Chapter 1
DISATU abad ke-15, terdapat satu pekan kecil bernama Clarines Kingdom. Kota yang aman dan sejahtera.
Begitu jugalah kehidupan harian ceria didalam sebuah rumah kecil berbatakan bata merah seragam dengan susunan bunga dilisting jendela. Kediaman itu dikenali dengan nama Kediaman Futaba.
Tok Tok Tok!
Tiga kali ketukan dipintu bilik Miyuna sudah cukup untuk menembak itu neneknya, seorang Futaba.
" Miyu, cepatlah! Livio dah sampai! Dia tunggu kamu lama dah ni! " suara Futaba kedengaran menggesa cucunya disebalik pintu bilik itu.
What??! Cepatnya dia sampai! Makin cepatlah dia menyikat rambut yang kusut! Inilah padahnya terbangun lewat.
Aku kena nampak perfect depan Livio! Aku! Kena! Nampak! Sempurna!
Hai semua. Aku, Miyuna Hayashi. Tahun ini sudah genap aku berumur 20 tahun. Dan hari ni...Adalah hari penting buat aku!
Nak tahu kenapa? HE HE HE! Aku akan pergi bertemu janji dengan tunang kesayangan aku! Ehem, tunang aku seorang yang sibuk, jadi faham-faham la masa kami berdua luangkan bersama...Uh...Tiada...
Ehem, bukan tiada! Tapi sekejap! Aku bukanlah sadis sangat. Apa-apa pun, harap-harap harini ini akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan!
Sudah menghampiri tarikh genap dua tahun kami bertunang. Kira-kira dalam dua minggu lagi kami akan berkahwin? Begitulah rasanya.
Daripada bergelar seorang pelajar sampailah penganggur berjaya begini. Tapi takpe! Tak lama lagi aku akan bergelar isteri dalam masa terdekat! Siapa tak bahagia wehhh?!
" MIYUNA!!! " suara neneknya menyetir dari tingkat bawah. Mahu kelam-kabut gadis berambut pirang itu!
" Kejap-kejap! Miyu dah nak siap ni nek! "
Rambut separas sikunya tersangkut pada sikat. Oleh kerana mahu cepat, dia mengguna jari-jemari runcingnya berfungsi sebagai sikat.
" Ini budak kenapa tak keluar lagi ni!?! Miyuna Hayashi! Kamu turun sekarang! "
" Ya ya! Nak keluar la ni, nek! Arghhhh!!! Aduhh rambut tersangkut la pulaakkk! "
Ishh dah bersimpul ni!!! Habis la...Rambut aku! Botak kang, Livio lari pula cari calon isteri lain!
Cari lain? TAKNAKKK!
" Wey perempuan! Baik kau keluar sekarang sebelum nek jadi mak gorilla, godzilla semua. Aku suruh kau mandi awal taknak. Boleh pula kau lupa harini kau ada date. "
Nagisa tidak ketinggalan menggesanya. Usahanya mengetuk-ngetuk merobohkan sebuah pintu bilik tidur itu makin mengabutkan gadis didalamnya.
" Arghhhhh! " jerit Miyuna sambil menarik sikat yang bersimpul dengan rambutnya yang panjang.
Akhirnya usahanya selama 4 minit membuahkan hasil! Terus dia segera berlari ke pintu depan rumahnya. Malangnya dia terlanggar pintu biliknya pulak!
Gedebuukkk!
" Makngau! " latah Nagisa yang mukanya bercium dengan muka pintu. Sakit? Memang!
" Wehhh! Sorry pintu! Aku dah lewat nak dating ni! Okey, chau! " pohon ampun Miyuna kepada pintu itu.
Ha yelah Miyu. Pintu tu yang sakit, aku tak. Getus Nagisa dengan muka pasrah.
Entah dimana silapnya, langkahnya hampir tergelincir pula dianak tangga ketiga. Semesta masih sayangkan Miyuna, cuma jantungnya yang tidak aman.
" Hati-hatilah awak. " Livio, dibawah sudah siap-siap menadah kedua tangan mahu menyambutnya.
Miyuna pamer sengih kambingnya. Futaba dan Nagisa redha. Masakan sudah lali dengan perangai Miyuna yang satu itu selama 20 tahun.
Kaki itu menderap satu per satu anak tangga dengan laju. Tidak serik kejadian tadi, matanya terpaku pada figura seorang pemuda berdiri tegak memakai suit hitam. Rambut hitam pekat disisirkan kebelakang dengan rapi menampakkan dahi licin tanpa sebarang jerawat dan cacat cela. Bonus berbau kologne safron hitam? Itu kelemahan Miyuna.
Aiguu hensemnya awucks. Bakal suami siapalah ni? Hehehe!
