MHMM : Bab 59

"Dia menghilang"
****

Pintu rumah dibuka dari luar. Dani melangkah masuk kedalam rumah sambil tangan menjinjing beg plastik manakala Syam dan Heyder terus saja melangkah masuk kedalam bilik masing-masing. Kai, Amirul dan Aisy pula masih dimarkas. Adalah tu benda nak buat.

Tingkat atas dituju olehnya. Rasa rindu pula pada si isteri terchentaa..

Pintu dibuka kasar dari luar. Dani melangkah masuk kedalam bilik sambil mata melilar memandang sekeliling. Kosong. Kemana isterinya pergi?

"Hubby, lambatnya awak balik". Suara serak basah seseorang membuatkan Dani menoleh. Afifah baru saja melangkah keluar dari bilik air dengan wajah yang sepertinya baru sahaja dicuci.

Dani mengukir senymum sebelum dia mengambil tempat diatas katil dan menyuruh Afifah untuk duduk diribanya. Afifah hanya menurut.

Pinggang kecil itu dipeluk kemas dari belakang. Kaki Afifah yang tidak mencecah lantai itu membuatkan gadis itu seronok menggoyangkan kaki.

"Dah makan ke belum ni?", soal Dani, lembut. Afifah mengangguk sambil menyandarkan badannya kearah Dani yang berada dbelakangnya.

"Rindu aku tak?", Afifah mengangguk lagi sebelum dia memusingkan tubuhnya dan memeluk leher suaminya. Pipi Dani dicium laju.

"Rindu! Rindu sangat-sangat! Awak janganlah balik lambat sangat", Afifah mencebikkan bibirnya tanda protes. Pipi diikembungkan.

Dani yang melihat terasa geram sebelum pipi tembam itu digigit dan cium bertalu-talu. Afifah hanya tersengih suka.

"Sabar okey?", Afifah mengangguk.

"Tak sabar nak hidup bahagia dan tenang tanpa gangguan", kata Dani lagi sebelum dia membaringkan tubuh Afifah keatas katil.

Afifah yang mendengar kata-kata Dani itu tergelak. Jelas terpaksa. Dia hanya melihat kearah Dani yang sedang meletakkan sesuatu keatas meja sisi.

"Hubby dah makan?", soal Afifah menukar topik. Dia tahu, jika semuanya berakhir. Maka, penyamarannya juga turut berakhir.

Mengapa? Kerana dia juga turut terlibat dalam misi untuk memburu Raphael dan agak mustahil jika Dani tidak akan berhubung dengannya. Bagaimana? Dia sudah tidak tahu.

Dia sudah pasrah jika dibenci olehnya suaminya. Dan dia begitu yakin, bahawa ini adalah malam terakhir mereka bersama sebelum dia mengundur diri dan fokus pada misi untuk membunuh Raphael.

"Belum, tapi aku nak makan something, boleh?", Dani kembali menghampiri katil dengan wajahnya sukar ditafsirkan.

"Just said it. I will make it for you", ucap Afifah, lembut.

"Awak nak makan apa?",

"Kau".

*****

Pagi menjelang tiba. Afifah hanya memerhati Dani yang sibuk mengemas segala barangannya kedalam sebuah bag. Dia mengukir senyuman hambar dalam diam. Bersediakah dia untuk mengakhiri segalanya?

"Sayang, awak tenung apa dekat saya? Tak puas lagi ke malam tadi?", soalan yang keluar dari mulut Dani itu menbuat wajah Afifah yang tadinya sayu itu berubah merah. Sial betul. Tak jadi nak bersedih.

"Otak kotor! Gatal! Miang!", marah Afifah, malu. Dani hanya tergelak kecil sebelum dia menzip bag miliknya dan mendekati Afifah yang sedang duduk dibirai katil.

Tempat kosong disebelah isterinya diambil kemudian memeluk tubuh kecil itu dari tepi. Di bau sepuas-puasnya tubuh itu. Wangi.

"Sayang..", panggil Dani dengan nada yang menggoda. Afifah tersenyum sambil mengusap kepala Dani. Jantungnya berdebar entah mengapa.

