MHMM : Bab 52

"Everything will be fine."
*****

Selimut tebal yang menutupi tubuh isterinya itu ditarik sedikit sebelum Dani terus saja merebahkan tubuhnya bersebelahan Afifah. Selimut kembali ditarik menutupi tubuh mereka berdua.

Tangannya melingkari dipinggang ramping isterinya itu. Mata terpejam rapat. Dia sudah lama pulang dan tidur dibilik tamu. Tetapi apabila teringat semula dia bertemu dengan gadis yang berlawan dengannya tadi membuatkan fikirannya bercelaru.

Dia tidak boleh tidur dengan tenang dek kerana otaknya terbayangkan posisinya dengan gadis tadi. Posisi yang-- argh. Aku tak boleh cakap.

Dia mencelikkan matanya kembali. Kalau Afifah tahu dia terbaring atas perempuan lain agak-agak dia narah tak?

Dia kembali naik keatas kerana rasa bersalah terhadap isterinya apabila dia tersentuh wanita lain. Wajah diraup perlahan. Bodoh!

Dia kemudian menukar posisi. Tubuh Afifah yang sedang tidur membelakanginya itu dilihat sebelum dia menarik sedikit bahu itu untuk baring secara terlentang.

Tangan ditongkatkan ke sisi kepala sambil matanya merenung kearah wajah lena wanita itu. Tangannya naik mengusap pipi itu sebelum dicium perlahan.

"Maaf sebab abaikan kau", wajah disembamkan keceruk leher wanita itu sebelum dia memejamkan matanya untuk tidur.

Beberapa saat kemudian, barulah dia boleh lena sambil memeluk tubuh isterinya itu. Sunyi. Hanya bunyi kipas siling saja kedengaran.

Kipas?

Afifah sedia maklum bahawa dia tidak menyukai suhu sejuk yang melebihi. Jadi dia hanya memasang kipas siling. Ikutkan saja kehendak isterinya.

Jam menginjak pukul 5:30 pagi. Mata tercelik kembali. Entah mengapa dia tidak terasa bahawa dia tidur sebentar tadi. Matanya terasa ngantuk yang membuatkan dia mahu tidur semula. Sudah berkali-kali dia memejamkan mata namun tetap sama.

Dia merenung kipas siling yang sedang laju berputar dengan kedua belah tangannya dilipat kebelakang.

"Hmm..",

Suara orang yang sedang menggumam menyentakkan Dani. Dia menoleh ketepinya. Afifah sudah tidur menghadap dirinya. Tidak lama kemudian, mata itu terbuka.

Afifah membulatkan mata sebelum dia bangun dari baringnya dan berundur kebelakang sehingga tersandar pada dinding. Dani berkerut dahi.

"Asal kau ni?", soalnya, hairan.

Afifah diam. Dadanya berombak kencang. Mungkin kerana terlampau terkejut?

"Yang kau nak terkejut sangat ni kenapa?", soal Dani masih dengan kerutan dahi yang jelas kelihatan.

"S-saya terkejut sebab awak ada dekat sebelah saya", balas Afifah, perlahan.

"Kenapa pula?", semakin berkerut dahi Dani dibuatnya. Apa? Salah ke aku tidur sebelah dia? Dia nak aku tidur sebelah author yang single tu? Atau readers yang sememangnya single sejak lahir tu? Maklumlah tidur sendiri jekan.

Aku tidur dengan kucing okey!

"Tadi awak kata macam awak balik lambat je. Dan saya ingatkan awak tidur dekat bilik tamu", balas Afifah, perlahan. Wajah ditundukkan. Jari bermain sesama sendiri.

"Dah kenapa pula aku nak tidur bilik? Asal? Kau dah tak suka nak tidur dengan aku?", soal Dani, mendatar. Dia menghampiri Afifah yang duduk bersandar di dinding sambil menunduk itu. Senyuman nakal terhias.

"Kau dah tak sudi nak berpelukkan dengan aku? Hm?", dengan suara yang menggoda bertanya tepat ditepi telinga Afifah.

Wajah Afifah membahang merah apabila ditanya begitu.

Dani merapatkan pula wajahnya dengan wajah Afifah sebelum bibir mereka berdua bertautan. Belum sempat dia buat lebih dari itu, azan Subuh berkumandang menandakan solat Subuh telah tiba.

Lantas Afifah menolak dada Dani melepaskan ciuman. Dia kemudian turun dari katil mencicit lari kedalam bilik air. Pintu dihempas.

Dani hanya tersenyum kecil melihat telatah isterinya itu. Dia bingkas bangun dan membentangkan sejadah. Telekung yang disangkut didalam almari tidak ambil. Sebaliknya dia mengambil sebuah bag dan diletakkan diatas sejadah Afifah.

Pintu bilik air dibuka.

Dani memandang Afifah. Afifah memandang Dani.

"Sayang, tak rasa terlalu awal ke untuk solat subuh?", soal Dani menjungkit kening.

Afifah berundur sepertinya sudah tahu apa rancangan suaminya itu.

"Jangan", katanya berbaur amaran.

"Apa yang jangan?", soal Dani, sengaja. Dia melangkah mendekati bilik air.

"Dani! Don't you dare to touch me!", jerit Afifah, takut. Gila apa kau tak takut? Aku dah berwuduk kut.

"Ouh yeah? Hmm..", Dani memberhentikan langkahnya sambil mengurut dagu gaya berfikir.

