Chapter 11
SECANGKIR teh panas diletakkan diatas meja. Naruse duduk dihadapannya. Miyuna pula mengesat hidungnya. Tiada sepatah keluar dari mulutnya sejak tadi.
Ughh...Memalukan betul...Aku betul-betul menangis dekat mamat ni...Dahtu, hingus dengan air mata habis kena baju dia...Gumam Miyuna sendirian. Semestinya dia berasa malu sangat. Dia mahu mati sekarang.
Mereka berdua berada dipejabat Naruse. Semestinya Naruse yang membawanya kesini. Tidak tahu, dia tidak ingat. Dia sibuk menangis tadi.
" Thanks...And sorry aku kotorkan baju kau. Nanti aku ganti balik. "
Eh? Ganti? Kau mampu ke Miyu? Nak beli roti pun mampus kau korek tabung.
"Sorry for showing you all of them but aku rasa kau kena tahu juga benda ni. "
Cincin pertunangan dijarinya direnung dalam-dalam. Miyuna mengeluh. Mahu saja dia mencampak jauh-jauh tetapi—
...Sampai hati kau kan, Livio...?
Naruse tahu Miyuna sedang keliru. Begitu juga dengan dirinya. Niatnya mahu melihat siapa dan apa khabar tunang gadis itu, dengan harapan dia dapat memberitahu pemuda pujaan Miyuna itu baik-baik saja. Tetapi lain pula dipaparkan.
" You know silly fact? Kau nampak perempuan akhir memori tunang kau tadi? "
Ah ya, Flora atau something nama dia. Perempuan cantik milik Livio. Melihat mereka berdua membuatkan Miyuna berasa bersalah dan dikhianati.
Rasa tidak layak.
"She is Flora Skywalker. My second step-sister. Aku baru dapat tahu dia ada hubungan dengan Livio masa di Demon World. "
" Huh...? Adik kau...? "
" Aku ada 2 adik perempuan tiri. Lain mak, satu ayah. Pendek kata, aku pun terkejut. "
" Dia...Tahu ke Livio dah ada aku? "
" As you seen just now. She's the type who will get what she wants. "
Wow. The standard, Livio. Girlfriend kau puteri. Cantik, kaya—Ah, semualah! Sedangkan aku? Aku ni manusia saja. Kau—
Sreettt. Miyuna bangkit dari kerusi lalu ketingkap dibelakang Naruse. Tingkap kaca itu ditolak luas lalu satu nafas ditarik dalam-dalam.
" ...Kau buat apa ni— "
" PENGECUT! DASAR JANTAN TAK CUKUP SATU!!! ORANG TUA!!! LIVIO KAU MEMANG **** ANAK **** DAN MEMANG ****!!!! "
Jujur Naruse cakap, dia sedang ketakutan. Perempuan dihadapannya ini tidak ubah seperti seseorang yang sudah tidak waras! Makian itu berterusan tanpa henti-henti dalam satu nafas!
" Dah...Habis? " soal Naruse tatkala Miyuna sudah berhenti. Tercungap-cungap keletihan seperti baru lepas maraton.
" Belum lagi tapi untuk harini rasanya sudah. " ugh, menggerunkan betul. Naruse tidak sanggup melihat wajah Miyuna tersenyum seperti itu. Bila-bila masa saja dia dapat membunuh orang.
" Aku tak sangka Livio macam tu...Gentleman, apa orang panggil dia...Dia selalu sibuk dengan kerja dia. Jadi aku percaya sajalah...Mungkin ni mimpi buruk bagi aku...Rasanya aku tengah koma sekarang hahahahah! "
" Kau yakin yang kau masih bermimpi? "
Soalan Naruse sedikit sebanyak agak menyakitkan hati. Memang susah untuk dia percaya setelah dia melihat memori itu. Tipu? Tetapi lamaran itu tidak tipu. Pahit dia mahu menelan realiti ini. Sakit.
"Sorry...Aku minta diri dulu nak balik bilik. Aku rasa penat. " lemah-longlai Miyuna bangun dari kerusi. Naruse turut bangun.
" Kau nampak tak okey. Sini aku tema— "
"It's alright. Aku okey je. Thanks. " bersama senyuman tawar, Miyuna membalasnya.
Jadi...Apa aku nak buat sekarang...? Aku belum mati lagi. Oh ya...Entah apa yang orang didunia sana buat? Nenek dengan Nagi mesti risaukan aku. Livio pula—
Livio...Patutlah kau selalu sibuk. Aku sengaja butakan mata dan tulikan telinga bila ada yang desis-desis cakap kau sebenarnya nak taknak saja dengan aku.
Rupanya...Kau ada orang lain yang lebih baik dari aku...
" Aha...Nangis lagi...Memalukan betullah kau ni Miyu... " tawa kecilnya dilepaskan tatkala beberapa mutiara jernih jatuh kekarpet koridor. Seketika kemudian, Miyuna duduk ditepi dan hanya merintih.