"Iya hubby", sahut Afifah, perlahan.

"Lepas semuanya selesai kita bercuti nak tak? Berdua". Soal Dani, lembut. Leher wanita itu dicium lembut.

Afifah diam sebelum dia mengukir senyuman hambar.

"Saya okey je", balasnya menutup kegelisahan.

"Sayang, are you okey? Tak sihat ke?", soal Dani yang sudah mengangkat wajahnya kembali. Matanya memandang kearah wajah Afifah yang tampak sunggul itu.

Perlahan air mata Afifah mengalir sebelum diseka lembut oleh Dani.

"Sayang, kenapa ni? Ada masalah ke? Wanna share huh?", soal Dani, prihatin. Dia menarik Afifah untuk masuk kedalam pelukkannya sebelum badan wanita itu digosok lembut.

"S-saya risau..", ucap Afifah, bergetar.

"Why?",

"Saya takut kita tak akan bersama lagi..", Dani terdiam sebelum dia melepaskkan pelukkan.

"Sayang, look at me. Saya akan selesaikan semua ni secepat mungkin. Dan kita hidup macam biasa semula, okey? Doakan aku berjaya dan jangan pernah tinggal aku. Tu je yang aku minta". Afifah mengangguk faham.

Bukan itu maksud saya Dani..

Dani bangun dari duduknya setelah membaca mesej yang telah dihantar oleh Syam bahawa mereka sudah mahu bergerak. Lokasi Raphael sudah mereka ketahui.

"Aku kena pergi dah ni. Kau duduk rumah je, okey? Kalau ada apa-apa terjadi kau terus call aku", kata Dani sambil menyisip pistol ke celah pinggangnya.

"Lama ke awak pergi?", soal Afifah kembali.

"Tengoklah macam mana. Tapi aku harap tak adalah lama sangat. Lepas je Raph mati. Aku baliklah. Lepas tu kita pergi bercuti ek", balas Dani sambil meraup rambutnya kebelakang.

"Itu pun kalau aku tak matilah masa perlawanan nanti", sambung Dani dengan nada yang mendatar.

"Eh sayang jaga diri tau. Aku nak selesaikan semuanya harini. Apa-apa call je aku", Dani mencium dahi Afifah sekilas sebelum dia terus melangkah pergi dari bilik itu meninggalkan Afifah sendirian. Afifah hanya diam sebelum dia mengeluarkan telefon miliknya dan menghantar location pada ahli EDT(1)

"Aku pun teringin juga nak tahu siapa yang sial sangat ganggu aku tu", kata Afifah , sendiri. Dia melangkah kearah almari pakaian sebelum baju yang biasanya dia pakai untuk menjalankan misi dicapai. Bibir menloret senyuman sinis.

"Walaupun aku dah tahu siapa yang sial sangat tu",

Tipulah jika dia tidak ingat pada Ivan. Beberapa hari lepas ketika dimarkas EDT, dia sudah tahu bahawa Raphael adalah Ivan dan punca dendamnya adalah kes lapan tahun lepas.

Bagaimana dia boleh lupa tentang kes itu?

Segala perlatan miliknya dimasukkan kedalam bag dan dia membuat perkara sama seperti dulu untuk keluar dari bilik melalui bolkoni. Agak susah kerana rumah Syam agak besar dan luas berbanding rumah banglo suaminya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tentang kehadiran kumpulan White Eagle ke markas utamanya sudah selamat sampai ke telinganya. Raphael tersenyum sinis. Akhirnya, semuanya bakal berakhir.

Dia merenggangkan sedikit kepalanya sebelum dia memandang kearah wajah anak buahnya yang sedang berdiri tegak seperti tugu negara. Sikit. Namun cukup cekap dalam membunuh.

"Pasang semua senjata automatik. Akan ada pertumpahan darah yang bakal berlaku", arah Raphael pada anak buahnya. Mereka mengangguk patuh dan memulakan kerja.

Raphael mengambil tempat diatas sofa diruangan kilang lama itu. Badan disandarkan sambil mata dipejam rapat. Otaknya masih berfikir sama ada mahu teruskan rancangannya atau tidak.