" Weh Livio. Kalau kau bau masam-masam funky tu, kau pasrah jelah ek? Fiance kau ni mandi 3 saat je dengan berlumpurnya tadi main arnab dekat kandang Russell sana. Maklumlah fiance kau ni tarzan. "
Bidasan Nagisa bagai batu besar menghempap kekepala Miyuna. Dijelingnya wanita yang memeluk tubuh dilengan tangan, sedang tersenyum nakalnya mengenanya.
Dasar pembuka aib. Kau tunggulah bila kau dah ada boyfriend nanti.
Pantas saja lengan Nagisa dicubit Futaba. Mengaduh sakit wanita itu. Ha, siapa suruh tak behave lagi?
" Minta maaf la Livio. Si Miyu ni bersiap lama. "
" Eh takde apa la nek. Biasalah orang perempuan. Saya faham. " senyuman daripada pemuda itu bagai membunga-bunga rumah suram itu.
Ahhh hensem betul tunang aku gais! Makin menggedik Miyuna kelelaki tersebut.
" Sorry lah saya terlewat! Dah lama ke awak tunggu? " sampuk Miyuna lalu memakai kasut tinggi setinggi 2 cm. Dia agak tergopoh sana sini.
" Tak lama pun. Berbaloi juga saya tunggu awak...Dapat juga tengok fiance saya yang comel ni pun...Dah okey. " balas Livio, mengukirkan senyuman.
COMEL???
Miyuna pula tersengih-sengih macam kerang busuk dipuji sebegitu. Bidang dada milik tunangnya itu ditampar manja.
" Eee awak nii. "
Nagisa dibelakang mencebik. Meluat! Bilalah dorang berdua ni nak berambus cepat? Kaki rasa ringan mahu menendang dua-dua masuk lumpur.
" Nek, Miyu pergi dulu ya. Jangan rindu pulak. " usai memakai sepatu, dia mencium-cium pipi kiri dan kanan neneknya.
" Woi! Dating pun jangan lupa masuk kerja esok perempuan! " Nagisa sengaja mengingatkan.
" Hah, yelah tak laku. Kau lak jangan asyik peram dalam bilik study sampai mampus. Pergilah bersosial juga, perempuan. " dengusnya seraya memukul bahu Nagisa yang tertawa mengekek.
" Hai-hai, nak gaduh lagi? Jaga adab sikit kamu berdua ni. Asyik panggil pompuan-pompuan ni, cuba panggil nama! " api disekeliling Futaba mula membara. Sebelum neneknya melepaskan tumbukan padu, Miyuna terus memasuki kereta kuda milik Livio.
" Kami pergi dulu ya nek. " pinta Livio dengan sopan.
" Ya ya...Kamu pergilah berseronok. Livio, nek berharap pada kamu lah ya nak. Jaga cucu nek elok-elok. "
Livio mengangguk faham. Dia menunduk hormat sebelum beredar.
Piakkk! Satu tamparan sedas melekat dibelakang Nagisa sehingga satu jeritan nyaring terlepas dari bibir gadis itu.
" Jaga adab sikit lain kali! Kawan kamu tu dah nak kahwin tak lama lagi ha, Nagi. Cubalah tabur benda-benda murni saja depan Livio tu. Karang lari pula dia tahu perangai Miyu macam tu. "
Berdekah Nagisa dibuatnya. Bermakna, memang buruk betul perangai perempuan itu sampaikan nenek betul-betul perangkap perangai tidak semengahnya.
" Aloo...nek, kami melawak saja. Ni la cara kami bermesra dan menunjukkan kasih sayang...Hehe...Dalam perkahwinan kan nek, pasangan kena jujur dan menunjukkan perangai sebenar. Mana boleh hipokrit-hipokrit! Ala kalau Livio tak nak si Miyu tu, dia boleh tolong ambil alih Nagi ambil exam hehe. Dia kan top student. " terus saja Nagisa berlari naik keatas biliknya.
" Nagisa Itou!!! Kamu memang nak kena ke?! Jangan cakap benda bukan-bukan!! Aduh...Penat nek...Heshtek nek tabah sikit. " Futaba duduk diatas kerusi. Letih kalah menjaga sekumpulan beruk gamaknya.
Sebingkai gambar terletak diatas meja dipandangnya. Ada gambar Nagisa, Miyuna dan dirinya 10 tahun lepas sewaktu dua kanak tu berusia 10 tahun.
Futaba, hanyalah penjaga orang asing yang mengambil dua anak yatim itu sebagai cucu angkatnya disebabkan hanya tinggal dia keseorangan berpindah kekota besar Clarines itu.
Kedua-dua mereka ditinggalkan kerana nasib yang sama. Takdir peperangan tercetus beberapa puluhan tahun lepas disebabkan pengkhianatan dan penipuan sesama kerabat diraja, pelarian berlari tanpa hala tuju demi mengelakkan diri daripada terkorban ditanah itu.
Tidak ketinggalan ibu bapa Nagisa dan Miyuna yang tergolong dalam kelompok pelarian itu juga.
