MHMM : Bab 61

"The last for playing game and after this chapter, everything will end"

••••••♡︎|Mr. Hacker Miss Mafia|♡︎••••••

2 hari yang lalu..

Queen melangkah masuk kedalam bilik khas Amira yang berada dibanggunan utama Evil Dark Team. Tanpa mengetuk mahupun memberi salam, dia terus saja menerjah masuk.

Amira yang sedang berbaring diatas katil sambil bermain telefon itu tersentak. Terus saja kepalanya menoleh melihat siapakah geramgan yang bersifat Nauzubillah itu.

Mulut yang bergerak ingin memaki itu terhenti apabila pakaian yang dikenakan oleh wanita itu berwana kelabu cerah dengan line berwarna hitam. Menandakan dia adalah kalangan orang utama didalam kumpulan besar EDT.

Dia terus saja berdiri dan menunduk hormat pada wanita itu. Telefon dicampak entah kemana. Kawan tak kawan. Atasan perlu dibormati.

"No need like that, Dark", tegur Queen dengan nada yang mendatar. Dark kembali mengangkat badanya.

"Ada apa, Queen?", Soal Dark, ingin tahu. Sejak kawannya ini sudah berpunya, mereka sangat jarang untuk berjumpa. Yelah, nak keluar kemana-mana kan mesti kena minta izin suami.

"Aku ada benda nak bincang. Kita tunggu Eve", balas Queen dengan nada yang tenang. Kerusi kerja milik Dark didudukkinya dengan kaki yang tersilang.

Tepat pada masanya, Eve melangkah masuk kedalam bilik tersebut tanpa ketuk mahupun memberi salam. Tanpa berkata apa-apa, dia dengan selamba membaringkan tubuhnya keatas katil milik Dark.

"Huwaaaa, ada apa panggil ni? Aku mengantuklah", badan digulingkan diatas katil. Eve memejamkan matanya menahan ngantuk. Eh? Tahan ngantuk macam tu ke?

Dark menggelengkan kepalanya perlahan dengan mata yang masih merenung kearah Eve yang sepertinya sudah mahu tertidur. Jelas dia mengantuk. Mungkin kerana penat bergadang hampir tiap malam untuk membantu yang lain mencari Raphael?

"Aku nak minta tolong korang ni", setelah lama diam. Queen akhirnya bersuara kembali. Pen ditangan dipusing-pusingkan.

"Minta tolong apa? Penting ke? Esok tak boleh? Serius aku mengantuk ni", balas Eve sambil menguap beberapa kali. Air mata dilap sambil tangannya meraup wajahnya.

"Tolong apa tu Queen?", soal Dark pula. Dia memandang serius kearah sahabat aka ketuanya itu.

"Eve, aku nak kau mudahkan lagi kerja Dani", badan disandarkan kekerusi dengan riak wajah yang tenang.

"Habis sekarang ni aku bukan tolong dia ke hanat?", soal Eve, mendatar.

"Bukan tolong tu",

"Habistu?", celah Dark, ingin tahu.

"Tolong dia dedahkan identity sebenar aku sikit-sikit", Dark dan Eve membulatkan mata. Gila!

"Apa kau merepek ni setan?", marah Eve, berang. Queen mengangguk.

"Aku nak kau tolong dia dedahkan identity aku sebenarnya. Aku dah tak nak menipu dan menyamar lagi", sambung Queen, perlahan. Dark dan Eve berpandangan.

"Kau jangan buat kerja gila Queen. Macam mana kalau Dani cuba bunuh kau lepas dia tahu kau mafia?". Soal Dark, geram. Matanya mencerlung tajam kearah Queen yang masih duduk dengan tenang dikerusi berodanya.

"Tak mengapalah", Queen membalas dengan senyuman tipis. Jari jemarinya dibelek. Jari yang selalu menarik pemicu dan membunuh ramai orang.

"Aku tak nak berahsia dengan dia dah. Kalau boleh, aku nak dia tahu siapa aku sebenarnya. At least dia tahu sebelum aku mati. Kan?", sambung Queen, lembut.

"Tak payah sampai macam tu, aku tak nak dia cederakan kau!", jerit Dark masih dengan sisa geramnya.

"Dia tak akan cederakan aku",

"Tapi dia akan bunuh aku", sambungnya semula.

Ktak!

"Sebelum dia bunuh kau, biar aku bunuh kau dulu", Eve memicit pelipisnya melihat pertengkaran dari kedua sahabatnya itu.

"Kau nak bunuh aku Dark?", Queen menjungkit kening mengejek.

"Diamlah sial! Apa yang kau fikir kau tengah buat hah?! Sampai bila kau nak berserah pada takdir?! Weh perempuan! Kau kena lawan semula! Kau kena gerak untuk habiskan semua ni!", tengking Dark lagi.

"Dark, Queen, dahlah tu", Eve cuba menenangkan kedua orang gadis itu. Berbanding Dark, dia jauh lebih tenang dan sejenis yang ceria dan jarang hendak serius.

Manakala Dark dikenali sebagai sifat seorang pendiam, dingin, serius dan agak baran. Jadi tidak pelik dia dengan mudahnya mengamuk.

Manakala Queen hanya bersikap selamba, tenang. gila-gila dan agak garang.

Eh bukan aku dah bagitahu ke? Ke belum? Argh mengarang pagi-pagi buta gini buat otak aku jadi blur.

Okey kembali pada topik.

Queen yang hanya menadah telinga dengan tengkingan Dark itu terus saja memandang kearah wajah Dark dengan pandangan yang redup.

"Kau kena faham aku Dark, aku nak habiskan semua ni dengan cara aku sendiri", Queen mengeluh perlahan. Dark mengetap rahangnya kegeraman sebelum dia mencengkam baju Queen membuatkan wanita itu berdiri secara mengejut.

