MHMM : Bab 70
"Aku pulang ke tanah air Indonesia adalah untuk melarikan diri dari kau."
*******
"Nak kemana, bro?", soal Syam yang berada diruang tamu sambil bermain dengan anak perempuannya. Warhani Haysha.
"Bbabaa..",
"Aip, jangan makan", mainan yang baru saja mahu disumbat kedalam mulut itu ditarik menjauhi wajah anak kecil itu. Semua benda dia nak makan !
Dani menghampiri sofa diruang tamu bersebelahan dengan Syam. Hairan dia melihat gadis kecil itu boleh berada dirumah mereka. Bukankah ayahnya Wardah tidak membenarkan Syam berjumpa dengan anaknya sendiri?
"Aku nak keluar", jawab Dani, mendatar. Dia hanya memandang kearah Syam yang sedang melayan karenah kanak-kanak berumur tiga tahun itu. Tampak lebih matang jika dia bicara dengan anak kecil. Tetapi tampak sial apabila bicara dengan member.
"Keluar kemana?", soal Syam, ingin tahu.
"Hospital. Jenguk anak bini", jawab Dani, tanpa nada. Syam berkerut dahi memandang kearah Dani.
"Pergi hospital?", Dani mengangguk. Syam hanya mendiamkan diri. Bukan ke Afifah dengan anak lelakinya sudah keluar dua hari yang lalu? Dani tidak tahu kah?
"Kenapa bro?", soal Dani, hairan. Yelah, dari tadi dia memerhati Syam yang berkerut dahi setelah dia menjawab pertanyaan lelaki itu. Kenapa? Ada benda yang tidak kena kah?
"Err.. k-",
"Dii.. dadii..", panggilan dari Warhani itu menghentikan kata-kata Syam. Dia menoleh kearah anaknya itu.
"Syuuhh.. ma mamam", kata Warhani, comel.
"Mamam? Daddy tak masak lagilah. Hani makan air liur Hani jelah", Dani menggeleng. Bangang apa Syam ni?
"Issss nak mamam... aaaaa myy", Warhani didukung paras dada seraya Syam bangun dari duduknya.
"Ya, ya. Nak mamam lah ni", Syam terus saja berlalu pergi meninggalkan Dani seorang diri.
Dani hanya memerhati saja sebelum dia turut bangun dari duduknya dan melangkah ke pintu utama dan berlalu pergi sambil memandu kereta milik Syam. Kata Wardah, jika Syam sedang menjaga Warhani, jangan benarkan lelaki itu pergi kemana-mana. Jadi dia hanya menurut saja dengan cara merembat kereta lelaki itu dan merosakkan terus. Tak mengapa, dia kaya.
Kereta Ferrari milik lelaki itu dibawa laju melepasi lampu merah. Masalah kau ke masalah aku?
Dah mampos nanti jangan buat video guna lagu basuh mulut guna sabun pula. Nanti kami pakat jawab 'masalah kau ke masalah aku?'
Sekian.
Dani hanya menggeleng saja bersama riak yang tenang. Kereta dipandu laju ingin cepat sampai ke Hospital 'Athi The Comel Hospital',
Dia akui bahawa pemilik hospital itu sememangnya comel dan cantik. Sangat sesuai dengan nama hospital. Layanan nurse dia pun macam nak gaduh saja.
Kereta diparkingkan dikotak parking hospital tersebut. Kemas mengikut warna kereta. Pelik? Tidak. Sangat teratur mengikut besar dan ketinggian.
Kaki panjangnya melangkah memasukki kawasan hospital yang besar itu. Riak dingin dan tenang dipamerkan dan dia terus saja melangkah kearah lift yang berada berdekatan dengan lobby.
Lift pun.. hm.. macam dah nazak je..
Dani menghela nafas kecil sambil menunggu ketibaan tingkat 10. Tinggi? Dia sendiri tidak tahu mengapa hospital itu tinggi setinggi alam.
Okey i'm just joking, babe.
Tingkat tiga ditujui olehnya sebelum ward yang patut didudukki isteri dan anaknya itu dihampiri.
Pintu bilik dibuka. Berkerut dahi Dani apabila bilik itu sudah kosong tanpa penghuni. Segala barangan juga sudah tiada membuatkan dahi Dani semakin berkerut-kerut. Jelas kelihatan hodoh.
Dani melangkah keluar dan menuju ke kaunter tingkat tiga itu. Dua orang nurse yanh sedang menjaga kaunter itu mendongak memandang Dani bersama senyuman ramah.
"Pesakit dibilik ward VVIP A 001 tu kemana ya?", soalnya bernada mendatar. Kunci kereta yang berada ditangannya diletakkan diatas meja kaunter.
"Kejap ya encik, bagi saya check dulu", Dani mengangguk faham. Mata dililar memandang sekeliling.
"Pesakit yang bernama Laura Afifah dah discharge dua hari lepas pada pukul 9 malam", jelas nurse tersebut. Dani tercenggang. What the--
"Siapa yang bayar?", soal Dani, ingin tahu.
"Bayaran atas nama encik Luthfi Afif", Dani mengangguk. Dia pernah berjumpa dengan lelaki itu ketika akad nikah dan majlis di Indonesia dulu.
Dia terus saja berlalu pergi sambil tangan menekan-nekan telefon bimbit dan membuat panggilan pada isterinya itu.
