MHMM : Bab 51
"You are the best husband,"
*****
Masa yang lapang dihabiskan dengan membuat kerja-kerja dipejabat. Seminggu telah berlalu sejak kejadian dirinya bergaduh dengan isterinya itu. Mereka berdua langsung tidak bertegur sapa. Adalah Afifah cuba berbaik namun dia sebaik-baiknya mengelak dari bertembung dengan gadis itu.
Pagi pergi pejabat. Masa yang sepatutnya pulang pada pukul lima petang sengaja dia lambatkan menjadi pukul 11 malam. Dan biasanya dia akan sampai kerumah pada pukul 11:40 malam.
Lepas balik dia akan terus ke bilik tamu dan berehat disitu. Seminggu sudah dia tidak tidur sekatil bersama isterinya itu. Tipulah jika dia berasa selesa tidur sendirian. Sudah biasa tidur berdua tiba-tiba tidur sendiri pula. Tapi itulah, ego.
Sarapan? Dia sudah tidak bersarapan dirumah. Biasanya dia akan bersarapan dan makan diluar. Afifah? Wanita itu seakan tidak wujud dirumahnya lagi.
Kesian? Kadang-kadang terbit rasa kesian pada wanita itu kerana sering tidur lambat untuk menunggu dirinya pulang dan makan bersama. Seperti yang saya katakan tadi. Ego.
Perasaan marah dan kecewa masih bersisa dihatinya. Namun masih tidak mampu menutup rasa sayang terhadap Afifah. Mungkin akan tertutup selepas saja dia tahu siapa Afifah sebenarnya? Entahlah tiba-tiba terspoil.
Pen diletakkan diatas meja. Dani bersandar pada kerusi yang didudukinya sambil mata terpejam rapat. Tangan naik mengurut bahunya. Lenguh.
Tiba-tiba dia merasakan ada satu tangan yang mengurut kedua belah bahunya membuatkan dia mencelikkan matanya kembali.
Pandangan kosong dilemparkan pada sang isteri yang sedang tersenyum sambil mengurut bahunya. Tangan kecil itu ditepis.
"Keluar", arahnya, dingin. Pen kembali dicapai.
Senyuman yang terbit dibibir tipis itu perlahan-lahan pudar. Arahan dari suaminya itu seakan-akan tidak menyukai kehadirannya.
"Awak marahkan saya lagi ke?", soal Afifah, perlahan.
Diam. Dani hanya mendiamkan diri tanpa ada rasa mahu membalas soalan isterinya.
"Awak.. saya minta maaf..", ucap Afifah, perlahan dan sayu.
Diam. Dani masih lagi fokus membuat kerja. Minah ni nak apa? Masih tak faham bahasa melayu ke macam mana?
"Awak pandanglah saya.. saya minta maaf.. saya tahu saya salah.. saya-",
"Kau memang tak nak belajar subjek bahasa melayu lagi ke? Nampak macam dah bodoh sangat je sampai tak faham arahan aku", bidas Dani. Dingin dan mendatar.
Afifah terdiam. Entah mengapa kata-kata Dani bagaikan menusuk ke jantungnya. Ouh author, ini genre action romance. Bukan sad romance. Mohon tamatkan drama ini segera.
"Awak.. saya-",
KLAK!
"Kau ni nak aku cakap bahasa apa dulu baru nak dengar?! Aku suruh keluar tu keluar jelah!", tengking Dani sambil tangan sudah mengacukan pistol kedahi Afifah.
Afifah jelas terkejut. Air mata yang penuh ditubir matanya perlahan mengalir.
"Awak mesti terlalu marahkan saya sampai awak rasa nak bunuh saya, kan?", soal Afifah, perlahan. Senyuman hambar terhias.
"Tak apa, saya faham. Saya tak akan ganggu awak lagi",
Riak wajah Dani berubah. Dia hanya memandang saja Afifah yang sudah melangkah keluar itu sambil mengesat air mata. Pantas tangannya mencampak jauh pistol yang dipegangnya.
Tindakkan refleksnya ketika marah. Mujur saja dia tidak menarik pemicu tadi. Jika tidak.. pasti dia akan menyesal seumur hidup.
Wajah diraup kasar sebelum dia kembali memghempaskan badannya diatas kerusi. Hilang fokus mahu melakukan kerja. Kini otaknya hanya memikirkan tentang Afifah saja.
