MHMM : Bab 53
"In the rest for a while"
*****
Afifah mengikat rambutnya yang terjatuh kebahu. Wajah lena Dani yang sedang tidur disebelahnya dilihat sebelum rambut yang sudah kusut masai itu diusap. Tetap kacak walaupun selekeh. Hmm..
Perlahan dia bangun dari duduknya menuju kebilik air.
Mata dicelikkan apabila terdengar bunyi pancuran air. Rasa ngantuk masih menguasai dirinya. Mata dipejam seketika sebelum dibuka kembali. Dia merenung siling sebentar sebelum bangun dan bersandar dikepala katil.
Krak..
Matanya teralih pada Afifah yang baru saja keluar dari bilik air dengan berkembam dengan tuala saja. Mungkin tidak perasan akan dirinya yang sudah bangun dari tidur dan memerhati gerak gerinya.
"Seronoknya kalau tiap pagi dapat hidangan percuma macam ni",
Suara maskulin milik suaminya membuatkan wajah Afifah membahang malu. Pantas dia menarik entah baju siapa dan berlari kedalam bilik air.
Dani hanya menggeleng saja melihat isterinya itu. Dia tahu tak baju siapa dia ambil tu?
Tuala dicapai sebelum dia berdiri dihadapan pintu bilik air. Lama betul minah ni pakai baju.
"Cepatlah sayang.. aku dah malas nak tunggu ni. Karang aku tidur balik kena marah pula", bebel Dani sambil bersandar ditepi pintu.
Krak!
"Kenapa baju awak terlalu besar?", soal Afifah sambil melangkah keluar dari bilik air. Dia memandang baju yang dipakai olehnya itu sambil sebelah tangannya menahan kolar hadapan. Yelah. Besar sangat sampai terlorot. Kang dapat hidangan free lagi.
Tapi tak apalah kan? Dapat pahala.
"Hahahaha! Woi kau tengoklah ukuran aku dengan kau jauh beza. Kau kecil, pendek. Pakai baju aku yang besar tu dah kenapa?", gelak Dani, kuat. Dia memandang tubuh Afifah atas bawah.
T-shirt lengan pendek miliknya menjadi panjang bagi wanita itu. Dah macam jubah dah tahu tak?
"Tapi comellah, jangan lah tahan kolar tu", sambung Dani tersenyum nakal. Tangannya menarik tangan Afifah membuatkan kolar itu terlepas sekaligus membuatkan terlorot kebawah nak terpapanglah--
"Dani!!!",
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Perasaan tidak enak dihatinya sedaya upaya ditepis. Jari jemari runcingnya sibuk menjahit baju kesayangan suaminya. Macam mana boleh terkoyak pun tak tahulah. Sebab aku tarik malam tadi kut?
Sihk
"Auch", jari yang tercucuk jarum itu dilihat dengan pandangan kosong. Darah yang keluar dilap menggunakan lengan bajunya.
"Sayang, apa lap darah guna baju?", soal Dani yang baru saja melangkah kearah ruang tamu itu. Dia mengambil tempat disebelah isterinya itu sebelum jari yang terkena jarum itu dilap menggunakan tisu.
"Macam mana boleh tercucuk jarum ni? Sayang fikir apa?", soal Dani, hairan. Dari tadi dia memerhati tingkah laku isterinya yang sepertinya sedang memikirkan sesuatu.
"Tak ada apa", balas Afifah sambil melihat jari jemarinya dan kembali menyambung menjahit baju.
"Sayang, awak rasa tak apa yang saya rasa?", soal Afifah, tiba-tiba. Matanya masih fokus menjahit.
"Rasa", balas Dani, faham.
Mereka saling berpandangan seketika sebelum Dani dengan laju membuka komputer riba miliknya.
"Awak jom kita keluar", ajak Afifah, perlahan.
"Sabarlah dulu. Kita tengok dulu ni",
"Awak jom jelah keluar",
"Diamlah. Kalau kau tak sentuh barang aku haritu, tak adanya susah aku nak buat semula semua benda ni", Dani mendengus kasar. Afifah terdiam. Entah mengapa lelaki itu seperti memarahi dirinya. Atau lelaki itu memang masih marah padanya?
"A-awak masih marahkan saya?", soal Afifah, sayu.
"Diamlah!", marah Dani. Sebelum mereka berdua sama-sama mendiamkan diri.
Afifah menunduk sambil bermain dengan jari jemarinya manakala Dani masih membuat kerjanya. Masing-masing diserbu rasa bersalah.
Afifah rasa bersalah kerana memadam segala maklumat Dani. Manakala Dani rasa bersalah kerana memarahi isterinya. Author? Dia tak akan rasa bersalah terhadap readers. Jangan tunggu permohonan maaf dia. Sekian.
Tiba-tiba jantung Afifah berdetak laju sebelum nafasnya turun naik dan tidak teratur. Renik peluh mula membasahi wajahnya.
"Kau kenapa?", soal Dani, hairan.
"Dani.. k-kita kena keluar", katanya tersekat-sekat.
"Kenapa?", Dani masih dengan wajah bingungnya.
"Keluar jelah!", Dani bingkas bangun dari duduknya seraya menutup komputer riba miliknya.
"Kau boleh jalan?", soal Dani sambil memandang kearah Afifah yang juga sudah bangun itu. Perlahan kepala mengangguk.
"Okey jom", baru saja mereka menapak keluar beberapa langkah dari rumah, mata Dani dapat menangkap sesuatu yang dibaling oleh helikopter yang baru saja melintasi rumahnya.
"Sayang! Watch out!", dilepaskan komputer riba miliknya dan dengan pantas menolak Afifah menjauhi rumahnya.
Tit..
Tit..
Tit..
