MHMM : bab 63
[Follow , Vote & Komen]
•Usaha aku untuk melindungi identiti ku sudah terbongkar. Aku jatuh. Antara musuh dan cinta. Antara benci dan sayang•
-Laura Afifah-
******
BANG! BANG! BANG!
Rebah.
Kini semua mata tertumpu pada orang yang telah menembak Raphael. Nurin. Dia manusia terakhir yang menamatkan segala peperangan itu.
Suasana sunyi sepi di kliang kosong itu. Masing-masing terkejut dengan apa yang terjadi. Jelas terpancar wajah kekecewaan di wajah sang suami.
"Sayang?", panggil Dani dengan nada kecewa.
"Hubby...",
"A..apa semua ni?", Hayrie menyoal . Masih dalam keadaan terkejut. Yelah tadikan tak sempat.
"Saya minta maaf..", ucap Afifah , perlahan.
"Kau.. kau ahli Evil Dark Mafia ?. Perempuan yang ceroboh masuk rumah Syam untuk ambil pendrive. Perempuan yang aku jumpa di tempat parking kereta. Perempuan yang pernah berlawan dengan aku selama ni ?", Afifah diam menunduk. Segalanya terbongkar.
"Dan perempuan yang selama ni aku jaga. Aku lindungi ni. Ada lah musuh aku sendiri ? Haha. Seriusly Laura Afifah?", sambung Dani.
"Hubby-",
"Jangan panggil aku macam tu. Aku tak suka", potong Dani dengan dingin. Afifah terkaku seraya air matanya mula bergenang di tubir mata.
"Semuanya sudah selesai. Jom blah. Aku tak nak lama-lama kat sini", celah Hayrie yang sedang memapah Heyder untuk keluar dari kilang kosong tersebut.
"Hubby..",
"Aku tak nak tengok muka kau. Blah dari sini. Aku tak akan teragak-agak untuk bunuh kau Afifah", kata Dani meninggalkan Afifah disitu.
Amira dan Wawa terus meninggalkan Afifah sendirian di kilang tersebut. Membiarkan wanita itu menangis sendirian tanpa ada yang meneman di sisinya sekarang.
Afifah jatuh terduduk disitu dengan air mata yang sudah mengalir deras. Memang dulu dia benci Dani. Kerana Dani adalah musuh EDT. Tetapi sejak dia telah sah menjadi isteri lelaki itu. Perasaan sayang dan cinta tidak dapat di tahannya lagi. Dia akui.
"Saya minta maaf..",
Afifah memejamkan matanya membiarkan air mata jatuh membasahi pipi. Setelah beberapa minit duduk diatas lantai, dia bangun dari duduknya melangkah keluar dari situ menuju kekereta. Mahu kerumah banglo milik Ryyan. Hanya ketuanya itu sahaja yang masih ada untuknya sekarang.
Walaupun Ryyan garang , dingin dan terkadang agak kasar dengan anak buahnya termasuk dirinya. Tetapi lelaki itu sentiasa ada ketika anak buahnya memerlukannya. Tidak kira bila-bila masa.
*****
"Awak...", Ryyan yang sedang bermain dengan Aydan yang berusia 6 tahun itu mendongak memandang Ayna yang sedang berjalan keruang tamu itu.
"Ya sayang. Kenapa?", soal Ryyan kembali bermain dengan Aydan Mikael.
"Afifah datang tu. Dia nak jumpa awak..", bagitahu Ayna, lembut.
"Hah? Kenapa? Penting sangat ke? Kalau tak penting kata jelah saya sibuk", balas Ryyan yang sudah menyambung semula aktiviti bermain dengan anaknya. Hehe merasa jadi budak-budak kejap.
"Tapi dia menangis tadi", kata Ayna lagi. Ryyan berhenti seketika memandang kearah Ayna.
"Dia di mana?", tanya Ryyan, ingin tahu.
"Di tepi kolam sana", Ryyan bangun dari duduknya melangkah ke slide door yang memisahkan antara ruang tamu dan kolam rumah. Aydan yang sedang bermain ditinggalkan bersama Ayna.