Kedua-dua pasangan itu meninggalkan bayi mereka kepadanya dengan harapan dapat membesarkan kedua-dua gadis ini dengan baik. Dengan berstatus penetap tetap dan mempunyai kuasa disitu, Futaba menjalankan amanahnya dengan baik. Takdir membawa 2 bidadari kecil itu menyinari hidup sunyi dan kelamnya.
Masa berlayar dengan pantas sehingga dia tidak sedar dimana kedua-dua mereka sudah besar panjang. Bahkan, tidak sedar juga dua gadis itu lebih tinggi dan bertenaga darinya yang sudah kedut seribu. Dia juga kian menua. Nagisa bakal memasuki akademi tinggi, manakala Miyuna pula bakal bergelar isteri orang. Pejam celik, pejam celik, mereka berdua tetap merupakan dua bayi comel dimatanya.
Suatu hari nanti mereka berdua bakal berjauhan dengan dia bukan?
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
Nagisa berada didalam biliknya. Duduk dibirai katil kemudian berbaring. Mengeluh. Ini bukan kali pertama dia berasa sunyi apabila melihat pasangan berbahagia.
Saat perayaan atau dia kepekan, pastinya ada pasangan muda sebayanya berjalan bersama-sama. Walhal dia pula? Bertungkus-lumus belajar untuk lulus peperiksaan. Senang mendapat kerja nanti. Dia tidak mahu menjadi bebanan neknya selamanya.
Tapi...Tipulah kalau dia tidak berasa sunyi...
" Ahhh! Nak pakwe jugak!!! Nak pakwe nak pakwe!!! Aku dah give up belajar ni! Nek ni tak habis-habis lepaskan si perempuan tu! Aku pula kena study je memanjang! AGHH ME WHEN?? "
Penat berguling-guling dan menumbuk plushie katak, arnab dan semua haiwan dizoo yang tidak bersalah itu, Nagisa mengeluh buat kali kedua seraya merenung alang biliknya tanpa perasaan.
Lagi dua minggu...Miyu akan keluar dari rumah ini bukan...? Dia bukan lagi gadis bujang macam aku.
Ha...Ingat pula zaman kecil dulu. Dia yang dahulu sukanya bermain seorang diri dibelakang rumah. Bezanya dia dengan Miyuna adalah, dia lebih gemar bermain dikawasan atau berdekatan rumah sahaja berbanding temannya yang lebih bersosial dengan kanak-kanak lain. Lebih lasak dan mencabar.
Tetapi walaupun mereka kontra...Miyuna merupakan satu-satunya rakan sehidup sematinya.
10 tahun lepas.
" Cepat Anna! Kita ada ramai pelanggan ni! Cepat masak nanti pelanggan lari! "
Nagisa bermain masak-masak menggunakan bunga sweet pea neneknya. Anna dan Roy alias anak patung kataknya itu hanya kaku. Tetapi bagi Nagisa, dia sedang berperang didalam restoran lima bintang miliknyasekarang!
Ini kali pertama dia bermain dipadang luas yang agak berjauhan dari rumah. Kisahnya, Futaba ada hal yang harus diselesaikan didaerah lain bersama kawannya. Memandangkan mereka berdua berasa sunyi dirumah, Miyuna mengajak Nagisa keluar untuk bermain petang. Sudah rutin harian Miyuna begitu dan dia tidak mahu Nagisa keseorangan.
Masalahnya, Nagisa tidak tahu bersosial. Jadi dia memutuskan untuk bermain sendirian dan menolak pelawaan bermain sorok-sorok oleh Miyuna dan rakan-rakan. Dia lebih sukakan sendirian.
Nampak menyedihkan, tetapi Nagisa selesa begitu. Hanya dia dan anak-anak patungnya. Pendek cerita, seorang diri itu lebih nyaman baginya.
Dia mengangkat wajah tatkala berasa mendung dan gelap secara tiba tiba. Hujan ke?
Sangkaannya salah. Bayang yang meneduh terik itu bukan asal dari mendung, tetapi dari bayangan payung.
" Boleh saya order makanan juga? "
Dup. Ianya merupakan kali pertama Nagisa bercakap dan bertentangan dengan orang luar selain Miyuna dan nenek. Ianya seorang pakcik. Berkumis nipis dan mempunyai kedutan dimuka. Tidak dikenali dan nampak menakutkan.
Penculik...? Pembunuh...? Pedofilia? Mana satu? Rata-rata itu adalah penjenayah utama yang berkeliaran dikota ini. Macam-macam berita jenayah terlintas dikepalanya. Ya, dia seorang yang cepat bersangka buruk. Nagisa mula berasa tidak sedap hati. Dia menggigil.
" Raven! Janganlah pergi merata-rata! Penat cari tau! " satu suara menerjah dari belakang bikin Nagisa hampir menjerit ketakutan.
