MHMM : Bab 71

"Penyesalan adalah neraka di dunia yang paling bahaya."
*****

Suasana didalam bilik tidur itu hanya sunyi sepi. Afifah berada diatas katil sambil bermain dengan anak lelakinya yang sudah terjaga. Manakala Dani hanya diam dibirai katil sambil memerhati mereka berdua.

"Sayang-",

"Awak buat apa datang sini", pintas Afifah tanpa memandang wajah Dani. Nada yang digunakan pula kedengaran agak dingin.

"Sayang.. aku cuma nak bawa kau pulang semula", kata Dani dengan nada yang perlahan.

Afifah hanya mendiamkan diri seraya membaringkan tubuhnya disebelah anak lelakinya itu tanpa menghiraukan Dani yang sedang duduk dibirai katil.

"Saya nak tidur dah. Awak boleh keluar", Afifah memejamkan matanya ingin tidur. Berharap segalanya adalah mimpi ngeri semata-mata.

Tidak lama kemudian, dia kembali mencelikkan mata apabila terasa katil sedikit bergoyang dan terhinjut. Dani yang sudah mengambil tempat disebelah kiri anak mereka itu direnung.

Lelaki itu sedang merenung wajah kacak dan comel anak mereka sambil tangan kekar itu naik dan jarinya mengelus lembut pipi tembam lelaki kecil itu.

Dani yang terasa dirinya diperhati itu mendongak. Serentak mata mereka berdua bertembung tepat sebelum Dani mengukir senyuman khas buat isterinya.

"Kata tadi nak tidur", suara garau Dani kedengaran memecahkan lamunan Afifah. Afifah menoleh kearah yang berlainan sebelum dia meraup rambutnya yang terjuntai sehingga mencucuk matanya.

"Kenapa awak tidur situ? Pergi tidur tempat lainlah", kata Afifah bernada mendatar.

"Kenapa? Aku dah tak boleh nak tidur sebelah anak dan isteri aku dah? Macam tu?", soal Dani, lembut.

"Saya tak nak awak tidur situ. Boleh awak tidur dekat bilik tamu?", soal Afifah dengan nada yang sedikit merayu.

"Kenapa?", soal Dani, perlahan dan kedengaran sayu.

"S-saya tak selesa..",

Dani terdiam sebelum dia mengukir senyuman tipis dan bangun dari baringannya. Walaupun dia sedikit terasa, namun diikutkan juga permintaan isterinya.

Dahi dan kedua belah pipi anak lelakinya dicium sayang.

"Selamat malam baby..", ucap Dani, lembut. Dia kemudian menghampiri Afifah. Baru saja dia ingin menyentuh kepala Afifah, Afifah terlebih dahulu mengelak dan memejamkan mata.

Dani hanya mendiamkan diri sebelum dia melangkah kearah pintu bilik. Afifah yang berasa pintu sudah tertutup itu mencelikkan matanya kembali. Dia hanya merenung kearah pintu bilik yang sudah tertutup rapat itu.

"I'm sorry, hubby..",

Dani membaringkan tubuhnya keatas sofa. Mata merenung kearah kipas siling yang berputar laju. Lengan kanan diletakkan diatas dahi manakala tangan kirinya menjadi alas kepala.

Dia cuba berfikir cara untuk memujuk isterinya kembali supaya balik ke pangkuannya semula. Tetapi otak genius miliknya sekarang sepertinya sudah luput tarikh kerana dia tidak dapat memikirkan apa-apa sekarang.

Deringan panjang dari telefon bimbit miliknya membuatkan Dani mengeluh perlahan. Hamba Allah yang mana pula ganggu kehidupan hairan aku ni?

Dengan malas dia mencapai telefon bimbit miliknya dan tanpa melihat siapakan gerangan yang menganggu itu, dia terus saja menekan butang hijau.

