Chapter 10
" NARUSE...Kamu satu-satunya harapan bonda... "
Naruse terjaga daripada tidurnya. Badannya serta dahinya berpeluh-peluh walau kamarnya tidaklah panas. Tangan kanannya memegang kepalanya.
It was a dream afterall.
" Tolong tunaikan permintaan Bonda... "
Guess, I've no choice...
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
Banyak buku bersepah diatas lantai pejabatnya. Ini kali pertama pejabatnya seperti baru berlakunya taufan. Ada benda penting yang perlu cari. Cross dengan Violet? Mereka perlu menghadiri mesyuarat diantara pengiring dan pembantu-pembantu istana. Inilah masanya untuk dia mencari.
Dia pasti dia ada simpan benda tersebut dalam pejabatnya. Sejak kecil sehingga besar, memang dia sembunyikan didalam sini. Tidak mungkin ada yang menjumpainya kerana hanya dia, Cross dan orang tertentu sahaja dapat memasuki pejabatnya.
Kalau betullah...Aku kena buat juga...Telahnya sendirian sambil menyelongkar sesuatu dalam pejabatnya.
Puppp!!! Sesuatu tebal jatuh dihadapannya. Segera Naruse mendapatkan buku itu dan menyelak setiap halaman sehinggalah satu halaman berselitkan sehelai kertas.
Dia terkedu. Rose Elfreid. Itu nama yang dicari.
" Wasiat bonda... " kata Naruse lalu mengambil kertas itu.
Akhirnya...Jumpa juga. Berhabuk habis! Naruse meniup kesemua habuk-habuk dan kotoran itu pergi.
Dia agak berdebar mahu membukanya. Banyak benda bermain-main difikirannya sejak semalam. Lantas dia membuka.
Naruse terpempan besar.
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
Ini hari keempat Miyuna terlantar diatas katil biliknya. Setiap pagi dia akan diperiksa oleh tabib Adam. Nasib baik Miyuna tidak sakit teruk, cuma muntah-muntah dan pening kepala. Dia hanya berkurung didalam bilik. Makan minum dihantar kebilik!
Tidak pasti dia patut rasa bersyukur atau berasa bersalah kerana tidak layak dilayan sebegini...
" Hump... Bosannya...Harini cerah betul...Aku dah sihat tapi tak boleh keluar bilik... " rungut Miyuna entah kali keberapa pada hari itu.
Disebabkan kebosanan dia juga, maka lahirlah buku 1001 soalan. Semuanya soalan mengenai kekeliruan Miyuna tentang dunia pelik ini dan AH SEMUA BENDALAH!
Bila difikirkan balik, sudah 4 hari juga dia tidak bertemu Naruse sejak pertemuan diinfimari itu. Miyuna mahu menunggu masa saja untuk bertemu dengan Naruse untuk menyoal kesemua soalan ini.
" Aku tak benarkan kau berjumpa atau kenalkan diri kau dekat King. Jangan sesekali. Kau tak payah rasa bersalah kau duduk dekat istana tanpa menghadap King. "
Cuma...Kenapa dia tak bagi? Baron cakap King nak berjumpa dengan aku. Tapi kenapa mamat tu tak bagi? Miyuna tidak faham.
Tok tok tok!!!
" Coming! Aduh! " dari posisi meniarap ke berdiri, tetapi Miyuna terlanggar bucu meja pula. Violet sudah terpacul dipintu dengan sengihan.
" Morning, Miyu. Tabib Adam datang lagi tak? Nah, saya ada beli jajan sedikit dekat pasar tadi lepas habis mesyuarat. "
" Tak...Harini lambat pula tabib. Tabib ada cakap semalam yang court herbalist nak datang juga. Mungkin sebab itu dorang lambat. " jawab Miyuna lalu menggigit sate. Matanya terbeliak luas.
" Wahhh! Vi-san! Sedap gila sate ni! Awak serius la ni jajan pasar?? Daging apa ni sebenarnya?? " rasanya ini adalah kali pertama Miyuna makan dengan penuh berselera setelah hampir seminggu selepas kejadian jatuh ditasik.
" My goodness Miyu!!! Plastik itu makanan saya!! S-Sate awak makan tu...Daging manusia... "
Swooshh. Miyuna berhenti mengunyah. Dia sudah bersiap sedia untuk makan cucuk sate kedua. Sepertinya ada udara sejuk meniup dihadapan mukanya.
Diri sendiri...Keturunan...Dan spesies manusia...
Saya minta maaf saya termakan makhluk yang sama...
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
Tok!!! Tok!!! Tokkk!!!
