MHMM : Bab 62
[FOLLOW , VOTE & KOMEN]
•Sudah tiba masanya untuk semua tahu kebenaran, dan sudah tiba masanya untuk aku tunjuk diri aku yang sebenar•
-Laura Afifah-
******
"Kawan kauorang ke?", soal Hayrie pada Dark yang sudah berdiri disebelahnya.
"Entah. Yelah kut", balas Dark acuh tak acuh. Luka dilengannya dibelek. Sial betul buat aku jatuh kat atas batu.
Hayrie hanya diam saja. Jelas telihat gadis itu tertekan dengan situasi namun riak wajahnya masih dikawal. Bagaimana gadis ini boleh bertahan kuat ya?
"Adrianna..", mata Queen berkaca halus. Dia tidak sangka anak buahnya sendiri yang belot dirinya. Lebih-lebih lagi dia sudah menganggap gadis yang muda darinya itu seperti adiknya sendiri.
"Adrianna kenapa kau buat macam ni?", soal Queen perlahan. Jelas kedengaran getaran suaranya.
"Kau tak perlu tanya aku Queen", balas Adrianna, dingin. Dia melangkah mendekati wanita yang masih terduduk dengan kedua belah lengan ditahan oleh anak buah Raphael.
Melihat akan itu, Dark lebih pantas mengacukan riffle miliknya kearah Adrianna. Belum sempat dia melepaskan tembakkan, ada peluru lain mengena riffleny membuatkan senjatanya terjatuh.
Dia menoleh ketepi. Beribu anak buah Raphael dan Adrianna sedang mengacukan pistol kearah mereka membuatkan mereka semua berdecit geram.
"H-hay", Hayrie memegang earpiece miliknya apabila suara lemah Heyder kedengaran.
"Heyder, kau kat mana? Kau okey tak?", soal Hayrie, tegas. Namun terselit nada kerisauan. Namun sunyi. Tiada balasan. Hayrie mendengus perlahan sebelum dia menghampiri Dani.
"Kau nampak bini kau tak?", bisiknya, perlahan. Dani hanya mendiamkan diri.
"Dia ada dekat sini", balas Dani, dingin.
"Mana?", soal Hayrie berkerut dahi. Mata dililar memandang sekeliling.
"Tu",
Plak!
Pipi Queen ditampar kuat oleh Adrianna sebelum mask muka yang menutupi wajah Queen ditarik. Ahli White Eagle membulatkan mata terkejut kecuali Dani yang sememangnya sudah perasan.
"Adrianna!! Aduhh apa kau buat ni sial?!", tengking Eve, cuak. Wajah merah Queen dilihat.
"Kau patut mati! Kau punca aku merana! Kau punca keluarga aku mati!", pipi mulus itu ditampar beberapa kali melepaskan geram. Seiringan dengan air mata yang jatuh.
"Kenapa Queen? Kenapa? Kenapa kau musnahkan hidup aku? Sepatutnya aku yang tanya kau, apa salah aku dekat kau? Apa salah keluarga aku dekat kau?", lirih Adrianna menyoal. Badan Queen ditolak kuat sehingga terlepas daripada pegangan dua orang anak buah Raphael.
"Eh sial", Dani mengacukan pistolnya kearah Adrianna sebelum melepaskan beberapa das tembakkan. Namun anak buah Raphael lebih awal melindungi Adrianna membuatkan Dani berdecit marah.
"Eh sial. Tak mainlah bodoh dalam tahanan. Nak lawan pun bebaskan dia dulu setan!", tengking Dani, kuat. Pistol dicampak ketepi. Mereka yang lain jelas terkejut dengan tindakkan gila Dani. Berani. Berani mati.
Raphael yang sejak tadi mendiamkan diri dan menonton drama itu tersenyum sinis sebelum dia mengeluarkan sepucuk pistol kecil namun sangat berbahaya.
"Kau masih cuba nak lindungi perempuan ni lepas dia dah tikam belakang kau? Tipu kau? Wow", Raphael mengacukan pistol itu ke kepala Queen sambil bibir tidak lepas mengukir senyuman lebar.
