MHMM : Bab 69
"Melepaskan kau adalah satu perkara bodoh yang aku lakukan sepanjang hidup aku."
*****
Wajah yang sudah basah dengan air mata itu direnung dengan renungan sayu. Anak mata cuba dicari mencari kejujuran dan keikhlasan dari diri wanita itu.
Afifah mengalihkan pandangannya kearah yang berlainan tatkala sepasang mata hitam milik Dani sedang mencari anak matanya.
"Lepaskan saya, itu je. Saya tak nak hidup dalam dosa lagi. Cukuplah dosa membunuh saya dulu belum dihabiskan lagi. Saya tak nak tambah dosa derhaka dengan suami pula", Afifah menyeka air matanya yang laju saja mengalir.
"Saya tahu, seorang isteri perlu sentiasa ada disisi suami. Jadi saya nak awak lepaskan saya je. Saya tak nak hidup dalam kebencian lagi. Jangan risau, saya takkan halang awak untuk berjumpa dengan anak kita", sambung Afifah lagi. Mereka berdua kini berada di taman yang berada dihospital mewah itu.
Baru lepas bersalin dah gatal nak berjalan.
"Aku tak akan lepaskan kau", tegas Dani sambil matanya memandang kearah wajah kemerahan Afifah.
"Kenapa? Saya tak nak hidup dalam kebencian lagi. Saya tak nak hidup dengan dendam. Saya nak bebas dari semua tu", dengan berani Afifah menentang anak mata milik suaminya.
Dani menghela nafas kecil sebelum dia menghampiri Afifah yang sedikit jarak dengannya. Baru saja dia ingin meraih tangan tersebut, Afifah terlebih dahulu mengelak.
"Siapa kata aku benci kau? Siapa kata aku berdendam dengan kau?", soal Dani dengan nada yang sepertinya merayu.
"Aku tak pernah pun untuk berfikir nak benci kau. Dendam? Lagilah. Aku tak sengaja marah kau masa tu. Masa tu aku terlampau kecewa dan marah dengan kau sampai aku tak sedar apa yang aku buat. Senang kata, aku dalam luar kawalan", sambung Dani sambil tangan mengusap pipi Afifah yang sudah kemerahan.
Air mata wanita itu diseka lembut. Air mata yang paling dia benci.
Afifah hanya mendiamkan diri tanpa ada rasa mahu membalas kata-kata Dani mahupun tindakkan Dani. Dia hanya memandang kearah yang berlainan sebelum tangan kasar yang menyentuh wajahnya itu ditolak lembut.
"Saya masih dengan pendirian saya supaya awak lepaskan saya", kata Afifah sebelum dia bergerak pergi dengan perlahan. Baru lepas bersalinkan.
"Afifah..", panggil Dani, sayu. Dia hanya memandang pemergian Afifah dengan mata yang berkaca-kaca. Tanpa sedar air matanya juga turut mengalir.
Tangan terus saja menyeka kasar air matanya yang galak mengalir. Bibir diketap menahan tanggisan dari terkeluar dari bibirnya. Dia sendiri keliru dengan dirinya.
Dia masih cinta dan sayangkan Dani. Tetapi dalam masa yang sama, dia takut untuk kembali kepangkuan lelaki itu. Jadi keputusannya adalah, mereka bercerai.
"Kau?!",
"Kau?",
Afifah menayangkan riak terkejut. Begitu juga dengan lelaki tersebut. Masing-masing bagai terkelu lidah ingin berkata-kata.
"Wait, kau.. kau mengandung ke Fif?", soal Aisy apabila melihat perut wanita itu sedikit membuncit. Wajah yang sedikit terkejut itu semakin hodoh kerana terkejut untuk kali kedua.
Afifah memalingkan wajahnya kekiri sekali gus mengelakkan matanya dari bertembung dengan Aisy.
"Terima kasih sebab belanja saya. Saya pergi dulu", kata Afifah ingin melangkah pergi. Namun, tangan Aisy lebih pantas menahan lengan yang berlapik itu dari melangkah pergi.
"Kemana kau pergi hah? Kau tak tahu ke yang Dani tengah cari kau sekarang ni? Tapi seriuslah kau mengandung?", Afifah yang duduk dihadapannya sambil menjamu selera itu mengangguk perlahan.
