MHMM : bab 66✔️

"I will find you everywhere sweetheart.."
******

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, tahun berganti- woi jauh gilak!

Hari berganti hari. Kini, sudah sebulan berlalu. Sunyi. Tiada khabar dari pihak masing-masing. Mereka seolah-olah tidak ingat tentang kewujudan diri mereka. Entah sedar atau tidak, usia kandungan Afifah kini telah mencecah lima minggu.

Pen dimainkan sambil kaki digoyangkan lagaknya seorang boss. Sekarang sudah menjadi penganggur. Aku menganggur pun duit tiap bulan masyuk. Kau?

"Mana yang sakit? Sini aku tengok", Afif melangkah kearah ruang tamu rumah ibunya itu sambil tangan membawa sesuatu.

"Along, angah sakit tekak", adu Afifah, manja. Afif menjungkit kening sebelum dia duduk dihadapan adik perempuannya itu.

"Angah nak makan apa?", soalnya sudah mengagak apa yang ingin diminta oleh adiknya itu.

Afifah tersengih kecil sebelum dia memainkan jari jemarinya sesama sendiri. Takut pula abangnya itu marah.

"Nak..", bibir digigit. Dia tahu permintaannya ini mengarut. Tapi..

"Angah nak makan laksa Johor", Irfan yang baru selesai mandi itu mencelah. Tangan sibuk mengelap rambutnya yang basah. Remote tv ditekan sebelum dia mengambil tempat disebelah kakaknya.

"Tak ada benda lagi susah ke yang angah nak minta?", soal Afif, mendatar. Wajah diraup perlahan. Sabar sajalah.

"Ada, ada", Afif dan Irfan menjungkit kening.

"Angah nak aiskrim yang dekat Korea tu", mintanya seolah-olah Korea itu disebelah rumah makcik dia.

Damn!

Ambil balik bini kau ni Dani!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Badan yang lenguh itu disandarkan pada kerusi kerjanya. Kepala yang terasa sakit itu dipicit perlahan. Jika dulu ketika dia lenguh badan ada yang mengurut dirinya, kini tidak lagi. Dia hidup sendiri.

Kembali pada zaman bujang. Okey joke.

Mata dicelikkan kembali. Komputer riba yang bercahaya itu dipandang kosong. Kenapa banyak sangat kerja ya?

Segala fail dan kertas ditolak ketepi meja sebelum dia merebahkan kepalanya keatas meja. Mata kembali dipejam. Entahlah. Dia seperti tiada hala tuju. Patutkah dia menamatkan hidupnya?

Kunci kereta dicapai bersama wallet dan telefon bimbit. Kaki terus saja melangkah keluar dari pejabatnya. Kaki diatur kearah bilik yang berhampiran dengannya.

Tok! Tok!

"Masuk!",

Pintu dibuka. Dani memandang kearah Syam yang sedang membuat kerja itu sebelum tempat kosong dihadapan meja kerja Syam diambil.

"Yes?", Syam menyoal tanpa memandang Dani. Tangannya ligat menaip sesuatu dipapan kekunci.

"Aku nak balik awal, boleh tak?", pen yang berada diatas meja kerja Syam dicapai sebelum dipusingkan dijari jemarinya.

"Kerja dah siap ke?", soal Syam masih tidak memandang wajah Dani.

Perlahan Dani menggelengkan kepalanya.

"Kenapa nak balik awal pula?", soal Syam, hairan. Pen diletakkan diatas meja sambil badan disandarkan dikerusi. Mata memandang kearah Dani yang sedang duduk dihadapannya itu.

"Aku tak sedap badanlah", adunya, tenang.

"Hah yelah, pergilah balik sana", Dani mengangguk dan melangkah keluar dari pejabat Syam. Sebenarnya dia tidaklah sakit mana. Tapi entah mengapa dia terasa mahu pergi Johor pula.

Kunci kereta dimainkan dijari telunjuknya. Jam ditangan dilihat. Sudah pukul dua petang. Cuaca yang panas terik itu membuatkan Dani mengeluh.

Enjin kereta dihidupkan sebelum kereta miliknya bergerak laju membelahi jalan raya. Ada masa sikit. Apa kata dia mencari keberadaan isterinya?

Hala tuju ditukar menuju ke kawasan perumahan dua tingkat yang agak mewah sebelum kereta yang dipandu olehnya berhenti disebuah rumah yang agak cantik dan mewah.

Nadwa Wanesya yang sedang menyapu ruang tamu itu menoleh kearah tingkap disebelah pintu masuk apabila telinganya dapat menangkap bunyi enjin kereta mati. Tudung dicapai sebelum dia menjengahkan sedikit kepalanya.

Naufal dah sampai ke? Cepatnya kata pukul empat nanti.

Seseorang melangkah keluar dari kereta itu membuatkan dahi licin Wawa berkerut. Dah kenapa jantan ni mai datang rumah aku pula ni?

Pintu dibuka dari dalam. Wawa melangkah keluar dari rumahnya menuju kearah Dani. Sempat dia menyarungkan selipar dikakinya.

"Ada apa?", soal Wawa tanpa banyak songeh. Penyapu ditangan masih dipegang.

"Afifah ada?", soal Dani bernada dingin. Kaca mata hitam dimatanya dibetulkan.

Wawa yang mendengar pertanyaan Dani itu berkerut dahi. Pagar dibuka sambil matanya melilar memandang sekeliling.

"Afifah? Bukan dia dengan kau ke?", soalnya, pelik. Giliran dahi Dani pula berkerut hairan.