Terlihat Afifah sedang duduk di meja bulat dengan kepala yang di letakkan di atas meja. Wajahnya ditutup dengan lengan.
Ryyan berkerut dahi pelik. Jelas lah anak buahnya itu mempunyai masalah sehingga datang kesini mencari dirinya.
"Ada apa?", soal Ryyan yang sudah duduk di salah satu kerusi yang berada di meja bulat itu.
Afifah masih diam tidak mendongak. Beberapa minit kenudian , tanggisan kecil mula kedengaran. Biarlah dia mahu menangis pun. Dia sudah menganggap Ryyan itu seperti abangnya.
Bertambah kerutan di dahi Ryyan. Namun dia tetap mendiamkan diri. "Hey. What's wrong with you?", soal Ryyan, pelik.
"Tuan...", Afifah mengangkat wajahnya. Tangan naik mengelap air mata yang basah di wajahnya.
"Ya?",
"Semuanya dah terbongkar..", Ryyan terdiam. Patutlah.
"Dah tu?", soal Ryyan tak berperasaan.
"D..dia tak nak jumpa saya dah", adu Afifah lagi.
Ryyan mengeluh. Sudah ku duga...
"Afifah. Kan aku dah cakap, dia tu musuh kita. Kenapa kau setuju juga mahu khawin dengan dia ? Walau pun antara EDT dan geng dia tu sudah tiada apa-apa. Aku tetap tak mahu kau khawin dengan dia. Tengok lah sekarang..", kata Ryyan, mendatar.
"T..tapi.. saya tak tahu pun benda ni akan jadi sampai macam ni. Saya sayang dia . Saya cintakan dia",
"Kau nak tahu sesuatu tak?", soal Ryyan , mendatar.
"Apa?",
"Afifah.. memang cinta tu buta. Kau yang benci kan dia pun tiba-tiba boleh jatuh cinta. Kan?",
"Dia akan cerai kan saya ke?". Soal Afifah tiba-tiba yang sudah berhenti menangis.
Ryyan terdiam seketika sebelum menjawab. "Aku tak tahu", balas Ryyan menggelengkan kepala.
Afifah diam. Tidak tahu lagi mahu berkata apa.
"Kau dengan Dark dan Eve masih bergaduh ke?", soal Ryyan setelah setengah minit diam. Afifah mengeluh.
"Saya pun tak tahu lah. Tiba-tiba sahaja kami jadi stranger", balas Afifah, perlahan.
"Tuan, di sini saya dah tiada sesiapa..", adu Afifah , lemah.
"Siapa kata? Afifah kan masih ada Ayna dengan Ryyan", celah Ayna yang baru tiba di situ sambil membawa dulangan berisi minuman.
Afifah hanya tersenyum sedikit dan mengucapkan terima kasih. Ayna membalas dengan senyuman lalu melangkah masuk semula kedalam rumah.
"Saya dah give up dengan semua ni.. s..saya dah tak tahu nak buat apa. Semua masalah datang secara serentak. Masalah lama dah selesai, masalah baru pula muncul", Afifah mengeluh lagi.
"Bergaduh dengan kawan dan anak buah sendiri. Masalah rumah tangga", adu Afifah, lagi.
Ryyan hanya diam melihat Afifah. Cuba berfikir sesuatu.
"Kalau masalah boleh datang secara serentak. Tak mustahil semuanya boleh di selesaikan dengan serentak", kata Ryyan. Afifah mendongak memandang Ryyan.
"Maksud Tuan?",
"Kau boleh selesaikan masalah dengan satu cara. Sebab kau tidak di beri pilihan antara kawan dan suami. Kan?, kau boleh gabungkan masalah pergaduhan ni dan selesaikan dengan satu cara",
"Cara apa?",
"in this situation. Kau cuma boleh lakukan sesuatu yang betul", kata Ryyan.
Afifah diam seketika.
"Kau tak faham ke?", Afifah menggeleng.