"D-dani cari aku? Untuk apa?", soal Afifah, perlahan. Jantungnya berdegup kencang. Lelaki itu ingin membunuhnya kah?
Semakin seram pula dia mahu berjumpa dengan lelaki itu. Readers yang nak maki tu mohon bersabar. Fikiran perempuan mengandung memang macam tu.
"Kau kan isteri dia. Mestilah dia cari kau. Kau dah kenapa ni macam takut-takut je? Kalau kau nak takut pasal kejadian haritu, kau lupakan jelah. Kami dah lupakan. Tapi aku tak tahulah Dani", jelas Aisy, tenang.
"Berapa bulan tu?", soal Aisy, ingin tahu. Dia mengukir senyuman tipis. Mujur dia terasa ingin makan icekrime satu ringgit MCD itu. Jika tidak, mungkin dia tidak tahu tentang keberadaan Afifah.
"Empat. Empat bulan", balas Afifah, mendatar. Ayam digigit selera.
"Selamani kau ke mana?", soal Aisy lagi.
"Indonesia. Rumah mak", Aisy mengangguk sambil mata memandang kearah Afifah yang sedang makan itu.
Telefon dikeluarkan ingin menelefon Dani untuk memberitahu berita tersebut. Namun, tangan Afifah lebih laju menahan. Aisy nenoleh kearah Afifah dengan kening yang dijungkit menyoal.
Afifah menggelengkan kelalanya bersama minik muka sayu. Perlahan-lahan tangan Aisy dilepaskan.
"Aku tak nak Dani tahu tentang aku", kepala digelengkan beberapa kali tanda tidak mahu. Bertambah kerutan didahi Aisy.
"Kenapa pula? Dia kena tahu pasal kau ni", balas Aisy tidak santai.
"Tak mengapa. Aku tak nak dia tahu apa-apa pasal aku. Biarlah suatu hari nanti, dia tahu semuanya sendiri. Janji jangan bagitahu dia, please..", jawab Afifah, merayu.
Aisy memghela nafas panjang sebelum dia menganggukkan kepalanya tanda mengerti. Telefon bimbit miliknya dihulurkan.
"Kau tukar number, kan? Meh num baru",
****
Ktak!
Pintu bilik wad dibuka dari luar menyentakkan Afifah yang sedang menyusukan anak lelakinya. Dia mendongak memandang si gerangan. Senyuman tipis terukir memandang kearah Arika dan kawan-kawannya.
"Ganggu ke?", soal Wawa, perlahan. Mata dilarikan dari memandang kearah mata Afifah. Dia dan Amira masih rasa bersalah terhadap apa yang terjadi beberapa bulan yang lalu.
Afifah menggeleng kecil. Anaknya yang sudah siap menyusu itu ditepuk perlahan bahagian punggung supaya bersendawa. Setelah selesai, barulah dia meletakkan anaknya ditempat yang telah disediakan.
"Ada apa, Rika?", soal Afifah memandang wajah sepupunya.
"Ibu, Abang Afif, Kak Jes dan Irfan dalam perjalanan ke hospital", jelas Arika. Dia mampu bercakap dalam empat bahasa iaitu, Malaysia, Indonesia (sunda), Inggeris dan France. Begitu juga Afifah.
"Okey", balas Afifah menganggukkan kepalanya.
"Yang korang berdua ni ada apa pula?", soal Afifah memandang dua orang kawannya itu.
"Kami...", Wawa dan Amira berpandangan seketika. Terasa suara mereka seakan-akan tenggelam. Tidak mampu berkata-kata.
Afifah berkerut dahi memandang dua orang kawannya itu.
"Kami?", celah Afifah.
"Kami nak minta maaf sebab tinggalkan kau dulu..", kata Amira, perlahan. Wajah ditundukkan.
"Yep. Aku minta maaf pasal tu. Aku sedar yang sepatutnya aku tak tinggalkan kau sendirian masa kau dalam kesusahan dulu", kata Wawa pula.
"Lah, benda dah lama, kan? Tak payahlah nak kenang lagi. Aku dah lama maafkan korang lagipun waktu tu kan cuaca aku dengan Mira tak berapa baik. Tak mengapa, aku faham", Afifah mengukir senyuman manis menjawab.