" Rasanya tu doranglah. " Violet terus mendapatkan pintu lalu membukanya.
Seperti yang dijangkanya, kelihatan Cross, tabib Adam dan court herbalist.
Miyuna memanjangkan lehernya. Dia terkedu!
Biar betik?! Court herbalist yang hebat tu...Seorang budak??!
" Haiii Viii! Miyu! Korang dah makan belum? Saya ada bawakkan jajan dari pasar pagi lepas habis mesyuarat tadi! "
" T-Takpe! Kitaorang dah makan pun! " sudah dia nampak plastik sate daging ditangan Cross. A big nope!
Eh...Anak mata Miyuna mengerling plastik makanan dibawa Violet diatas meja. Ah, jadi mereka pergi berdua kepasar sama-sama tadi?
Berbunga-bunga pula Miyuna. Ouuuu jadiii hehehe jadiiiinyaaa hehehe.
" So, lady...Ada muntah-muntah lagi tak hari ni? Rasa mual? Sup sayur tadi dapat habiskan tak? " Adam memulakan sesi periksa hariannya. Dia mengeluarkan alat -perubatannya. Court herbalist pula masih meneliti laporan kesihatan milik Miyuna.
" Tak pun. Sup tadi pun makan habis. Sedap gila! Saya kan budak baik! " Miyuna tertawa. Nafsu makannya pun sudah kembali setelah seminggu.
Kecuali masa makan sate manusia tadi—
Ahli herba terunggul tadi berbisik sesuatu kepada Adam. Lelaki itu mengangguk dan mengeluarkan sesuatu dalam begnya.
Mata Violet melekat pada jarum yang dibawa keluar Adam. Terbeliak matanya!
" Eh! Jarum tu nak buat apa pula Adam? " Violet mula risau. Dia takut yang Adam mahu cucuk Miyuna untuk ambil darah ke apa. Habislah! Identiti manusia Miyuna!
" Lahai Vi...Kau ni. Nak cucuk la! Nak buat apa lagi? Kan diorang dah cakap nak ambil sampel darah hari ni takut lady dijangkiti kuman ke apa. Kau bukan tahu yang Silv tu buat apa. Dengan tasik tu kotor lagi. " leter Cross.
Violet menjeling tajam dan memberi pandangan;
' STUPID. PLEASE DO SOMETHING ' Habislah kalau Adam dapat sampel darah Miyuna! Mereka akan tahu yang dia tu manusia!!!
Cross? Dia masih tak faham-faham!!
Adam hanya bersetuju dengan kata-kata Cross sambil tersenyum tenang.
" Oh no. " bisik Violet sendirian.
Violet beralih pula pada Miyuna. Dia memberi isyarat ' HALANG ADAM. JANGAN CUCUK! JANGAN! JANGAN! '
" Sakit tak kena cucuk doktor? Saya dah lama tak kena cucuk ni rasa nervous sikit. " Miyuna menggigit kuku ketakutan melihat jarum tersebut.
Dia langsung tidak sedar dengan isyarat Violet! 2 x 5 macam Cross saja!
Violet menampar dahi. Ingatkan boleh harap Miyuna tadi, rupanya sama saja seperti Cross! Arghhhh!!!
Dummmm!!
Habis pintu klinik itu ditendang Naruse! Terpelanting entah kemana. Mereka semua terkaku melihat wajah bengis lelaki itu.
" Mana Miyuna?? " Naruse menanya soalan bodoh. Matanya meliar merata padahal Miyuna ada dihadapan matanya saja.
" Oi bongok. Aku ada depan mata kau ni. Buta? " jawab Miyuna.
" Hah! Meh ikut aku! Cepat! Kita ada urgent! " tangan Miyuna terus ditariknya! Bahasa istananya entah kemana.
" Eh?? Sekarang ke? Checkup belum habis! Eeee wey! " Miyuna menarik balik tangannya.
" CEPAT! " Naruse memikul Miyuna diatas bahunya seperti guni kentang.
" K-Kau buat apa ni??! Arghhh lepaskan aku!!!! " bergelut dibuatnya mereka berdua.
" Tuanku! Patik tak habis— " Adam tak sempat menghabiskan ayatnya.
Dummm!!!
Krik krik. Semua disitu terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.
" Adam...Saya nak dicucuk...Boleh ke...? " pertanyaan Cross membuatkan semua orang menampar dahi. Dan dia turut buntu. Apa itu salah dia? Dia tidak tahu.
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
" Ish...Kau ni dah kenapa?! Turunkan aku! " rambut putih lebat milik Naruse ditarik-tarik Miyuna. Geram!
