak minum teh petang ni boleh ke? " Evan memegang kedua-dua bahu Miyuna! Matanya bersinar-sinar menaruh harapan. Bahasa istananya? Kelaut!
Kebetulan, Naruse baru turun ketingkat bawah. Meliar matanya mencari-cari sehinggalah tertancap pada Evan memegang bahu Miyuna!
" Miyu—! "
PRAKKK! Kepala Evan ditolak keatas oleh Miyuna sendiri. Secara spontan! Bunyi kerakan tulang Evan turut didengari oleh Naruse. Membuntang besar mata Naruse dan Evan!
" Maafkan saya!!! Saya tak terbiasa!!! "
Evan terjatuh kebelakang. Lehernya sangat sakit sampaikan dia susah kembalikan kepalanya keposisi sediakala. Apa ni...Kuat betul tenaga dia...Hampir saja Evan menitis air mata.
Miyuna? Dia menggigit kukunya! Apa yang dia dah buat dekat putera sulung ni??? Dia baru saja mahu memperkenalkan dirinya baik-baik tapi—
Kenapa tetiba saja Evan memegangnya??? Dia trauma dengan tindakan macam tu! Apa dia nak cakap pada Putera Evan setelah buat macam tu??
" Evan, tolonglah jangan sentuh perempuan sesuka hati. "
Miyuna menoleh. Terjojol biji matanya apabila melihat kehadiran seseorang disebelahnya! Seseorang yang dielaknya hampir 2 minggu!!!
" Kenapalah kau ni suka menyemak dekat waktu yang salah macam ni? Kau memang tak reti nak sibuk hal sendiri kan? Camnilah, senang cerita alang alang semua dekat sini. Apa kata aku straighfoward je. Say Lady Miyuna... " Evan beralih kepada Miyuna pula.
" Are you Naruse's woman...? "
Huh? Miyuna semakin pening.
" Let's get married, Miyuna. "
Melihat tiada jawapan daripada gadis itu, Evan beralih pula kepada adiknya.
" Hm? Lady Miyuna wanita kau ke? "
" Tak kisahlah perempuan aku ke apa, tapi kau takde hak nak sentuh— "
" Aku tanya terus-terang soalan tu. Yang lain aku taknak tahu pun, Naruse. "
Bidasan Evan menggugat ayat yang diatur dalam kepala Naruse. Siapa Miyuna kepada dirinya? Tetamu bukan?
" Kalau tetamu saja, then let me be. I got no choice left. Lady Miyuna, kalau awak tak keberatan, jomlah keluar makan okey? "
Sekali lagi Evan merapati Miyuna. Dia juga turut memegang kedua-dua tangan milik Miyuna. Dalam sekelip mata saja, lehernya bertambah sakit apabila dicekik Naruse pula.
" Err...Takpe ke kalau biarkan Putera Evan macam tu? " mereka berdua beredar dari koridor itu meninggalkan putera sulung itu keseorangan.
" He will get up back in 5 minutes. You see it yourself, right? "
Langkah Naruse terhenti. Turut bersama Miyuna dihadapannya yang terpinga-pinga. Mereka berdua saling berpandangan.
" I think we really need to talk properly. "
" Yeah...I guess. " Miyuna melarikan anak matanya kebawah.
" Rasanya dorang lalu sini tadi...Tch, Naruse tu... " satu rengusan mengejutkan mereka berdua. Miyuna menjenguk dibalik dinding. Evan kelihatan mencari mereka berdua.
" Cepat! Kalau tak mesti dia tahan kita macam tadi! " gesa gadis itu lalu menarik tangan Naruse. Mereka berdua cepat melarikan diri kearah bertentangan. Asalkan tidak terserempak dengan Evan!
Jauh mereka berdua berlari sampaikan kesuatu menara tinggi. Ianya berdekatan dengan hutan. Miyuna tercungap-cungap mencari nafas.
