Chapter 12

  SUDAH genap 10 hari Nagisa berada ditempat asing atau dikenali sebagai hospital. Dia juga difahamkan oleh dirinya, dia telah bertukar roh dan badan bersama seorang penyanyi pada zaman moden iaitu, Sherry Yukinojou.

Kemana Sherry? Tidak tahu. Mungkin Sherry berada dalam badan Nagisa. Kemana badannya? Nagisa tidak tahu.

Nagisa Itou. Seorang gadis yang dilahirkan pada tahun 928 telah diteleportkan ketahun 2018. Semuanya serba canggih sekarang! Nagisa juga difahamkan, dia berada disatu bandar sibuk bernama Tokyo.

Semuanya disebabkan satu lubang tidak bernama itu. Niatnya hanya mahu membawa pulang kawan baiknya tetapi lain pula jadinya. Dan Nagisa sendiri tidak tahu macam mana mahu pulang. Hidupnya keseorangan sekarang bertemankan jasad asing tidak berroh itu.

" Sherry-san...Tolong jaga badan dan roh saya baik-baik...Saya akan jaga awak baik-baik juga. Saya harap kita berdua akan bertukar nanti. "

· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·

Miyuna berjalan-jalan ditaman bunga lagi. Dia tidak boleh berkurung dalam bilik berterusan. Kesian Violet risaukan diri dia. Tetapi itulah...Miyuna masih lagi dalam angin kesedihan dia.

Huwaa...Flora-san puteri cantik...Kaya...Aku tak cantik...Aku miskin...Patutlah Livio jadikan aku backup plan dia...

Papp! Papp!! Papp!!! Pipinya ditampar berkali-kali. Jangan nangis lembap! Nanti kau jadi nenek kebayan lagi! Livio memang takguna! Kau cantik Miyu! KAU CANTIK GILA! KAU PANDAI MENABUNG SATU SEN DALAM SETAHUN! KAU PANDAI!

Entah berapa lama lagi dia harus duduk sini...Dia mahu balik...Dia mahu bermanja dengan nenek...Kalau Nagi tahu dia bersedih sekarang, mesti Nagi akan buat lawak bodohnya. Hurm, rindu.

" Hei...Kenapa kau nampak murung je ni? " sapa Aminyo, si kucing nekomata.

" Heh, siapa yang murung? Ini baru awal pagillah! Kenapa nak sedih-sedih pula ni? Hahahahah! " pura-pura tawa besar, Miyuna berdiri bersemangat!

" Aik? Kejapnya dah okay? Tadi nampak macam baru putus cinta. "

Miyuna kembali tidak bersemangat. Malah, dia jatuh terduduk dan mula menangis kuat! Putus cinta?? Dia baru saja putus tunang! Tunang dia curang dengan seorang puteri yang sangat-sangat sempurna!

" H-Hei! L-Lady Miyuna! K-Ke-Kenapa kau menangis pula ni??? A-Aduh, aku dahla tak pandai pujuk perempuan. Ex aku pun dah mengandung anak 17 ekor jantan lain pun sebab aku tak pandai pujuk bagi ikan segar dekat dia. Errr, janganlah menangis! "

Dalam kecuakan kucing tersebut memikirkan cara memujuk Miyuna, seseorang berjalan menuju kearah mereka berdua ditepi semak samun itu. 

" T-Tuanku? Err, bukan saya yang buat Lady menangis macam ni tau! " Aminyo menarik diri siap-siap. Naruse mengangguk faham.

Sudah hampir 10 minit Miyuna meratapi kesedihannya. Ah, mata dah bengkak balik. Diangkatnya kepala, Miyuna terkesima melihat Naruse duduk bertenggek disebelahnya.

" Sejak bila kau ada dekat sini pula???! " damn, memalukan betul. Dia dari sini ke tadi?? Miyuna mengesat air matanya laju-laju.

" Nah, makan ni. Violet cakap kau tak breakfast lagi. Kebetulan aku memang nak jumpa Aminyo. " seplastik makanan dihulurkan. Naruse duduk disebelahnya.

