MHMM : Special Chap iii ✔️ (end)
Persisiran pantai yang penuh dengan manusia itu dihampiri olehnya. Dia cuba memekakkan telinga dari mendengar suara sialan yang memekak dibelakangnya.
"Weh Rose, kau patut tahu bertapa bodohnya Pipah masa dia kena maki dengan Ryyan buat kali pertama", kata Wawa sebelum dia mengekek ketawa.
"Sepupu aku tu jarang maki orang. Sekali dia maki, hah memang mental lah kau", kata Rose sebelum dia melepaskan tawanya.
Sepupu? Haha orite tak tu?
"Agh kau!", mereka berdua kemudian bergusti diatas pasir tanpa menghiraukam orang sekeliling yang memandang mereka.
Amira menghela nafas panjang. Sejak bila Rose terlekat kesialan Wawa ni? Aku dah boleh bunuh diorang dah kalau gini lah gayanya.
Dia kemudian menoleh ketepi dan secara tidak sengaja matanya bertembung dengan sepasang mata helang yang juga turut menoleh kearahnya.
Amira mengalihkan pandangan seraya bergerak menghampiri pantai. Tidak terlalu jauh, cukup untuk merendam kakinya.
Syam yang masih memandang kearah Amira itu tersentak apabila dia dipeluk secara tiba-tiba dari tepi. Dia menoleh kearah Heyder.
"Kenapa dalam banyak-banyak tempat, Pantai juga kau ajak bercuti?", soal Heyder, perlahan. Mata terpejam rapat tanpa ada rasa mahu mencelikkan dan memandang keindahan pantai di Busan itu.
"Dah lama tak pergi pantai. Kau kenapa datang dekat sini kalau takut? Pergi duduk dekat sana. Pengsan karang dah satu hal nak kena heret campak dalam laut", jawab Syam, mendatar.
"Jomlah teman aku",
"Aku nak usha awek ni. Pergi duduk dekat Aisy sana", pelukkan dileraikan. Kepala Heyder diusap kasar.
"Aisy tengah dating, jomlah..", mata masih lagi terpejam. Dia seakan tidak mahu memandang langsung kearah air laut yang indah itu.
"Ergh fine!", lengan Heyder ditarik menjauhi lautan. Tanpa sedar, Amira memerhati sejak tadi sebelum dia mengukir senyuman tipis.
"Ha senyum gapo mu, suka lah tu dapat tengok crush", senyuman Amira mati digantikan dengan riak dingin. Dia menjeling tajam kearah Wawa sebelum kepala gadis itu ditekan kedalam air,
Meronta-ronta Wawa minta dilepaskan.
Afifah menggelengkan kepalanya melihat telatah dua orang kawannya itu. Dia yang sedang bermain pasir bersama anaknya itu hanya memerhati saja yang lain sedang bersuka ria. Ouh kecuali Heyder yang sememangnya takut dengan air.
Aquaphobia, fobia pada air seperti Sungai, Kolam, Laut dan Pantai.
Dia mengalami-
"Sayang! Tak nak mandi sekali ke?", soal Dani dari jauh.
"Ha bagus. Anak ni siapa nak jaga?", soal Afifah semula.
"Tanam je dia dekat pasir tu. Tak hilang pun", balas Dani, selamba.
"Sebelum aku tanam dia, kau aku lemaskan dulu", Afifah menjeling seraya mengangkat tubuh Enriq dan menghampiri laut. Enriq didukung paras dada dan menghampiri Dani.
"Tachodd", jawab Dani seraya mengambil Enriq dari dukungan Afifah. Pipi anaknya itu digomol-gomol melepaskan geram. Eee comel sangat!
Macam author!
"Sayang jangan pergi jauh, okey? Sayang pendek tau tenggelam nanti hubby biarkan je", kepala Afifah yang berbalut tudung itu digosok lembut,
"Ha bagus. Saya heret awak sekali", Afifah mencemberutkan wajahnya bengang. Tak habis habis topik pendek dia tu !