" Menakutkan betul. Kenapalah Putera Evan tetiba pegang aku macam tu? Terkejut betul. Kisah apa kalau putera atau siapa, memang tak patut pegang perempuan kasual macam tu. "
Serentak Miyuna melihat pemuda yang berdiri itu. Tidak termengah-mengah sepertinya.
" Dah kenapa kau tengok aku macam tu? "
" Tangan. " Naruse bersuara perlahan.
" Huh? Kenapa dengan tang—Ahh! Sorry, sorry! Aku tak berniat tadi! " laju dia melepaskan tangan itu!
Kau ni la kan Miyu. Berapa kali kau cabul tangan dia?
" Kita dekat Stellar Tower sekarang ni. Kita cakap dekat sini since tempat lain susah sikit. Lagipun kau nampak macam pen—Dah kenapa kau duduk jauh pulak ni? " Naruse menyoal. Jarak dia dan Miyuna kemain 5 meter sekarang ni!
" Kau...Takkan buat benda tak elokkan kat aku...? " kedua-dua tangannya disilangkan kedada.
" Said someone yang baru lepas tarik tangan aku tanpa consent. "
Geram pula Miyuna!
" Aku rasa senang kita nak berbincang dekat sini. Kalau nak patah balik nanti, takut terserempak dengan Evan lagi. " tutur lelaki tersebut. Mangga yang mengunci pintu menara itu diketuk dan ditendangnya agar buka. Lupa kunci dekat mana.
Muka kosong Miyuna dipapar, dipandangnya Naruse sudah memasuki Stellar Tower itu. Lelaki itu menoleh lalu menyoal.
" I allow you to stab me to death if I dare to touch you. "
Miyuna mengemamkan bibirnya. Masalah susah percayakan orang dan sisi berjaga-jaganya mula meronta-ronta. Dia faham mahu berbincang benda serius ditempat tertutup, TAPI!
" Tapi aku nak bal... " DUMMM...
Dua kepala itu mendongak. Cepat betul cuaca berubah kemendung. Guruh saling menyambung. Kemudiannya, hujan turun dengan lebat.
Miyuna tiada pilihan.
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
"We're lucky sebab ada obor dengan selimut dekat sini. Is it warm enough? " Naruse kembali bersama selimut tebal. Dalam menara itu terang-benderang dengan cahaya obor. Dipasang dideretan tangga.
" ...T-Terima kasih... "
Apasal tetiba rasa malu dengan kekok pula ni? Baru 2 minggu tak berjumpa. Bukannya 2 tahun!
" Kesian Violet-san. Mesti dia tunggu aku dekat anjung. " barulah dia terfikir tentang Violet. Dahla tengah hujan lebat sekarang.
" I told her. Kau ada hal dengan aku. She's understood. Jangan risau. "
Awal betul dia fikir— Betullah Violet cakap, Naruse jenis berfikir kehadapan dan dapat menjangka itu ini.
Naruse menanggalkan persalinan luarnya serta kemejanya yang basah. Dia bernasib baik sebab dia memakai baju dalam lengan panjang hari ini. Ralit betul Miyuna memandangnya.
Selalunya rambut Naruse akan digayakan dengan gaya curtain dimana rambut depannya akan dikebelakangkan. Tapi kali ini, air hujan itu membasahkan rambutnya sehingga rambut depannya jatuh menutupi dahi.
Bye. Handsome gila.
" Did you just avoid me these days? "
Nyata sekali lelaki itu bukan berada dalam mood yang baik. Tiga kali ganda lebih buruk daripada kebiasaan. Dia mengambil nafas dalam-dalam.
" Kenapa...Kau nak kahwin dengan aku? "
Naruse meyandar dirinya disebelah Miyuna. Seketika kemudian barulah dia
" ...Sorry. Aku biar tergantung macam tu je. I will explain it from now. Aku nak berkahwin dengan kau—Semua disebabkan wasiat yang ditinggalkan Queen Rose Elfreid, Bonda aku. Kalau kau tak tahu—Ibu kau dan Bonda aku kawan baik sejak kecil. Lady Mirai F. Angelica iaitu ibu kau boleh meramal masa depan dan menghilangkan ingatan. Manakala Bonda aku pulak foxdemon. Ability Bonda aku dapat protect orang lebih tinggi berbanding ibu kau. Jadinya, 10 tahun lepas...Dorang berdua buat perjanjian yang akan bertukar roh dan jaga kita berdua. Semua ni disebabkan Lady Mirai dapat meramal masa depan akan menjadi gelap kalau kita berdua tak berkahwin. "
Bibir Miyuna menggeletar. Penumbuknya digenggam. Dia cuma salah faham satu benda.
