MHMM : bab 65✔️
[FOLLOW , VOTE & KOMEN]
•"Apakah dia akan membesar tanpa seorang bapa?"•
_________
PINTU ditutup rapat sebelum di kunci olehnya. Kaki melangkah mendekati meja kerja. Laci ditarik sebelum satu kotak putih yang berada didalam laci tersebut di ambil. Dia menggegam kotak tersebut sebelum dia keluar dari bilik.
Puan Khayda berada diruang tamu sedang menonton TV. Irfan pula sedang sekolah manakala kakak iparnya berada didalam bilik.
Dia melangkah masuk kedalam bilik air. Pintu di kunci. Matanya memandang kearah kotak tersebut sebelum dia membuka kotak tersebut.
Pregnancy test itu di renung. Dia kemudian melihat pula cara-cara memakainya.
Tangan dibasuh, rambut separas bahu itu diikat pony sementara dia menunggu hasil pregnancy test yang mengambil masa kira-kira 2 atau 3 minit.
Setelah dua minit menunggu , Matanya memandang kearah alat tersebut.
" || "
"Pregant"
Afifah menutup mulutnya menggunakan telapak tangan. Matanya berkaca-kaca. Jadi betul lah tekaannya? Dia mengandung?.
"Ya Allah..", pregnancy test tersebut di genggam sambil matanya terpejam rapat. Perlahan-lahan air matanya mengalir melalui ekor mata. Antara perasaan gembira kerana mengandung , atau sedih kerana tiada Dani bersamanya.
Afifah membuka matanya kembali sebelum menyeka air matanya kasar. Tangannya mengusap perutnya yang masih kempis.
"Ibu janji, ibu akan jaga sayang sama macam ibu jaga nyawa ibu. Atau lebih dari nyawa ibu", kata Afifah sambil mengusap perutnya dengan senyuman tipis.
Dia melangkah keluar dari bilik air menuju keruang tamu dan menghampiri sebuah meja yang terletaknya telefon rumah. Pregnancy test masih setia berada dalam genggamannya.
Telefon diambil. Number Dani di tekan dengan tangan yang bergetar. Puan Khayda sudah tiada di ruang tamu. Keluar mungkin.
Lama dia menunggu panggilan supaya tersambung. Beberapa minit menunggu, suara garau kedengaran.
"Hello..",
Afifah memejamkan matanya. Ya Allah.. dia rindu suara ini.. rindu sangat. Air matanya kembali mengalir sambil tangannya semakin erat menggegam alat tersebut.
"Hello. Siapa ni?", suara Dani kedengaran menyoal.
"Oi! Jangan main-main lah!",
Afifah masih mendiamkan diri. Esakkannya sedaya upaya di tahan supaya tidak kedengaran. Ya Allah.. kuatkan lah hambamu ini..
"Okeylah. Tiada orang. Bye",
"Aw-",
Tidak sempat Afifah membalas, Dani sudah menamatkan panggilan. Afifah melepaskan telefon tersebut sebelum dia meletakkan di tempat asal. Dia menangis perlahan sambil tangan kirinya memegang meja supaya menampung badannya.
Manakala tangan kanannya memegang pregnancy test dengan erat. Sakit.
"Fif?", suara Jesica kedengaran memanggil Afifah. Afifah hanya mendiamkan diri.
Jesica menghampiri Afifah sebelum dia memegang kedua belah bahu wanita itu.
"Fif. Kamu kenapa?", soal Jesica risau apabila melihat air mata Afifah mengalir dengan laju.
Afifah tanpa berkata apa terus memeluk tubuh kakak iparnya itu.
"Hey. Kamu kenapa? Punya masalah?", soal Jesica sambil mengusap belakang badan Afifah.
"Kak. A--aku..",
"Iya. Kenapa? Ceritain aja ke aku", kata Jesica , lembut.
"Kak. A--apa anak aku akan lahir tanpa bapa?", soal Afifah dengan tersedu-sedan.
"Hah?", soal Jesica tidak faham.
"Aku hamil kak",
"Hah?! Beneran?! Allhamdulillah!",
Afifah hanya mendiamkan diri. Esakkannya masih kedengaran di ruang tamu tersebut.
