MHMM : Special Chapter ii✔️
Hotel yang telah disewa oleh Syam itu menjadi tatapan kosong mereka semua. Badan direnggangkan sedikit. Mereka sudah selamat sampai di Korea.
"Kita check in dululah. Dani dengan Afifah aku dah tetapkan memang akan sebilik. So kau nak beromen ke bercium ke. Lantak kaulah. Aisy, Mirul dengan Kai sebilik", mereka mengangguk.
"Amira, Wawa dengan Rose sebilik. Einara, Kiara dan Risya sebilik. Okey?", mereka mengangguk lagi tanda mengerti.
"Dahtu aku tidur mana? Lobby?", celah Heyder pula apabila namanya tidak disebut.
"Tak. Kau tidur dekat bilik stor", Syam memandang kearah Heyder sebelum dia menjeling tajam.
"Lah, aku ingatkan aku sebilik dengan Rose", bibir dicebikkan. Huhu hancur harapan..
Pakk!
"Kau ni makin bodohlah. Siapa ajar kau ni? Kahwin dululah sial baru nak sebilik dengan dia. Dah kahwin nanti kau nak romen ke raba ke sekatil sejamban setub mandi pun aku dah tak kisah dah. Kau sebilik dengan aku", Syam memandang tajam kedalam anak mata Heyder membuatkan lelaki itu melarikan pandangan.
Tahu takut.
"Dahlah, aku nak naik bilik dulu. Apa-apa nanti chat je dalam grup", Dani terus saja menarik lengan Afifah untuk ke lift yang telah disediakan. Enriq didalam dukungan Dani sudah pun terlelap.
Tingkat tujuh menjadi tempat mereka sekeluarga tinggal. Tiada orang lain lagi selain keluarga mereka.
"Sawadikap", Wawa menunduk hormat pada salah seorang pekerja Korea yang lalu ditingkat tujuh itu. Pekerja itu hanya mengukir senyuman kekok.
"Sawadikap tu Thai lah gila", Amira bertindak memukul kepala Wawa perlahan. Wawa hanya melepaskan tawanya.
Rose menggeleng perlahan. Betul-betul peramah dia ni.
****
Slidedoor dibuka. Afifah melangkah keluar ke bolkoni untuk menghirup udara segar. Mata terpejam rapat apabila suasana yang tenang itu berjaya membuatkan mindanya terasa tenang.
Tidak lama sebelum ada satu tangan yang melingkari dipinggangnya membuatkan dia kembali mengoyakkan matanya. Bau maskulin milik suaminya mula masuk kerongga hidungnya.
"Hai..", Afifah mengukir senyuman manis sambil tangannya mengusap lengan Dani yang tidak berlapik.
"Hai", balas Afifah, lembut. Badan disandarkan kedada Dani.
"Buat apa seorang dekat luar ni? Ahh. This question look so cliche", kata Dani, mendatar.
"Sayang, sejuklah kat luar. Jomlah masuk dalam", kata Dani, lembut. Dagu diletakkan diatas bahu isterinya. Bau wangian leher Afifah membuatkan mata Dani terpejam rapat.
"Saya nak duduk sini kejap. Kejap lagi baru saya masuk. Hubby kata tadi hubby penat, kan? Pergilah tidur", balas Afifah bernaa sangat lembut.
"Aipp. Nak goda ke apa ni?", soal Dani, tenang. Mata kembali terbuka.
"Apa salahnya", jawab Afifah, selamba. Dia kemudia ketawa kecil membuatkan Dani menjegilkan matanya keatas.
"Anak baru berapa bulan, dah nak anak lagi. Nak kena dia ni", Dani terus saja mencepung Afifah dan melangkah masuk kedalam bilik mereka.
Afifah terjerit kecil sambil meronta-ronta minta untuk dilepaskan. Namun, Dani hanya membiarkan bersama wajah yang tenang tanpa dosa. Pintu slide door ditutup sebelum dikunci dari dalam.
Tidak lama kemudian, kedengaran jeritan nyaring dari Afifah membuatkan Syam yang berada dibilik sebelah menggelengkan kepalanya. Kuat sungguh jeritan wanita itu. Entah apa yang dilakukan oleh Dani.
Buat anak kut?
"Kau geleng menda? Mereng dah?", Syam terus saja menoleh ketepinya melihat Heyder yang sudah keluar dari bilik mandi lengkap berpakaian. Tangannya pula sedang menggosok rambutnya yang basah menggunakan sehelai tuala.
Handsome juga adik aku ni.. EHH
"Shhh, aku tak gay. Kau gay ke? Stop tenung aku macam tu!", kata Heyder, kuat. Tuala yang digunakan tadi dicampak kewajah abangnya itu.
Tepat mengena muka.
Syam menghela nafas panjang sebelum dia memegang tuala itu dan dicampakkan ketepi.
"Kau fikir kau tu sedap sangat ke? Tak ada selera aku nak tengok kau", kata Syam, mendatar. Wajah dibuat-buat menyampah.
"Kau ni dari dekat bawah lagi aku perhati je, memang suka cakap benda kotor eh?", soal Heyder mengambil tempat diatas sofa bersebelahan Syam.
"Lelaki kan", jawab Syam masih lagi dengan nada yang mendatar.
"Ouh faham faham. Tapi kau dah buat Rose malu dekat aku sial!", Heyder terus saja bertindak menarik rambut Syam membuatkan kepala lelaki itu mendongak.
