MHMM : Bab 55
"The jelousely wife",
*****
Afifah berkerut dahi mendengar pertanyaan Einara. Dia menyentuh perutnya dan menggeleng.
"Saya dengan Dani dah lama tak buat sains bab 4 tu selepas kejadian saya keguguran", jawab Afifah, mendatar.
"Ouh",
"Hubby!", jerit Afifah apabila melihat mata Dani bergerak-gerak menandakan dia sudah sedar.
Dani berkerut dahi menahan kesakitan dikepalanya. Dia mencelikkan matanya kembali sebelum matanya memandang kearah Afifah dengan mata sembabnya,
"Kau siapa?", soal Dani, malas.
Afifah tercenggang sebelum tubir matanya kembali berair. Boleh buta jika menangis terlampau banyak dan berturut-turut. Mohon elakkan.
"A-awak tak ingat saya ke?", soal Afifah, takut.
Dani menoleh ketepi memandang Einara.
"Nara, mana Afifah?", soal Dani, mendatar. Matanya melilar mencari kelibat seseorang.
Einara diam. Dia tidak tahu mahu berkata apa.
"Depan awak", balas Einara, perlahan.
Dani menoleh kearah Afifah yang sudah menangis dihadapannya sebelum dia menggeleng.
"Bini aku tak cengeng", Afifah terus saja memeluk tubuh tegap suaminya. Wajah disembamkan didada Dani sebelum tanggisan dihamburkan didada lelaki itu.
"Sampai hati awak! Awak memang nak lupakan saya ke hah?! Awak jahat! Awak-",
"Shhh.. shhhh, yang kau beria menangis ni kenapa?", potong Dani sambil mengusap belakang badan Afifah. Memujuk,
"Awaklah! Awak buat saya takut! Awak lupakan saya! Awak buat awak buat saya risau! Awak buat saya-",
"Woi! Woi! Memang nak salahkan semuanya dekat aku ke macam mana?", bidas Dani dengan nada yang tidak puas hati.
Afifah mengangguk masih dengan tanggisannya,
"Awak salah! Dan awak lelaki, saya perempuan. Saya kena menang. Dan awak kena kalah", air mata diwajahnya diseka menggunakan baju Dani. Pipi ditekap didada suaminya itu.
"Tapi aku tak nak kalah", balas Dani, tak mengalah.
"Awak ni mengalah jelah", Afifah memejamkan matanya.
"Tak nak. Salah kau sendiri sebab menangis. Aku tak suruh pun", Dani mengusap kepala Afifah yang berada didadanya.
"Tak! Awak buat saya risau! Automatik saya akan menangis! Jadi awak salah", Afifah masih dengan pendiriannya.
"Tak. Aku tak suruh kau risau",
"Awak cedera! Saya risau sebab awak suami saya!",
"Aku cedera sebab nak selamatkan kau, jadi salah kau sendiri", balas Dani, mendatar.
"Alah-alah, nok jugok menang. Ha ambil", Afifah menjeling sebelum perut Dani dicubit geram.
"Au au, sakit yang, sakit", tangan Afifah dipegang memjauhi perutnya.
"Padan muka!",
Einara hanya memerhati dari tepi. Terasa diri ini single.
+
Pintu wad dibuka dari luar menyentckan Dani yang sedang menulis sesuatu itu.
"Cepatnya, tadi kata nak beli makanan dulu", tegur Dani tanpa melihat siapa gerangan yang masuk kedalam wadnya itu.
"Dani! I miss you!", Dani mendongak apabila suara orang yang membalas tegurannya itu kedengaran lain.
"Mia?". Dani berkerut dahi. Sudah lama dia tidak nampak kelibat gadis ini.
"Dani! Macam mana you boleh masuk hospital ni? You okey? You tak rindu I ke?". Damia melangkah mendekati katil yang dihuni oleh Dani sebelum dia dengan selambanya duduk diatas katil,
"Aku tak kenal erti rindu untuk perempuan macam kau. Berambus", dingin Dani menghalau.
