Prologe
Kunci di masuk kan kedalam lubang kecil di tombol pintu.
Kcak!
Bunyi kunci pintu yang telah di buka itu membuat gadis yang sedang berdiri itu tersenyum. Mudah!
Perlahan lahan pintu di buka. Kepala di jengahkan sedikit bagi melihat keadaan sekeliling. Kosong. Gadis itu terus melangkah masuk kedalam bilik tersebut.
Pintu di rapatkan kembali. Usai itu, gadis itu berjalan menghampiri almari baju.
"Queen. Mana ada dalam almari baju. Pendrive tu ada dekat locker belakang cermin meja solek tu", kedengaran suara perempuan melalui earpiece yang di pakai gadis itu bersuara.
"Oh, kenapa tak bagi tahu awal awal ? Bongok lah kau ni", balas gadis itu aka Queen.
Gadis yang berada di banggunan sebelah tu tersengih walau dia tahu Queen tak nampak.
Queen melangkah kearah meja solek tersebut. Cermin sederhana besar itu di seret ketepi. Sebuah pintu kecil berbentuk petak itu di pandang.
Pelahan lahan bibir gadis itu mengukir senyuman sinis. Mudah betul.
Kunci serba guna di keluarkan dari poket jacket berwarna hitam miliknya. Lalu kunci itu di masukkan kedalam lubang tersebut.
Kcak!
Pintu locker itu di buka. Sebuah kotak berwarna biru tua di ambil. Lalu, di buka. Pendrive berwarna merah itu di perhati.
"Aku dah jumpa pendrive tu. Wawa. Ada orang kat luar tak ?", soal Queen pada Wawa yang menjaga di bahagian luar rumah.
"Ada orang datang. Kau keluar ikut balkoni bilik tu. Pandai pandai lah kau lompat. Dari tingkat 3 je kan ?",balas Wawa
Queen mendengus kasar. Malas betul nak main lompat lompat ni.
Tanpa berkata apa, Queen melangkah kearah pintu balkoni tersebut. Kakinya di letakkan di tiang. Tangan kanannya memegang kuat tiang lagi satu.
"Queen , kau buat apa ?", Amira yang berada di banggunan sebelah menyoal.
"Keluar dari sini lah", jawab Queen.
"Kenapa ikut balkoni ?", tanya Amira lagi.
"Dah Wawa suruh keluar ikut sini", jawab Queen. Tangan dan kakinya masih setia di tiang.
Amira menepuk dahi.
"Wawa tu tipu kau. Mana ada orang kat luar. Kau turun je lah macam biasa", jelas Amira.
Queen menurunkan kembali tangan dan kakinya. Wajah dingin di tayang kan di sebalik masknya itu.
"I kill you latter , Wawa.",
Wawa hanya ketawa terbahak bahak. Mudah betul tipu ketua mereka itu.
Tak sampai beberapa minit, Queen melangkah keluar dari banggunan tersebut. Tudung sarung berwarna hitam yang di pakainya di betul kan sedikit.
"Cau!", kata Queen sepatah.
Mereka melangkah pergi dari situ.
"Diorang dah ambil pendrive tu. Macam mana ni ?", tanya lelaki yang sedang memerhati di komputer riba milik rakannya memerhati CCTV.
"Mana aku tahu! Kalau Sir Syam marah macam mana ?!", balas rakannya pula.
"Apa lagi! Kejar lah jom!",
"Korang nak pergi mana ?", suara garau yang mencelah itu menyentakkan dua orang lelaki itu.
"We! Dani! Pendrive Sir Syam dah kene curi! ", kata Amirul aka lelaki pertama.
"Dah tu ?, kau nak aku gelabah ke ?", soal Dani. Mug yang berada di tangannya di bawa ke bibir. di cicip perlahan air coffe tersebut.
"Tolong lah kitorang!",
Dani hanya menayangkan riak selamba. Air di cicip kembali.
"Syam dah arah kan korang. Pandai pandai lah tanggung. Aku tak ada kene mengena. Daa", balas Dani lalu berjalan melangkah keluar dari bilik tersebut.
Kaki di hayun kan berjalan mahu ke kereta miliknya. Sambil sambil itu mulutnya bersiul siul sambil tangan kirinya memusing musingkan kunci kereta.
Bukk!
"Auch!",
Dani mendengus geram apabila badannya di langgar.
"Maaf", kata gadis yang berpakaian serba hitam itu.
Dani berkerut dahi. Mana pula suara tu datang?. Mata melilar memandang sekeliling.
"Encik. Encik bisu ke pekak ?",
Dani menunduk apabila mendengar suara itu datang dari depan nya.
"Lol. Aku cari datangnya suara tu. Kat sini rupanya. Dasar ketot", omel Dani pelahan.
"Saya minta maaf. Bye", kata gadis itu lalu berjalan meninggalkan Dani.
Dani hanya mendiamkan diri.
"Tu pelajar sekolah menengah ke sekolah rendah ? ", tanya Dani sendiri.
Dani menggeleng kepalanya perlahan sebelum menyambung perjalanannya.
[620 Words]
Hai assalamualaikum. Nah saya update prolog❤️. Sorry lah kalau merapu atau tak best. Hshshshs.
Vote ❤️
Komen❤️
Follow lah sekali❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top