Amira dan Wawa berpandangan.
"Betul ke?!", soal mereka berdua. Serentak.
Afifah mengangguj meng'iya' kan. Tidak lama kemudian, badannya terasa dipeluk dari dua sisi.
"Huwaaa sayang kau!", Afifah berkerut dahi.
"Lepaslah gila. Sakit ni", cepat-cepat mereka berdua melepaskan pelukkan sambil tersengih tidak bersalah.
"Maaf",
Tok! Tok! Tok!
Serentak mereka bertiga memandang kearah pintu yang diketuk seseorang itu sebelum dibuka dari luar.
Dani menjengahkan kepalanya dahulu bagi melihat sekeliling sebelum matanya tertancap pada empat orang gadis yang berada berhampiran katil.
"Ganggu ke? Maaf", baru saja dia ingin menutup kembali pintu ward VVIP tersebut, suara mereka kedengaran dari dalam.
"Ganggu!",
"Tak!",
Arika hanya mendiamkan diri memandang kearah Afifah yang mengungkapkan 'ganggu' manakala dua orang lagi itu menjawab 'tak'. Dia menggeleng kecil. Pening aku begini.
Dani menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia masih berdiri statik dihadapan pintu dengan riak bersalah.
"Masuk je. Tak ganggu pun sebab kami dah nak pergi ni", Amira terus saja menarik lengan Wawa dan Arika untuk keluar dari ward VVIP tersebut.
Pintu ditutup rapat memberi ruang pada pasangan tersebut.
"Aku dah ada calon. Tinggal kahwin je", Wawa memegang kedua belah pipinya dengan mata yang bersinar-sinar.
"Eleh, dia nak ke dekat kau?", soal Amira, sinis.
"At least aku dah ada seseorang yang bakal dijadikan suami. Kau dengan Rika? Single? Buuu single", ejek Wawa bersama senyuman mengejek. Dia kenudian ketawa mengekek dihadapan ward tersebut.
"Gue juga udah jumpa jodoh anjir", balas Arika, dingin. Dia mengkemam bibirnya perlahan menahan dari mengukir senyuman apabila teringatkan seseorang.
Kaki dihentak kecil sebelum dia menutup wajahnya dan mengambil tempat dikerusi menunggu. Amira dan Wawa hanya memerhati.
"Gila", Wawa memandang kearah Amira pula meminta jawapan.
"Apa? Aku? Aku tunggu ada manusia yang sudi ambil aku jadi isteri dia. Ha kahwinlah aku. Tu pun kalau dia kental layan aku", jawab Amira, mendatar. Bahu dijungkit.
"Malangnya orang tu", kata Wawa menggelengkan kepala.
Suasana sunyi sepi didalam ward VVIP itu. Afifah hanya mendiamkan diri sambil merenung wajah lena anak lelakinya manakala Dani hanya memandang keluar tingkap.
"Kenapa awak tak balik lagi? Pergi baliklah siapkan apa yang patut untuk dibawa ke mahkamah nanti", suara mendatar Afifah kedengaran memecahkan kesunyian.
Dani mengeluh perlahan seraya menghampiri tempat yang telah disediakan untuk baby yang baru dilahirkan. Pipi tembam kemerahan anaknya itu dielus lembut. Langsung tidak menghiraukan kata-kata Afifah.
Anak mata anaknya itu mengikuti anak mata isterinya. Hazel bercampur coklat. Manakala wajahnya pula mengikuti jenetik dirinya.
"Dani, i'm talking to you",
"Diam, sayang. Kan aku dah kata yang aku tak akan lepaskan kau", dengan tenang Dani membalas. Matanya ralit memandang wajah anaknya itu.
Dani memandang pula kearah Afifah yang turut memandang kearah anak mereka sebelum dia menghampiri tubuh tersebut.
"Sayang.. I miss you so much..", dahi dan pipi Afifah dikucup bertalu-talu melepaskan rindu.
Afifah hanya mendiamkan diri. Tipulah jika dia juga tidak merindui suaminya itu. Namun entah mengapa terasa berat hatinya ingin membalas tindakkan suaminya.
Tbc
[1478 words]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top