MHMM : Bab 58
"The real story and revenge."
*****
"Hans!", Afifah masih tergamam bertambah terkedu apabila darah milik Hans merecik diwajahnya. Wajah lelaki yang sudah berlumuran darah dan ditembusi dengan pisau itu membuatkan dia terkaku.
Pistol yang berada ditangannya terus saja diacukan dan ditembak tepat didada semua lelaki tadi sebelum dia terduduk ditepi Hans.
"Sial perempuan!", Ivan yang baru tiba disitu mengacukan pistolnya kearah Afifah.
"Kau bunuh adik kembar aku?!", Afifah pantas menggeleng membuatkan Ivan mendengus kasar sebelum dia menolak tubuh kecil itu dengan kuat dan ditendang beberapa kali.
"Ivan, sudah", Zach menahan sepupunya yang sedang menggilai itu dari belakang. Jelas wajah Ivan sudah memerah.
"Kau!", Rahang Afifah dicengkam kuat.
"I swear I will kill you one day! Keep my word!", tengking Ivan sebelum dia menghentak kepala itu keatas lantai.
Afifah rebah tidak sedarkan diri.
Ivan mendengus kasar sebelum dia menghampiri jasad kaku milik adik kembarnya. Tak bernyawa.
Mana mungkin bernyawa kalau pisau yang tajam dan panjang itu menembus diwajahnya? Sungguh menyeramkan.
"Hans..", panggil Ivan dengan empangan air mata yang hampir pecah. Dadanya berombak kasar apabila melihat apa yang terjadi sebentar tadi. Kenapa adik kembarnya itu beria menyelamatkan wanita yang entah dari mana ini?
"Bro..", Zach duduk ditepi Ivan.
"Aku tolong kau bunuh perempuan tu",
Gigi diketap geram sambil mengempal tangannya kuat.
"Zach. Tolong aku angkat Hans", Zach hanya patuh. Sempat dia menoleh kearah gadis kecil yang baru saja dipukul oleh Ivan sebentar tadi.
Dia,
Laura Afifah.
Kisah pada lapan tahun lepas kembali berlayar diminda Raphael. Air mata yang sudah mencemarkan pipi putihnya diseka kasar. Dia tidak jahat. Jika Hans tidak menggadai nyawanya untuk seorang wanita, dia tidak akan menjadi seperti ini.
Syarikat Meurtant tidak akan pernah wujud. Hanya kerana seorang yang membuat masalah, dia menjadi seperti ini.
Kes itu tidak habis dekat situ. Kumpulan yang dimasukki oleh Afifah membalas dendam semula dengan cara membakar syarikat milik papanya dan rumahnya.
Teka apa jadi? Keluarganya mati rentung didalam kedua kebakaran tersebut. Masih perlukah dia menjadi baik? Tidak. Semuanya hanya kerana kisah silam.
Jadi, siapa yang jahat dalam cerita ni sebenarnya?
*****
Selesai mengatur rancangan, mereka semua mula bersurai dari bilik mesyuarat dibanggunan EDT. Kata Ryyan, dia hanya mampu menolong dari segi peralatan dan kawalan saja. Yang lain dia tidak ambil port. Kau nak mati ke nak hidup terpulang pada kau.
Masalah kau ke masalah aku?
Masalah readers.
Queen melangkah keluar bersama dengan Dark dan Eve. Namun belum sempat dia melangkah ke ruangan makan, lemgannya yang berlapit baju itu ditarik dari belakang membuatkan dia menoleh.
"Nak apa?", soal Queen, dingin. Nada cuba kawal.
"Aku nak training dengan kau", tegas Dani. Matanya merenung kedalam anak mata berwarna biru itu. Mengapa gadis itu sering menukar lens warna ya?
"For what? I'm busy right now", Queen mengalihkan pandangan kearah yang berlainan. Ingin saja jantungnya melompat keluar apabila melihat suaminya dihadapan mata.