"Bestnya Afifah tu..", kata Wawa, perlahan. Dia kemudian menyentuh jarinya yang tersarung cincin berwarna silver.
"Naufal tak nak cepatkan tarikh kahwin ke?", gumamnya perlahan. Bibir dicebikkan.
"Sabarlah. Laju laju nak kemana?", soal Amira yang perasan omelan Wawa.
"Aku nak ada anak cepat dan biarkan kau single sorang sorang", kata Wawa, selamba. Dia kemudian berenang menjauhi Amira yang sepertinya mahu meletus itu.
Rose pula hanya menggelengkan kepalanya melihat mereka berdua.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dua bulan telah berlalu, Qhalish Idzan menelan air liurnya kesat tatkala sepasang anak mata hitam milik bakal bapak mertuanya merenungnya dengan renungan yang tajam seakan mahu menelannya hidup-hidup.
Putri Einara Efrin pula hanya memerhati dari atas pelamin yang terhias cantik bersama tiga orang lagi pengantin perempuan. Quinisha Kiara dan Risya Ariana.
"Dah bersedia? Siapa nak mula dulu ni?", soal tok kadi sambil memandang satu persatu wajah pengantin lelaki. Masing-masing berwajah pucat dek kerana bakal mertua semuanya seperti ingin menelan mereka.
"Dia dulu tok", Aisy menunjuk kearah Amirul dan Amirul menunjuk kearah Kai manakala Kai menunjuk kearah Aisy.
Mereka yang lain sudah menepuk dahi masing-masing melihat kebodohan mereka bertiga.
"Kau dulu lah Aisy, kau yang mula-mula jumpa jodoh dulu kan!", kata Kai, tak nak kalah.
"Fine!", Aisy duduk dihadapan tok kadi dan Dato' Lutfi dengan perasaan yang berdebar. Rintik peluh mula mengalir walau masjid itu sudah dipasang aircond.
"Qhalish Idzan bin Izzlan Iskandar", panggil tok kadi, serius.
"Saya",
"Aku nikahkan dikau dengan Putri Einara Efrin Lutfi, berwalikan bapaknya dengan mas kahwinnya sebanyak, Rm15,000 tunai !",
Hening. Suasana menjadi sunyi.
Aisy menarik nafas dalam.
"Aku tak nak bernikah dengan Einara sebab dia terlaku garang sah! Ehh",
Masing-masing sudah menepuk dahi mendengar bait kata Aisy yang singguh jauh menyimpang.
"Err.. berdebor sangat ni. Kita ulang semula, ya?", Aisy tersengih seraya menganggukkan kepalanya.
"Aku nikahkan dikau dengan Putri Einara Efrin Lutfi, berwalikan bapaknya dengan mas kahwinnya sebanyak, Rm15,000 tunai !",
"Aku terima nikahnya dengan dokter yang garang tak sah!", Aisy kemudian menekup mulutnya sendiri.
"Ha bagus, tak payah kahwin lah macam ni", celah Einara, bengang.
"Okey. Okey. Sekali lagi. Please. Janji ni last", merah wajah Aisy menahan malu.
"Aku nikahkan dikau dengan Putri Einara Efrin Lutfi, berwalikan bapaknya dengan mas kahwinnya sebanyak, Rm15,000 tunai !",
"Aku terima nikahnya Putri Einara Efrin Lutfi dengan mas kahwinnya sebanyak Rm15,000 tunai!",
Setelah mengesahkan dari kedua-bua belah pihak. Tiba pula giliran Kai, lelaki itu hanya beriak biasa namun jantungnya bagai mahu lari dari kedudukkan!
"Aku nikahkan dikau dengan Quinisha Kiara Khairul, berwalikan bapaknya dengan mas kahwinnya sebanyak, Rm10,000 tunai !",
Dengan sekali lafaz Kiara telah sah menjadi isteri kepada Kairil. Begitu juga dengan Amran Eirul dan Risya Ariana.