"Argh. Sakitlah setan!", giliran Syam pula menarik rambut Heyder. Maka, aksi tarik menarik rambut mula berlaku.
Kai, Amirul dan Aisy hanya diam saja menonton tv mendengar jeritan mereka disebelah. Tiada rasa hendak memaki mereka yang sedang menjerit seperti itu rumah mereka walau hakikatnya mereka sudah menganggu penduduk yang lain.
"K-",
"Jangan bercakap apa-apa", potong Kai, laju. Amirul dan Aisy hanya diam. Akhirnya mereka bertiga diam tanpa ada rasa mahu bersuara.
Seterusnya kita pergi kepada girls pula.
"Awak dah lama ke kenal Mirul?", soal Kiara pada Risya.
"Lama jugalah. Saya dan Amran dah lama kenal. Sejak kami sekolah menengah lagi", balas Risya, mendatar.
"Ouhh. Awak sukakan dia?", soal Kiara lagi.
"Kalau saya sukakan dia pun ada masalah dengan awak ke?", soal Risya semula. Wajah malas ditayangkan. Banyak cakaplah pompuan ni.
"Awak kerja dokter dah berapa lama?", giliran Dokter Einara pula ditanya.
Einara yang sedang elok saja makan jajan yang telah diberikan Aisy tadi terhenti. Dia menoleh kearah Kiara.
"Tiga", balasnya sepatah dah kembali menyambung makan.
"Tiga tahun?", soal Kiara lagi. Einara hanya mengangguk saja.
"Susah ke jadi dokter? Umur awak berapa, Putri?", soal Kiara tak henti menbuatkan Risya dan Einara mengeluh perlahan.
"27 tahun. Kiara, can you shout you mouth? Lagi satu. Just call me Nara", Einara berkata dengan nada yang malas.
Akhirnya suasana menjadi sunyi. Kiara sudah mendiamkan diri manakala Risya kembali bermain telefom bimbit.
Rose memicit dahinya perlahan apabila suara monyet Wawa kedengaran membingitkan telinga. Memekak weh !
"Wawa, kau boleh senyap tak? Bising weyy orang nak tidur. Nak rehat", kata Rose, merayu.
"Masalah kau ke masalah aku?", soal Wawa, mengejek.
Pak!
"Masalah aku. Sekarang ni kau nak senyap ke nak tidur luar?", soal Amira yang baru saja lepas membersihkan diri.
"Jelas disitu itu adalah masalah kau. Jadi kau kenalah selesaikan sendiri", dengan yakin Wawa membalas.
Beberapa minit kemudian..
"Mira buka pintu! Wehh buka lah! Sampai hati kau kurung aku dekat luar! Mira! Amira Natasya!", meraung Wawa diluar bilik sambil tangan mengetuk-ngetuk pintu.
Mata dicelikkan. Afifah mendengus perlahan apabila Dani masih lagi tidur diatas badannya.
"Hubby..", panggilnya sambil tangan mengusap rambut Dani.
Readers jangan fikir bukan-bukan eh! Tadi dorang bergelud atas katil dan akhirnya kepenatan lalu tertidur.
"Hubby bangunlah.. berat awak ni", Afifah mencebik apabila Dani langsung tidak memberi sebarang respon.
"Dani..",
"Diamlah sayang, saya tengah tidur ni, kan? Bukannya saya sentuh awak sekarang ni memandangkan posisi kita.. hm.. sangat mengancam", kata Dani dengan mata yang masih terpejam.
"Bangun sebelum sayang tendang adik kesayangan hubby", jawab Afifah, mendatar.
Dengan pantas Dani mencelikkan matanya dan bangun dari terus baring diatas Afifah. Enriq yang masih nyenyak tidur itu digomol geram.
Afifah bangun dari baringan merenggangkan sedikit badannya. Dia memandang pula kearah Dani yang sedang mencium wajah Enriq bertalu-talu. Suka sangatlah katakan.
Air botol mineral dicapai oleh Dani sebelum dia meneguk air tersebut dengan perlahan.
"Nak anak perempuan tak?", soal Afifah, tiba-tiba.
"Pfftttt!", tersembur air yang diminum oleh Dani kewajah Afifah. Afifah memejamkan matanya rapat apabila air itu masuk kedalam matanya.
Dani menghulurkan sehelai kain kecil pada Afifah dengan wajah yang tanpa riak. Afifah hanya menyambut kasar sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Dani sendiri.
Masalah kau ke masalah aku?
"Ha bagus buat suami macam tu",
"Ha bagus buat isteri sakit hati", Omel Afifah, perlahan. Pintu bilik air ditutup.
"Sayang, you wanna know something?", soal Dani apabila Afifah sudah melangkah keluar dari bilik air lengkap berpakaian. Ouh mandi terus.
"What?", soal Afifah, mendatar.
"Sebenarnya kisah kita dah tamat dekat special chapter pertama tu", kata Dani, tenang.
"Saya tahu", jawab Afifah merenung kedalam anak mata Dani.
"Special chapter sekarang ni sepatutnya tentang hero dan heroin buku kedua, kan?", soal Dani. Afifah mengangguk.
"Patutnya diaorang dah keluar sekarang. Hero dan heroin buku kedua",
Tbc
[1257 words]
Agak agak siapa hero dan heroin buku kedua?🤔
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top