"Crème puff pasar pagi ke ni?? "sekejap saja mood gadis itu berubah. Dia makan dengan penuh berselera! Rasa-rasanya crème puff ni lagi sedap berbanding makanan diistana—Oops.

Naruse tersenyum buat seketika. Dia memandang Aminyo yang kelihatan cemburu pula. Dia menyelongkar sesuatu dari plastik dibelinya. Lalu dia menghulurkan sesuatu.

" I-Ikan paus ke ni?? Tuanku kasi saya ke?? "

" Suruh Cross buka dekat dapur sana. Kalau tak cukup bagitahu Beta. Dah, pergi atau Beta tarik balik ganjaran sebab behave tak gigit dinding bulan ni. "

Laju betul Aminyo berlari sedangkan selama ni dialah makhluk paling malas sekali mahu membuka langkah. Tapi tuna? Mana boleh tolak makanan kegemaran dia.

" Seriuslah dia makan ikan paus?? Gigit dinding? Sebab tu ke kau tak kasi dia tinggal dalam istana? " Miyuna mahu tahu.

" Nampak kecik macam tu, tapi ikan paus pun takut dengan dia tau. Sebab tu dia boleh gigit dinding sampai pecah sebab gusi dia gatal. Dia suka betul gigit dinding bilik aku sampai pecah banyak kali. Nasib baik aku bela Koi. Jadilah peneman dia masa aku busy. Kenapa? "

" Heheheh takdelah, aku rasa orang macam kau ni jenis tak bela kucing. Tapi aku salah. Aku rasa perempuan yang suka kucing mesti akan jatuh cinta dengan kau. Yelah, kau pandai, kaya, ada title, rupa...Cuma kau macam sukar didekati sikit. But still, lucky your future wife! "

Miyuna menekup mulutnya pantas! Kenapa aku rasa macam melampau saja ayat aku??? Aku siapa nak cakap macam tu? Haih...Aku terbawa-bawa benda ni sambil fikir pasal Livio!

" Errr Naruse...Aku melawak je tau. Aku tak berniat nak cakap macam tu "

" Kau suka lelaki yang suka kucing? "

" Hah? Umm sukalah. Nampak ada kemanusiaan dalam diri lelaki tu. " walaupun agak hairan dengan ketiberan soalan Naruse itu, tetapi Miyuna jujur menjawabnya.

" Ada lagi ciri-ciri lelaki idaman kau? "

Hermm, kenapa tiber sangat soalan ni? Kekok pula Miyuna. Creme puff ditelannya pun berasa kelat serta merta.

" Aku...Suka lelaki yang tinggi at least sejengkal daripada aku... "

" Mhm. " Naruse turut berdiri hingga mencecah ukuran yang ditunjuk oleh tangan Miyuna.

" Erk. Emm pastu lelaki yang handsome... "

" Kyaaa tu putera kedua kan?? Harini pun dia kacak pakai baju kasual dia! "

" Kan kan! Hensem betul!!! Berangan jelah aku jadi tuan puteri! "

Perbualan dayang-dayang yang tidak jauh dari mereka didengari Miyuna. Entah kenapa Miyuna rasa kekok!

" Aku! ...Suka lelaki yang kaya! Kaya tu sampaikan ekonomi dunia dia yang uruskan!! " 

" Your Highness! Your Highness! Urgent! Nampaknya plan Tuanku dalam meeting bulan lepas berjaya membuahkan hasil untuk pulihkan ekonomi negeri Vesdarique! Dari segi pertanian, lepastu dari segi... "

Entah dari mana penasihat kewangan atau apa-apa jelah nama beliau muncul berserta kerta kerja ditaman ini. Miyuna tidak dengar apa-apa lagi melainkan angin dingin menampar mukanya.

Apa...Yang berlaku sekarang ni...?

Usai berborak, Naruse kembali kearah Miyuna yang kaku seperti batu. Dia tersenyum.

"Then...Why don't we make it together? "

" Ha...? Maksud kau...? " mereka berdua saling berpandangan. Serius dan terpinga-pinga.