Afifah mencelikkan matanya apabila bunyi telefon bimbit kedengaran nyaring ditelinganya. Mata ditenyeh perlahan sebelum tangannya meraba-raba bawah bantal mencari telefon miliknya.
Setelah dijumpai, dia terus saja mengangkat panggilan tersebut tanpa melihat siapakah gerangan yang menelefon dirinya.
"Hello..",
"Queen! Aku dah dapat location pendrive pertama tu!", terus segar biji mata yang tadinya sembab itu. Telefon dijarakkan sedikit.
Wawa kentot
"Dekat mana?", soal Afifah, ingin tahu. Mata yang terasa bengkak itu disentuh sebelum digosok lagi cuba menghilangkan sembab dimatanya.
P/s: jangan lakukan perkara tersebut. Kerana perbuatan itu boleh membuatkan mata menjadi buta.
"Ada dekat kolam air panas Selayang ni. Apa-apa nanti Ryyan email. Jumpa nanti!", panggilan ditamatkan Wawa.
Afifah diam melihat screen telefon bimbit miliknya. Entah bagaimana dia boleh tertidur dalam keadaan menangis. Selepas saja dia ditengking oleh suaminya itu, dia terus saja melangkah masuk kedalam bilik dan menangis. Tidak sedar pula dia tertidur.
Getah rambut dicapai sebelum diikat rambut panjangnya. Badan direnggankan sedikit sebelum dia bangun dari duduk. Sesaat kemudian, bunyi email masuk kedengaran.
Lokasi yang dihantar oleh Ryyan berserta beberapa maklumat dilihat. Dia mengangguk apabila arahan dari ketuanya itu adalah malam ini untuk mereka mengambil pendrive tersebut.
Pintu bilik dibuka dari dalam. Afifah melangkah turun dari tingkat dua itu mencari kelibat suaminya. Sunyi saja rumah banglo itu. Kan best kalau ada budak-budak..
Tangan menyentuh perutnya yang kempis. Haih..
Dapur dituju. Belum sempat dia melangkah masuk, suara garau yang sepertinya sedang berbual menarik perhatiannya. Lantas dia bersembunyi disebalik dinding pemisah antara ruang tamu dan dapur.
"Yeke? Bila?",
"Malam ni? Awalnya",
"Ha yelah, kau aturlah strategi kita kena dapatkan semula pendrive tu. Bahaya kalau ada grup lain yang dapat",
"Aku okey je malam ni. Afifah? Nanti pandai-pandailah aku cakap dekat dia. Dia tak kisah pun aku tak balik seharian",
"Whatever",
Itulah ayat terakhir yang Afifah dengar sebelun suasana kembali sunyi. Afifah mengintip sedikit bagi apa melihat apa yang dilakukan oleh Dani. Baru saja dia mengintip, anak matanya sudah bertembung dengan anak mata Dani yang tajam membuatkan dia tersengih dalam diam. Bodoh betul aku ni.
"Berapa lama dah kau kat situ? Kau intip aku?", soal Dani masih bernada dingin.
Afifah mengangguk.
"Baru je", balas Afifah, perlahan. Kuali diambil sebelum diletakkan diatas dapur. Dia terasa mahu makan kek batik.
Planta diambil dari dalam peti ais bersama serbuk koko dan susu pekat. Biskut marry yang dibeli Dani semalam turut diambil. Lalu diletakkan diatas meja kaunter.
"Kau nak buat apa? Buat lebih sikit", Afifah yang sedang memanaskan kuali itu menoleh.
"Kek batik. Awak nak ke?", soal Afifah, lembut.
Dani mengangguk kecil. Rasanya dia perlu tamatkan segala drama ini segera. Tapi entahlah, ego nya tidak pandai turun walau sedikit.
Matanya galak memerhati tubuh kecil isterinya yang sedang membuat kerja.
*****
"Aku nak keluar. Tak tahu balik bila. Kau duduk rumah. Jangan pandai-pandai nak keluar. Kunci semua pintu dan kalau ada yang datang, jangan buka pintu", pesan Dani, mendatar. Pistol diambil sebelum diletakkan dicelah pinggang.
Dia kemudian menghampiri Afifah yang sedang duduk dibirai katil. Kepala wanita itu dipegang sebelum dia mencium lembut ubun-ubun wanita itu.