" T-Tuanku! Saya cuma nak bermain sekali sebab saya nampak dia keseorangan. "
Panggilan itu menyebabkan Nagisa turut berpusing. Seorang budak lelaki menghampiri mereka. Kira-kira umurnya sedikit tua dari dia dari segi ketinggian. Mungkin tua dalam 3-4 tahun?
Tapi...Tuanku...?
" Dah kenapa awak jadi manusia pula ni? Rupa awak tu dahla macam pakcik miang! Beta pun takut! Hesy tukarlah balik ke benda elok! Buruk betul! " marah budak dengan status Tuanku tersebut. Pembantu peribadinya hanya menunduk maaf.
Poof! Sekelip mata saja lelaki tinggi tadi bertukar menjadi seekor...Goblin?!
" H-HIKKKK! " Nagisa seperti mahu menangis! Dia sudah jatuh terduduk lalu mengundur belakang! A-A-Apa jenis makhluk berada didepan dia ni?? Syaitan???
" Astaga Raven, awak ni tak dengar ke apa Beta cakap? Tukar benda sedar dipandang sikitlah! "
" Baik Tuanku. "
Poof! Dia bertukar menjadi seekor katak lumpur. Raven menatap pandangan horror diberikan oleh kanak lelaki tersebut. Semestinya kanak itu tidak sukakannya.
" ...Raven... "
Belum sempat kanak itu menghamburkan omelannya, satu suara kecil girang menyapa telinganya. Lantas mata itu berpaling kekanak sebayanya. Bagaikan terpaku kanak lelaki itu memandang mata emerald bundar bersinar-sinar.
" ...C-Comelnya! "
Comel? Katak lumpur nazak lagikan buncit ni comel ke?
" Boleh saya pegang ke? "
" Err...Boleh boleh. Silakan. " lelaki itu tersenyum. Aneh betul. Bahkan dirinya geli dengan makhluk berlendir itu, tetapi gadis ini?
" Hei... "
Nagisa menoleh. Tidak sedar bahawa pemuda itu duduk bertinggung dihadapannya. Mengukir senyuman paling manis pernah Nagisa nampak.
" Apa nama awak? "
Satu ayat yang mengubah kehidupan sendirian Nagisa selama ini. Dia tidak selalunya sendirian kerana dia mempunyai Miyuna dan nenek tetapi ada satu lubang dalam hatinya yang mempunyai kesunyian.
Sejak itu, dia, lelaki itu serta Raven selalu berjumpa. Mereka selalu menemani Nagisa bermain anak patung, rumah rumah, piknik dan teh panas. Setiap hari dia akan menunggu pada masa dan ditempat yang sama.
Sampai suatu masa dimana dia sudah menumbuh dewasa, mereka berdua menghilang dan tidak pernah muncul sehingga sekarang. Sepertinya lelaki itu mungkin melupakan memori mereka bersama, seperti padang bunga berganti bunga baru. Tanpa sebab dan kata-kata.
Apa itu mungkin rakan imaginasi dia seperti Miyuna dan nenek cakapkan? Mungkin betul...? Sakit tetapi entah kenapa Nagisa masih lagi menunggu kemunculannya.
Apa yang ditinggalnya, hanyalah cincin jerami berbentuk daun klover empat kelopak. Hanya Nagisa dan sang dia tahu kisah mereka berdua.
" Muat pun. " ujar Nagisa dan tersenyum sendirian.
Sudah hampir 10 tahun dia menyimpan tersebut. Kelakar pula bila cincin itu muat-muat dengannya. Mungkin anggaran yang tepat untuk dia berkahwin.
" Hmph! Mungkin ni sebabnya aku single?? Tunggu seseorang yang takkan muncul lagi dalam hidup aku dan aku still complaint pasal jadi single??? " dia melemparkan dirinya keatas katil.
Leflael Alcazaren. Leflael Alcazaren. Setiap hari, pasti berulang kali Nagisa menyebutnya agar dia tidak lupa nama pemuda itu. Dia sudah 20 tahun manakala Leflael kira-kira dalam 25 atau 26 tahun...
" Nanti kita main sama-sama lagi okey, Nagi? "
Sakit. Entah kenapa dia masih berharap walaupun sudah terang-terangan 10 tahun berlalu.
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
Alaistar Kingdom, ibu negara bagi dunia asing daripada dunia manusia. Dimana ia terletak dibawah 7 lapisan bumi.
Ianya Demon World. Dunia bagi segala syaitan dan roh tinggal sejak ribuan tahun lepas. Pada pagi itu, istana Alaistar agak hening dan sejuk daripada biasa.
Bunyi jam berdetik dalam ruang pejabat milik sang Raja. Hanya mata putera sulung bernama Evan yang duduk tidak diam dari tadi. Aneh sekali, jarang mereka 3 beranak berkumpul seperti ini.
