MHMM : Bab 57
"the closest friend is the real enemy."
*****
Suasana sunyi sepi didalam bilik membuatkan Afifah terasa mengantuk. Baru saja dia mahu memejamkan mata, bunyi pintu bilik yang dibuka dari dalam menyentakkan dirinya membuatkan matanya kembali segar.
Pantas dia bangun dan menoleh kearah pintu bilik. Kelihatan Dani sudah mengambil tempat dimeja kerjanya semula sambil memakai kaca mata. Afifah berkerut dahi. Buat kerja lagi ke?
"Dani, awak tak mahu tidur ke?", soal Afifah, hairan.
Dani yang sedang menaip dikomputer riba miliknya itu tersentak. Dia menoleh kebelakang melihat Afifah yang sedang duduk bersandar dikepala katil.
"Aku ingatkan kau dah tidur", kata Dani dengan nada yang mendatar.
Afifah hanya mendiamkan diri dan bangun dari duduknya menuju kearah Dani. Leher lelaki itu dipeluk dari belakang sambil mata memerhati screen labtop yang bercahaya.
Patutkah dia memberi tahu bahawa dia juga adalah seorang mafia dan ahli utama EDT yang dikatakan oleh Ryyan? Dani akan percaya ke?
"Hubby..", panggil Afifah, perlahan.
"Ya sayangku..", sahut Dani tanpa memandang Afifah. Matanya masih memandang kearah screen labtop.
"K-kalau saya cakap yang saya ni.. m-", Afifah terhenti. Jelas dia was was dan tidak tahu bagaimana mahu memberi tahu suaminya itu.
"Apa dia sayang?", soal Dani semula.
"Kalau saya cakap yang saya ni mafia.. awak percaya tak?", soal Afifah dengan nada yang semakin tenggelam.
Senyap.
Dani hanya mendiamkan diri sambil fokus kearah kerjanya. Itu membuatkan jantung Afifah berdebar. Senyap je, marah ke?
"Jangan mengarut", akhirnya suara Dani kedengaran. Afifah terdiam. Eh dia tak percaya? Aku dah jujur kut!
"Kau tak sesuai jadi mafialah, cengeng. Mafia ni kena kuat tau", sambung Dani, mendatar yang sememangnya tidak tahu bahawa pernyataan itu benar.
"Haha, saya gurau je", balas Afifah, kekok. Dia melepaskan pelukkan.
"Saya tidur dulu, awak jangan tidur lambat tau! Muah! Cayanggg suami kite ni", pipi Dani dicium sekilas sebelum dia berlalu pergi ke katil.
"Love you too",
****
Lelaki yang sedang duduk dibangku taman sambil bermain telefon itu dihampiri olehnya.
"Erm, tumpang tanya, M-macam mana nak dapatkan taxi ya?", lelaki yang ralit bermain telefon itu mendongak. Sepasang mata kristel itu merenung kearah wajah cantik seorang gadis yang mungkin berusia 15?
"Adik dari mana?", soal Hans, lembut. Entah mengapa apabila matanya bertembung dengan anak mata berwarna hitam hazel itu membuatkan jantungnya berdebar kencang.
"S-saya dari Indonesia, saya tak tahu jalan kat sini. Boleh tolong dapatkan taxi untuk saya?", suara gadis itu halus saja kedengaran.
"Nak pergi mana? Nama apa awak ni? Kenapa datang sini seorang diri? Umur berapa?", soal Hanz bertubi-tubi. Matanya melilar memandang sekeliling kut kut ada penjaga budak ni.
"Saya nak pergi Petaling Jaya. Nama saya Afifah. Saya 16 tahun. Encik boleh tolong saya?", Afifah membetulkan bag galas miliknya yang disangkut kebahu.
"Boleh. Bagi alamat biar saya hantarkan. By the way, boleh bahasa Inggeris tak ni?", Hans bangun dari duduknya sambil mencapai dompet yang berada diatas meja.
Afifah mengangguk. Mungkin lelaki dihadapannya tidak petah bahasa melayu? Yelah wajah mat saleh kut. Dia terus cakap melayu pun selalu baca wattpad ada mat saleh pandai cakap melayu. Haha tiber.
