MHMM : Bab 54

"Another day, another character"
*****

MEREKA berdua bersiap-siap untuk menjalankan misi yang baru saja diberi oleh ketuannya. Amira hanya mengenakan skrit putih bersama baju T-lengan panjang berwarna purple dan tudung shawl berwarna putih yang dililit simple.

Manakala Wawa hanya mengenakan baju T-lengan panjang berwarna hitam bersama seluar jeans berwarna hitam yang tidak terlalu ketat hingga membentuk kakinya. Tudung bawal berwarna merah dipakainya.

Kenapa simple sangat? Sebab mereka perlu menjalani misi penyamaran. Nope , bukan mereka. Tapi Amira. Wawa hanya menjalankan tugasnya as hacker.

"Jomlah", pintu kereta dibuka sebelum mereka berdua menerobos masuk kedalam kereta Audi TT yang berwarna hitam itu.

Wawa yang berada ditempat duduk penumpang sebelah pemandu itu hanya menyibukkan dirinya dengan gadget. Mencari jejak musuh mereka itu.

"Dah sampai. Jom", kedua gadis itu melangkah keluar bersama-sama sebelum mereka berdua berjalan kearah yang bertentangan menuju ke haluan masing-masing.

"Take care", suara Wawa kedengaran di earpiece yang dipakai oleh Amira.

"You too",

Wawa memesan air tealive sebelum dia mengambil tempat duduk berdekatan dengan kaunter. Tersorok sedikit.

Sambil menyedut air minumannya. Matanya masih melekat discreen komputer ribanya yang menunjukkan kode-kode yang perlu dimasukkan sebelum screen itu berubah menjadi layaran rakaman CCTV dimall itu.

Cup air diletakkan diatas meja sebelum tangannya mengeluarkan telefon bimbit melihat jejak musuhnya yang berada berdekatan dengan Amira.

Seorang jejaka melangkah masuk kedalam kedai tealive tersebut sebelum kakinya berhenti dari melangkah tatkala telefon bimbitnya berbunyi.

Alarm pengesan.

Dia, atau jejaka yang bernama Naufal itu mengeluarkan telefon bimbitnya melihat alarm yang selalu dipasangnya itu tidak kira dimana-mana.

Alarm mengesan musuh ataupun hacker yang berada disekeliling. Matanya melilau memandang kedai tealive itu sebelum pandangannya tertancap pada susuk tubuh seorang gadis yang sibuk menghadap komputer riba.

Dia memesan air dahulu sebelum melangkah kearah gadis itu.

"Hai. Can I seat here? Tempat lain dah penuh", dengan tenang Naufal meminta izin.

"Hm", balas gadis itu, malas.

Naufal tanpa berkata apa terus mengambil tempat dihadapan gadis itu sambil menyedut air dan matanya melihat telefon. Mencari location musuh atau hacker itu.

Wawa yang sedar dia telah memberi orang lain duduk dihadapannya itu mendongak memandang lelaki tersebut.

Izz Naufal bin Azz Nafir

27 tahun

"Why you look at me like that?", soal Naufal , mendatar. Telefon diletakkan diatas meja sebelum dia merenung wajah gadis dihadapannya itu.

"Izz Naufal ? Ouhh nama dah cantik. Tapi muka hodoh", sengaja Wawa berkata begitu. Alang-alang bosan seorang-seorang apa salahnya dua cari gaduh ngan lelaki dihadapannya ini?

Naufal jelas terkejut mendengar bait kata gadis itu. Macam mana dia--

"Pahal pandang aku macam tu? Sorrylah, jau bukan teste aku", kata Wawa sebelum dia menyambung semula membuat kerjanya.

Naufal hanya diam sambil memandang Wawa dengan tajam.

"Kau siapa?",

"Manusia", balas Wawa sebelum dia menyandarkan badannya dikerusi.

"Nak number kau",

"Buat apa?", soal Wawa bernada mendatar.