" Were you after my senka blood too...? "
" Miyuna...Sebelum kau overthinking dan fikir bukan-bukan lagi, take a look on these pictures. Semua ni wasiat dan perjanjian Bonda dan Lady Mirai. " beberapa sentuhan diudara, muncullah paparan hologram.
" Tengok. " pinta Naruse. Kepala Miyuna dilentokkan sedikit. Satu per satu dia membaca.
Nama ibunya...Lady Mirai F. Angelica...? What a beautiful name...! Ibu mesti cantik...!
Lady Mirai F. Angelica...? Queen Rose Elfreid? Kenapa aku tak pernah dengar semua ni? Oh ya. Bila Miyuna fikirkan balik, dia pun sudah tak ingat siapa ibu dan ayahnya. Dia ingat dia ada seorang abang sulung. Tapi abangnya turut hilang!
Tapi Miyuna tak ada memori pasal keluarganya. Kepalanya penuh dengan memori nenek, Nagisa dan Livio.
Dibacanya satu per satu butir wasiat itu dengan teliti dan matanya terpaku pada satu ayat terakhir.
Find Miyuna Hayashi. She is Lady Mirai's only daughter. She is our savior. Only your marriage could save both of your futures.
Jadi perkahwinan ini sekadar melindungi satu sama lain. Untuk selamatkan masa depan kitaorang berdua. Jadi, macam mana sekalipun...Takhta mesti jatuh ditangan Naruse. Atau masa depan akan menjadi gelap.
Tapi...Kalau fikirkan...Nak ke kahwin dengan orang yang kau tak cintai...? Aku dah dikhianati sekali. Trauma dan takut.
Macam mana kalau dia disakiti sekali lagi...?
" I ain't marry you for your senka blood. Sikit pun aku taknak dan tak kisah. Aku cuma nak tunaikan permintaan Bonda aku dan Lady Mirai. Aku pun tak suka kahwin paksa-paksa macam ni especially marry with someone I don't even love and know. Aku tahu kau fikir sama macam aku. Both of us scared. Jadi— "
Naruse menoleh kekanannya. Miyuna tergertak sedikit.
" —Kita kena percayakan satu sama lain. Proceeds with the flows macam yang Queen Rose dengan Lady Mirai dah tetapkan. Kita kena stay in track untuk selamatkan both Human Realm and Demon Realm. And for both of us ending too. "
Walaupun intonasi suara dan wajah Naruse tenang, tetapi Miyuna tetap berasa gusar. Dia betul-betul terganggu dengan perasaan bercampur sekarang.
" So...Dia macam Livio curang, aku jatuh dalam sini pun, dan jumpa kau...Semua dah diatur ibu dengan Queen Rose...? "
" Aku tak pasti yang tu. But seems like ada yang menganggu aturan takdir. Patutnya kau single sampailah jumpa aku. "
" Cis. Cakap macam kau single pula selama ni. Takkan tak pernah develop crush ke apa ke? "
" Kalau memang tak pernah kenapa? I'm devoted to my future spouse. "
Dah kenapa aku blushing pula halah halah, Miyuna termalu sendiri pula. Jodoh dia sudah ditetapkan, tapi beria pula dia menjaga jodoh orang lain.
" Jadi, macam mana sekalipun aku kena kahwin juga dengan kau bukan? "
Perlahan-lahan Naruse menganggukkan kepala. Bikin satu keluhan berat terlepas dari bibirnya.