"Udah coba hubungin suami kamu?", soal Jesica.
Afifah mengangguk.
"Terus?",
"Aku gak sempat bicara apa-apa soalnya aku takut", balas Afifah sambil menyeka air matanya.
"Assalamualaikum. Hah? Kenapa teteh berdua disini berpelukkan? Udah gak normal?", Irfan berkerut dahi, hairan.
"Waalaikumsalam. Ih! Kok bilang gitu!", marah Jesica.
"Kak, kakak kenapa? Kok nangis sih?", soal Irfan sambil menghampiri kakaknya. Bag sekolah di letakkan di atas sofa.
Afifah dan Jesica melepaskan pelukkan sebelum Afifah menyeka air matanya untuk kali entah ke beperapa.
"Kamu bakal dapat anak keponakkan", kata Jesica bernada lembut.
"Hah?! Seriusan?! Kak Jes hamil lagi?!", soal Irfan terkejut.
"Bukan kakak! Tu Afifah", balas Jesica sambil menunjuk kearah Afifah.
"Hah?! Kakak hamil?! Allhamdulilah Ya Allah", balas Irfan sebelum memeluk kakaknya itu.
Afifah hanya tersenyum tipis sebelum membalas pelukkan Irfan.
[Mr.Hacker Miss Mafia]
Dani termenung memandang telefon bimbitnya. Dia masih berfikir , siapa yang telefonnya tadi?.
"Yow bro! Dah lunch ni! Jomlah!", pintu di buka dengan kasar. Syam melangkah masuk kedalam pejabat Dani.
Dani memandang kearah jam di tangannya sebelum dia mengangguk. Meja di kemas sebelum tangannya mencapai telefon bimbit dan dompet yang berada diatas meja.
Mereka berdua melangkah keluar bersama. Sunyi tanpa sebarang suara dari kedua-dua pihak. Syam sibuk membelek telefonnya. Manakala Dani termenung memandang pintu lift.
Ting!
Bunyi lift kedengaran. Mereka berdua melangkah masuk kedalam lift. Masih lagi diam tanpa sebarang suara.
"Ehem! Memang tak mahu tegur aku yang di belakang ni ke?",
Serentak Dani dan Syam menoleh kebelakang apabila mendengar suara orang. Terkejut mereka berdua di buatnya. Rasanya tadi tiada orang didalam lift ni. Bagaimana lelaki itu boleh masuk pula?
"Lah? Pahal pandang aku macam tu? Aku straight okey. Aku tak gay", kata Heyder sambil berundur sedikit kebelakang sehingga bersandar di dinding lift.
"Sejak bila kau ada disini?", soal Syam masih terkejut.
"Lama sudah. Kauorang yang tak perasan. Sorang main telefon. Seorang lagi tu tengah termenung fikir isteri", selamba Heyder membalas sebelum beberapa saat kemudian dia bersiul-siul buat tidak tahu akan pandangan tajam Dani.
Setelah tiba di tingkat bawah sekali. Mereka melangkah keluar dari lift menuju ke pintu utama.
\\\\\\____//////
"Kau kenapa asyik termenung je?", soal Syam yang sejak tadi perasan akan Dani yang hanya termenung seperti orang tiada otak. Okey gurau je.
"Tadikan. Ada satu no ni call aku tau. Tapi dia diam.. je", bagitahu Dani dengan dahi yang berkerut.
"Lepastu?", soal Aisy .
"Aku panggil and tanya pun dia diam je. So akhirnya aku tutup lah panggilan tu", sambung Dani.
"Number dari mana?", soal Kai.
"Nampak macam number rumah dekat Indonesia", balas Dani mendatar.
"Dahtu? Kau tak detect ke no tu?", soal Heyder sambil menggigit donut.
Dani menggeleng.
"Malas",
Pakk!
"Bodoh", kata Syam , sepatah.
"Indonesia? Kenapa aku rasa tu dari...", ayat Heyder tergantung sebentar. Dia menunjukkan mulutnya tanda dia sedang mengunyah.
Dani dan yang lain menunggu dengan penuh sabar.