"Alahh, you ni.. kenapa dengan kepala you tu? Mesti perempuan tu buatkan? Tch. Dia tak pandai jaga you lah!", jerit Damia.
Kedebuk!
"Argh!", Damia menggosok punggungnya yang sakit akibat terhentak diatas lantai kerana ditolak oleh Dani.
"Bisinglah beruk ni. Berambus anjing", Dani menjulingkan matanya keatas.
Damia mendengus kasar sebelum dia bangun dan memeluk leher Dani dari tepi membuatkan Dani tersentak. Serentak pintu bilik dibuka.
"Wow, wow. Drama apa ni?", soal Afifah dengan wajah yang cuba dikawal. Plastik polistren dipegang erat walau dia rasa mahu saja mencampakkan bubur panas itu kewajah gedik Damia.
"Kau siapa? Aku girlfriend dia", Damia menjeling tajam wajah Afifah.
"Hah? Girlfriend? Lelaki gay pun kau nak ke? Kau nak tahu kenapa aku tak mengandung sampai sekarang? Sebab dia gay, ish ish ish, low class betul teste kau", Afifah menggeleng kepalanya dengan wajah yang dibuat-buat tidak percaya.
Damia mendengus.
"I tak bodoh lagi macam you lah! Eh by the way you tak mengandung lagi? You mandul ke? Atau you tak bagi Dani sentuh you?", seloroh Damia, sinis.
Dani hanya diam melihat pertengkaran itu.
"Kau ke yang mandul tu? Sebabnya kau dah buat dekat banyak laki dekat luar sana tapi still tak mengandung", sinis Afifah semula. Dia berjalan mendekati mereka berdua.
Memerah wajah Damia mendengar kata-kata Afifah. Malu dan marah.
"Kurang ajar!", baru saja dia mahu melayangkan tamparan dipipi Afifah, ada satu tangan lain yang menahan,
"Jangan kau sentuh dia dengan tangan kotor kau tu", tangan Damia dicengkam kuat dengan anak mata yang tajam menikam wajah tebal itu.
Damia merengus sebelum merentap kasar tangannya dan berlalu pergi. Sempat dia mendengar kata-kata yang menyakitkan dari mulut Afifah.
"Make up setebal dosa kau sendiri!!", pintu dihempas kuat.
Suasana menjadi sunyi semula. Plastik diletakkan diatas meja makan sebelum mangkuk dicapai oleh Afifah dan bubur dituang keralam mangkuk tersebut.
Dani hanya fokus melukis sesuatu manakala Afifah masih menyediakan makanan.
"Sayang, cantik tak? Saya lukis awak. Haha", kertas yang sudah penuh dengan lukisan olehnya ditunjukkan oleh Afifah.
"Cantik", balas Afifah tanpa memandang. Senyuman lebar dibibir Dani perlahan-lahan pudar. Dani menyentuh bahu Afifah sedikit.
"Sayang, kenapa ni?", soalnya, risau.
"Saya ada buat salah ke?", soal Dani lagi. Wajah dingin Afifah direnung.
"Makan ni", mangkuk diletakkan diatas meja.
"Selagi awak tak jawab soalan saya, saya tak akan makan", tegas Dani. Afifah mengeluh
"Apa dia?",
"Saya ada buat salah ke? Awak kenapa? Muram je..". Soal Dani sekali lagi.
"Saya sakit hati!",
"Sakit hati sebab?", kening dijungkit.
"Kenapa awak biar je dia sentuh awak?!", marah Afifah, bengang.
"Saya dah tolak dia. Tapi dia peluk balik dan tepat masanya awak masuk bilik ni. Saya mana sempat buat apa-apa", balas Dani meraih tangan kecil Afifah dan dicium lembut.
"Hmm", balas Afifah, malas.
"Makan ni", mangkuk bubur dicapai.