Afifah hanya mendiamkan diri. Dia dah tak marahkan aku ke?
"Jaga diri. Bye", kepala Afifah digosok kasar membuatkan rambut itu menjadi selerak semula. Dia melangkah keluar dari bilik tersebut.
Setelah memastikan Dani keluar, giliran Afifah pula menukar pakaian. Mask muka dipakai menutup separuh dari mukanya. Lens berwarna hijau dipakai menutup mata sebenarnya.
Bolkoni bilik dituju. Dia tidak boleh keluar seperti biasa memandangkan rumahnya dikeliling lelaki bersenjata. Sebijik bom asap diambil sebelum dilemparkan kebawah.
Beberapa minit kemudian, asap mulai hilang. Anak buah Dani semua terbaring diatas tanah. Tidur. Afifah tersenyum lebar.
Dia kemudian terjun dari tingkat dua itu kearah bolkoni tingkat satu. Pantas tangannya memeganng grill dibolkoni timgkat satu sebelum tali yang sudah diikat dibolkoni itu dipegang.
Dia selamat turun kebawah tanpa sebarang kecederaan dan kesakitan. Melihat sebuah kereta honda berwarna hitam, dia terus saja melangkah kearah kereta tersebut. Pintu dibuka.
"Aku dah sekat semua jalan yang digunakan oleh kumpulan lain untuk menuju ke Selayang. Kita kena pergi cepat",
Dark menurunkan handbreak kereta sebelum kereta itu bergerak laju membelahi jalan. Eve pula sibuk menaip papan kekunci dengan wajah yang serius. Tidak mengambil masa yang lama, mereka tiba dikolam air panas, Selayang.
Orang ramai pada hujung minggu menyukarkan mereka bertiga untuk masuk kedalam hutan dibelakang kolam.
Mata melilar memandang sekeliling.
"Ada orang yang mencurigakan tak?", soal Queen, serius dan dingin.
Eve memandang sekilas sebelum dia kembali menghadap labtop.
"Setakat ni hanya kumpulan kita je yang sampai. Yang lain aku rasa masih cari cara untuk keluar dari sekatan", balas Wawa juga serius.
"Aku tahu nak masuk hutan tanpa ada yang perasan macam mana. Tapi jauh sikit. Kauorang okey?", Dark dan Queen mengangguk.
"Lagi satu, banggunan dalam hutan tu nanti agak rapuh tau. Hati-hati takut ada berlakunya keruntuhan pula. Banggunan tu milik Zach. Tapi sebab dia dah mati, anak buah dia yang lain terus berpaling arah dan pendrive tu masih dalam banggunan tu", jelas Eve. Dia memakai lens khas untuk misi kalini supaya menjadi lebih mudah.
"Kenapa anak buah dia tak ambil je pendrive tu?", soal Dark, hairan. Eve menggeleng.
"Tak ada siapa yang tahu dekat mana Zach letak pendrive tu. Banyak hacker dan pihak polis cari pendrive ni sebab isi yang sangat penting",
"Sama macam cip Metlik yang aku jelaskan haritu. Bezanya pendrive ni kena gabungkan. Sebab tu ada dua", Dani menatap telefon bimbit miliknya melihat lokasi yang sepatutnya.
Syam mengangguk. Matanya fokus memerhati jalan raya yang sesak. Kenapa rasa macam ni bukan laluan yang sepatutnya, ya?
"Kita nak kemana?", soal Heyder yang berada diseat belakang bersebelahan Aisy dan Kai.
Dani dan Syam berkerut dahi. Bukan dah bagitahu rancangan ke?
"Kau tidur ke masa aku jelaskan rancangan kita?", soal Syam kembali. Wajahnya serius saja.
Heyder diam dan menggeleng.
"Bukan ke jalan nak ke Selayang kesana? Ni kan jalan nak U-turn ke rumah kita semula?", soal Kai pula. Dia perasan yang sejak tadi Syam hanya pusing ditempat yang sama. Takkan dua orang manusia itu tidak perasan?
Syam dan Dani sekali lagi berkerut dahi. Pandangan dililarkan sekeliling. Benar. Mereka sudah pusing tempat ini banyak kali.
Pantas Syam membelokkan keretanya kekiri. Sunyi. Keadaan didalam kereta hanya sunyi sepi.
