MHMM : Bab 56
"The real enemy will come and everything will end."
*****
Topeng muka diwajahnya ditanggalkan. Screen besar yang memaparkan CCTV itu dilihat sebelum bibirnya mengukir senyuman sinis.
"Kau nak habiskan semua ni?",
Senyuman terlorek lagi. Namun kalini senyuman menyeringai yang agak menyeramkan.
"Game dah nak habis. Tapi..", kuku dilihat.
"Tapi aku nak habiskan kauorang dua dulu. Hahahahaha", dia tergelak besar.
"Ivan, kau pasti apa yang kau buat ni?",
Dia yang sedang menonton cctv dirumah Syam itu menoleh. Senyuman lebar terhias dibibirnya.
"Kau rasa aku ada masa ke untuk fikir dua kali, Rianna?", soalnya kembali.
"Kau tak menyesal? Aku kenal Queen tu macam mana. Dia orang terkuat dekat EDT tau, sebab tu Ryyan ambil dia jadi leader EDT(1)", jelas Adrianna, mendatar.
"Hahaha, Adrianna, Adrianna.. kalau dia hebat dan kuat sangat, kenapa dia masih bodoh tak dapat tangkap yang musuh dia adalah anak buah dia sendiri? Kau? Hahaha. She's so stupid you know? Like her husband", Ivan teregelak lagi. Atau..
Ivan Raphael,
Segala peralatan dan senjata disusun kemas keatas meja. Dani masih memfokuskan matanya kearah screen labtop. Sudah sebulan berlalu dengan pantas. Segalanya telah dirancang elok oleh Hayrie. Nama Assasin's Leader White Eagle.
Sedikit demi sedikit, biodata Raphael terkikis olehnya dibantu oleh hacker dari kumpulan EDT. Mengapa?
Syam dan Ryyan telah bersepakat untuk hapuskan Raphael bersama. Ryyan sudah bagitahu bahawa Raphael juga sering menganggu anak buah kesayangannya dan hampir membunuh anak buahnya.
Siapa orang tu? Ryyan tidak memberi tahu. Katanya maklumat ahli EDT tidak boleh disebarkan kepada sesiapa tidak kiralah keluarga, atau kawan rapat sekalipun. Jelas kawalan kumpulan mereka lebih kukuh.
Dia sudah tidak perlu risau tentang pendrive yang hilang kerana kedua-dua pendrive tersebut berada dimarkas utama Evil Dark Team.
Sekarang dia perlu mencari siapa Raphael dan hancurkan syarikat Meurtant dari muka bumi ini.
Dani merenggangkan badannya sedikit. Dia cukup selesa untuk bekerjasama dengan Hacker EDT kerana mereka juga tidak kalah hebat sepertinya. Yang penting mereka gila-gila.
"Encik Dani, boleh hantar semula fail yang aku bagi tu?", suara Eve kedengaran dispeaker yang dipasang oleh Dani. Dani mengangguk walau dia tahu mereka tidak akan nampak. Kut..
Eve? Kauorang mesti tahukan dia ni siapa?
"Hubby, minum sikit", segelas air milo suam dihulurkan.
"Sikit je?", soal Dani sambil menyambut huluran Afifah.
"Minum dekat situ tau", satu tempat dicawan ditunjukkan. Dani hanya mengikuti saja.
"Rasa strawberry", kata Dani, tiba-tiba.
"Memanglah. Bekas lips saya", jawab Afifah, manja. Dia mengambil tempat diatas riba suaminya.
"Saya tahu awak tengah usaha nak dapatkan maklumat Raphael. Tapi jangan lupa rehat, okey?", pipi Dani diusap sebelum dikecup manja.
"Okey sayang", bibir wanita itu pula dicium.
"Ehem. Encik Dani, boleh tutup cctv?", suara yang datang dari speaker itu membuatkan wajah Afifah berona merah. Eh syaitan betul ahli EDT ni!
"Kauorang hack cctv kawasan aku ke?", soal Dani, tenang.
"Haah", balas Eve dan Aiman serentak.
"Buto",
Cctv dimatikan oleh Dani sebelum dia menarik tangan Afifah menuju ke katil. Punggung dilenyekkan diatas tilam sebelum tubuh mereka berdua terbaring bersama diatas katil.