"Boss",

"Hmm", gumam Raphael, dingin.

"Ada orang nak jumpa",

"Who?",

"She's girl. I don't know what her name", Raphael mengangguk dan mengarahkan untuk anak buahnya pergi dan menyuruh wanita itu masuk. Siapa tetamu yang tidak undang ni ya?

"Ivan", mata dibuka sebelum dia menoleh kekirinya.

"Hai sayang", senyuman manis terukir khas buat Afifah.

+

Dani hanya fokus melakukan kerja didalam kereta. Wajahnya serius dan dingin. Sejak tadi dia hanya mendiamkan diri tanpa sepatah kata. Tipulah jika dia tidak berasa gusar dan gelisah. Tercalit juga perasaan risau jika dia terkorban ketika berlawan dengan anak buah Raphael nanti.

Heyder yang mulut burung murai itu juga mendiamkan diri sambil mengira peluru sniper miliknya. Semuanya telah di upgrade. Dia menggunakan peluru yang boleh mematikan seseorang dalam masa sesaat tidak kira dimana dia melepaskan tembakkan dan meledak sehingga hancur berkecai.

Maka dia perlu berhati-hati dalam melepaskan tembakkan supaya tidak mengena pihaknya.

Hayrie pula hanya fokus memandu kereta dengan wajah yang tenang dan dingin. Semua memakai pakaian serba hitam dan coklat didalam misi kali ini.

"Raph ada dekat tempat tu ke?", soal Hayrie, mendatar. Dani hanya memandang sekilas sebelum dia mengangguk.

"Dia ada dekat situ. Nampaknya dia tahu yang kita nak datang markas dia sebab dia dah buat persediaan", jawab Dani, serius.

"Dia bukan dah tahu", celah Heyder. Dani memandang kearah wajah serius lelaki itu.

"Tapi ini rancangan dia. Masa, hari, jam, semuanya telah dirancang", sambung Heyder dengan tangan yang sudah memasukkan peluru kedalam senjata.

Dani mengangguk kecil tanda faham. Dia kembali memandang CCTV yang telah dihack olehnya dari satu sudut kesatu sudut. Tiba-tiba tangannya terhenti dari bergerak. Matanya terpandang susuk tubuh seseorang yang terasa seperti familliar.

Mata cuba difokuskan. Dahinya berlapis-lapis akibat berkerut.

"Tu Afifah ke Queen?", soalnya sendiri. Bentuk tubuh gadis didalam CCTV itu agak sama dengan dua orang itu membuatkan dia tidak dapat mengecam.

"Queen lah kut, takkan bini aku nak ada kat situ pula. Tapi awalnya", screen dibesarkan cuba mengenal pasti wanita itu.

Dia berdiri membelakangi kamera membuatkan dia susah untuk mengenal pasti siapa wanita itu. Yang dia pasti, gadis itu tidak memakai mask.

Jadi Queen datang tanpa pakai mask ke? Dani sudah naik pening melihat CCTV tersebut. Deringan panjang dari telefon miliknya membuatkan dia mendengus kasar. Siapa yang ganggu dirinya ini?

Telefon dibawa keluar. Dia memandang kearah screen telefon miliknya dahulu sebelum dia menjawab panggilan tersebut.

"Nak menda? Aku sibuk ni", Dingin dia membuka bicara. Terdengar nafas lelahan dari pihak sana membuatkan dia berkerut dahi. Kenapa pula dia ni?

"Sir!! Ada berita buruk!", jerit anak buahnya yang ditugaskan untuk menjaga rumah.

"Speak",

"Rumah kena pecah masuk, dan...", jantung Dani mula berdebar apabila gadis didalam cctv itu sepertinya mahu memusingkan badan. Dengan ayat tergantungnya.

"Woi cakaplah cepat!", marah Dani. Anak buahnya menarik nafas dalam sebelum dihembus perlahan.

"Isteri boss, hilang", serentak gadis itu memandang tepat kearah CCTV membuatkan Dani membulatkan mata. Jantungnya bagai mahu terkeluar saja.

Afifah!

Tbc
[1451 words]

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top