" Aku dah penuhkan kriteria lelaki idaman kau. "

Huh...Jangan cakap...

"Jadi...Jom kahwin. "

· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·

Terkedu. Kepala Miyuna seperti kosong dan tiada apa-apa. Dia tahu Naruse ni seorang yang serius tetapi kali ini...Pandangannya betul-betul dia memaksudkannya.

Kahwin...?

" Huh? Maksud kau nak main kahwin-kahwin atau kau akan berkahwin nanti? "

Jari telunjuk Naruse ditunding kearah dirinya dan Miyuna. Menyebabkan hanya cengkerik pagi itu berbunyi menghidupkan suasana.

"You're joking right? "

" Aku takkan pernah melawak pasal ni, Miyuna. "

Betul jugak. Naruse mana pernah tak serius.

" Tak, um. Apa yang jadi sebenarnya ni? "

" Miyuna, aku boleh expl— "

" Alamak! Aku lupa ada kelas etika. Violet mesti dah tunggu aku. Nice joke Naruse, aku rasa aku dah okey sikit sekarang. Thanks tau untuk crème puff sekali! "

Dan selepas itu, dia pun melarikan diri. Entah berapa banyak kali Naruse memanggilnya, dia tidak akan berpaling!

Gosh...Kenapa tiba-tiba saja Naruse...? Kenapa? Miyuna tak faham.

Tapi bukan ke aku ni masih ada ikatan pertunangan dengan Livio?

Tapi aku bukan dekat Human World sekarang. Dan dia pula—AH dia demon. Sah lagi ke ikatan kitaorang?

Tapi bukan ke dua hari lepas aku dah cakap dekat diri sendiri aku dah putuskan sendiri? Livio bukan kisah pasal aku pun.

Tak, masalahnya kenapa dengan Naruse? Takkanlah dia dah suka dekat aku??

" Miyu? Awak okey tak? Dah 15 kali saya panggil awak. Muka awak merah sangat. Awak demam ke? "

Dia kembali kerealiti. Dia didalam pertengahan kelas etika bersama Violet sekarang! Tergopoh-gapah dia menyelak halaman buku.

" Err, saya minta maaf. Kita dekat muka surat mana sekarang? Adab dalam jamban ke? "

" Kita dekat adab berdiri sekarang, Miyu. Eh, kat sana tu bukan Cross ke? " mata tajam Violet serentak memberikan Miyuna perasaan meremang. Cross??? Bermaksud...

NARUSE ADA SEKALI LA KAN??

" Nak panggil dorang tak? Lagipun nak masuk lunch dah. Boleh makan sama-sama. "

P-Panggil???

" V-Vi...! Jangan panggi— " sudah terlambat, Violet melaungkan suaranya paling kuat sekali!

Habislah...Aku tak bersedia lagi mahu bersemuka dengan Naruse disebabkan semalam...!

" Waahh, dah lama tak datang anjung! Rasa macam nak berkelah dekat sini! " suara Cross semakin menghampiri membuatkan Miyuna tidak berani mahu menoleh kebelakang.

" Kan? Aku terfikir benda sama juga. Tengah musim bunga pula tu. Anyway Naruse— "

" Maaf Violet! Aku lupa nak flush jamban dekat toilet bilik! Nanti tersumbat pula! Korang makan dan berseronoklah tanpa aku okay?? Aku pergi dulu! " Splashhhh! Sepantas kilat Miyuna melompat ketasik. 

" MIYUU??? " Violet risau. Tapi seperti bot berturbo laju, Miyuna sudah menghilangkan diri!

" Rasa macam déjà vu pula...Ah, lupa bagitahu yang Naruse ada hal sendiri pagi ni. Jadi apa kata kita bertiga makan sekali dekat sini? Anak ayah nak makan apa? Ayah belikan. "

Ren Crossley, seorang royal court herbalist yang berkhidmat diinfimari istana Alaistar. Walaupun usianya baru 12 tahun, tetapi dia sudah mempunyai pangkat beriktiraf kerana dia sangat bijak dan mampu menghafal lebih daripada 1000 buku herba. Jangan main-main!