" Ada apa Tuanku panggil kami berdua ni...? "
Dagu King Edmund ditompang. Kedua-dua wajah puteranya ditatap satu per satu. Muka seriusnya berubah keberbunga-bunga.
" Dah besar ya kamu berdua ni? "
" Taklah, makin kecil. " serentak mereka berdua membalas dengan mendatar.
Kedua-dua kening King Edmund terjengket bersamaan dengan senyuman sinisnya. Bagi kedua-dua puteranya, senyuman daripada Ayahanda mereka tersembunyi 1001 muslihat. Petanda awal untuk mereka berdua awas.
" Perjumpaan kali ini sebagai ayah dan anak. Bukan Raja dan Putera. Setakat ini faham? "
Dipandang sang anak sulung, Evan yang kelihatan berdebar dan tidak sabar. Bersebelahannya, duduknya sang adik bernama Naruse yang kontra sekali dengannya. Tiada ekspresi, tidak gugup atau lebih jelas sekali tidak berminat gamaknya bertemu dengan Sang Raja.
" ...Untuk penurunan takhta selepas ini, Ayahanda akan turunkan pada putera kedua. "
Putera...Kedua? Dua pasang mata itu tepat memandang putera berkenaan atau namanya Naruse yang kekal dengan wajah tenang.
" Kenapa putera kedua sedangkan ada Putera Mahkota? Ayahanda cuba-cuba melanggar bendul dan adat Alaistar? "
" Kanda. " tegur Naruse agar abangnya itu tidak terburu-buru mengikut emosi.
" Boleh tebak kenapa Ayahanda tiba-tiba bertukar angin? Hm, Evan? "
" Sebab Ayahanda lebih sayangkan Naruse? "
Kening berwarna kelabu uban itu dijengket. Evan bersuara lagi.
" Ayahanda. Tak rasa macam selfish sangat ke? Ayahanda panggil kami berdua tapi lebihkan putera kedua macam tak wujud pula Putera Mahkota? "
Makin tinggi suara, makin emosi pula seorang Evan. King Edmund tersenyum garis. Dia sudah menjangkakan yang ayat-ayat itu.
" Bukan sebab sayang dan lebihkan siapa. Tapi lebih kepada siapa yang layak— "
" Kenapa Naruse layak pula? Anakanda...Tak faham la! I'm the eldest son and I'm The real Crown Prince. Not him! "
" Kanda. "
" Look, Naruse baru 22 tahun. Tak matang lagi. Dah la tu, asyik menerewang sana sini macam takde tempat tinggal. Langsung tak boleh jaga diri sendiri! Ayahanda tahu yang dia selalu curi-curi keluar dari istana? Tak kan? Penipu macam tu ke bakal pemimpin? Macam mana la Ayahanda boleh terfikir nak turunkan takhta dekat dia?? Nonsense! "
Separuh muka Naruse diraup dengan telapak tangan kanannya buat beberapa tika. Gamaknya segala kerja diam-diamnya diketahui abang dan sekarang Ayahandanya pula.
King Edmund mengurut uraian janggutnya berwarna putih. Dia mendengar setiap satu bicara pemuda tersebut. Mereka saling bertikam mata.
" Ayahanda. Anakanda... " dipotong pula awal penjelasan Naruse dengan sang Raja.
" ...Ya, dia baru 22 tahun dan kamu 30 tahun. Nyatanya kamu lebih tua daripada dia. Tapi umur kamu tak menunjukkan kamu layak memikul tanggungjawab tu but he does. Dan dia memang ada ciri-ciri pemimpin Alaistar. "
" ...Macam? "
" Royalist Arena. Dia berjaya menjadi juara 6 kali berturut-turut sepanjang 6 semester di Akademiya. 3 tahun lepas, dia mencadangkan teknologi Holo-34 jadi orang tidak perlu surat-menyurat lagi. Siapa lagi yang tolong wakilkan Ayahanda membentangkan laporan bulan lepas kalau bukan Naruse? And he did better than me. Dan siapa yang sentiasa hantar laporan tepat pada masanya? Tak payah tengok jauh-jauh, tadi siapa datang awal? "
Lama-lama tumbuh juga cendawan ditelinga Evan mendengar sanjungan melangit kepada adiknya ini.
" Kamu? Sudahlah asyik berparti sana sini, perempuan keliling pinggang. Kerja? Tak payah dibawa cerita kesini. Macam tu ke pemimpin Demon World? "
Dushh!!! Gedebuk sekali King Edmund menyentapkan hati Evan sehingga terdiam seribu bahasa! Keheningan beberapa tika itu diambil Naruse untuk bersuara.
" I object. "
Sang Raja menarik nafas dalam-dalam.