"Gak bisa bahasa inggeris", serentak dia menciut pipi Afifah dan menolak wanita itu keluar dari bilik air. Pintu dikunci dari dalam. Gelak kuat dihamburkan.

Afifah yang sudah ditolak oleh suaminya mencemberutkan wajahnya. Wajahnya memerah menahan marah dan menangis.

Yelah aku dah ambil air wudhuk dia pergi sentuh aku pula ! Makkkk tengok menantu makk niii!

*****

"Mana telekung saya?", soal Afifah, mendatar. Dia tidaklah marah mana dengan gurauan suaminya tadi. Tapi saja nak acah merajuk.

"Tak payah pakai telekung", balas Dani, selamba.

"Awak!!",

"Buka bag tu. Aku ada belikan telekung yang baru. Eh by the way , masa kau beli telekung lama kau tu kau tak tengok dulu ke besar kecik? Kau tu dahlah pendek. Telekung pula besar. Haha. Seram aku masa buka almari malam-malam", bebel Dani bersama tawa kecil. Matanya galak memerhati Afifah yang sedang membuka plastik telekung baru yang dibelinya.

Tak mahal pun. Rm20 je.

"Tu mak saya bagilah", kata Afifah, menyampah.

"Haha, yelah-yelah. Cepat sikit",

Dani yang baru saja mahu mencapai sesuatu itu menoleh apabila terasa ada seseorang dibelakangnya. Senyuman jahat dibibir Afifah membuat dahinya berkerut sebelum dia mula faham apa yang ingin wanita itu sampaikan.

"Afifah! Jangan! Aku dah lama tak baca Al-Quran! Bagi aku baca dulu baru kau boleh sentuh aku!", Dani sudah berundur kebelakang sehingga bersandar pada dinding.

"Hmm.. nampak macam jahat sangat. Tapi tak apa, saya kurangkan sikit. Saya guna jari kelingking je, boleh?", Afifah bersorak suka melihat wajah pucat Dani.

"Sayang, please no, aku malas nak ambil air wudhuk lagi", rayu Dani, lembut.

"Kalini je. Betul", Afifah menapak setapak kehadapan sambil jari kelingking yang diangkat.

"Jangan! Sayang berdosa tau ingkar arahan suami", Dani masih lagi cuba memujuk.

"Betul juga tu..", Afifah berhenti, Dani menghela nafas lega sambil memejamkan mata. Namun tidak sampai sesaat dia mencelikkan matanya kembali apabila lehernya terasa dicuit-cuit.

"Sayang! No!!".

"HAHAHAHA", giliran Afifah pula ketawa besar. Dani memandang Afifah dengan pandangan yang tidak puas hati. Dia bingkas bangun dari duduknya dan menghampiri wanita itu tanpa disedari oleh isterinya.

"Argh! Sayang jangan!", Afifah terjerit kecil apabila tubuhnya terasa diawangan. Beberapa saat kemudian, badannya bertemu dengan sesuatu yang lembut.

Matanya memandang kearah Dani yang juga sedang memandang kearahnya. Nasib dia hempas aku atas katil. Kalau atas lantai?

"Ni denda dan senaman pagi hari", wajah Afifah berubah pucat. Okey aku menyesal!

Pintu bilik dibuka dari luar. Kepala dimasukkan sedikit bagi melihat keadaan sekeliling bilik tersebut mencari kelibat seseorang.

"Nak apa?", soal satu garau dari arah belakangnya.

Pantas Heyder menoleh kebelakang. Dia mengukir senyuman sumbing sebelum menarik tangan Aisy untuk masuk kedalam bilik itu. Bukan gay ya. Aisy sudah berpunya.

"Kau kenapa?", soal Aisy, hairan.

"Hehe. Aku bosanlah, jom keluar", lengan Aisy digoyangkan sedikit. Sememangnya Heyder mempunya sifat manja terhadap semua orang. Tapi dengan orang yang dia kenal dan rapat jelah.

Dahi Aisy berkerut perlahan melihat Heyder yang sedang tersengih itu. Macam minta penampar je budak ni.

"Kau lari dari meeting abang kau ke?", soal Aisy, mengagak.

"Hmm.. dia tu suka paksa aku. Manalah aku tahu selok belok syarikat tu. Meeting? Laporan? Hmph. Semuanya dia suruh buat semula", adu Heyder dengan bibir yang dicebikkan.

"Belajarlah", balas Aisy, sepatah.

"Kau fikir otak aku ni 24 jam untuk belajar dan buat kerja je ke? Kalau kauorang yelah. Aku tak nak. Nanti sakit siapa susah? Hidup ni jangan asyik buat kerja je dan belajar je. Otak pun perlukan rehat jug- mmph!",

"Bising". Kata Aisy, selamba. Fail yang berada diatas meja diambil sebelum dia melangkah kekuar dari bilik itu diikuti oleh Heyder dibelakang.

"Aku nak pergi dating, tapi abang aku tak kasi", Heyder masih lagi dengan aduannya.

"Jadi tak payah pergi", balas Aisy, malas.

"Tapi aku dah lama tak keluar dengan Rose", bibir dicebikkan lagi. Aisy mengeluh.

"Dani dengan Afifah dah bahagia. Kau bila lagi?", soal Heyder menukar topik.

"Tak lama lagi akulah pasangan paling bahagia dekat dunia ni. Dani dengan Afifah tu kejap je tu. Tak lama lagi diaorang kena hadap beribu lagi serangan", balas Aisy, mendatar.

Heyder menganggu.

Tbc
[1283 words]

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top