"Mana ada. Dia dengan kauorang kan", Wawa menggeleng dengan riak yang kehairanan. Sudah lama dia tidak berhubung dengan Afifah,

Dani meraup wajahnya kasar sebelum dia mengeluh panjang. Mata dipejamkan seketika.

Ktak!

"Kemana Afifah, huh?", soal Wawa, dingin. Penyapu digenggam kuat menahan marah.

"Manalah aku tahu. Aku pun tengah cari dia sekarang ni", balas Dani, mendatar. Pintu kerta dibuka sebelum dia menerobos masuk kedalam kereta dan berlalu pergi tanpa mengucapkan terima kasih. Cilaka betul dia ni tak ada adab.

Kereta yang dipandu oleh Dani itu begerak laju menuju ke negeri Johor. Dia terasa ingin makan laksa Johor jadi dia perlu tunaikan permintaan anak tekaknya. Anak tekak ya, bukan anak dia.

Wajah dikibas menggunakan tangannya apabila cuaca panas terik memancar mengenai wajah kacaknya.

Kedai laksa terkenal di Johor itu direnung sebelum dia melangkah mendekati kaunter bayaran dan membuat pesanan. Sementara menunggu pesanannya disiapkan, matanya dililar memandang sekeliling kedai itu.

Tidak lama sebelum matanya tertancap pada susuk tubuh seseorang yang sedang menggalas bag dengan kaca mata hitam yang tersarung elok dimatanya. Gadis itu tidak perasan akan dirinya.

Dia seperti pernah lihat wajah gadis itu. Tapi dimana ya? Terasa samar-samar diotaknya.

"Encik..", Dani tersentak. Dia menoleh ketepinya bagi melihat gerangan yang menegurnya. Duit terus saja dihulurkan pada pekerja tersebut dan dia berlalu pergi setelah menerima duit baki.

Fikirannya tidak habis memikirkan tentang gadis tadi. Dia yakin dia mengenali gadis itu dan gadis itu juga mengenali dirinya. Tetapi dia lupa. Biasalah, manusia.

Tanpa sedar, sepasang mata berwarna coklat itu merenung tajam kearah kereta Dani yang sudah bergerak laju meninggalkan kawasan kedai itu. Telefon bimbit dikeluarkan.

"Gue ketemu suami lo",

Arika Natalia terus saja menamatkan panggilan sebaik saja dia berkata. Dia tahu bahawa Dani perasan akan kehadirannya kerana dia sudah lama perhati lelaki itu.

Jam tangan dibelek. Dek kerana kejadian dihotel tadi, dia telat untuk ke airport. Sudahlah masanya semakin suntuk untuk pulang ke Indonesia. Bala.. bala..

+

Dani menumpukan sepenuh perhatiannya pada screen komputer riba. Dia sedang mencari keberadaan isterinya ketika mempunyai masa yang terluang. Sambil-sambil memikirkan siapa gadis yang telah dijumpai olehnya beberapa bulan yang lepas.

Bulan?

Ya. Sudah dua bulan berlalu dan dia langsung tidak menjumpai jejak isterinya itu.

Pen diketuk-kaeuk ke kepalanya cuba mengarahkan supaya otak berfungsi. Tidak lama sebelum matanya menbulat.

Dia sudah ingat!

Arika! Sepupu isterinya. Dia memicit dahinya perlahan. Bermakna isterinya masih berada di Malaysia, kan?  Tak. Kemungkinan waktu dua bulan lepas isterinya berada disitu. Berdekatan dengannya.

Jika tidak mengapa gadis psycho itu boleh berada di Malaysia?

Dani memicit kepalanya yang terasa sakit sebelum dia merenggangkan sedikit badannya. Marah? Perasaan marah tidaklah menyelubungi hatinya lagi.

Isterinya itu tidak mahu berjumpa dengan dia kah? Atau wanita itu merajuk terhadap dirinya? Perlahan helaan nafas panjang terkeluar.

Tok! Tok!

"Masuk", pintu bilik Dani dibuka oleh seseorang dari luar. Dani memandang kearah si gerangan tersebut sebelum dia kembali memandang komputer riba.

"Masih tak dapat cari jejak Afifah ke bro?", soal Kai, ingin tahu. Kedua belah tangan dimasukkan kedalam kocek seluar sambil mata merenung kearah screen komputer Dani.

Dani hanya mendengar pertanyaan Kai itu menggelengkan kepala. Rambut diraup kebelakang sambil dia menyandarkan tubuhnya ke kerusi.

"Aku pun tak tahu dah nak cari dia dekat mana. Semua tempat tak ada", Dani mengeluh seraya merauo wajahnya pula.

"Dalam saat macam ni pun kau masih nak mengeluh?", soal Aisy yang turut berada disitu. Dia menyilangkan tangannya kedada sambil mata tidak lepas memandang kearah Dani yang kejap-kejap mengeluh. Kejap-kejap mengeluh. Tiada usaha langsung!

"Aku bukan mengeluh, aku cuma...",

"Cuma apa? Stop it, bro. Menyampah aku tengok kau ni. Penat sikit je mengeluh. Ada masalah sikit je mengeluh. Sampai bila kau nak macam tu?", potong Aisy dengan nada dan wajah yang serius.

Dani terdiam.

"Kau ego Dani! Kau patut cari dia bukan letak seratus peratus kesalahan dekat dia", sambung Aisy lagi. Nadanya mula berubah kendur.

"Habis sekarang ni aku tak cari dialah?", soal Dani, tak puas hati.

"Kau cari sambil lewa. Kerap mengeluh. Tu ke dikira usaha?",

Dani diam. Nak mengeluh lagi tapi nanti kena label sekali lagi. Baik dia mendiamkan diri saja.

Tbc
[1308 words]

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top