Booooooommmmmm!
Mereka berdua terjatuh diatas jalan tar sebelum kepala Dani terhentak disalah satu batu bata yang berada dikawasan perumah itu. Membulat mata Afifah melihat kejadian sekelip mata itu.
"Dani!", kepala Dani yang berlumuran darah itu diriba olehnya. Pipi lelaki itu ditepuk perlahan. Tidak sedarkan diri.
"Dani wake up!", air mata bergenang ditubir matanya sambil menepuk pipi Dani bagi menyedarkan lelaki itu.
PIN! PIN!
"Afifah! Dani!", laju Syam menerpa kearah mereka berdua. Rumah banglo yang sedang terbakar itu membuatkan wajahnya berpeluh dek kerana haba yang panas.
"Syam! Tolong suami I please", rayu Afifah dengan wajah yang sudah basah dengan air mata.
"Nak tolonglah ni", Dani dipapah oleh Syam menuju ke kereta yang dibawa olehnya tadi. Mujur dia terasa mahu datang kesini.
"Kau boleh jalan tak?", soal Syam melihat Afifah yang terkial-kial ingin bangun.
Afifah mengangguk. Dan berjalan perlahan. Syam pula hanya memerhati. Yelah, takkan nak sentuh pula? Kang putus kawan aku dengan Dani dah susah.
Pintu belakang dibuka sebelum Afifah menerobos masuk kedalam kereta. Setelah selesai, kereta tersebut bergerak laju membelahi jalan raya.
"Dani.. saya minta maaf.. jangan tinggalkan saya", air mata yang tadi sudah berhenti kembali mengalir.
"Rileks Af, Dani okey. Dia akan okey", pujuk Syam yang sedang memandu,
"Jangan banyak cakaplah! Bawalah kereta tu laju sikit!", marah Afifah dengan air mata yang sudah mencomotkan wajahnya.
Syam terdiam. Nak tenangkan pun kena marah.. haih..
Wad VVIP yang dihuni oleh Dani itu menjadi sunyi. Syam, Kai dan Amirul hanya mendiam hanya menayangkan riak dingin. Manakala Heyder, Nurin dan Aisy menemani Afifah diwad sebelah. Mengapa?
Wanita itu tiba-tiba saja pengsan ketika rawatan Dani dijalankan. Mujur Nurin dan Einara ada bersama mereka.
By the way, Einara sudah sah menjadi tunang kepada...
Tebak sendiri.
"Aku rasa Raphael dah mula buat rancangan sebenar dia", setelah lama mendiamkan diri, Amran Eirul bersuara dingin.
"Aku tahu. Kita semua kena bersedia. Raphael bukan calang-calang orang untuk kita tumpaskan dengan mudah", Syamsul Hayrie pula bersuara dengan nada yang serius bertambah dingin. Jelah mereka tidak berbicara main-main.
"Kita kena ada strategi lebih bagus dan baru. Raphael dah boleh baca gerak geri kita semua", Kairil Haziq menyandarkan tubuhnya kesofa. Jari jemari dipatahkan. Lenguh.
"Aku akan aturkan strategi baru. Tapi plan baru ni..", Syam memandang Amirul yang juga sedang memandang kearahnya.
"Aku benarkan kau guna cara sebenar kau membunuh, Rul", serius dia berkata menuju kata-katanya pada Amirul. Atau, Eirul. Anak matanya juga tajam menikam anak mata lelaki itu.
"Yeke?", Eirul tersenyum sinis sambil melihat jari jemarinya. Dibelek-belek tangannya. Sudah lama dia tidak menyeksa mangsa dan membunuh dengan caranya sendiri.
Syam mengangguk membenarkan.
"Kau dengan Idzan, aku bebaskan untuk plan baru ni", Syam menyambung kembali.
"Plan baru tu macam mana?", Kairil menjungkit kening.
Syam tersenyum sinis.
"Rancangan tanpa strategi",
****
"Kak, kau tahu tak?", Nurin yang sedang bermain telefon bimbit itu menoleh kearah Heyder. Kening tercantum.
"Tak. Tahu apa?", soal Nurin kembali.
"Akak tahu pasal siapa musuh Dani tu?", soal Heyder lagi. Kalini dengan nada yang cukup dingin. Einara dan Aisy hanya memasang telinga.
Perlahan Nurin menggeleng dengan wajah yang sudah berkerut seribu. Benar, dia tidak tahu apa-apa mengenai musuh baru adik sepupunya itu.
"Raphael. Pemilik syarikat Meurtant", bagitahu Heyder dengan wajah yang serius dan dingin.
Dahi Nurin semakin berkerut. Jelas dia tidak faham.
"Jadi? Heyder nak bagitahu apa sebenarnya?", soal Nurin, tidak faham.
"Akak lupa atau akak buat-buat lupa?", soal Heyder semakin dingin. Aisy dan Einara berpandangan. Ah sudah. Ada benda yang mereka terlepas ke?
Nurin masih dengan wajah bingungnya. Raphael? Pemilik syarikat Meurtant? Otak cuba diperah untuk mengingati siapa manusia yang Heyder sedang cakapkan sekarang.
"Akak tak ingatlah, siapa dia?", soalan dari Nurin itu ternyata mampu mengoyakkan senyuman sinis Heyder yang sudah lama tidak terlihat.
Aisy pula sudah berubah pucat. Kini, dia faham apa yang dimaksudkan oleh Heyder. Air liur ditelan kesat.
"Bukan ke pemilik syarikat Meurtant tu adalah bekas tunang akak? Means Raphael tu adalah ex akak lah, kan?", sinis Heyder dengan wajah yang dingin.
Prang!
Kini semua mata tertumpu pada...
Afifah.
Tbc
[1330 words]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top