"Suaplah. Hehe", Afifah mengangguk sebelum sudu didalam mangkuk dicapai dan sisuakan kemulut Dani.
"Sayang",
"Ya",
"Sayang cemburu yeahhh..", senyuman nakal terukir dibibir Dani. Suapan diteruskan.
"Mana ada", nafi Afifah, malas.
"Yeke.. hmm..",
"Apa awak kata tadi? Saya gay?", mangkuk ditangan Afifah dicapai sebelum diletakkan dimeja sisi.
Afifah memalingkan wajahnya kekiri.
"Mana ada", nafinya lagi.
"Tak mengandung ehh.. hmm..", badan Afifah ditarik supaya duduk rapat dengannya. Dagu diletakkan diatas bahu wanita kesayangannya itu. Sengaja tangannya bermain dengan baju yang dipakai oleh isterinya itu.
"Habis benih aku beberapa bulan lepas tu apa? Hm?", nada yang digunakan cukup menggoda. Senyuman lebar terukir dibibirnya melihat wajah Afifah yang berubah menjadi merah.
"Dani.. saya..", terasa geli dilehernya akibat terasa hembusan nafas Dani. Tak padan dengan sakit!
"Saya apa? Nak anak?", soal Dani, selamba. Semakin memerah wajah Afifah. Argh mummy tengok anak mummy ni!!
"Dani dengan Afifah tengah berasmara ke?", suatu suara wanita mengentikan pergerakkan Dani. Pantas mereka menoleh.
"Mummy..", Afifah cuba melepaskan pelukkan Dani namun semakin erat dipeluk oleh suaminya itu.
"Ouh tengah proses buat cucu untuk mummy ya? Faham faham. Sambunglah", Puan Suraya mengambil tempat disofa didalam wad vvip itu. Amboi. Suruh orang sambung tapi dia tak keluar. Memang nak jadi penonton ke apa?
"Awak lepaslah, saya nak salam mummy", tangan ditarik supaya melepaskan pelukkan. Namun, semakin erat lagi adalah. Afifah mengeluh.
"Mummy tak kisah punlah, mummy dah bagi greenlight tu", senyuman nakal terukir. Dani membaringkan tubuhnya sambil tangan masih memeluk pinggan Afifah.
"Kepala otak dia", Afifah pasrah.
Seminggu berlalu dengan pantas. Dani sudah boleh keluar dari hospital beberapa hari lepas. Kini, mereka semua berkumpul dirumah agam milik keluarga Syam.
"Jadi persiapan semua kita akan buat lepas aku bagitahu plan kita. Eirul dengan Kai dah tahu. Tinggal kauorang je", Syam berkata serius.
"Eirul? Kenapa kau guna nama sebenar dia pula?", soal Aisy, hairan. Syam memandang pula kearah Aisy.
"Kau", tangan ditunjukkan kearah Aisy.
"Plan kalini aku benarkan kau membunuh cara sendiri. Idzan", Aisy jelas terkejut sebelum perlahan-laham bibirnya mengoyak senyuman lebar.
"Finally!!", jeritnya, suka.
"Kau Nurin, hm, suka hati kaulah", Nurin mengangguk.
"Aku?", soal Kai pula.
"Ambil posisi kau. Memanah", Kai mengangguk faham.
"Jangan biarkan satu pun terlepas. Bunuh semua orang yang kauorang nampak masa dekat sana. Heyder, aku tak nak kau main-main", Heyder mengangguk faham.
"Bunuh semua?", soal Dani, pelik. Syam mengangguk.
"Jangan biarkan ada yang bernyawa. Nyawa ikan sekalipun. Bunuh je. Faham?",
"Kau nak buat rancangan tanpa strategi ke Syam?", soal Dani lagi membuatkan Syam menoleh kearahnya.
"Aku Hay",
Tbc
[1338 words]
'Hay' tu bukan slipt personality ya. Jangan salah sangka.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top