Afifah yang sudah berada di Indonesia sambil menidurkan anaknya itu mengalihkan pandangannya kearah telefon bimbit miliknya yang berdering nyaring.
Telefon bimbit dicapai. Nama yang tertera discreen telefom bimbitnya itu membuatkan dia mengeluh perlahan. Dia hanya membiarkan telefon bimbit itu berbunyi tanpa ada rasa mahu menjawab.
Puan Khayda, Afif dan Irfan sudah melarang Afifah untuk pulang ke Indonesia ketika masih pantang dan baby yang baru lahir. Tetapi Afifah yang berdegil ingin pulang ke Indonesia dengan menaiki jet pribadi milik Arika.
Tidak lama kemudian, telefon bimbit miliknya berhenti dan kembali berbunyi membuatkan dia dengan terpaksa menolak panggilan tersebut dan mematikan telefon miliknya.
Dani mendengus kasar apabila panggilannya dibalas dengan suara wanita robot yang amat dibenci oleh semua orang. Tangan menyeluk poket seluar mencari kunci kereta.
Dia menepuk dahi apabila teringat akan kunci kereta milik Syan berada diatas meja kaunter. Dengan terpaksa dan malas dia melangkah semula kearah hospital tersebut.
Sambil-sambil itu dia mencari jejak isterinya melalui telefon bimbit. Tanpa sedar, dia terlanggar seseorang yang sedang kelam kabut ingin berlalu pergi.
Mereka berdua terjatuh serentak. Dani mendengus lagi. Ya Allah mengapalah bala itu wujud?!
"Aduhh.. m-maaf.. eh? Dani?",
Dani mendongak memandang kearah si gerangan. Ha bagus, aku dah jumpa jawapan. Tak adalah susah susah nak mencari.
"Kau tahu tak Afifah kemana?", soal Dani pada Rose yang sudah bangun dari jatuh. Dia juga turut melakukan perkara yang sama.
"Dia tak bagitahu awak ke? Dia dah balik Indonesia", jawab Rose, lembut. Mata dililar memandang sekeliling mencari kelibat seseorang.
"Balik Indonesia?", soal Dani bersama dahi yang berkerut seribu. Rose mengganguk.
"Haahlah, balik Indonesia semalam", kata Rose, tenang. Dani mengeluh perlahan.
"Okey terima kasih. Eh kau cari Heyder kan? Aku nampak dia dekat bawah tadi", Dani terus saja berlalu pergi ingin mengambil kunci keretanya kembali.
Rose hanya mengangguk dan turut berlalu pergi dari situ.
*****
Bagasi ditarik kasar sebelum dimasukkan kedalam but kereta. Anak buah Syam menunduk hormat pada orang atasannya itu. Riak masing-masung serius dan dingin.
Pintu kereta ditutup sebelum kereta yang dipandu oleh anak buah Syam itu mula bergerak laju meninggalkan kawasan lapangan terbang tersebut.
Dani memandang keadaan sekeliling di Jakarta itu sebelum perlahan-lahan matanya terpejam untuk tidur kerana perjalanan dari Jakarta ke Banten mengambil masa sebanyak 12 jam kerana di Banten tiada lapangan terbang.
Mata dicelikkan setelah berjam lama dia tidur. Mata merenung ke cermin tengah didalam kereta tersebut melihat wajah mamai nya.
"Berapa lama dah aku tidur?", soal Dani, mendatar.
"Tiga jam, Sir", balas si pemandu.
"Ouh. Lamanya", Dani menyandarkan badannya keseat kereta. Perutnya terasa lapar. Namun, dia tidak mahu melengahkan masa kerana dia harus cepat memujuk isterinya itu.
"Sir nak makan dulu?", soal anak buah Syam yang berada disebelah pemandu.
"Tak mengapa. Bawa aku ke destinasi terus", mereka mengangguk dan terus saja mendiamkan diri.
Setelah berjam-jam mereka menaiki kereta untuk ke Banten, akhirnya mereka telah tiba disebuah rumah kampung setingkat. Dani menyuruh anak buahnya untuk pulang dahulu dan meninggalkan bagasi miliknya.
Dani menarik nafas dalam sebelum perlahan-lahan dihembuskan semula. Terasa juga gementar untuk berhadapan dengan ibu mertuanya kerana setelah kejadian, dia tidak bertemu langsung dengan ibu mertuanya itu.
"Ass-",
"Abang?", Dani menoleh kearah si pemanggil sambil menjungkit keningnya. Irfan yang baru saja turun dari basikal itu dilihat.
"Abang buat apa kat sini? Nak jumpa kakak ke?", soal Irfan dengan nada yang mendatar. Perlahan Dani mengangguk meng'iya'kan.
"Kakak ada dekat dalam. Abang masuklah. Biar Irfan bawakan barang abang tu", Dani menggeleng seraya mengambil semula bagasi miliknya.
"Biar abang bawa barang abang sendiri", senyuman tipis diukir buat adik iparnya itu. Irfan hanya mengangguk saja dan naik keatas diikuti Dani dibelakang.
"Assalamualaikum..", serta merta semua yang berada diruang tamu itu menoleh kearah Irfan dan Dani yang baru saja melangkah masuk.
"Dani..".
Tbc
[1250 words]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top