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
" Flora tak balik lagi? "
" Ya Kanda. Dah seminggu dia tak balik istana. Flora cakap dia sleepover dekat istana Celicia. Tapi biadap betul dia dia tak call atau hantar apa-apa surat pun dekat Rach. ❞ omel Rachel sendirian.
" Aah...Macam tu rupanya... " mata Naruse kian mendung. Dia tahu yang Flora bukan diistana Celicia. Tetapi diHuman World.
Jadi Flora...Kekasih Livio selama ini...?
" Jarang-jarang kau call Puteri Rachel tanya khabar dorang. Kau dah rindu adik kesayangan kau ke? " soal Cross usai Naruse mematikan panggilan.
"Quit it. Kau cakap macam aku ni siscon behaviour pula. "
" Hahahaha, kau bukan siscon. Tapi protective dekat adik-adik perempuan kau walaupun kau tak tunjuk sangat. "
" Am I? " kening Naruse dijongketkan. Dia turut terhenti menyelak laporan harini.
" Ye. Walaupun kau tu fobia dengan kulit perempuan, tapi kau dari kecil dah protective. So aku rasa you would be a good husban— " PUKK! Kusyen dibaling tepat kemuka lelaki tersebut. Cross tertawa apabila melihat muka berang Naruse.
"Anyway, harini Miyu dah habis kan sesi pemantauan dia under Adam? Rasanya dah banyak hari aku tak nampak dia, aku nak pergi jenguk dia la sekarang. "
"No need to. Let her dalam bilik dia. Aku dah cakap dekat Violet postpone kelas etika dia juga. " jawapan Naruse membatalkan niat Cross untuk melawat gadis itu. Sambung Naruse lagi.
" Dan kau lepasni, ikut aku pergi satu tempat ni kejap. "
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
Panggilan itu dimatikan. Rachel mula berteka-teki. Ini adalah kali pertama abang keduanya memulakan panggilan. Selepas bertanya khabar, dia ada bertanya pasal Flora. Aneh sekali.
" Dah siap, Tuanku. " dayang itu selesai mendandan rambut Rachel. Tersenyum lebar Rachel tatakala melihat refleks dirinya dicermin.
" Aaah, terima kasih Marina! Wahh cantiknya curl ni. Awak dah semakin cekap! "
Berbunga-bunga hati Marina dipuji sedemikian! Tidak sia-sia dia belajar dandanan dari pelbagai sumber!
" Eh, Flora? Bila kau balik sini? " sapa Rachel sebaik saja keluar dari kamarnya.
" Hwaaaa!!! Rachhh!! Aku kena tinggallll lagiii!!!! " raung Flora sekuat hati lantas dia memeluk kembarnya sekuat hati.
Aha...Nampaknya curl rambut aku rosaklah lagi disebabkan si Flora...Getus Rachel dalam hati sedikit mahu menangis. Agaknya ini sumpahan curl dia rasanya.
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
Kejap keruang hadapan, kejap keruang kedua, kejap kebelakang, Cross hanya memerhati gerak geri Naruse yang terlampau fokus meneliti. Dia memegang bahu Naruse.
" Oi Naruse...Aku taktahu apa ketiberan kau ni...Tapi dah kenapa kau bawa aku pergi tengok cincin pula ni??? " bisik Cross separa jerit.
" Aku rasa macam nak beli cincin. Salah ke? " jawab Naruse, sambung membelek satu per satu cincin disitu.
" Kau rasa??? Rasa macam nak beli je??? Untuk kau ke siapa?? Kau ada sembunyikan apa-apa dari aku ke??? Sampai hati kau kan??? "
" Antara empat-empat cincin ni yang mana cantik? "
" Oho, amethyst, jade, ruby dengan sapphire. Cantiknya semua...Tapi DAH KENAPA KAU NAK BELI CINCIN PEREMPUAN PULA NI??? " Cross betul-betul nampak terdesak. Jiwa busybodynya amat terseksa sekarang.
Fikirkan mereka harus menghadiri meeting lagi, tetapi Cross salah. Sebaliknya Naruse mengosongkan jadual pagi ini semata-mata untuk pergi kebutik batu permata?? Gila tak terkejut?
" Jangan cakap kau nak melama— "
ZUPPPP! Sepantas kilat saja Naruse sudah memilih cincin dan membuat pembayaran. Dia juga sudah keluar dari kedai tersebut! Lesap!
Oho...Menarik ni...Kena bagitahu Vi!
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
Rambutnya busuk, kusut. Matanya sembap teruk sampaikan dia sukar membuka mata. Hingus pula masih berbaki dihidung dan pipi. Bajunya yang sudah tidak tukar selama 3 hari itu busuk dan melekit dengan hingus kering. Jerawat? Sudah mula berkampung dipipinya.
Terkebil-kebil Miyuna memandang cermin. Dia seperti mahu muntah melihat kehodohan refleks dirinya itu. Macam nenek kebayan.