" Taktahu la. Tapi aku macam dah putus asa. Lepas apa Livio buat, aku rasa tak layak. Aku rasa macam aku ni takut dikhianati lagi. Tak, aku bukan ragu-ragu dengan kau dan apa yang Queen Rose dan Bonda buat. Cuma... "
Ah...Miyuna mula menyumpah-nyumpah apabila matanya mula bertakung dengan air. Segera dia memandang kearah lain. GAH MALUNYA!
" Takpe. Aku faham apa kau nak sampaikan. Take your time. Aku pun tak tahu menahu pasal benda-benda macam ni. Aku cuma nak kau tahu saja pasal wasiat ni ada kaitan dengan kau. "
Sapu tangan dihulurkan dari belakang. Makin berjurai air mata dan hingus Miyuna. Ish, buat malu saja. Terus dia menonyoh mukanya dengan sapu tangan itu.
" Aku tahu kalau aku cakap aku bukan lelaki macam Livio, kau takkan percaya. But, please look at me more in future. "
Look at— Mata mereka bertembung. Masa itu, hanya Miyuna tahu degupan jantungnya berhenti berdegup.
Hujan tampaknya sudah berhenti. Dua figura itu pun keluar daripada Stellar Tower. Terus saja Miyuna melompat kedalam lopak air dan tawa.
" Woi, habis terpercik kena baju akulah! " seakan-akan berubah personaliti, Naruse kembali bengang seperti sediakala.
Huh, cakap dengan dia macam simbah air kedaun keladi. Macam salah saja perumpaan tapi takpelah. Yang penting, Miyuna memang tidak dengar dan sibuk bermain!
Setelah Naruse menutup pintu tersebut, dia berpaling kearah Miyuna.
" Oh ya, lagi satu. Kalau Evan ada buat macam tadi lagi, please do the same. Macam tadi. Jangan rasa bersalah. You did nothing wrong. "
" Betul ke dia ada 15 orang isteri? I mean, banyak gila...Tapi dia nampak muda lagi... " Miyuna menepuk-nepuk gaunnya yang sudah basah berlumpur. Huh, baru nak insaf tu bukan baju sendiri.
" Huh? "
15 isteri? Ah, mesti dia salah faham Evan dah berkahwin tapi—
Baguslah dia salah faham.
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
Miyuna termenung dianjung istana. Harini Violet sangat sibuk dengan mesyuarat. Jadi, dia keseorangan sekarang. Lagipun sudah dapat membiasakan diri duduk sorang-sorang. Buku etika diribanya itu hanyalah olok-olok semata.
Kahwin...Balik ke Human World...Wasiat Queen Rose...
Pandangannya dilemparkan ketasik ditepinya. Tubuh langsingnnya disandar pada tiang anjung. Tenang melihat rimbunan lebat pokok-pokok disekeliling tasik tersebut.
Kemungkinan besar portal ciptaan Ackerman masih ada lagi sekarang. Dia masih ada peluang untuk balik ke Clarines Kingdom! Tanah air dimana dia dilahirkan!
What if that portal didn't even exist? Aku tak boleh balik ke rumah.
Marry Naruse. You will be safe with him. You'll be the next Queen and security, tentera mesti akan mati-mati menjaga Permaisuri tanpa dorang tahu I'm human and senka.
What if we get busted? Rahsia aku ni manusia dan senka takkan bertahan lama. Lagi teruk aku tak boleh harapkan Naruse, Violet dan Cross ada 24 jam dengan aku.
Sebenarnya Miyuna berasa salah yang amat disebabkan diri dia, Bonda Naruse mangkat. Semuanya disebabkan untuk melindungi dirinya. Kedua-dua mereka mempunyai zaman silam yang sama. Dan sekarang ini, mereka harus bergantung pada satu sama lain.
"Trust me. "
Oh My God. Kenapalah setiap kali wajah Naruse terpacul, mesti dia rasa malu tak tentu pasal. Dia dah gila rasanya.
Mesti kahwin...Sebelum takhta diturunkan pada orang lain...Kepala Miyuna didongak. Langit dan pokok direnungnya sebelum dia menutup matanya.