"Maaf, nombor yang anda dail, sedang memikirkan cara-caraq hendak memujuk isteri. Jangan telefon lagi selagi dia tidak pulang bersama anak dan isterinya. Terima kasih", kata Dani tanpa sempat orang disebelah sana menyahut.

"Haha, tengah pujuk isteri ke tu bro? Alahh syiannn dia", suara mengekek dari dalam talian itu hanya diendahkan Dani. Balik sana nanti jangan pelik kalau Heyder kena sunat dua kali.

"Nak apa encik langau?", soal Dani, malas. Jari jemari dilihat.

"Nak bagi tips pujuk isteri. Hahaha-",

Panggilan dimatikan oleh Dani tanpa sempat Heyder menghabiskan kata-katanya. Dia tiada rasa ingin membalas mahupun mendengar keanjingan dari Heyder. Lain kali sajalah dia melihat kebodohan lelaki itu. Tu pun kalau dia rasa dia nak tengok.

Mata dipejam cuba untuk tidur. Tetapi perutnya pula tidak memberi kerjasama menbuatkan Dani mengetap rahangnya kegeraman. Mengapalah bala itu wujud?

Dia cuba mengendahkan perutnya yang berkeroncong tanpa mengetahui akibat menahan kelaparan. Dia kebal mungkin. Haha kebal taik dialah.

Akhirnya Dani terlelap diatas sofa ruang tamu. Dia berasa penat dan letih dek kerana perjalanan dari Malaysia ke Indonesia yang memakan masa berjam-jam dan dari Jakarta ke Banten pula mengambil masa 12 jam.

Afifah yang sejak tadi mengintai Dani disebalik pintu bilik ttu menggigit bawah bibirnya perlahan. Rasa bersalah ada. Tapi itulah. Ego.

Dia memghampiri pula almari yang berada dibiliknya sebelum sebijik? Sebuah? Seketul? Bantal dan sehelai selimut diambil. Pintu bilik dibuka. Afifah meletakkan selimut dan bantal itu diatas badan Dani sebelum dia mengejutkan lelaki itu.

Dani yang sedang dialam mimpi dia berjumpa dengan cinderella dan katak itu mendengus perlahan sebelum dia membuka matanya kembali. Tatkala itu, wajah dingin Afifah menyapa matanya.

"Ada apa sayang? Lapar ke?", soal Dani sambil menggosok matanya. Afifah yang melihat terus saja menepis perlahan.

"Tak belajar ke? Jangan gosok-gosok mata tu. Karang buta baru tahu erti menyesal. Ni selimut dengan bantal. Kenapa tak tidur bilik tamu? Badan tu kebal sangat ke?", bebel Afifah, mendatar.

"Risau juga ehh..", Dani tersenyum nakal menadah telinga mendengar wanita itu membebel.

Tawa kecil terletus dibibir Dani apabila Afifah menjeling tajam kearahnya.

Afifah terus saja berlalu pergi meninggalkan Dani sendiri diruang tamu itu manakala Dani hanya menghantar Afifah melalui pemandangan ekor mata saja. Dia kembali merebahkan badannya keatas sofa bersama senyuman dibibir.

Rasa mengantuk dan penat tadi serta merta hilang. Senyuman lebar masih terukir walaupun Afifah hanya memberikan bantal dan selimut. Perlahan-lahan mata ditutup rapat.

****

Usai sarapan pagi, Dani terus saja melangkah masuk kedalam bilik tidur Afifah sambil membawa dulang makanan. Senyuman terukir apabila melihat Afifah yang sedang bermain dengan anaknya itu.

Sebenarnya dia belum sarapan lagi. Dia pergi ke dapur pun cuma ingin menyediakan makanan untuk isterinya. Lepas isterinya makan, barulah dia akan menjamu selera untuk dirinya sendiri.

Hehe. Ibu yang sedang berpantang perlu diutamakan dulu !