" Ni ke rupa aku masa heartbroken phase? "
Dia mengeluh. Miyuna tahu, dia tidak patut bersedih lama-lama. Kalaulah Livio melihat keadaannya sekarang, pasti dia digelakkan.
"Hahahah kau ingat aku nak sangat ke dengan kau Miyuna? Girlfriend aku ni puteri tau. Dahla cantik, kaya dan jauh lebih baik dari kau! "
Walaupun dia hanya membayangkan Livio berkata itu sambil tawa sinis, tetap Miyuna berasa bengang dan tercabar. Kalau itu suara dan wajah paling diagungkan, sekarang Miyuna dah menyampah sangat-sangat!
" Kau fikir kau hebat sangat ke bangang??? Bau cologne kau dahla macam bau kentut skunk!!! " meja bulat kecil diangkat tinggi.
Belum sempat mahu melemparnya, Violet memasuki biliknya! Tercengang kedua-duanya!
" S-Saya boleh jelaskan... "
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
" Awak okey ke Miyu...? Dah beberapa hari awak berkurung dalam bilik. Saya risau sangat jadi saya bawalah jajan pasar since awak berselera sangat last time saya beli haritu. "
Okay? Dia nampak lebih kepada mahu menikam seseorang sekarang! Gumam Miyuna yang sedang mengunyah creame puff. Matanya memandang karpet kamarnya.
" Violet-san...Kalau awak dicurangi...Apa awak akan buat...? " soal Miyuna dengan suara kendur.
Hmm...? Dicurangi...?
"Kau tangguhkan dulu kelas etika Miyuna. She's not feeling well this lately. It's better to not disturb her in 2-3 days. "
"Vi, cuba teka aku dekat mana?? Naruse bawa aku pergi Gemstone Alaistar ni! Dia beli cincin!!! Kau tahu kan apa maksud dia??? "
Ayat ini mengingatkan Violet dengan ayat Naruse dan mesej Cross sebentar tadi. Tetapi kata-kata Miyuna dari hari pertemuan mereka juga turut berlegar-legar dalam fikiran.
"Kau tak malu ke kacau perempuan milik orang?? "
Mungkin ke...Naruse berjumpa dan jatuh cinta dengan perempuan lain? Tetapi Miyuna nampaknya masih belum moveon sejak cincin itu masih dijarinya. Jadi siapa perempuan baru Naruse? Cincin baru?
Apa yang dorang tak cerita dekat aku ni?!
" Kalau saya...Saya akan lupakan dia. Lupakan jelah kalau nak bagi peluang macam orang lain cakap. Peluang kedua takkan wujud. Curang itu satu pilihan dan bukan kesilapan. Know your worth, Miyu! Liar always be liar. Silap-silap kalau dibagi peluang kedua nanti, makin sakit kita. So, I think it's the best if you just walk away from him. "
Betul cakap Violet. Aku hampir fikir untuk bagi peluang kedua, tetapi macam mana kalau dia khianat aku lagi? Yang sakit aku bukan? Aku kena moveon macam mana sekalipun.
"Thank you, Violet-san! " ucap Miyuna lalu sambung menikmati crème puffnya.
Senyuman Violet bertukar menjadi wajah bersedia mahu membunuh sebaik sahaja dia berpaling dari Miyuna.
Siap korang berdua nanti aku kerjakan lagi-lagi kau Naruse! Berani kau sakitkan hati Miyu!
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
Dum. Pintu pejabat Naruse dikatup rapat. Naruse dan Cross mula meremang melihat aura membunuh Violet sebaik saja dia memasuki pejabat itu.
" Uyo garangnya muka. Sate daging dekat pasar habis lagi ke Vi? " cubaan membuat jenaka Cross terbatal selepas dijeling tajam oleh Violet. Cross tahu dia perlu menjahit mulutnya sekarang.
" Naruse, aku tak sangka kau gamak buat macamni dekat Miyu. Kau tahu tak betapa teruknya keadaan dia sekarang? Kau boleh buat tak tahu je kan? Aku fahamlah kalau kau nak berahsia daripada aku dengan Cross. Tapi pasal benda macam ni, aku sumpah tak okey kau buat macam ni dekat dia. Gamakkan kau curang dengan tunang kau, Miyu lepastu kau jumpa perempuan lain pula? Kau nak lamar perempuan lain pula?? "
DAMMM!!! Meja Naruse diketuk pecah seribu oleh Violet. Cross dibelakang ternganga luas! Bukan disebabkan meja hancur itu, tetapi apa yang baru disampaikan gadis berambut ungu tersebut!
" Cuba bawa bertenang, Vi. Kitaorang tak faham kau tetiba marah-mara—HUH??? Tunang Naruse adalah Miyuna lepastu Naruse berjumpa dengan perempuan lain?? Nacchan! S-Sejak bila kau jadi macam ni?? "
Dahi Naruse ditampar. Haih...Takkanlah nak explain satu-satu pula...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top