"Bagi jelah!",

"Kau boleh je cari sendiri kan. Encik hacker?", sekali lagi Naufal terkejut. Gadis ini bukan gadis biasa..

"Kau buat apa?", soal Naufal sambil cuba melihat discreen komputer riba gadis itu.

Pakk!

"Jangan sentuh. Samak nanti", kata Wawa , mendatar.

Naufal hanya menjeling.

"Kau siapa ha?! Macam mana kau boleh kenal aku ?!", tiada lagi basa-basi, terus saja Naufal menyoal Wawa dengan nada yang dingin.

"Aku bidadari, sebab tu boleh kenal kau", balas Wawa , serius. Mana mungkin dia mahu memberi tahu yang dia seorang hacker atau mafia.

Naufal mengetap rahangnya geram. Baru saja dia mahu membuka mulut. Bunyi tembakkan kedengaran mengejutkan mereka berdua.

Wawa dan Naufal terus memandang sekeliling sebelum Naufal bangun dari duduk menuju ke dinding kaca yang menampakkan lot parking. Pintu kaca dibuka sebelum dia melangkah keluar menghampiri belakang banggunan dimana bunyi das tembakkan kedengaran.

Wawa hanya memerhati sebelum dia memandang jam dipergelangan tangannya dan terus saja memasukkan labtop kedalam bag dan melangkah pergi dari situ mengikut jejak Naufal.

Naufal yang terasa diikuti dari belakang itu terus menoleh bersama pistol ditangan.

"Pahal kau ni?", soal Wawa , mendatar.

"Kenapa kau ikut aku?", soal Naufal , dingin.

"Siapa yang ikut kau?", soal Wawa kembali dengan dingin.

"Pergi baliklah. Bahaya",

"Kau yang patut balik. Diaorang bukan cari kau. Jangan cari masalah", Wawa terus sahaja berjalan kehadapan meninggalkan Naufal yang terpinga-pinga dibelakang.

Melalui lens yang dipakainya, dia dapat melihat disebalik dinding belakang banggunan itu terdapat beberapa orang lelaki yang memakai pakaian serba hitam dan ada banyak lagi orang yang sedang bersembunyi. Heh!

"Dark, kau dah sedia ke?", soal Eve dengan nada perlahan memandangkan Naufal mengikutinya dari belakang sambil membebel.

"Kau tu elok-elok sikit. Jangan buat perangai", dingin Dark berkata.

"Bukan selalu.. hm", balas Eve, perlahan. Dia berhenti melangkah sebelum dia menoleh kearah Naufal dibelakang.

"Kau boleh stop bising tak?",

"Tak ada tak ada! Kau kena balik! Biar aku yang selesaikan!",

Bang!

"Patutlah lama sangat. Berdating dulu yaa", Wawa menoleh kebelakangnya. Argon, musuh kecil EDT. Dia mengeluh sedikit sebelum dia terus memusingkan badannya menghadap Argon dan anak buahnya itu.

"Macam pelik je kalau aku dating dengan sajat",

Dang!

Naufal tersentak. Dia panggil aku sajat ?!

Argon hanya diam sambil memandang Wawa dan Naufal dengan tajam.

"Bunuh mereka", usai kata begitu , Argon terus berundur kebelakang. Kesemua anak buahnya terus mengepung Naufal dan Wawa bersama-sama pistol yang berada ditangan.

"Kalau kauorang buk-", baru saja Naufal mahu berkata, Wawa terus memotong.

"Cantik pistol. Beli mana?", soal Wawa sambil melihat setiap senjata yang berada ditangan musuhnya.

"Macam tak gentle lah kalau nak bagi ayat sama yaitu 'kalau kauorang bukan pengecut buang pistol' hm. Jadi apa kata kalini , kita sama-sama main senjata? Apa aku merepek ni? Ah! Apa-apa jelah!", anak buah Argon berpandangan sebelum mereka terus menyerang kedua orang manusia itu.