Hari itu kata jangan sentuh dia la apa la...Sekarang tengok.
Siapa sentuh siapa sebenarnya ni?!
Entah Naruse mahu bawa dia pergi mana. Sekarang mereka berdua didalam hutan...Lagi!
" Aku dah kenapa? Kau tu yang dah kenapa. Adam nak cucuk kau. Nak ambil darah kau la lembap! Bila dia kaji darah kau nanti, he will find out that you human...And please stop pulling my damn precious hair, you monkey! " Naruse menggetap gigi.
" Yeah, I know! Tapi kau dah bagi ena kat aku. Lupa ke hah moron? "
Moron? DASAR!
" Memang ena tu digunakan untuk protect scent dan darah kau. Tapi...Kau tu pun kenalah pandai jaga diri juga! Jangan nak harap ena tu je! Hah? Moron! " balas Naruse.
" Aku pandailah jaga diri! Tapi kau tu yang suka menyibuk hal aku! "
" Serabut kau tahu tak tengok cara hidup kau ni? "
Miyuna menggetap bibir kegeraman. Dah serabut tu, tak payah la serabut sekali. Masalah aku masalah kau? Dahlah, malas nak bertekak.
Dia mengeluh lalu menongkat dagu dibahu Naruse sambil memandang langit dari belakang.
" Boleh tak turunkan aku? Kau buat macam aku ni takde kaki pula. " ujar Miyuna.
Terhenti langkah Naruse. Beberapa saat juga, dia terdiam.
" Hm okay. " dia terus menjatuhkan Miyuna diatas tanah dengan muka tidak bersalah.
Dush.
" Adoii!!! " adu gadis itu sambil mengusap-usap punggungnya. Dia menahan geram melihat muka sinis Naruse menghulurkan tangan.
" Ikut aku. "
" Nak pergi mana pulak? " Miyuna berlari. Gaunnya diangkat sedikit disebabkan labuh. Haih baru perasan, dia pakai selipar bilik saja. Patutlah sakit pijak batu hutan ni.
Tiba-tiba Naruse berpaling. Dia memandang pada cincin dijari manis gadis itu. Miyuna pun berhenti mengejut!
" Hei, kau pernah cakap kau dah bertunang kan? "
" Uh huh. Kenapa? " Miyuna menepuk-nepuk debu pada gaunnya. Tidak menyedari Naruse melangkah menghampirinya.
Huh? Miyuna pula makin berundur kebelakang sebab lelaki itu semakin merapatinya.
" O-Oi...Kau ni dah kenapa— " peluh mula merenik didahi Miyuna. Kenapa dengan dia ni?? Menakutkan!!!
Entah-entah dia cuba nak buat benda tak elok??? Dia nak kasi rasuah untuk halau aku??? Mungkin sebab tu dia bawa aku jauh dari istana???
" Arghh! " pekik Miyuna sambil berundur laju sebaik saja dia hampir terlentang dek terpijak batu.
Akhirnya belakang dia bersandar dengan pokok.
Alamak...Tolonglah!! Dia mula ketakutan. Matanya dipejam serapat-rapat mungkin sambil tangannya disilang didadanya.
" A-Aku janji aku behave dan belajar etika minggu depan macam k-kau nak Naruse jadi janganlah halau aku!!! A-Aku tak makan rasuah! Aku makan stik madu dipanggang je!!! ARGHH! "
BAMMM!!!
Pucat wajah Miyuna bila Naruse menahannya. Tangan lelaki itu menumbuk batang pokok ditepi pipi Miyuna! HIKKKK!!!
APA SALAH AKU???! Miyuna seperti mahu menangis!
" Bahaya betul. Lupa pula sekarang musim Anopheles. "
Selamba saja Naruse menumbuk semata seekor nyamuk tersebut. Nyamuk Anopheles ini sudahlah nyamuk paling bahaya. Sekali digigit, mesti bengkak besar bahagian digigit itu.
Piak! Dia menjentik nyamuk itu jauh-jauh. Matanya kembali tertancap pada Miyuna yang sedang terketar-ketar. Nyawanya seperti sedikit melayang. Ini dah kenapa?
" Dengar betul-betul apa yang aku nak cakap ni mungkin tak masuk akal bagi kau. Dengar betul-betul. "
Mata Naruse tenang tetapi serius seperti sediakala tetapi kali ini dia lebih serius. Gamaknya membuatkan Miyuna lebih gementar.
" Tujuan aku bawa kau sini, aku nak tunjuk sesuatu. "
Naruse melangkah kearah dimana Miyuna hanya mengekorinya. Terdapat satu tasik. Itu adalah tasik dimana mereka berjumpa buat kali pertama dahulu.