"Kau kecut?", soal Dani, sinis. Queen mengetap rahangnya geram sebelum dia menyepak bahagian tengah Dani tanpa berkata apa.
Dalam diam dia terlopong. Ya Allah! Kalau mandul suami aku macam mana?! Aku nak anak!
"Argh.. sial..", carut Dani dengan dahi yang berkerut sakit.
"Sakit?", soal Queen menyindir. Dark dan Eve hanya memehati dari tepi. Lantak kauoranglah. Nak bercium ke berpeluk ke. Bukan masalah kitaorang.
Namun Dark tersenyum tipis dalam diam. Mungkin ni kebahagiaan yang kau rasa sebelum semuanya berakhir, kan?
"Ingat Dani, bini kau kat rumah tu. Jangan melebih dengan perempuan lain", pesan Syam dengan nada yang mendatar. Mereka berada digelandangan training milik EDT.
"Aku tahulah", balas Dani juga mendatar. Tangan digenggam kemas.
Queen hanya memerhati saja. Nak aku guna cara kasar atau cara lembut ni? Hmmm
Mereka berdiri ditengah-tengah ruangan tersebut. Masing-masing merenung antara satu sama lain sebelum mereka mula bergerak memusing dibulatan.
Queen memakai sarung tangan supaya kulitnya tidak tersentuh dengan Dani. Begitu juga Dani. Mata memandang antara satu sama lain.
"Aku tengah bermimpi ke untuk berlawan dengan kau?", soal Dani, sinis. Kekuda dibuka. Sudah lama dia mahu berlawan dengan gadis kecil yang jauh lebih hebat darinya.
Siapa ya disebalik topeng itu?
"Bila nak mula woi! Dari tadi merenung satu sama lain! Mulalah cepat!", jeritan dari Luke itu membuatkan Queen berdecit geram.
"kau mula dulu", arah Dani, mendatar. Queen menjungkit kening.
"Kau pasti nak lawan dengan ahli utama EDT? Tak menyesal?", soal Queen semula. Nada yang digunakan cukup sinis dan mencabar.
Dani berdecit halus.
"Fine!". Dani menarik nafas dalam sebelum dihembuskan perlahan. Dengan tenang dia bergerak perlahan dan mula bergerak dengan pantas untuk menumbuk gadis itu.
Mengapa? Dia cukup yakin wanita mampu mengelak.
Dan yah, tepat tekaannya, wanita itu mengelak dengan mudah sebelum kaki gadis itu diletakkan kehadapan membuatkan dia tersandung. Sungguh memalukan.
"Hmm hmm". Queen mencebik dalam diam. C'mon hubby, awat lembik sangat ni?
Dani kembali bangun sebelum dia melayangkan pula kakinya kearah sisi kepala wanita itu dan..
Tap!
Kakinya ditangkap dengan pantas dan ditolak secara kasar membuatkan dia kembali terjatuh. Matanya tajam merenung gadis itu sebelum dia dapat mengesan sesuatu.
Lens.
"Ni ke pembunuh utama dalam EDT? Berlawan menggunakan lens? Heh lemah. Slebew", ejek Dani. Dia kembali bangun dan memandang wanita tadi.
"Haha, namanya pun dunia gelap, kan? Dunia kotor. Dah tentu main pun cara kotor. Nak main cara bersih keluar dari dunia gelap ni", balas Queen tidak kalah juga dengan senyuman sinis. Walaupun tiada yang nampak.
Dani mengetap rahang geram. Selain dari berlawan dan mempertahankan diri, wanita itu juga bijak dalam berkata-kata dan mengeluarkan fakta. Mungkin kerana ini dia dapat kedudukkan yang tinggi di usia muda?
Dani membuka langkah kembali. Senyuman halus ditutup.
"Apa kat kau buat serangan dulu", cabar Dani dengan kening dijungkit menaikkan lagi cabaran.