" Ayahanda sudah agak dengan jawapan kamu berdua, tapi Ayahanda sudah fikir masak-masak. Oleh sebab mahukan keadilan disamping memberi satu lagi peluang terakhir untuk Evan, kamu berdua perlu bawa seorang perempuan untuk dikahwini. Automatik, Ayahanda akan turunkan takhta ini. Malah, akan dinaikkan pangkat menjadi Duke of Demon World. "
" D-Duke?! " Evan ternganga luas dengan tawaran itu! Duke? Pangkat paling tertinggi sekali dalam Demon World!
" Siapa kahwin dulu, dia la dapat takhta. Siapa tak, nasib lah. Ayahanda calonkan nama Naruse because he's more realiable than you. Muhasabah sikit. Ni kiranya peluang terakhir kamu! Bring a woman to marry or you will not get my throne! Sedar diri sikit! Ayahanda harap Ayahanda tidak perlu lagi tebalkan muka dan dengar cerita kamu buntingkan mana-mana puteri dari kerajaan lain! No more fun! Dan kamu Naruse! Cari seorang perempuan tidak kira apa pun! Jaga air muka seorang putera! Jadi seorang lelaki dan ketua keluarga! Lagipun kamu sudah masuk umur untuk berkahwin. Tak ada komen! Titik! "
Dengan itu, King Edmund bangkit dan melangkah keluar daripada bilik mesyuarat. Kemain lagi kedua-dua putera Skywalker tercengang!
" What? Kahwin?? This is soooooo damn nonsense!!! " leter Evan sambil menjeling tajam kearah bayangan King Edmund.
Naruse mengeluh berat. Buang masa dan tenaga saja dia kesini untuk mendengar kekarutan ini. Ingatkan apalah sangat perjumpaan mengejut ini. Baik dia sambung buat kerja.
" Kau jangan ingat disebabkan nama kau dah dicalonkan, kau menang. "
Naruse menayang muka dingin kepada abangnya yang bikin Evan sedikit gementar. Walhal itu muka kebiasaannya, cuma mood tidak berapa baik.
" Aku pun tak nak takhta tu. You can just take the throne if you want. "
Gigi Evan diketap geram!
" Kau nak main-main dengan aku ke Naruse? Aku boleh je la bawa seorang perempuan untuk dikahwinkan! "
" Kalau Kakanda nakkan takhta tu, improve yourself. Lepastu bawalah memana gadis Kakanda suka, kahwin. Selesai. "
Hati Evan makin membengkak dengan ayat Naruse tadi. Rasa macam diperlekehkan pula sebab adiknya sewenang-wenangnya menyerahkan takhta tu pada dia.
Dia ingat Putera Evan Skywalker tak boleh buat kerja ke? Tak boleh kahwin ke?? Tak boleh ada perempuan ke??
Ayahanda pun satu. Sikit-sikit Naruse. Sikit-sikit Naruse. Sikit-sikit arghhhh!! Menjerit-jerit Evan dalam hati. Terus dia menyepak batu yang tidak bersalah kedalam tasik.
Naruse Skywalker. Putera kedua Alaistar Kingdom aka ibu negara Demon World aka adik tirinya.
Siapalah tak kenal adiknya tu? Namanya memang tersohor satu dunia Demon!
Evan akui Naruse memang seorang yang sempurna. Sewaktu Royalist Arena dimana semua pahlawan dunia dan kerabat diraja perlu bertarung. Naruse satu-satunya peserta yang memecah rekod dengan menjadi juara 6 kali berturut-turut. Dia terkenal dengan sifat kepimpinan dan strategik geniusnya dalam peperangan dan ekonomi negara.
Bahkan dalam percintaan pun. Pernah sekali sewaktu zaman persekolahan, puteri yang Evan minat bernama Marina sukakan Naruse. Tapi malangnya ditolak automatik oleh adiknya.
Cuba bayangkan...Crush ditolak adik sendiri. Padahal luahan dia pun belum tentu Marina terima. Ah sadisnya hidupnya.
Dan apa paling membuatkan Evan membenci Naruse adalah adiknya yang 8 tahun muda itu merupakan lulusan Akademiya sama dengan dirinya. Malah, dia mendapat keputusan yang sangat cemerlang!
Naruse seorang yang sempurna. Dia genius, dia tampan, matang, sentiasa bersedia untuk menampilkan dirinya, dia mahir menggunakan ilmu magis dan pedang, otaknya seperti perpustakaan negara. Walau cuma satu kelemahannya iaitu tidak pandai berinteraksi dengan manusia lagi-lagi gadis, 1001 kelebihannya mahu membutakan mata orang.
Itulah apa yang Evan lalui sepanjang hidupnya. Dipenuhi dengan nama Naruse yang selalu disanjung. Dia pula hanya seorang karakter sampingan. Bahkan, mungkin watak pokok lebih berguna dari dirinya.
Argggh kenapa aku bercerita fasal dia pulak??? Sakitnya hati!