Mata masing-masing merenung kedalam anak mata sesama sendiri. Suasana sunyi sepi dimalam hari. Entah mengapa, masing-masing terasa lain.
"Hubby..",
"Sayang..".
Serentak mereka memanggil antara satu sama lain.
"Awak cakap dulu",
"Kau cakap dulu",
"It's okey. Husband first",
"Nope, ladies first", Afifah mengangguk.
Dia merapatkan tubuhnya dengan suaminya sebelum tangannya memeluk badan tegap lelaki itu. Dagu diletakkan diatas dada Dani. Mata terpejam apabila bau maskulin suaminya masuk kedalam rongga hidungnya. Wangi.
"Hubby.. kalau kita dah tahu siapa Raphael nanti.. apa hubby akan buat?", soal Afifah, perlahan,
Dani mengecup dahi Afifah lembut sebelum dia memegang dagu Afifah untuk mendongak. Anak mata hitam hazel itu direnung dalam.
"First sekali aku akan tangkap dia. Lepastu aku seksa dia macam mana dia buat kau terseksa. Lepastu aku bunuh dia. Dan hidup kita kembali tenang", balas Dani, lembut. Pipi mulus itu diusap menggunakan ibu jarinya.
Mengapa dia rasa bahawa ini adalah kali terakhir mereka bergini? Apa akan jadi disaat seterusnya? Itu dia tidak pasti.
"Macam mana kalau, kita yang kalah?". Soal Afifah, perlahan. Jelas kedengaran bergetar.
"Kita akan menang sayang, In Shaa Allah", bibir mereka bertautan seketika sebelum dilepaskan kembali.
"Dengan bantuan ahli utama EDT. In Shaa Allah kita menang.. sayang, nak tahu tak?", Afifah mengangguk.
"Saya harap lepas je selesai semua benda ni, saya nak bawa awak bercuti lama. Kita rileks, kita dua, je. Boleh?", Afifah terdiam.
Dani awak tahu tak ahli EDT utama tu saya? Apa reaksi awak bila tahu saya pun mafia?
Afifah tersenyum kelat.
"Saya tak janji", dahi Dani berkerut.
"What do you mean, dear?",
"Tunggu jelah nanti",
Tok! Tok! Tok!
"Dani! Keluar kejap!". Suara Kai yang memekik diluar pintu biliknya itu membuatkan Dani mendengus kasar kegeraman. Perlahan dia bangun dan menuju ke pintu bilik.
Pintu dibuka lalu ditutup kembali setelah dia melangkah keluar. Kening dijungkit memandang kearah Kai yang sedang berwajah serius.
"Apa?", soalnya, malas.
"Jom turun. Ada benda nak bincang", Dani mengangguk seraya membuntuti langkah Kai untuk turun kebawah.
Ruangan rahsia bawah tanah menjadi tempat mereka semua berkumpul pada malam ini. Dani dan Kai melangkah masuk bersama dan pintu dikunci dari dalam.
"Ada apa?", soal Dani tanpa basa basi.
"Damia ada datang jumpa kau tak?", soal Heyder dengan nada yang cukup serius. Lelaki itu cukup kacak dan comel apabila mengenakan sweater berwarna biru gelap dengan rambut yang disisir ketepi.
Riak wajah mereka semua hanya memamparkan riak dingin dan bengis. Tiada masa untuk bergurau dan bermain-main. Mereka telah tiba dipenghujung. Penghujung dimana menentukan sama ada kisah ini adalah happy ending, atau sad ending.
"Ada. Haritu dia ada datang wad aku. Kenapa?", soal Dani kembali. Wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia tidak faham akan situasi.
"Dia ada cakap apa-apa tak?", soal Eirul pula. Tangannya sibuk bermain dengan sebilah pisau yang tajam. Dihujungnya ada darah yang masih segar. Jelas lelaki itu baru lepas membunuh. Sama seperti Heyder, dia hanya mengenakan sweater berwarna hitam.
"Haritu dia tak ada cakap benda yang berfaedah pun. Dia datang buat wajah bodoh dia dan cari gaduh ngan isteri aku", jawab Dani, mendatar.