"Aku penat nak teruskan drama ni", gumam Queen sebelum dia menyepak kaki Raphael membuatkan lelaki itu terjatuh dan dengan pantas menyepak pula pistol Raphael.
Adrianna tergamam. Belum sempat dia berbuat apa-apa, Queen terlebih dahulu menayangkan tendangan kuat dikepalanya membuatkan dia jatuh tersembam diatas lantai.
"Bangun Adrianna, kau dah cabar aku", Adrianna mengesat darah yang mengalir keluar dari hidungnya dan dia juga turut bangun dari tersembam.
"Aku benci kau Queen! Aku benci kau!", Adrianna berlari mendekati Queen dengan tangan yang memgang erat pistol miliknya. Berdas-das tembakkan dilepaskan kearah Queen sebelum pistol itu terjatuh keatas lantai.
Air mata mereka berdua mengalir bersama secara serentak. Entahlah, rasa ingin membunuh antara satu sama lain itu ada. Tetapi dalam masa yang sama, hati mereka berbelah bagi.
Mungkin kerana wanita itu telah banyak membantu hidupnya? Persahabatan mereka sudah lama terjalin sejak mereka remaja lagi. Tipulah jika mereka tidak saling menyayangi, kan?
"Kenapa?! Kenapa kau buat Semua ni?! Apa salah kitorang Dekat kau! Kau kawan kitorang!Tapi kenapa belot kami?!", teriak Eve yang sedang mengacukan pistol kearah Adrianna. Tangannya penuh dengan darah berserta wajahnya.
Agak menyeramkan apabila wajah yang sentiasa dihiasi dengan senyuman ceria itu kini berubah dengan darah bercampur air mata. Menggigil tangan kecil itu memegang senjata. Dia baru saja lepas membunuh ramai orang.
Adrianna tersenyum sinis dia hanya berdiri ditempatnya tadi tanpa ada rasa mahu membalas kata-kata Eve.
"Aku tak sengaja bunuh keluarga kau, Adrianna, sebab aku nak selamatkan kau", kata Queen dengan wajah yang kepenatan. Dia mengerling sekilas kearah mereka yang lain yang sedang berlawan dengan dengan anak buah dan Raphael.
"Tipu! Untuk apa nak selamatkan aku?! Aku hidup bahagia dengan diaorang!", tengking Adrianna.
"Diaorang cuba jual kau dekat rakan kongsi gelap lah bodoh! Tak akan aku nak biar je?! Kau kawan aku! Aku dah anggap kau lebih dari kawan! Kenapa kau susah sangat nak faham?! Nak terima kenyataan!", tengking Queen semula.
Adrianna terdiam. Dia menunduk sebelum pistol yang berada diatas tanah lantas dicapai.
"Aku dah faham, semuanya berpunca dari aku sendiri", menggigil Adrianna membalas. Pistol dibelek sebelum..
"ADRIANNA JANGAN!!",
BANG!
Berkecai. Tubuh itu jatuh keatas lantai dengan darah yang membuak-buak dari kepalanya. Mereka semua tergamam.
"Adrianna! No!!",
Queen jatuh terduduk diatas lantai sambil matanya melihat mayat Adrianna yang sudah terbaring kaku diatas lantai. Raphael yang melihat sudah tersenyum lebar.
"Alah kesiannya..", kepala digelengkan perlahan dengan memek muka minta penampar. Pistol diangkat dan diacukan kearah Queen.
Namun sekali dia tidak sempat melepaskan tembakkan, tangannya sudah ditembak oleh seseorang. Dia mendengus kasar sambil menoleh.
Heyder yang baru tiba disitu mengacukan pistol kearah Raphael. Tangannya memegang sisi pinggangnya yang berdarah. Nafasnya juga kelihatan tidak teratur. Mungkin kerana penat bergelut seorang diri dengan beberapa orang anak buah Raphael.
Dark dan Eve masing-masing sibuk berlawan. Anak buah Raphael semakin lama semakin mengurang apabila Dani menembak secara rambang. Entah siapa pun dia tahu. Main tembak je.
Ktak!
Bunyi ringkas yang datang dari senjatanya itu membuatkan Dani mendengus kasar. Kedua pistol itu dibaling kebelakang dan dia dengan tangan kosongya menyerang anak buah Raphael.