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
" Lepastu kan, kucing tu lari dua kaki sambil terkencing serata jalan tu tahu tak! Ahahhahahahahha!!! Awak kena tengok komik tu!!! Lawak gila doh!!! "
Miyuna ketawa besar dengan jenakanya sendiri. Tidak cukup dengan tawa didengari 4 lot kedai, dia mengetuk meja pula seakan mahu meruntuhkan meja itu. Benar-benar terhibur dengan diri sendiri!
Livio? Kekal dengan postur profesionalnya. Tidak ketawa, hanya senyum segaris membuatkan Miyuna berhenti ketawa walau masih bersisa.
" Awak...Kenapa tak gelak? Hambar ke? Takpe. Jap, saya cari lawak lain. "
Livio menarik nafas dalam-dalam. Tangan kecil Miyuna dipegang lembut dan diusap seketika.
" Miyuna...Sayang, saya suka cerita lawak awak...Tapi boleh kita cakap pasal something realistik? Please be a real woman. Be more logical. Saya terima awak seadanya tahu? Cuma saya minta awak jangan buat macam tadi lagi. Malu saya tadi bila awak gelak macam tu. Awak lupa ke apa cakap ibu saya? Okay, look. Saya sayang awak...Boleh ubah tak perangai awak? Untuk kita? "
Tersentap Miyuna ditegur sebegitu. Matanya menyapu persekitaran restoran. Memang benar ramai pelanggan memerhatinya dengan jengkel sekali.
" Ah...Okay...Saya minta maaf. Saya janji saya akan ubah...Lagipun, kita kan dah nak kahwin kan? Saya akan cuba. Eheheh. " genggaman tangan itu dikuatkan. Livio mengukirkan senyuman.
"Thanks, honey. "
" Tuan, ada panggilan dari Tuan Senzou. " entah dari mana pembantu peribadi Livio, Noah berdiri disebelahnya bersama telefon ditangannya.
" Saya dah tetapkan masa sekarang masa yang tak boleh diganggu kan? "
" Tapi tuan, dia cakap mustahak pasal projek 174 tu. " desakan Noah menggerakan hati sang gadis untuk spontan berkata.
" Awak pergi la uruskan kerja tu. Kan penting. Takpe, saya tunggu dekat sini. "
Riak wajah Livio ternyata dalam dilema. Seketika kemudian dia bangun dan berkata pada Miyuna sebelum dia beredar.
" Kejap eh. Saya nak uruskan kerja ni kejap aduh. I promise it won't be long. "
" Baik, tehee. Take your time. "
Miyuna melemparkan pandangannya keluar tingkap disebelah. Memandang figura tunangnya yang berbual diatas telefon. Serius benar muka. Pasti bercakap dengan orang penting.
Ini bukan kali pertama pastinya. Yang penting, Miyuna harus memilih untuk memahami kehidupan bakal suaminya walaupun dalaman dirinya memberontak. Maklumlah, jurang umur mereka agak jauh. Jadinya Miyuna sedaya upaya cuba mematangkan dirinya walau hakikinya, dia hanyalah seorang gadis muda yang manja.
Seketika itu, Livio masuk kembali kedalam restoran itu. Wajahnya tidak semesra tadi. Miyuna seperti dapat mengagak sesuatu.
" Miyuna, I need to go now. Noah, please send her home safely. Makanan dengan minuman dah order tu bungkus bawa balik kasi Nagi dengan nek juga. " pinta Livio. Noah sang pembantu, hanya akur.
Hmm. sudah kuduga. Kedua-dua tangan Miyuna menggengam kain skirtnya.
" Emmm. Tapi harini awak kata awak cuti...? "
Sabar, Miyu. Jangan keburu emosi.
" Urgent meeting. Penting lak sebab ni finalise pasal projek saya. Sorry, I can't make this today. But I promise I will make it soon. I promise! " Livio memegang pipi mulus itu, meminta agar sepasang mata biru langit itu memandangnya.
" Alright...But I will walk by myself. Nak singgah kedai roti jap. "
"No. Too dangerous. Saya suruh Noah hantarkan jug — "
" Takpe. Saya nak jalan jugak. Please. "
"You're sure? " Miyuna menganggukkan kepala.
" Then, take care. Once again, sorry. " tangan kecil itu diraih lalu makanan dibungkus itu bertukar tuan.
Hanya senyuman manis terukir pada bibirnya menjadi balasan. Bayang terakhir Livio Miyuna amati dengan penuh rasa kecewa. Sudah kali keberapa jadi sebegini...
Dan sudah berapa banyak janji Livio yang tidak ditunaikan?
Semua itu Miyuna tidak mahu fikirkan. Dia pilih untuk memahami. Livio seorang anak bangsawan yang terhormat. Semua harta ayahnya akan jadi miliknya. Oleh sebab tu, Noble Ackerman mendidik anaknya berurusniaga dari kecil sampai besar gong macam ni.