"Dari?", soal Syam apabila melihat Heyder sudah selesai mengunyah.
"Saba jap aku haus",
Pang!
"Kau fikir kelakar ke buat tergantung macam tu?", dingin Syam menyoal. Puas hati dapat pukul adiknya itu.
Heyder menggosok belakang badannya yang sakit akibat dipukul abangnya itu sebelum dia menjeling tajam wajah abangnya. Sakit tahu tak!
"Tak payah lah pukul aku !",
"Siapa suruh kau cakap tergantung macam tu", dengan tenang Syam membalas.
"Cakap lah cepat sial!", celah Dani, mendesak.
"Kenapa aku rasa Indonesia tu dari Afifah?", mereka terdiam.
"Mustahil lah. Takkan lah dia nak call aku pula kan. Macam pelik je", balas Dani setelah hampir 3 minit mendiamkan diri. Tangannya naik meraup wajahnya.
"Kau ni, apa cakap macam tu? Kau tak kesian ke biar je dia tunggu kau cari dia?", soal Kai pula.
"Dia yang salah",
"Kau ni bodoh juga ya. Kau lelaki, kenalah mengalah dengan perempuan. Jangan tinggi sangat ego tu", marah Aisy yang tidak cukup berpuas hati dengan tindakkan kawannya itu.
Dani diam sebelum mengeluh perlahan. Satu persatu wajah rakannya dilihat sebelum dia memandang pula kearah luar tingkap. Jalan yang sesak itu menjadi tumpuannya.
"Abang, abang",
"Ya adik", sahut Syam sambil bermain telefon bimbit tanpa memandang wajah Heyder.
"Nak tips supaya rumah tangga kekal, boleh tak?", Heyder memeluk lengan Syam dari tepi. Dia nak ejek Dani sebenarnya.
Syam berkerut dahi seraya meletakkan belakang telapak tangannya kedahi Heyder. Demam ke?
"Dah kenapa?", Amirul, Aisy dan Kai juga turut berkerut dahi melihat tingkah laku Heyder. Hanya Dani saja masih memandang keluar tingkap.
"Nanti aku dah kahwin, aku nak rumah tangga aku tu kekal. Tangga dalam rumah tangga tu pula aku nak hias sikit biar jadi rumah tangga anak-anak", kata Heyder sambil tangannya diawang-awangkan ke udara.
"Entah-entah belum sempat kahwin dah mampos", sindir Dani, sinis. Gurauan? Bagi orang lain mungkin ya.
"Kau ni sejak kena tinggal dengan bini makin menyakitkan hati ya?", soal Syam, dingin. Sempat matanya mengerling kearah wajah Heyder yang sudah berubah riak itu.
"Yang kau nak panas apahal? Aku cakap dekat dia, bukan kau", balas Dani juga dingin.
"Memanglah aku panas! Kau doakan adik aku mati!", marah Syam, berang. Dia terus saja bangun dan melangkah pergi dari situ meninggalkan yang lain. Heyder hanya mengikuti saja langkah abangnya itu.
Mereka hanya memandang pemergian dua orang itu melalui ekor mata.
"Kenapa kau cakap macam tu?", soal Aisy, mendatar. Air disedut perlahan.
"Siapa mula dulu?", soal Dani kembali. Kening dijungkit menyoal.
"Ya aku tahu Heyder start dulu. Tapi janganlah bawa-bawa pasal mati weh, kau tahu kan keadaan diaorang macam mana?", celah Amirul pula. Dani mengeluh perlahan. Mungkin memang silapnya juga. Dia terlampau tertekan dan stress.
Tbc
[1506 words]
Hai dear dear sekalian, saya ada benda nak nasihat pada korang semua tentang sesuatu 'gurauan'
Yes. Bergurau boleh. Tapi ada hadnya, jangan bergurau dengan seseorang pasal isu 'sensitive', scene diatas tu bukan hanya semata-mata tapi untuk memperingatkan bahawa bukan semua gurauan boleh diterima oleh seseorang. Lebih-lebih lagi jika itu tentang isu sensitive bagi orang tersebut.
Sekian dari saya, Author Miss (Mama Gula/ Mama Athi)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top