" Au nom du Restaurant Moonlight, s'il vous plait, montrez-nous l'avenir! "
Mantera asing dibaca Naruse. Miyuna hanya melihat gerak-geri Naruse yang duduk bertinggung ditepi tasik itu. Mata mereka bertaut serentak. Naruse menghulurkan tangan.
" Kau memang suka sentuh aku kan? " muka tidak puas hati Miyuna ditayang.
" Cepat. "
Sebelum aura gelap Naruse muncul lagi, Miyuna segera meraih huluran tersebut. Naruse merendamkan kedua tangan mereka. Beberapa ketika itu, satu cahaya terang terpancar sehinggakan Miyuna tidak dapat membuka matanya.
Aku—Dekat mana ni...? Aneh sekali semuanya putih dan tiada apa-apa. Kecuali suara dari belakangnya.
" Kenapa ibu suka paksa-paksa dan suka buat keputusan sendiri? "
Mengejutkan! Itu...Livio?!
" Kita dalam memori Livio Ackerman, fiance kau. Aku nak kau tengok dan hadam situasi betul-betul. Don't worry, dorang takkan nampak kita. " tiba-tiba sahaja Naruse disebelahnya.
Macam mana dia dapat tahu pasal Livio...? Apa dia nak tunjuk sebenarnya ni— Getus Miyuna lalu kembali melihat Livio dan ibunya dimeja makan dari jauh.
" I've to do this for our ancestor's sake, Livio. Kamu kena juga berkahwin dengan Miyuna walau macam mana sekalipun! Ibu nak kamu tinggal dekat Human World dekat sana! Kamu kena dekati Miyuna Hayashi! Kahwin dan wujudkan keluarga kamu sendiri! Then you could go back and live in Demon World. " tegas Lady Ackerman seperti biasa.
" Why...You're doing this to me...? "
" Miyuna is the senka. Demon's bride and prey. Dah tertulis dalam wasiat ini oleh moyang kamu ratusan tahun dahulu, akan lahirnya seorang wanita cantik berdarah bidadari dan demon namanya Lady Mirai F. Angelica. Dia berkahwin dengan seorang manusia yang bernama Hayashi. Dan anaknya itu— "
" —Adalah Miyuna Hayashi. "
" Please make us proud for once, Livio. To strengthen us in Demon World, we need senka and you to be together. "
Penjelasan ibu dan ayahnya membuatkan Livio sedikit terpana. Dadanya terasa berat. Tidak pasti datangnya dari sakit atau perkara yang disampaikan oleh ibu ayahnya ini.
" You will proud if I marry her? "
Hari ini adalah hari dijanjikan oleh Ackerman kepada anak tunggal mereka. Pasangan Ackerman merupakan saintis bijak di Demon World. Jadi bertahun lamanya mereka cuba mencari jalan untuk mewujudkan portal yang menghubungkan dunia demon ke dunia manusia.
Mereka tidak dapat menggunakan Black Hole atas sebab Black Hole adalah perangkap manusia untuk masuk kedalam Demon World. Ianya tidak berfungsi untuk demon keluar dari Demon World ke Human World.
Maka, Ackerman telah mewujudkan Infinity Void. Portal dimana keluarga mereka dapat keluar masuk daripada Demon World ke Human World. Ianya terletak jauh diatas gunung untuk mengelakkan pengetahuan kerajaan.
Livio, seorang pemuda yang bijak seperti ibu bapanya. Dia menjadi usahawan yang berjaya dalam masa yang singkat disebabkan rupa paras dan harta yang dimiliki. Dia sudah terbiasa hidup sebagai seorang manusia didunia asing itu.
Tetapi dia datang kedunia manusia ini bersama satu misi.
Klingg! Loceng berbunyi serentak itu menggamit perhatian semua pelanggan dikedai bunga itu termasuklah Livio. Seorang gadis berambut perang tersenyum girang melangkah masuk.
Jadi, dialah Miyuna Hayashi. Salah seorang warga Clarines. Seperti yang ibu katakan, dia dan pemilik kedai bunga ini sangat rapat. Semuanya disebabkan pemilik kedai bunga ini dan nenek Miyuna adalah rakan baik sejak kecil lagi.
" Haii makcikk! Ewahh, cantiknya harini! Nah, saya bawakkan bubur dengan kek untuk makcik. Saya buat sendiri tau kek tu! " Miyuna meletakkan sebakul rotan diatas kaunter. Bangga gila menunjuk karya keknya itu.