"Okey, let's go, ouh by the way, my name is Hans Rafael",
Ivan melangkah turun dari tingkat atas dengan jari jemarinya yang bermain dengan pemegang tangga. Sapaan dari anak buahnya dibalas dengan anggukkan kecil sebelum dia mengambil tempat diruangan bawah tanah.
Badan dihempas diatas sofa buruk didalam bilik tersebut sebelum sebilah pisau diambil dan dimainkan di jarinya.
"Kalau kau tak sentuh keluarga aku, aku tak akan kacau kau Fifah", katanya, dingin.
"Kalau kau tak punca adik kembar aku mati, aku tak akan bunuh kau! Aku tak akan seksa kau!", sekeping gambar dirobek-robek menggunakan pisau yang berada ditangannya.
Mengapa semua orang menganggapnya jahat? Dia cuma mahu menuntut bela atas kematian adik kembarnya dan keluarganya saja. Seperti bagaimana keluarga watak utama lakukan jika ada dikalangan keluarga mereka mati.
Jadi salahkah tindakkannya?
Eh mestilah salah, aku kan watak jahat. Kalau watak baik dorang tuntut bela atas kematian tak ada pula nak kata jahat.
Permainan? Siapa yang mulakan dahulu? Dia tidak permah mengusik sesiapa melainkan ada yang kacau dirinya dan keluarganya itu pun tidak sampai membunuh. Hanya setakat menugut saja lalu membuatkan dia depress dan bunuh diri. Tak membunuhlah kiranya, kan?
Tetapi tidak kalini. Mereka sudah membunuh adik kembarnya yang tidak bersalah dan sepupunya.
"Aku akan balas dendam untuk kau Hans..", gambar dirinya dan adik kembarnya itu diusap.
"Dan untuk kau juga, Zach",
Kawasan yang sesak dengan kenderaan itu membuatkan Hans mengeluh. Cuaca yang terik itu membuatkan dahinya berpeluh walaupun aircond sudah terpasang kuat. Hampir setengah jam mereka tersangkut dijalan raya ini. Malaysia kan.
"Encik, maaf sebab saya dah susahkan encik untuk tersangkut dekat sini", ucap Afifah, perlahan.
"Nahh it's okey", balas Hans, lembut. Dia sudah terjatuh hati pada gadis kecil disebelahnya ini. Lembut dan comel!
"Adik buat apa dekat Malaysia ni? Adik memang asal Indonesia ke?", soal Hans sekadar ingin tahu.
Afifah menggeleng kecil.
"Saya kacukkan je. Mak memang orang Indo", senyuman terukir dibibir Afifah.
"Ouhh.. buat apa datang Malaysia? Ada keluarga dekat sini?", soal Hans lagi. Dia turut membalas senyuman gadis itu.
"Saya datang sini cari kerja..", balasnya, perlahan. Hans berkerut dahi. Seriuslah umur 16 tahun dah datang Malaysia semata-mata ingin cari kerja?
*****
Hans melangkah masuk kedalam pejabat yang didudukki oleh abang kembarnya sebelum dia dengan selamba mengambil tempat diatas meja.
"Aku ada benda nak cerita", teruja dia ingin bercerita.
"Speak", Ivan hanya melayan. Dia perlu menyiapkan segala tugasan yang telah diberi oleh ayahnya.
"Tadi kan, kan, kan, woi bang! Tengok muka aku ni", pen diambil sebelum dibaling kebelakang. Ivan mengeluh.
"Kau ni semaklah, cakap cepat".
"Tadi aku jumpa seorang perempuan ni tau. Comel. Cantik. Lembut. Arghh aku rasa aku dah jatuh cinta!", kepala abang kembarnya itu digoncang kuat. Terasa bergegar otaknya akibat goncangan tersebut.
"Dahtu? Nak aku buat apa? Sumbat dadah supaya dia jatuh cinta dekat kau juga? Macam tu?", Ivan menjeling.
"Tadi sepupu kesayangan kau tu cari kau. Berambus dari sini dan pergi cari dia semula", sambung Ivan kembali.
Hans mencebik.
"Tolonglah aku dapatkan number dia..", bibir dicebikkan.
"Semaknya anak anjing ni alahai.. apa nama dia?",
"Afifah", Ivan berkerut dahi apabila terpapar biodata seseorang.
"Afifah? 16 tahun kan?", Hans mengangguk.
"Aku tak nak kau ada kaitan dengan dia", tegas Ivan memberi arahan.