"Kenapa tiba-tiba tanya pasal dia ni? Ada benda yang aku terlepas ke?", soal Dani semula.
"Kau tahu pasal Raphael?", soal Idzan pula. Di tangannya juga ada sebilah pisau. Namun sedikit tumpul.
Dorang ni kalau dah dapat kebebasan.. hmm..
"Tahulah. Kan aku yang cari maklumat dia", balas Dani dengan riak yang dingin dan serius.
"Wait, Dania ada kena mengena dengan Raphael ke?", soal Dani apabila perkara itu yang melintasi fikirannya.
"Damia dah mati", kata Hayrie, dingin. Dia elok saja duduk dengan kaki yang disilang dikerusi big boss. Manakala yang lain hanya berdiri dikelilingi meja panjang yang menjadi tempat mereka mesyuarat. Hormat pada si ketua.
"Hah? Mati? Weh aku tak bunuh dia ehh!", terkejut kingkong Dani apabila mendengar pernyataan tersebut. Jelas dia tidak tahu bahawa wanita itu sudah mati. Arwah dulu sangat menggedik orangnya.
"Bila dia mati?", soal Dani lagi.
"Dua hari lepas dia jumpa kau", jawab Heyder.
"Mati sebab?",
"Seb-", kata-kata Kai terpotong apabila bunyi telefon Dani kedengaran.
Uknown
Petunjuk kau dah mati. Aku bunuh.
-Rphel-
Dani berkerut dahi. Petunjuk? Mati? Bunuh?
"Kau dah dapat apa yang Raphael hantar?", Dani mengangguk.
"Kau faham apa yang dia maksudkan?", soal Hayrie lagi. Dia bangun dari duduknya mendekati Dani.
Dani yang melihat wajah dingin dan bengis tanpa secalit senyuman itu mulai kecut perut. Sungguh dia jarang melihat Syam yang satu ini. Kerana lelaki itu biasanya akan bersikap biasa dan sporting.
Perlahan Dani menggeleng tidak faham.
"Damia datang jumpa kau sebab dia nak bagitahu pasal Raphael. Bukan buat kekecohan", Dani membuntangkan mata.
"Maksudnya, dia datang cuma nak bagitahu siapa Raphael? Macam tu?", Hayrie mengangguk.
"T-tapi kenapa..",
Satu surat baling keatas meja berhadapan dengan Dani. Dani berkerut dahi.
"Aku terserempak dengan dia. Dia bagi surat tu dekat aku suruh aku bagi dekat kau. Masa aku jumpa dia, wajah dia pucat gila. Macam tengah kena kejar atau ada kecemasan", giliran Heyder pula bersuara.
Dani mencapai surat tersebut sebelum dia berkerut dahi.
"Ada yang dah buka ke surat ni?", soal Dani, pelik.
"Dia memang bagi dah koyak macam tu", kata Heyder membuatkan Dani mengangguk.
Dani, I bukan nak ganggu hiduo you lagi. I tak bodoh lagi nak rosakkan rumah tangga orang. I datang untuk bagitahu you sesuatu.
Raphael. You know him right? Dia ancam you dengan isteri you baru baru ni, kan? I kenal dia siapa. I tahu latar belakang dia. Tapi I tak boleh straight dekat you. Orang dia sentiasa perhatikan I.
I cuma nak cakap yang Raphael dah lama merancang untuk musnahkan you dan isteri you tu. Dia orang yang berbahaya Dani. Dia psycho. Dia kejam.
Apa yang I boleh bagitahu adalah..
Dani menutup surat itu kembali dengan wajahnya sudah berubah dingin dan serius.
"Apa yang dia bagitahu dalam surat tu?", soal Kai, ingin tahu.
Dani memandang setiap wajah yang berada didalam bilik itu sebelum anak kata ketuanya yang sudah duduk ditempat asal itu direnung.
"Dia bagitahu aku nama penuh Raphael", jawabnya, dingin.
"So? What he's name dude?", Hayrie turut membalas renungan Dani.
"Ivan Raphael",
Tbc
[1488 words]
Allhamdulillah. Settle dah pasal siapa musuh sebenar diaorang😌
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top