" Haih, rajin betullah nenek kamu dengan kamu masak macam-macam kasi makcik. Dahla cantik, rajin masak, pandai buat banyak benda. Kalau makcik ada anak lelaki, dah lama makcik pasangkan kamu berdua. Makcik boleh kasi bunga sajalah dekat kamu. " kata Tiara.
" Teeheee, makcik ni macam tahu-tahu saja saya nak bunga. Saya rasa saya tak payah ada boyfriend pun sebab boleh dapat bunga daripada makcik! Saya nak ambil bunga ini kasi Nagi juga sebab saya fikir nanti nak berhenti belajar. Saya nak teruskan berubat orang sakit macam nenek dulu dan fokus kerja rumah. "
Livio memasang telinga dirak bunga berhadapan Miyuna. Berhenti sekolah? Miyuna ini budak sekolah ke? Muda 8 tahun? Aduh. Not my taste betul.
Dia mahu keluar daripada kedai bunga itu, tetapi hampir terlanggar Miyuna yang kebetulan berjalan dihadapannya.
" Ah. " kedua-dua mereka bertaut mata buat seketika.
Matanya biru. Cantik seperti langit. Livio rasa seperti terpukau. Rambutnya yang perang dan beralun sehingga siku itu turut menjadi perhatian. Muda tetapi penampilannya sangat matang dan dewasa. Cantiknya itu sangat luar biasa.
" Oh, Noble Livio. Tuan nak bayar dah ke? " Tiara menyedarkan lamunan mereka berdua. Livio terus kekaunter. Manakala Miyuna pula kepintu keluar.
" Saya balik dulu okey makcik. Terima kasih bagi bunga ni. "
" Baik Miyu! Hati-hati jalan balik! " balas Tiara. Anak mata Livio pula mengekori kelibat Miyuna diluar kedai sehinggalah tiada.
" Um...Maaf...Saya nak tanya sesuatu...Esok, Cik Miyuna datang sini lagi? "
Hari berlalu hari. Musim berlalu musim. Hampir setiap hari dalam 6 bulan itu, pasti Livio akan pergi kekedai bunga itu semata-mata mahu mengintip Miyuna. Dia tidak pasti lagi dia mahu melakukan misinya atau—
" Tuan Livio macam dah dilamun cinta. " sergah Tiara.
Livio yang pura-pura membaca surat khabar itu membatu. Nampak ketara sangat ke datang kekedai ini setiap hari selama 6 bulan dan keluar sejurus Miyuna turut keluar? Rumah dia pun sudah bertukar taman bunga gara-gara setiap hari beli bunga!
" Saya tahu saya takde hak nak cakap ni, but go on. You two would be perfect together. Kalau lambat nanti diambil orang, tuan. "
Diambil orang...? Livio taknak. Misinya akan gagal.
" Pagiii makcikkk! Wahhh wanginya bau kedai ni! Nah, saya buat kek lagi harini! Tapi Nagi kacau saya, jadi oren yang tu hangus sikit. Bukan salah saya tau. Lepastu saya ada masak sup ayam jugak! " seperti biasa, rutin Miyuna adalah merasuah Tiara dengan makanan. Jadi dia boleh mengambil bunga.
Tiara tidak habis-habis memuji karya Miyuna. Kembang-kempis hidungnya. Matanya menangkap gerak-geri seseorang dihujung sudut kedai. Lalu dia pergi kearah itu dan menarik surat khabar itu kebawah.
" Eek! "
" ...Saya dah lama perhatikan tuan sebenarnya. Dan saya sedar tuan datang kedai bunga ni hari-hari. Sebenarnya tuan ni...Suka dekat makcik Tiara ke...? "
Tercekik air liur Tiara dan Livio dibuatnya! Miyuna pula masih terpinga-pinga.
" Lah...Bukan ke...? "
" Cik Miyuna...Saya selalu kesini bukan sebab Tiara-san...Tapi sebab awak. "
Membulat matanya apabila Livio sudah melutut dihadapannya. Lelaki itu membuka satu kotak kecil dan melafazkan suatu ayat.
" Will you marry me? "
" Wohooooo!!! " semua dikedai bunga itu bersorak. Siap main baling kelopak bunga lagi untuk menjayakan lamaran itu.
Malu dilamar? Ya. Tetapi mahu tahu apa lebih memalukan? Dia sedang memakai baju tidur dan belum mandi lagi!!!