"Kenapa?", soal Hans, mencebik.
"Dia dalam pantauan mafia Malaysia. Aku tak nak kau terlibat", Ivan kembali menghadap komputer ribanya tanpa menghiraukan Hans Rafael.
"Tch. Suka hati akulah", Hans bangun dan melangkah keluar dari pejabat abang kembarnya.
"Woi! Aduh kau ni, aku kata jangan tu jangan jelah", jerit Ivan apabila melihat Hans sudah melangkah keluar.
"Tak dengar, tak dengar",
Setelah memastikan segalanya terancang dengan kemas, Raphael mengatur langkah mendekati makmal miliknya. Sebuah picgari yang berbentuk anak panah diambil sebelum dia mengisi sesuatu cecair.
Cecair yang mampu membuat seseorang lumpuh sekelip mata. Ini ciptaannya bersama seseorang.
Bersama sepupunya..
Zach.
Bunyi tembakkan yang kuat itu menyentakkan Hans yang baru tiba dikawasan dimana dia menghantar Afifah. Pandangannya melilar memandang sekeliling mencari arah punca tembakkan tersebut.
Belum sempat dia mengeluarkan pistol, tembakkan mengena tepat dibahu dan dikakinya membuatkan dia jatuh terduduk. Belum sempat dia mendongak melihat siapa yang menembaknya, wajahnya sudah ditendang kuat oleh seseorang membuatkan dia terbaring tidak sedarkan diri.
Gadis yang agak kecil itu memandang kearahnya tanpa perasaan sebelum dia mengheret tubuh itu untuk pergi dari situ. Nak papah terlalu berat pula.
Namun belum sempat dia melangkah masuk kedalam markas, tembakkan kembali kedengaran membuatkan dia menoleh. Membulat matanya melihat bertapa ramainya lelaki berpakaian serba hitam menghampiri dirinya.
Dia tiada cara lain selain meletakkan Hans ditepi dan mengacukan pistol kearah kumpulan tersebut. Dia berharap Hans cepat bangun dan beredar dari situ.
Bang! Bang! Bang!
Hans yang mendengar bunyi tembakkan itu kembali mencelikkan matanya. Dia memandang sekeliling sehingga matanya tertancap pada susuk tubuh seseorang yang juga turut membalas tembakkan. Tidak terlalu tepat. Mungkin masih dalam fasa belajar.
"Afifah..", panggilnya, perlahan. Namun gadis itu tidak mendengar kerana bunyi tembakkan yang membingitkan telinga.
Matanya membulat besar apabila melihat seseorang menghampiri mereka. Namun bukan itu yang menarik perhatiannya. Lelaki itu memegang pisau yang tajam dan tujuannya adalah..
Bunuh Afifah!
Pantas dia bangun dan menarik Afifah kedalam pelukkannya sebelum..
Kcak!
"Hans!",
Afifah membetulkan mask muka diwajahnya sebelum dia melangkah untuk turun ke bilik mesyuarat EDT. Mereka semua berkumpul disini. Mujur suaminya keluar lebih awal berbanding dirinya.
Pintu kebal dibuka. Beberapa orang pengawal EDT menunduk hormat padanya. Berpakaian serba kelabu menandakan dia posisi dia kalini adalah pembunuh utama.
Dani memandang kearah gadis itu. Gadis yang sering berlawan dengannya jika mereka terserempak. Tipulah jika gadis itu tidak kalah hebat sepertinya.
Perasan akan dia ralit merenung gadis itu. Dia segera mengalihkan pandangan. Ya Allah.. ingat Afifah woi!
"Ni ahli utama aku. Just call her Queen", mereka semua mengangguk.
"And this Dark and eve", mereka mengangguk lagi. Faham.
"Jadi, kita semua akan bergabung dan sebelum peperangan bermula, aku nak tanya dulu. Kauorang tahu tak punca Raphael berdendam dengan kita semua?", Mereka menggeleng.
"Queen, turn you", Queen mengangguk dan berdiri dihadapan sekali.
"Tak nak banyak cakap, aku terus straight je", dengan nada yang cukup dingin Queen membuka bicara.
"Hanya satu sebab saja kenapa dia nak hancurkan kita semua",
"Sebab apa?", soal Hayrie, ingin tahu. Tidak kalah juga dengan nada yang dingin.
"Dendam".
Tbc
[1511 words]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top