Yosh! Aku dah buat keputusan akhirnya! Cincin pertunangannya itu ditanggalkan dari jari.
" Hiyah!!! Pergi mampos kau jantan!!! " cincin tersebut dilempar ketasik jauh-jauh. Rasa geramnya bertukar menjadi puas hati.
Selamat tinggal Livio kepam kentut skunk.
Selesai memakai sepatunya, dia menuju keperkarangan istana. Tetapi terserempak dengan pengawal istana pula!
" Hei! Yang berdiri kat sana! Perempuan bergaun oren tu! Kamu datang dari mana?! " pasukan pengawal istana mendekatinya.
Erghh...Kenapalah hari aku jalan sensorang pula terjumpa pengawal?? Kalau hari ada Violet dengan Naruse, sekor pengawal pun takde!
" Err...Saya Lady Miyuna Phantomhive...Teeheee... "
Aduh, Phantomhive ke apa entah. Naruse la pepandai bagi nama dekat dia masa dia ditahan diinfimari. Semuanya untuk menyorok identiti sebenar.
" Lady Miyuna...? " pengawal-pengawal tersebut berbalas pandangan. Seorang pemuda menampilkan diri antara mereka semua.
" Guest Prince Naruse? "
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
" Good work today, Vi! As treat, aku belanja kau makan dekat luar! " Cross orang petama muncul tiba-tiba.
Violet sedikit terkejut. Makin merah pipi dia melihat wajah lelaki itu. Penat dia ketika mesyuarat antara dayang-dayang istana pun hilang! Bukan senang pegang jawatan pengiring dan ketua dayang.
" Kita ada makanan dekat istana nilah. Jangan membazir tenaga nak pergi keluar. Dah kenapa kau tak duduk dengan Naruse ni? " balas Violet, menunjukkan muka menyampah.
Padahal dalam hati? Melompat suka!
" Well, kalau Naruse pun dah muak apatah lagi aku. Sebab dia ada kerja sendiri la, aku ajak kau lepak. Haih, kebelakangan ni Naruse suka betul tinggal aku sorang-sorang. "
Kerja sendiri. Last time, dia dapat mesej daripada Naruse 'kerja sendiri' juga. Dia juga sudah beberapa hari tak berjumpa Miyuna. Mungkin ada hal antara mereka berdua sebenarnya?
" Jomlah kita lepak but your treat. Aku nak cheat day harini since aku bekerja keras. " satu YEYYY yang kuat daripada Cross.
Walaupun berasa agak menyampah, tetapi Violet tersenyum buat seketika.
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
Aku dah agak hari ni akan muncul juga! Miyuna bermonolog sendirian.
Entah dia nak takut ke...Gembira ke...Sedih ke...Agak-agaknya macam mana la rupa King tu? Harap-harap bukan muka seketul demon macam dekat pasar haritu, keluhnya.
Pemuda tadi bernama Klaus. Dia juga merupakan salah seorang orang bawahan King Edmund, Ayahanda Naruse. Apa yang mendebarkannya adalah...King sendiri mahu berjumpa dengannya.
Miyuna cepat-cepat membontoti Klaus dari belakang. Dia agak ketinggalan!
" We're here, Lady Miyuna. "
Tiba didepan pintu balairong istana, Klaus mengetuk pintu itu beberapa kali. Kemudiannya, ia terbuka perlahan-lahan. Ughh, terang bapak balairong ni!
" I bring Lady Miyuna here, Your Highness! "
Miyuna hanya mampu mengekori Klaus. Kaki demon panjang-panjang belaka. Dia perlu berlari anak-anak untuk mengejar langkah Klaus.
Klaus berhenti, Miyuna pun berhenti! Klaus duduk hormat, Miyuna buat benda sama!
Separa wajah King Edmund dilindungi bayangan gelap. Berjanggut dan berambut panjang seperti umurnya. Aura bengis dan dinginnya dapat dirasai. Tiba-tiba Miyuna rasa sejuk pulak dekat ruang penghadapan.