Queen turut membalas dengan kening yang turut dijungkit. Dia mengoyak senyumannya lagi.
"Okey", kekuda dibuka sebelum Queen berlari dengan gaya yang ingin menumbuk Dani. Dani yang tahu bahawa wanita itu ingin menumbuk wajah kacaknya bersedia untuk mengelak.
Namun sangkaanya meleset sama sekali apabila kaki itu menendang sisi pinggangnya. Jelas pergerakkan pantas dan baik untuk menarik perhatian musuh.
Dani memegang pingganya yang terasa sakit. Eish perempuan ni kuat pula dia pukul aku.
Dani berdiri tegak.
"Again girl", Queen bergerak dengan pantas. Sebelum dia ingin menyiku dada lelaki itu. Namun, Dani lebih pantas menahan. Dengan mudah dia dapat meneka dengan sekali pergerakkan dari seseorang.
Orang sekeliling yang menonton sudah melopong. Masing-masing tidak percaya dengan kehebatan mereka yang berbeza.
"Sorry girl, tapi aku tak nak kalah. Sakit sikit ya?", lemgan itu dipusingkan sehingga berbunyi sebelum tubuh itu dihempas diatas lantai.
"Ergh!", erangan Queen kedengaran perlahan. Dani berkerut dahi.
"Sakit sangat ke?", belakang kepala digaru dengan riak yang bersalah.
"Kau fikir aku ni bukan perempuan biasa ke yang ada tulang rusuk yang lembut?!", serentak dia menyepak kaki Dani membuatkan lelaki itu terjatuh diatas tubuhnya.
Queen membulatkan mata.
"Ehhh kau dah kenapa nyah? Aku ada bini setan!!". Pantas Dani mengalihkan tubuhnya menjauhi Queen.
"Tak senga-",
"Queen", balasan yang ingin dilemparkan oleh Queen terpotong apabila Zaqwan menegurnya. Mereka menoleh kearah lelaki itu.
"Apa?", soal Queen, mendatar.
"Ada berita buruk", Zaqwan membetulkan sedikit jacket miliknya.
"Apa dia?",
"Adrianna. Dia berada dipihak Raphael sepenuhnya",
*****
Rambut lurus miliknya disisir lembut. Mata hitam berkilat itu merenung diri kedalam cermin. Senyuman dibibir terus saja pudar apabila teringat akan sesuatu.
Adrianna Cristina melangkah keluar dari bilik sewanya dan menuju kearah ruangan bawah tanah. Pintu dibuka dari luar dan gadis itu melanagkah masuk tanpa sebarang alatan.
Suis lampu ditekan membuatkan bilik yang gelap itu berubah cerah. Barang berselerak tidak dihiraukan olehnya. Sesuatu diambil dari almari sebelum dia merenung objek tersebut.
"Kenapa kau beria nak join aku?", Raphael menyandarkan tubuhnya ke tong sampah sambil mata merenung kearah gadis yang berambut perang itu.
"Aku tak nak bersatu dengan EDT dah". Balas Adrianna, dingin.
"Sebab? Aku tak boleh percaya seseorang macam kau ni tanpa sebab yang memuaskan", Raphael merenung kedalam anak mata gadis itu.
Adrianna menunduk sebelum dia kembali mendongak memandang wajah Raphael.
"Aku akan bagitahu maklumat penting pada kau",
"Itu jaminan. Aku nak sebab". Raphael tersengih sinis.
"Aku dapat tahu, diaorang yang buat keluarga aku porak peranda sampai mama dan papa aku bercerai. Aku tak nak bekerjasama dengan diaorang dah", jelas Adrianna. Raphael tergelak kecil sebelum dia memghampiri tubuh itu. Rambut oanjang yang menutupi telinga itu diselak dan diseltikan ke telinga.
"I know more about EDT",
Tbc
[1350 words]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top