Tiada satu pun peluru yang terkena Wawa dek kerana dibackup oleh Amira yang berada dibanggunan sebelah as headhunter.

Naufal melepaskan berdas-das tembakkan kearah musuh sebelum matanya terpandang Wawa yang juga sedang menembak musuh dengan tenang. Seperti sudah biasa saja..

Terlalu leka memandang Wawa, akhirnya musuh mula melepaskan tembakkan dipeha Naufal membuatkan Naufal terjatuh .

Wawa hanya memandang Naufal sekilas. Usha aku lagi kan dah kena tembak.

Eve terus saja melindungi Naufal sebelum dia mengeluarkan bom asap dan dibaling ketengah-tengah diantara mereka.

"Close you mouth and mouse, bitch", arah Eve pada Naufal menggunakan nada dingin. Naufal hanya mengikut saja arahan tersebut sebelum berdas-das tembakkan dari sniper kedengaran.

Kabus itu perlahan-lahan menghilang sebelum Eve berlari kearah satu kereta yang sedang meluncur laju kearah mereka. Pintu sebelah pemandu dibuka sebelum dia terus saja melambaikan tangan kearah Naufal. Kereta Audi tersebut mula bergerak meninggalkan kawasan tersebut.

"Buat kerja kau Eve", Eve hanya mengangguk saja sambil melakukan kerjanya. Teringat pada lelaki tadi membuatkan dia tersenyum senget.

"Senyum apa? Buat kerja cepat sial", marah Amira, geram. Wawa terus saja melakukan kerjanya dengan pantas.

"Mira, you nak tahu tak?", Wawa menutup kembali labtopnya setelah selesai membuat kerja.

"What?",

"Aku jumpa jodoh!! Arghh! Tak sia-sia tips kau weh! Tak sia-sia!", lengan Amira yang sedang memandu itu digoncang teruja.

"Hah? Apa kau merepek ni setan?! Lepaskan lengan aku woi! Kau nak kita mati ke?!", jerit Amira sambil menarik tangannya kembali.

"Ingat tak yang aku nak suami hacker tu?", Amira mengangguk.

"Kau kan suruh aku cari jodoh dekat tealive? Weh sial kau tahu tak aku jumpa encik hacker dekat tealive tadi?! Dia siap duduk depan aku dan ajak aku borak lagi!! Arghh dia usha aku weh! Dia usha aku!", dengan teruja Wawa bercerita. Wajahnya ceria saja mengenangkan tentang Naufal.

Amira berkerut dahi.

"Gila",

*****

Tangan Dani dipegang erat oleh tangan kecilnya. Lelaki itu masih tidak sedarkan diri walaupun sudah masuk dua hari.

"Dah makan ke Laura? Awak kena banyak makan kalau nak cepat sihat", Einara yang turut menemani wanita itu bersuara.

"Saya dah makan tadi. Awak, bila suami saya nak bangun? Bila dia bangun nanti dia akan lupakan saya macam dalam drama tv3 tu ke? Awak, saya tak nak dia lupakan saya", tidak semena-mena, air matanya jatuh lagi apabila memikirkan tentang itu.

Einara berkerut dahi. Pelik.

"Apa awak merepek ni, Laura? Dani okeylah. Dia kekurangan tenaga dan air dalam badan, sebab tu dia tak sedarkan diri sampai sekarang", balas Einara, lembut. Wajah dimaniskan.

"Mesti salah saya sebab dia penat, kan? Yelah, saya rosakkan barang dia. Mesti dia berusaha untuk dapatkan semula", air mata diseka. Semakin berkerut dahi Einara.

"Laura, boleh saya tanya sesuatu?", soal Einara meminta izin.

"Awak nak tanya apa? Awak nak marah saya ke? Saya terima je kalau awak nak marah saya", Einara tersenyum tipis.

"Laura, awak pregnant ke?",

Tbc
[1382 words]

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top