" Klaus, I've something to talk to her alone. "
Ha, sudah. Rasa cuak mengawal diri Miyuna apabila Klaus beredar dari situ. Tinggallah mereka berdua.
King Edmund tersenyum. Dia bangun dari throne.
" Enough with that posture, come and have a sit here. " King Edmund mempelawanya kemeja minum disatu sudut ruang situ.
" Eh...?? " membuntang mata Miyuna. Dia akur apabila King Edmund mengajaknya kali kedua.
Kenapa...Minum petang pula ni...Gusarnya dalam hati.
" Aah sebelum tu Tuanku! Nama saya Lady Miyuna Phantomhive! Patik datang dari Greenland Kingdom! "
Fuh, rasa lega bila sudah perkenalkan diri. Buat kali pertamanya dia dapat melaungkan namanya tanpa kekok. Berbaloi juga berlatih 1000 kali sebelum masuk tadi!
" Greenland Kingdom?? Jauhnya! Beta pun pernah jejak sana sekali! " King Edmund melopong!
" Patik datang sebab nak cari kerja hehehe...Lagipun dekat sana susah sikit perempuan nak bekerja. "
Cis...Cari kerja la sangat! Lebih kepada dikutip je...Secangkir teh panas dihirupnya.
" So...I heard rumors around...Telling you're my son, Naruse's woman? I'm so interested with it since my son always avoid the question... " raja dihadapannya mendagu dan senyum.
Tersembur teh dari hidungnya!!! Sisa air tersebut dilap menggunakan napkin diatas meja. Muka Miyuna semakin merah! Say what??!
" Ahahahaha rasanya pakcik dah salah dengar ni. Tu semua rumor jelah. Saya cuma guest Naruse hahahahah. "
Hahahahaha.
PAKCIK SIAPA??? PAKCIK??? Miyuna mahu menumbuk dirinya. Cuai betul aku!!!
" Oh, macam tu rupanya. Maaf, Beta salah anggap rupanya. Kamu pasti ke Naruse tak buat apa-apa dekat kamu? "
" T-Takde! Serius takde! Tuanku janganlah risau! Hubungan saya dengan Putera Naruse tak lebih dari sangkaan orang! "
King Edmund gelak. Malu Miyuna dibuatnya. Dia bimbang jika dia tersilap cakap tanpa dia sedar.
" Haa...I just want to experience being the real father to them. Close to them. Both my sons...Need to marry. Beta takut Beta tak sempat. Nanti takde siapa nak ganti tempat Beta. " King Edmund bersandar pada kerusi. Dia menghirup minumannya.
Tak sempat...?
" Saya rasa...If you want to be the real father to them, you need to start it from now. Act like the real one. You don't need to wait that moment, Your Highness. You need to start from now! "
Kenapa kena tunggu masa tertentu untuk buktikan? Kan boleh mula dari sekarang bukan? Nanti terlambat—Kita akan berasa sakit dan menyesal.
Slurppp. Heningnya ruang itu dengan hirupan air teh Miyuna.
Oh. My. God. Miyuna baru tersedar dengan siapa dia menasihati! Wehh dengan Raja! Bukan dengan kawan! Kau siapa memandai nak nasihat dia??
" Prince Naruse is here, Your Highness! " laung kuat Klaus dari luar pintu.
Gosh! Dalam banyak-banyak masa kenapalah dekat sini juga terserempak? Gadis itu tidak senang duduk. Beredar??
" Tuanku, saya rasa mahu perg— " satu lagi laungan daripada Klaus memotong ayat Miyuna.
" Pasteries and desserts are here Your Highness! "
Graaaa...Pintu gerbang putih-emas itu terkuak perlahan-lahan. Derapan kasut-kasut berbunyi melangkah masuk kedalam ruang penghadapan. Naruse, berada dihadapan sekali masih menayang muka seriusnya sampailah...
Dia melihat Miyuna! Tetiba mood Naruse berubah serta-merta.
" Kamu ada cakap sesuatu ke tadi? "
" Takde! "
Huhu...Nampaknya tak boleh blahlah...Tapi apa-apa pun matanya kembali rambang apabila pembantu-pembantu istana menghidang pelbagai pencuci mulut.