" Saya...Kena fikirkan dulu...Kita tak kenal satu sama lain. "
Berbulan lamanya Livio menanti jawapan, akhirnya membuahkan hasil. Miyuna tidak pernah berada dalam mana-mana hubungan romantik, jadi membuat keputusan untuk soalan itu sangat sukar. Livio pula perlu bekerja keras untuk menambat hati gadis tersebut.
Dalam dia mahu menjayakan misinya, dia juga jatuh cinta pada gadis itu dengan sendirinya. Penantian dan usahanya akhirnya membuahkan hasil. Miyuna terima!
" A-Awak dah bertunang?! "
Flora Skywalker, seorang wanita anggun dengan gaya yang berkarisma. Elegan dan wanita berdikari, itu adalah tanggapan pertama tiap kali ada yang melihatnya buat kali pertama.
" Yeah, and we're going to marry soon. I think you should stop come here and go back to Demon World. I already send you letters about break up few last months. " Livio merehatkan dirinya disofa. Dia kepenatan bekerja.
" ...Awak janji nak berkahwin dengan saya, Livio...Did you just cheated on me...? Awak ingat saya datang jauh-jauh bukan semata dengar benda ni dari awak. "
" I'm sorry. I love her more right now. Sorry for leaving you behind. My parents decided this. " rasa bersalah Livio semakin menggunung melihat wanita yang selalu ceria dan kuat itu mula menangis.
" Flora...Look at me. " tangan wanita itu diraih dan digenggam. Livio mula berbolak-balik. Flora merupakan wanita pertama dicintainya. Selama 4 tahun mereka bersama, ini apa yang dia balas pada wanita itu?
Livio mengaku dia kejam. Sangat-sangat tidak berperikemanusiaan.
Mata biru nilam itu melihat Livio. Bibir pemuda tinggi itu mengukir senyuman tawar. Wajah sembap Flora diusapnya dengan ibu jari. Lembut dan hangat sekali sentuhannya sehingga menyebabkan air mata Flora jatuh sekali lagi.
" Beautiful. "
Tidak adil. Kenapa Livio mengatakan itu padanya sekarang?
Dia tahu keluarga Livio tidak sama sekali akan merestu hubungan mereka berdua, begitu juga dengan kerabat Flora. Status, itu alasan utama mereka tidak boleh bersama. Namun, Flora masih tidak bersedia untuk berhadapan dengan hari ini.
Hari dimana, Livio bakal dibawa jauh darinya. Dan tidak mungkin akan berjumpa semula.
" Livio... "
Tangannya memegang erat tangan lelaki tersebut. Sepertinya tidak mahu lepaskan selamanya.
" Will you...Hold me for the last time tonight, Livio...? The farewell one... "
Dari jauh, Miyuna melihat lambat laun dua tubuh itu berpelukan. Mati sekali pandangannya melihat tubuh, bibir dan seluruh lelaki yang didambakan itu disentuh perempuan lain selain dirinya.
Tangan dan seluruh tubuhnya menggeletar. Dia tiada kekuatan untuk berdiri lagi sehinggakan dia terjatuh.
Untuk siapa dia setia?
Sungguh dia fikirkan kehadiran Livio dalam hidupnya itu merupakan salah satu momen ditunggu. Seperti seorang putera yang jatuh cinta dengannya. Tiada dendam, tiada motif lain. Hanya cinta sejati.
Tetapi dia salah! Livio...Adalah demon yang memburunya...? Dan hanya mempergunakan dia untuk darah senka ini? Dan Livio mempunyai wanita lain tetapi masih menjalinkan hubungan dengannya?
" Miyuna! " Naruse menangkap bahunya. Air mata Miyuna sudah menitis laju dan semakin deras.
Sakit. Sakit! Rasa bersalah, marah, sedih bercampur-aduk. Miyuna tidak mampu mengungkapkan rasa sakitnya. Dia rasa dirinya dikhianati. Dia sangat-sangat sayangkan Livio dengan sepenuh hatinya!
Tubuh Naruse didakap erat-erat. Belakangnya diusap sedikit sebanyak menenangkan dirinya.
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
Crossing Field sememangnya dibanjiri orang ramai. Siapa lagi kalau bukan pasukan CSI, penyiasat, SWOT dan tentera yang dipanggil oleh Livio!
Sudah 2 hari berlaku operasi mencari Miyuna dan Nagisa yang hilang dari radar kota Clarines. Perkara ini dikhabarkan sehingga kekota berdekatan.
Dan sememangnya Livio mahu Miyuna ditemui disebabkan perkahwinan mereka bakal berlangsung 2 minggu lagi. Dia tidak tahu apa yang dia akan buat kalau apa-apa jadi pada tunang kesayangnnya itu.