Dan dia merupakan anak kepada Cross. Jadi sejak kecil, dia amat rapat dengan Violet disebabkan ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkannya. Walaupun dia seorang budak, Ren sangat matang daripada ayahnya. Tetapi ada sesuatu yang Ren rahsiakan daripada semua orang.

Sejak kecil, dia merupakan seorang telepathy.

· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·

Beberapa hari sebelum itu.

" Betul ke Putera Naruse ada guest perempuan? "

Perbualan antara pembantu-pembantu infimari dibilik sebelah menarik perhatian Ren. Mesti tengah cakap pasal khabar angin baru-baru ini.

Bila difikirkan, Putera Naruse selalu membawa pulang guest lelaki dan akhirnya semua menjadi pekerja diistana sekarang. Tetapi perempuan? Ini adalah kali pertama sekali dalam sejarah. Memang patutlah digempar-gempurkan.

" Kat sini rupanya kamu Herbalist Ren. How's your days off?  "

" It was great. Ada apa Tabib Adam? " Ren berpaling kepada pembantunya.

" Tetamu Putera Naruse lemas dalam Tasik Silv minggu lepas. Jadi Tuanku minta kita berdua pergi checkup dekat dia. Last checkup kena hati-hati sikit jadi saya serahkan dekat Herbalist Ren lah. "

Ren mengambil laporan kesihatan daripada Adam. Dia memeriksa satu per satu butiran dilaporan itu.

Budak kecil ni...Dahla cuti seminggu, semua kerja dia aku yang kena kerjakan. Menyusahkan betul.

Ren terdengar suatu suara. Lain tidak bukan itu adalah suara hati Adam! Matanya menjadi gelap redup.

" Esok last checkup Lady Miyuna bukan? "

" Ya...? Kenapa Herbalist Ren...? "

" Kalau macam tu, lepas checkup tu awak dah boleh bercuti seminggu pula. Saya gantikan kerja segala tabib. "

" Betul ke Herbalist Ren?? Kalau macam tu, terima kasih banyak-banyak. " kemain senyum lebar Adam berbanding tadi.

Inilah kelebihan Ren yang tiada sesiapa tahu termasuklah ayahnya. Dia dapat membaca suara hati orang. Sebagai dogdemon, dia berasa kuasanya ini merupakan satu kelemahan. Kuasanya ini menjadikan dia seorang yang pendiam dan berahsia.

Hari pemeriksaan terakhir telah tiba. Ren dan Adam telah menyediakan alat-alat seperti yang dibincangkan. Ren juga telah memaklumkan Adam agar mengambil sampel darah dan air liur untuk memastikan tiada kuman dalam tubuh pesakit tersebut.

5 orang dalam bilik yang sama. Tidak dia menyangka hari pemeriksaan akan menjadi ramai sebegini

Fokus Ren...Fokus...Jangan terlalu melayan suara hati...Berkali-kali Ren memesan dirinya.

STUPID. PLEASE DO SOMETHING  Habislah kalau Adam dapat sampel darah Miyuna! Mereka akan tahu yang dia tu manusia!!!

Ren tersentak. Suara itu...Suara Violet-nee...Bukan...? Anak matanya mengerling kearah Violet.

Oh no. Violet beralih pula pada Miyuna. Dia memberi isyarat ' HALANG ADAM. JANGAN CUCUK! JANGAN! JANGAN! '

Jangan...? Sebab Lady ini...Seorang manusia...?

DUMMM!!! Naruse menerobosi pintu bilik itu lalu membawa Miyuna keluar. Tanpa sepatah kata kepada dia dan Adam. Mungkin kejadian itu meninggalkan 1001 soalan kepada semua orang.

Tetapi bagi Ren, semuanya sudah terjawab.

· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·

" Minister Dvalin...Tak rasa macam aura Tuanku semacam ke? "

" Saya rasa macam tu jugak...Masuk meeting room tadi rasa sejuk daripada biasa. " Menteri Wernhard selaku Menteri Ekonomi itu membalas soalan Menteri Pertahanan.