Bisnes apa Miyuna sendiri tak tahu tapi dia hanya tahu yang Livio ni terlampau sibuk sampaikan mereka jarang ada masa meluangkan bersama. Sekadar kenal luaran dan bukan dalaman. Tak tahulah macam mana juga dia terpikat dengan Miyuna sedangkan gadis itu orang biasa saja.
" Awak lupa ke apa cakap ibu saya? "
Hatinya sakit sebaik saja ayat itu muncul tetapi tidak sesakit sewaktu dia mendengar dari mulut Lady Ackerman sendiri. Keluarga Livio tidaklah teruk sangat cumanya ia membuatkan Miyuna berasa tidak layak berada disamping Livio disebabkan ketidaksamaan kedudukan.
Too perfectionist for me, who lacks in everything.
Satu keluhan dilepaskan. Baik aku balik rumah je...
Baru sahaja Miyuna mahu bangun, kakinya tergelecek disebabkan ketidakseimbangan memakai kasut tinggi.
" Adoii!! " adu Miyuna. Kasut tinggi tadi dicabutnya.
Astaga. Tumit kasut tu dah patah, keluhnya. Sayanglah kalau nak buang. Lagipun kasut tu cantik. Mahal! Livio yang berikan pula tu!
Walaupun dia bencikan kasut tumit tinggi, tapi dia sanggup pakai demi Livio. Sebab tunangnya itu mahukan dirinya lebih kewanitaan!
Rasanya betullah. Buruk betul etika aku sampaikan tumit kasut pun boleh patah.
Jadinya, Miyuna simpan kasut itu dalam beg sandangnya dan berjalan pulang dengan kaki ayam. Perjalanannya ditengah jalan kota Clarines itu terhenti apabila satu suara familiar menyerunya.
" Miyu? Kamu ke tu? Kamu dari mana ni cantik-cantik ni? Oh gosh! Mana kasut kamu?? "
Tiana, seorang penjual bunga dan merupakan rakan baik neneknya sejak kecil. Senang cerita, Tiana sudah dianggap seperti nenek keduanya. Tidak sedar pula dia berjalan melintasi kedai bunga itu milik wanita berusia itu. Miyuna tersengih.
" Miyu buat senaman akupuntur makcik. Sakit saraf kaki kebelakangan ni. Alang-alang keluar tu melawa la sekali hehehe. "
Dengan jawapan itu, Miyuna meminta diri untuk beredar. Kebiasaannya dia akan berhenti dan berborak dengan Tiara tetapi hari ini dia betul-betul tiada mood.
Mahu nangis, mahu marah? Tidak tahu.
Dia mahu bersendirian buat seketika.
· • —– ٠ ✤ ٠ —– • ·
Terhenti aktiviti mengait Futaba seperti selalu apabila diganggu dengan bunyi ketukan pintu.
Tok tok tok!
" Siapa tu? " soalnya sendirian. Terkocoh kocoh dia berjalan ke pintu hadapan.
" Miyu? Awalnya balik? Mana Livio? Kasut kamu kemana? Siapa hantar kamu balik ni? " melopong dia dibuatnya. Tercari-cari juga kereta kuda hitam gelap dihadapan rumah tetapi tiada pula.
Gadis itu hanya tersengih. Tanpa dipinta, dia terus masuk kedalam rumah.
" Aih. Kamu balik jalan kaki ke? Mana Livio? " Futaba bercekak pinggang.
Kaki kanan milik Miyuna berhenti menapak anak tangga. Mukanya memang tidak seceria dia pergi tadi tetapi masih senyum.
" Dia ada urgent. "
" Lagi sekali? Dah berapa kali dah kamu keluar makan jadi macam ni. Nek tak kisah sangat kalau Livio ada kerja...Masalahnya takkan nak pergi makan dengan tunang kejap tak boleh? Kerja apa sampai abaikan tunang dia? Kamu berdua nak kahwin dah ni! Entah macam manalah nanti kamu berdua kahwin. "
Miyuna mengeluh. Bukan dia minta jadi macam ni pun! Neneknya cuma menabur lagi garam kelukanya. Sakit tahu tak!
" Nek, Miyu fahamlah Livio tu banyak kerja. Dia sibuk. Takkanlah Miyu nak paksa dia duduk dengan Miyu saja? Dia kenalah tahu mana yang penting. Nanti dia tak jalankan tanggungjawab dia, rosak kerja dia. Takpelah nek. Miyu nak rehat dulu. Penat sangat ni. Dahla tengah sakit perut nak berak ni. "
Nagisa yang berada dalam biliknya ditingkat bawah menjengulkan kepalanya. Melihat raut kerut neneknya dia menebak tepat.
" Cancel date lagi ke nek? "
Futaba mengeluh berat. Livio...Livio...Livio...Apa kamu kisah ke tak dengan Miyuna ni...?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top