" Tuan, Sir Ciel dari Perancis...Dia nak adakan rundingan fasal projek 2 bulan lepas... " ujar orang kanan Livio, Eugeo.
" Please cancel it for me. Saya memang tak nak projek tu. Kalau dia berdegil juga, cakap kat dia, saya tengah busy buat benda penting ni. "
" Tapi...Projek besar ni... "
" Awak tak nampak ke saya tengah cari tunang saya hilang ni, Eugeo? Awak tak nampak? " Livio hilang sabar.
Eugeo hanya mampu menunduk. Lantas dia beredar. Livio pula pergi mendapatkan Jeneral Aiden didalam hutan gelap tersebut.
" Tak jumpa lagi ke Jeneral? " soal Livio sudah keletihan.
" Deepest apologies young master...Memang kami dah sedaya-upaya buat yang terbaik...Tapi pihak penyiasat buat andai yang berkemungkinan, Cik Miyuna dibaham sesuatu. Same goes to Miss Nagisa...Kalau betul andaian kami, kami hanya perlu cari mayat— "
" TAK!!! CUCU-CUCU AKU TAK MATI LAGI!! KAMU JANGAN BERANI CAKAP YANG MEREKA DAH MATI!!!!! " pekik Futaba dari belakang. Dia terus melulu kearah Jeneral Aiden terjerit-jerit.
" Nenek!! " Livio lebih pantas menghalang Futaba daripada menyerang Jeneral Aiden. Habis Livio pula yang dipukul-pukulnya!
" CUCU-CUCU AKU TAK MATI LAGI!!! MEREKA TAK BOLEH MATI!!!! TAK!!!!! MEREKA TAK MATI LAGI!!!!! " racau Futaba dengan suara keras. Air matanya bercucuran laju.
Livio memberi isyarat agar Jeneral Aiden beredar segera. Lelaki itu memahami lalu akur.
" Nenek... " panggil Livio dengan lembut sekali.
Futaba merintih perlahan. Dia jatuh diatas dua kakinya.
" Miyuna...Nagisa...Cucu-cucu kesayangan nenek...Apa nenek nak buat sekarang... "
" Nenek...Miyuna dan Nagisa tak mati lagi...Diorang cuma buat andaian saja...Tapi saya yakin mereka berdua tak mati lagi...Nek janganlah begini. Kuatkan semangat! "
Futaba menghembuskan nafasnya. Dia mengeluarkan loket dimana ada gambar 2 buah keluarga bahagia. Dia merintih sendirian.
" Encik Hayashi...Puan Hayashi...Nek minta maaf...Nek tak dapat tunaikan harapan kamu...Anak gadis kamu yang cantik...Dia dah mati...Itou...Nanami...Nagisa dah takde... "
Perasaan serba salah menyelubungi diri Livio. Gambar dalam loket itu dikerling Livio. Seketika kemudian dia melihat buat kali kedua!
Eh...?
" Nek...Itu keluarga Miyuna...? Boleh saya tengok sekejap? "
Futaba menghulurkan gambar dalam loket itu. Livio menerimanya lalu menatapinya.
Seorang lelaki kacak berpakaian tentera. Disebelahnya seorang wanita cantik mendukung seorang bayi. Wajahnya memang mirip Miyuna. Dan diantara mereka berdua, ada seorang lelaki yang tersengih lebar. Keluarga bahagia dipendekkan.
" Kalau kamu tengok...Muka Miyu itu sama dengan mak dia kan...? Perangai pun nak sama...Yang si abang tu pula mirip ayah diorang...Tapi kedua-dua mereka gugur dalam peperangan...Masa tu, mak Miyu diburu orang ramai dalam satu kerajaan. Disebabkan dia takut apa-apa terjadi kat Miyu, dia bagi amanat agar nenek dapat besarkan anak dia dengan baik...T-Tapi sekarang... " esak Futaba.
Livio terdiam lama mendengar sejarah silam Miyuna. Dan baru dia sedar betapa dia banyak tak tahu tentang tunangnya itu.
Tapi...Matanya kembali menatap gambar keluarga itu. Atau lebih tepat sekali fokus kepada ibu Miyuna.
Jadi...Inilah Lady diburu itu...?
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
Tok Tok Tokk!!!
Grey si pembantu rumah membuka pintu. Alangkah terkejut badaknya dia apabila melihat Tuan Mudanya yang balik!!!
" T-Tuan!! Apa hal tuan balik Demon World tiba-tiba!??! Kenapa tak contact saya dulu?? " Grey membontoti Livio yang terkocoh-kocoh masuk kedalam rumah agam.