PAPP! Bunyi timbunan kertas kerja menghentak meja itu membisukan kedua-dua mereka daripada berbisik. Jelingan maut Naruse cukup membuatkan darah mereka berhenti mengalir. Ini bukan kali pertama mereka melihat putera itu badmood tetapi kali ini 10 kali ganda lebih menyeramkan!

" Minister Dvalin and Minister Wernhard. Have a word to say? "

Laju mereka berdua menggelengkan kepala. Kemudian, Naruse kembali menyambung mesyuarat tersebut sehinggalah bersurai. Mesyuarat itu adalah mesyuarat paling sejuk...Ditengah musim panas ini.

" Kau nak pergi makan tak? " soal Cross, mendekati meja Naruse. Tiada jawapan. 

" Nak ke tak Nacchan? " sekali lagi Cross menyoal.

Swoooshhh...Entah datang mana angin sejuk beku menjawab pertanyaan Cross, dan meminta agar beredar segera.

" Nanti kau sakit nanti susah. Dahlah kau tak breakfast. Hadap office dari semalam eh, ke 2 hari lepas? Eh, ke 3 hari lepas? Tak kisahlah, tapi lama gila! Kau tak sihat ke? "

" Cross. " pen diletakkan.

Oh no. Badmood level 1001. Apa-apa Cross chau dulu, tetapi dihentikan dengan soalan Naruse.

" Skil komunikasi aku teruk sangat ke? "

Uh, semakin seram pula mahu menjawab. Sepanjang 15 tahun dia bersama Naruse, ini kali pertama dia tidak dapat membaca mood lelaki itu.

" Skil kau tak teruk...Cuma...Kau kena selalu senyum bila bercakap? "

Serta-merta Naruse mengukir senyuman paling kekok. Dia tidak tahu. Dia sudah berusaha.

" Macam ni? "

" What the hell Nacchan. Kalau macam ini, bukan budak je takut. Aku pun takut. "

Daripada sejuk kekok, kembali ke muka dingin. Kali ini, lebih kepada menghalau Cross.

" Haih yelah. Aku pergi makan dengan Vi dengan Ren dulu. Ingat, jangan tak makan sampai malam. Aku risau. "

Sebaik saja dedaun pintu ditutup, Naruse menyembamkan mukanya dimeja buat kali pertama. Ada sesuatu berlegar-legar dikepalanya seminggu ini.

" Lady Miyuna? Dia pergi makan tadi, Tuanku. " ujar Matcha selaku dayang yang selalu melayan gadis itu.

" Ohooo Tuanku! Tahu tahu! Gadis cantik yang suka makan 3 pinggan nasi goreng tu kan? Dia baru habis makan tadi. Saya dengar dia nak mandi dalam kamar sebab air tumpah dekat gaun dia. " Eleanor iaitu tukang masak diruang makan pekerja itu cuba mengingati rupa gadis itu.

" Lady takde dalam bilik, Tuanku. Dia pergi taman bunga macam biasa sebab nak main dengan Koi dan Aminyo. " balas Aoi yang baru keluar dari kamar Miyuna.

" Tuanku...Maaflah...Tapi saya baru lepas bercakap dengan Lady tadi...Lepastu dah tak tahu Lady pergi mana... " Folger, selaku pekebun istana itu menggaru-garu kepala.

" Huh? Miyu ke? Kitaorang baru pergi pasar 3 hari lepas sama-sama. "

 Jawapan Cross mendapat tumbukan pada bahu oleh Naruse. Asal Cross dapat jumpa sedangkan dia tak???

" Dia cakap taknak jumpa kau. Tu saja. Aku tak boleh bagitahu lebih-lebih, aku dah janji dengan dia. " dan terakhir sekali Violet.

Semua ceruk dalam istana ini dia sudah mencari selama seminggu. Dan begitulah hariannya menanyakan soalan yang sama selama seminggu. Dan selama seminggu itu juga, dia tidak nampak bahkan bayang-bayang Miyuna. Walhal orang lain nampak!

Mungkin dia terlalu tergopoh-gapah? Dimana silap dia? Naruse harus bersabar.

Bengang dengan diri sendiri.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top