" It's unusual of you calling me for evening tea especially in this chamber. " kerusi berhadapan Miyuna ditarik lalu dia melabuhkan punggungnya.
" Ayahanda rasa it would be nice to have tea together dekat sini. "
Hmmm it would be nice la sangat, ceceh Miyuna dalam hati.
Great, daripada kekok bertambah menjadi super kekok. Entah apalah ketiberan ajak mamat ni sekali. Mata Miyuna sempat dilirikkan kepada Naruse semasa dia menghirup tehnya.
" Hm? "
Mengejutkannya, Naruse turut memandangnya! Dia hampir tersedak buat kali kedua! Kek strawberi dicapainya lalu dimakan.
" Dah hampir 3 minggu Ayahanda tunggu tapi kamu tak bawa Lady Miyuna datang menghadap Ayahanda. Ayahanda teringin jugak nak kenal-kenal dengan guest kamu. This is special case. Kenapalah kamu nak berahsia sangat pasal Lady Miyuna dengan Ayahanda. "
Oh...Macam tu...Kalau ada tetamu kena kenalkan kalau dekat sini...Rakyat pun boleh jadi tetamu huh? Royalist kena jaga rakyat. Ha gitu. Pelik tapi best.
" Nah, makan la lagi. Sikit sangat kau makan. Makan puas-puas. " selamba saja putera itu meletakkan meringue, pudding, mont-blane, kek lemon dan tarte diatas pinggan Miyuna.
What...The hell...! Aku sedaya upaya la jaga imej elegan aku!!! Reaksi King Edmund tampak seperti sedikit kejutan budaya. Hmmmm King ingat aku ni vakum!
" So, have you thought about my deal? You need to bring a bride-to-be to get my Lord throne or else I'll arrange your blind date again. " sengaja King Edmund membuka topik itu.
Garfu dan sudunya berhenti memotong hidangan. Gadis itu mengangkat kepalanya. Naruse nampak tenang menyuap pudding kedalam mulutnya.
" Still wait for her answer. "
Tercekik pula Miyuna.
" Hahahaha!!! Finally!!! Macam tulah anak Ayahanda! Ayahanda tahu kamu ada suka dalam diam-diam!!! Akhirnya Ayahanda boleh buktikan yang anak Ayahanda bukan gay kat semua orang! Goodluck anakku!!! " kemain gelak besar King Edmund. Dia seperti menang loteri!
Melihat reaksi gembira King Edmund, satu perasaan dalam sudut hati Miyuna yang membuatkan dia tersentuh. Dia tidak tahu mengapa.
Sedar tidak sedar, hari hampir senja. Mereka bertiga pun sudah habis menjamu selera. Naruse dan Miyuna meminta diri.
" Lady Miyuna. " panggilan lelaki berusia itu menggamit perhatian Miyuna.
"Thank you for your advices. I will do my best. Nanti kita minum sama-sama lagi ya? It's been a while i had a warmth conversation with someone. "
Gadis itu mengangguk faham. Usai itu, dia menunduk tanda mahu beredar. Sempat lagi dia mengejar langkah Naruse dikoridor.
" King nampak gembira betul tadi. Aku tak expect dia easy-going macam tu. "
" Dia ada cakap benda pelik-pelik ke? "
" Tak...Tapi...Aku perasan...Hubungan korang berdua macam tak mesra... " ayat Miyuna menghentikan Naruse daripada berjalan.
Sepanjang mereka semeja, Naruse banyak mengelak pandangan King Edmund. Soalan hanya dibalas sepatah-sepatah kecuali berkenaan kerja. Tidak seperti anak-ayah. Tetapi rakan sekerja.
" You should go to bed now. It's already past 9'o clock. "
Mengelak soalan, tapi tidak mengapa. Miyuna faham. Itu privasi Naruse.
Pada satu selekoh koridor itu, mereka berdua pun berpisah jalan. Memasing menuju kebilik sendiri untuk berehat.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top