Waktu sesi bergambar menjadi peluang untuk mereka semua berkumpul dan membuat kenangan bersama. Pelbagai ragam berlaku. Biasalah keluarga ni mana pernah tak monyet !
"Jomlah ambil gambar Mira..", ajak Wawa sambil menggoyangkan lengan Amira.
"Malaslah", Amira menayangkan wajah datar. Dia hanya memandang kearah manusia yang sibuk dengan hal masing-masing.
"Mira, Wawa, jomlah tangkap gambar sekali", ajak Heyder yang sudah memegang kamera ditangan. Rose disebelah mengangguk laju mengajak mereka mengambil gambar bersama.
Wawa tidak membalas. Sebaliknya dia terus saja menarik lengan Afifah menghampiri Heyder sebelum dengan selamba dia menolah Amira supaya mengikuti sekali.
Tolakkan yang sedikit kuat itu membuatkan Amira terlanggar lengan Syam membuatkan mereka hampir terjatuh. Namun dengan kecepatan, Syam lebih pantas menahan badan Amira dari jatuh bersamanya.
"Hmm.. new sister in law? Eee adik suka! Adik suka!", dengan teruja Heyder menonton drama abangnya itu bersama Amira. Matanya bersinar-sinar.
Syam menjeling tajam. Baru saja dia ingin pergi, Heyder sudah menahan.
"Lepas tangkap gambar nanti kau sambunglah buat drama dengan Mira. Sekarang waktu ambil gambar. Woi! Tolong ambilkan gambar kitorang kejap", dengan selamba dia memanggil seorang remaja perempuan menghampirinya.
"Apa nama?", soal Heyder, mendatar.
"Sofea", balas remaja itu tidak kalah juga mendatar.
"Okey soflan. Nah ambil ni dan tangkap gambar kitorang. Kejap lagi aku belanja iphone 13", kamera dihulurkan kearah Sofea.
"Eh jibakenya perangai", gunam Sofea, perlahan.
"Okey, satu.. dua--",
"Sabar woi! Dasar tak kenang budi! Kitorang pun nak juga!", Aisy dan yang lain terus saja menghampiri diorang Syam.
Aisy dan Einara mengambil tempat disebelah kiri manakala Amirul dan Risya disebelah Einara. Disebelah Amirul pula Dani dan Afifah disebelah Afifah adalah Kiara dan Kai.
Rose dan Heyder berada disedikit hadapan Aisy dan Einara. Wawa dan Amira mengambil tempat disebelah Rose. Dan akhir sekali Syam disebelah Amira.
"Okey dah boleh dah ni! Kak Athi mana kak Athi?", melilar mata Heyder memandang sekeliling mencari kelibat Athi.
"Dia kerja. Sibuk. Lupakan je dia. Jom ambil gambar", jawab Afifah, mendatar. Enriq didalam dukungan dibetulkan sedikit.
Si kecil itu memandang kearah kek yang berada dibelakang mereka dengan air liur yang mengalir. Tangan tergapai-gapai ingin mencapai.
"Satu.. dua.. ti-",
"ENRIQ JANGAN!",
Kcak!
Akhirnya gambar yang diambil oleh mereka menjadi serabut dek kerana ingin mengelak dari kek yang setinggi lima tingkat itu terjatuh.
"Ouh no! My cake!",
"Huwaaa Enriq!!",
~THE END~
Kcak!
Heyder menayangkan senyuman khas buat Readers sambil tangannya memegang kamera.
"Ha okeylah ni untuk simpan buat kenangan MHMM. Readers izinkan aku simpan gambar korang ni eh? Bubyeee jumpa di next story !" Ucap Heyder melambaikan tangan dan berlalu pergi.
Pergi mana?
Pergi portal ke masa hadapan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top