"Dengan cara apa, huh? Dengan cara korbankan diri kau, lepastu biarkan rahsia dan identity kau terbongkar supaya Dani bunuh kau, macam tu?", soal Dark, dingin. Mata headhunter itu merenung tajam kedalam anak mata Queen.

Queen menepis kasar tangan Dark yang mencengkam bajunya sebelum dia turut membalas pandangan tajam itu dengan pandangan membunuh.

"Kau kena faham aku Dark! Eve! Aku tak cakap cara aku sendiri akan korbankan diri aku! Aku cuma nak habiskan semua ni tanpa ada kematian dari kita semua kau faham tak?! Aku tak ada cara lain dah!", tengking Queen semula. Dadanya berombak kasar.

"Lagipun..", Dark dan Eve menjungkit kening menyoal.

"Aku nak berhenti dari membunuh",

   "Aku nak berhenti dan keluar dari dunia gelap ni", semua mata hanya fokus memandang kearah Queen yang sedang berada ditahanan Raphael.

"Wow, sungguh tragis kisahnya", Raphael menepuk tangannya dengan wajah yang dibuat-buat sedih. Kedua anak buahnya yang sedang memegang lengan Queen dipandang silih berganti sebelum matanya memandang kearah Queen pula.

"Kau tak nak buka cerita pasal kebakaran syarikat dan rumah keluarga aku pula ke?", soal Raphael, menyindir. Tangan dikempal kuat menahan amarah.

Queen berkerut dahi hairan. Sejak bila aku bakar syarikat orang ni? Ada ke? Bakar mayat adalah tapi tak pernah lagi bakar rumah atau syarikat orang.

"Yang tu tak ada dalam otak akulah, dah ada nanti aku buka cerita semula", Queen mengangguk sambil berkata-kata. Mask diwajahnya masih belum ditanggalkan membuatkan wajahnya membahang panas.

Matanya sempat melirik kearah Dani yang sedang melilar memandang sekeliling. Awak cari saya ke Dani?

Dani kemudian memandang kearah Raphael dan Queen semula sebelum matanya dengan mata Queen bertembung. Jeda.

Raphael memandang Queen dan Dani bersilih ganti sebelum dia memcengkam rahang Queen dan membuatkan wanita itu mendongak memandang kearahnya dengan terpaksa. Dia mengukir senyuamn senget kearah Dani.

"Kau mesti teringin nak tengok muka sebenar Queen ni, kan?", soal Raphael memprovok. Dani hanya mendiamkan diri. Tipulah jika dia tidak penasaran siapa wajah disebalik topeng itu.

"Alah, alah. Kenapa suami kau ni terlalu lembab dan bodoh ya?", jantung Dark dan Eve mulai berdetak hebat. Mereka seakan tahu apa yang ingin dilakukan oleh Raphael.

Manakala ahli White Eagle hanya berkerut dahi tidak faham. Alah bodohnya semua orang.

"Hay, kau nak aku tembak kepala Raphael tu tak? Aku geram je ni dari tadi", suara Heyder kedengaran melalui earpiece yang dipakai oleh ahli White Eagle.

"Jangan dulu", balas Hayrie, dingin. Pandangan dililar memandang sekeliling. Sudah penuh dengan mayat kumpulannya dan kumpulan Raphael.

Namun, ada sesuatu perkara yang membuatkan dia hairan. Mengapa Raphael masih bersikap tenang seperti tiada apa yang berlaku? Dia yakin bahawa lelaki psychopath itu sudah merancang sesuatu. Namun dia tidak pasti.

Wajah Dark yang ditutupi mask itu dipandang. Tepat tekaannya, mata gadis itu melirik kearahnya. Alah dia ni saat genting macam ni pun nak usha crush.

Raphael mendengus kasar apabila tiada yng membalas pertanyaannya. Dia perasan akan White Eagle yang sedang berhubung dengan seseorang dan dia yakin itu adalah headhunter kumpulan itu.

"Nak tengok ke tak muka dia ni?!", soal Raphael, geram. Semakin kuat dia mencemgkam rahang wanita itu. Dani memandangnya tajam.

"Mana bini aku?", soalan dibalas soalan. Mereka berpandangan seketika. Terasa aura dingin dan menyeramkan disitu.

"Sebelum aku tunjukkan siapa dia ni dan bagitahu mana isteri kau, aku nak buat pertunjukkan dulu", tangan ditepuk beberapa kali. Selang beberapa saat, bunyi letupan dan cahaya terang menghiasi kawasan itu.

Hampir seluruh banggunan dikawasan itu meletup menbuatkan mata kumpulan White Eagle membulat besar.

"Heyder!". Jerit Hayrie, Kai, Eirul dan Idzan serentak apabila banggunan yang didudukki oleh Heyder itu turut meletup.

Dani terkaku disitu. Dimana isterinya? Selamat atau tidak wanita itu?

"Heyder kau dengar tak??",

"Mana bini aku sial?!", tengking Dani, bengang. Baru saja dia ingin menapak menghampiri Raphael, satu das tembakkan mengena bahunya.

Dia memandang kearah si penembak. Baru saja Dark ingin membalas tembakkan pada gadis itu, dia terlebih dahulu diserang dari belakang. Begitu juga yang lain.

Cuaca yang panas akibat api yang marak itu membuatkan keringat peluh membasahi badan masing-masing. Entah datang dari mana, beribu anak buah Raphael lengkap bersenjata mengepung kawasan itu. Jelas mereka datang bersama seseorang, iaitu..

Adrianna Cristina.

Tbc
[1377 words]

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top