" Ayah dengan ibu saya kat mana? " Livio menyoal. Mukanya sangat serius.
" Err...Diorang dalam pejabat... "
Terus dia kepejabat. Ternyata ada pasangan Ackerman disitu. Kedua-dua mereka terpempan melihat anak mereka disitu.
" Livio? Jauh kamu kemari. Kami tengah cakap pasal kamu ni. " Ayahnya menyapa.
" About me or Miyuna? " tebak Livio tepat.
" Ibu dengar Miyuna hilang tanpa kesan dekat sana. Macam mana boleh jadi macam tu? Kamu tak kawal dia betul-betul kan? "
" Ibu, saya busy dengan kerja la. Takkanlah saya nak ikat dia kat tiang? Dunia manusia dengan dunia demon tak sama la. "
" Kerja? Kerja apa pula kamu ni?! Demon apa pergi kerja kat dunia manusia?! Kamu nak jadi kuli diorang ke?! Kami hantar kamu kat Human World sebab nak suruh kamu kahwin dengan Miyuna saja! " marah ayahnya.
Ni lah identiti sebenar Livio Ackerman. Seorang demon yang mempunyai ikatan tunang bersama seorang manusia.
" Saya tahulah. Tapi saya nak kahwin tu takkanlah takde duit? Nak bagi Miyuna makan apa? Pasir? Saya pun ada cita-cita juga. Saya nak buat bisnes! Sekarang saya dah jadi orang berjaya kat Human World! Kenapa mak ayah nak halang impian sa— " PANGGG!!!
Satu tamparan dihadiahkan pada anaknya kerana bersuara tinggi. Livio tersungkur melanggar meja. Sakit dan perit usah katakanlah.
" Honey, stop! "
" Tak ada apa lagi yang lebih berharga daripada tunang kamu tu!!! Kita dah kehilangan senka kamu tahu tak???! " ayahnya terus beredar. Kepalanya terasa panas.
Livio bersandar pada dada meja pejabat ayahnya. Pedih pada pipinya mula berasa. Hape? Kau ingat demon tua kalau tampar tak sakit ke? Bergegar otak sia!
" Sayang...Ayah kamu tu sehari dua berangin semacam...Doktor pun kata dia dah tak lama...Kamu pun ikut la kata kata dia ya? Cari Miyuna sampai jumpa kalaupun dia tetap mati, kamu kena tetap bersama dengan dia. " ibunya mengusap pipi anaknya yang panas.
Entah kenapalah mak ayahnya suka paksa dia buat sesuatu. Tanpa rela pula tu. Jauh-jauh dia datang dari Human World ke Demon World semata mata untuk ditampar ayahnya saja? Nasib nasib...
" ARGHHHH!!! " Livio menjerit sekuat hati. Dia sayangkan Miyuna sangat-sangat. Bukan disebabkan senka, tetapi disebabkan dia adalah Miyuna.
Miyuna merupakan cinta pertamanya!
Dia cuba menjadi pasangan yang terbaik walaupun dia sibuk. Dia cuba mencari masa. Tetapi apa yang dia perlu kejarkan, adalah untuk memuaskan hati ibu dan ayahnya yang gilakan kuasa. Mereka mahu anak mereka ini demon terkuat didunia.
Dari kecil, dia hanyalah anak yang malang. Walau berusaha macam mana sekalipun, pasti ibu dan ayahnya tidak nampak. Malah mereka menghinanya lagi. Dia sudah cuba yang terbaik. Bukan ke ibu dan ayah patut memberi semangat kepada anak-anaknya...?
" You're doing good job today, Livio! Saya nampak awak bentangkan kertas kerja tadi! Kagum betul saya! Heheheeh~ "
Tetapi hadirnya Miyuna dalam hidupnya. Itu adalah kali pertama hatinya tersentuh. Jujur dia mahu menangis setiap kali mendengar ayat itu. Sepertinya usahanya berbaloi. Sepertinya dia bermakna meneruskan hidup dalam dunia ni.
" Do this and you'll make us proud. "
Dia mahu membanggakan ibu ayahnya. Tetapi dia tidak mahu menggunakan Miyuna sebagai objek. Dia sayangkan wanita itu sangat-sangat. Livio menitiskan air matanya sejurus imej senyuman dan tawa Miyuna.
Dia memilih untuk menjadi anak kebanggaan.
" Ibu...Saya tak rasa Miyuna mati lagi...Cuma saya tak tahu dia kat mana sekarang... " Livio bersuara lemah. Dada kirinya dicengkam.
" I still can feel her heartbeats in mine... "
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top