"Sayang! Mari makan sup ikan ni", dulang diletakkan disisi meja. Dani mengambil tempat diatas katil dihadapan Afifah. Mangkuk yang berisi nasi bercampur dengan sup ikan itu diambil.

Sudu dicapai sebelum dia menyedok sedikit dan disuakan kemulut Afifah. Afifah menggeleng tidak mahu.

"Makanlah. Sarapan. Nak cepat sihatkan? Ha makan cepat", pujuk Dani, lembut.

"Saya nak makan sendiri", baru saja dia ingin mencapai mangkuk yang berisi nasi dan sup ikan itu, Dani lebih pantas menaikkan mangkuk tersebut.

"Tak boleh. Biar aku suap kau. Dah lama dah aku tak suap baby besar aku ni", kata Dani masih dengan nada yang cukup lembut.

Afifah mendengus sedikit sambil melarikan pandangannya kearah yang berlainan.

"Saya masih ada tangan. Saya boleh makan sendiri", katanya, mendatar.

"Nak makan atau nak kena paksa balik Malaysia? Pilih", suara Dani bertukar menjadi kedengaran cukup tegas. Afifah merengus lagi sebelum dia menbuka mulutnya.

Dani tersenyum manis sambil menyuapkan nasi kedalam mulut isterinya itu. Beberapa minit kemudian, barulah mangkuk tersebut mula kosong.

"Minum ni", air masak dihulurkan kearah Afifah. Wanita itu hanya menyambut dan meneguk perlahan.

"Baby makan apa?", soal Dani sambil memandang kearah manusia kecil yang sedang berbaring diatas katil itu.

"Pisang. Ambil pisang dengan mangkuk yang berisi air masak", Dani mengangguk seraya melangkah keluar dari bilik.

  Setelah selesai memberi makan kepada dua makhluk kesayangan Dani, lelaki itu terus saja berjalan mendekati almari baru yang telah disediakan khas untuk anak mereka.

Pintu almari dibuka. Dani menggaru kepalanya yang terasa gatal apabila dia sendiri tidak tahu apa tujuannya membuka almari itu. Sah dia sudah menjadi bodoh sepenuhnya.

"Awak tenung apa? Saya suruh ambil tuala baby, alat mandi, pakaian dan pampers je, kan?", suara halus milik Afifah yang menegurnya itu membuatkan Dani tersengih sumbing menutup malu.

"Baru ada anak seorang dah nyanyok. Tak apa, tak apa. Teruskan menjadi pelupa", Luthfi Afif yang sejak tadi memerhati menganggukkan kepalanya mengerti. Abang adik sama je tiga-tiga. Menyakitkan hati orang number satu.

Dani sekali lagi tersengih seperti orang bodoh. Dia menghampiri katil sebelum segala barang yang dibawanya tadi diletakkan diatas katil. Baby diambil dengan penuh berhati-hati.

"Mandikan dia. Jangan tenggelamkan dia pula. Memang mati awak saya kerjakan", jelas Afifah masih bernada mendatar. Dani hanya mengangguk saja.

Setelah selesai dan memakaikan pakaian buat baby, Dani menoleh kearah Afifah yang sedang bangun dengan perlahan-lahan.

"Ni pun nak kena mandikan juga ke?", soal Dani, mengusik. Lengan wanita itu dipegang ingin membantu namun Afifah menarik lengannya kembali.

"Pergi balik", arahnya, dingin.

Entah kali keberapa Dani perlu mengeluh sebelum wajah diraup perlahan.

"Sayang, aku cuma nak tolong kau je", lengan wanita itu sekali lagi dipegang.

"Saya kata pergi balik. Itu pun tak faham ke?", Dani mendengus perlahan. Jari jemarinya naik memicit pelipisnya yang terasa sakit.

Kedebuk!

Afifah yang baru saja ingin melangkah masuk kedalam bilik air itu terus saja menoleh kebelakang semula apabila terdengar bunyi sesuatu jatuh.

"Dani!",

Tbc
[1368 words]

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top