Tanpa sedar, salah seorang anak buah Raphael menghampiri Dani dari belakang sambil tangan memegang parang. Queen yang sememangnya sudah perasan itu terus saja mendekati suaminya itu sebelum badannya dipusingkan 360 darjah dan mengena tepat dikepala lelaki yang cuba menikam suaminya.
Dani terkejut seketika sebelum dia menoleh kebelakang. Matanya dengan mata Queen tersambung tepat. Dani hanya menayangkan wajah dingin sebelum dia berlalu pergi tanpa sepatah kata.
Queen hanya terdiam. Dia tersenyum hambar. Mungkin lelaki itu sudah membenci dirinya. Dia tidak kisah. Memang salahnya kerana tidak memberi tahu dari awal lagi. Tanpa sedar dia mengeluh perlahan. Jam ditangan dilihat. Tak. Bukan jam. Tetapi masa.
Masa bom.
"Bro", Hayrie yang hanya membing pisau kecil kemata musuhnya dengan tenang itu menoleh kearah Dani yang sudah berdiri ditepinya.
"Kau okey tak?", soal Hayrie, mendatar. Anak buah Raphael sudah tinggal beberapa ketul saja lagi.
Dani mengangguk sambil mengambil taburan pisau milik Hayrie. Dia juga turut membaling binatang itu.
"Kai, tolong tengok adik aku. Dia cedera", arah Hayrie pada Kai yang sedang duduk kepenatan. Dani yang mendengar arahan Hayrie pada Kai itu memerhati sekeliling mencari kelibat Heyder. Dia perlu berterima kasih pada lelaki itu kerana menyelamatkan isterinya walau dalam keadaan yang parah.
"Mana Raphael?", soal Idzan apabila perasan bahawa kelibat sajat- eh lelaki itu tidak kelihatan.
Pantas Dani memandang sekeliling kilang itu bagi mencari kelibat Raphael namun tidak kelihatan. Hanya satu benda yang menarik perhatiannya.
Lazer berwarna merah yang ditujukan ke dada seseorang itu menbuatkan matanya membulat. Dia tidak pasti datang dari mana, kerana disudut tempat lazer itu hanya dinding.
"Afifah!", jerit Dark dan Eve serentak. Mereka juga turut melihat lazer itu.
Zzap!
Tepat. Suntikkan kecil yang ditembak oleh seseorang itu tepat. Queen menghela nafas lega apabila picgari yang berisi satu cecair itu dapat ditangkap olehnya. Dia memandang kearah dinding tadi.
BANG! BANG! BANG!
Raphael mendengus kasar apabila tembakkan Queen semuanya mengena tepat ditempat dia menembak suntikkan. Jelas wanita itu sudah tahu.
"Aku akan pastikan kau mati!", jerit Raphael kuat.
"Ouh yeke? Aku memang akan mati. Tapi tulah, tunggu ajal", Queen menganggukkan kepalanya mengerti. Dia tahu dimana kedudukkan Raphael sekarang.
"Kenapa Ivan? Kenapa? Benda dah lepas. Dah lapan tahun kejadian tu berlaku. Kenapa kau masih berdendam dengan aku? Aku sendiri tak tahu yang dia akan mati sebab nak selamatkan aku", soal Queen, sayu.
"Kalau kau tak tegur dia! Dia tak akan kenal kau! Dia tak akan suka dekat kau dan dia tak akan korban kan diri kau untuk dia!", jerit Ivan, lantang. Dia menggegam kuat sniper miliknya.
"Yang tu aku boleh terima lagi. Tapi lepas kau bakar keluarga aku dan musnahkan perusahaan keluarga aku! Kau ingat aku boleh diam lagi ke?! No! Kau dah bunuh kebahagiaan aku!", balas Ivan, bengang dan marah.
"Berapa kali aku nak cakap bukan aku yang buat! Aku tak bunuh keluarga kau apetah lagi nak bakar syarikat keluarga kau!",
Ivan tergelak sinis. Dia memegang kepalanya yang terasa sakit sebelum dia mengacukan snipernya kearah Queen.
"Biar aku cepatkan ajal kau",
BANG! BANG! BANG!
Tbc
[1453 words]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top