"Lakukan perkara yang sebenar. I mean, berlaku jujur. Faham tak?",
"Tapi saya tak menipu", balas Afifah, polos.
"Haih.. kau buat lah sesuatu yang kau rasa betul", kata Ryyan, malas.
"Ouhh", Afifah diam berfikir.
"Tuan. Saya nak minta sesuatu. Boleh?",
"Apa dia?",
"I think... dah tiba masanya untuk saya hentikan semua masalah ni", kata Afifah, mendatar.
Ryyan terdiam sambil menjungkit kening tidak faham.
"Jelaskan. Aku tak faham",
"Saya nak pinjam private jet Tuan, boleh?",
"Untuk?",
"Saya nak keluar dari dunia ni. Saya nak berhenti",
"Kalau itu yang kau mahu.. baik lah. Kau mahu turun di mana?", soal Ryyan, membuka telefon.
"Saya nak balik kampung saya..",
"Kampung mana?",
"Indonesia",
******
Pintu bilik wad yang dihuni Danish di buka oleh Dani. Pintu di rapatkan kembali. Perlahan kakinya melangkah kearah Puan Suraya yang sedang berbual-bual dengan adiknya. Ibunya memberitahu bahawa adiknya yang satu ini demam panas.
"Mommy..", tangan di hulur untuk bersalam dengan ibunya dan mendapat sambutan dengan baik.
"Dokter kata adik tak ada kecederaan serius. Dah boleh kemas barang and berambus dari sini", kata Dani.
"Kenapa kasar sangat ayat kamu ni?",
"Mana lah along tahu. Along cuma ikut je apa yang dokter tu cakap", balas Dani.
Puan Suraya menggeleng. "Mana Afifah?, mommy tak nampak pun dia", soal Puan Suraya yang sedar sejak kejadian semalam , menantunya tidak kelihatan lagi.
Dani mendengus geram sebelum menjawab.
"Biar lah dia. Dia punca semua ni.. selama ni, along jaga dia, lindungi dia, tapi ni dia balas dekat along? Dah buat salah lepas tu lari", balas Dani sambil meraup rambutnya kebelakang.
"Apa cakap macam tu?.. dah along dengan dia berjodoh.. lagi pun, bukan salah dia seorang sahaja. Kamu juga.. kan mommy awal-awal dah pesan.. jangan masuk dunia gelap tu.. kamu degil..",
Dani mengeluh.
"Cari dia semula. Dia tak lari. Tapi kamu yang marah dia, kan?.. perempuan ni sejahat mana pun dia.. kalau dalam masalah, dia perlukan lelaki", kata Puan Suraya lagi. Walaupun macam pelik ayat tu. Tapi tak apa.
"Tapi dia tak sayang kan along pun. Dia tak cinta kan along pun..", balas Dani, perlahan.
"Mana kamu tahu dia tak sayang kamu? Mana kamu tahu dia tak cinta kan kamu?",
"Kalau dia sayang along. Cinta kan along. Dia tak akan khianat along", jawab Dani.
"Along kan tahu dia ahli EDT .. bekas musuh abang Syam. Tapi kan EDT dengan abang Syam dah berbaik. Maksudnya kak Afifah bukan musuh along dah lah.. ", celah Danish yang sejak tadi hanya mendengar.
Dani terdiam.
"Dia sudah jujur dengan kamu kan waktu dekat kilang tu.. kenapa tak percaya kan dia lagi?, pergi cari dia , Dani", kata Puan Suraya pula. Mereka sudah tahu apa yang jadi.
Dani terdiam sebelum mengeluh.
"Nanti jelah Dani fikir",
"Jangan lama-lama. Kesian dia kamu gantung dia tak bertali",
Dani hanya diam sambil duduk bersandar di sofa. Mata di pejamkan..
Tbc
[1573 words]
Kehambaran apekah?!!
Hai assalamualaikum semua. Saja nak cakap. Story ni dah nak tamat. Huhu. Adekah anda semua bersedia menutup tirai 'Mr.Hacker Miss Mafia?'?
Persoalan sekarang ni...
Happy ending,
Or
Sad ending?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top