"Aku rasa maps ni dah kena sabotaj. Kejap aku hack semula", baru saja Dani mahu menekan screen telefon miliknya, suara Syam kedengaran.
"Kau kata nak berhenti, kan?",
Dani diam. Perlahan dia menggeleng.
"Tak jadilah. Aku tak boleh hidup tanpa alat wayar dalam otak aku. Seminggu tak sentuh ibarat nyawa aku ditarik", selamba Dani membalas.
"Melebih dah tu",
Bunyi cengkerik kedengaran membingitkan telinga. Queen berjalan seorang diri mencari keberadaan bilik yang dimaksudkan oleh Eve tadi.
"Dark, jumpa ke?", soal Queen pada Dark yang berada ditempat tinggi.
"Tak", jawab Dark, sepatah.
"Eve?",
"Tak juga. Ada tiga banggunan kosong dekat sini. Nak kena geledah satu persatu ke?", soal Dark pula.
"Kita patutnya kena ajak mem laki lah",
"Tak perlu", pistol revolver kesayangannya dikeluarkan. Telinganya seperti menangkap bunyi pergerakkan seseorang.
Krak!
Klak!
Serentak dua pistol itu saling mengacukan antara satu sama lain. Wajah Queen berubah terkejut namun sempat dikawal.
Dani juga terkejut akan tindakkan serentak gadis itu. Matanya tajam memandang anak mata berwarna hijau itu. Gadis itu..
Gadis yang pernah berlawan dengannya ketika dimarkas Zach. Apa dia buat disini? Soalan itu terus saja terjawab membuatkan Dani membutangkan mata. Pantas tangannya menepis tangan kecil itu membuatkan pistol ditangan Queen terjatuh keatas lantai.
Dani menundukkan sedikit badannya dan menyepak keduah belah kaki Queen membuatkan wanita itu terjatuh. Dani mengambil kesempatan tersebut untuk memijak kaki itu dari lari. Pistol revolver yang dipegang Queen ditendang jauh.
Queen mengetap rahangnya kesakitan apabila kakinya dipijak oleh lelaki itu.
Pistol diacukan kearah kepala Queen.
"We meet again, girls",
"Hmm,, ada ke mafia pendek macam kau ni? Nampaknya kau masih tak meninggi", ejek Dani sambil menekan kaki yang memijak kaki wanita tersebut.
"At least aku tak bongok macam kau!", ton suara diubah menjadi sedikit kepit. Kang guna suara asli tak ke kantoi?
"Hmm.. mafia pun kepit eh? Nice betul kau ni. Aku lepaskan kau, asalkan kau tak ganggu kerja aku", Dani terus saja berjalan meninggalkan Queen sendirian dan melangkah masuk kedalam banggunan.
"Queen, nak aku tembak dia ke?", soal Dark melalui earpiece.
"Jangan",
"Queen aku dah dapat pendrive ni. Aku baling dari tingkat atas, kau sambut",
"Okey", dengan susah payah Queen bangun dari duduknya dan berundur kebelakang.
Dani yang masih berada dihadapan pintu itu menoleh. Matanya tajam memandang kearah Queen yang sedang berundur sambil mendongak.
Dia juga turut mendongak. Membulat matanya melihat sesuatu.
Pendrive tu!
"Sial!", pantas dia berlari menghampiri Queen sebelum tubuh otu ditolak keatas tanah. Pendrive yang dibaling Eve jatuh disebalik daun kering.
Bang!
Bang!
Serentak WE melepaskan tembakkan kearah Eve dan Dark namun sempat dielak oleh dua orang gadis itu.
"Berundur! Poils dalam perjalanan", arah Syam, dingin. Dek kerana bunyi tembakkan yang kuat, orang awam yang sedang mandi terkejut terus saja menghubungi pihak polis.
Dani yang sedang menindih Queen itu memandang tajam kedalam anak mata wanita itu sebelum dia bangun dan melangkah pergi. Queen mengambil pendrive yang sudah tertimbus itu dan melangkah pergi juga diikuti Eve dan Dark.
"Jangan bagi kereta diaorang gerak awal. Bagi aku sampai rumah dulu", kata Queen pada Eve. Eve mengangguk sebelum menghack kereta yang dinaiki oleh Dani,
Queen bersandar diseat kereta sambil memejamkan matanya.
Tbc
[2039 words]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top