MHMM : Bab 48
"Pembongkaran rahsia yang lama disimpan?"
*****
Suasana sunyi sepi dan agak dingin. Tegang? Boleh dikatakan begitu. Senyap setelah 20 minit berlalu. Soalan spontan dari Dani membuatkan Afifah terkelu lidah.
Terasa kelat air liur yang ditelan. Menonjol sangat ke aku ni?
"Awak dah kenapa? Sayalah ni, Afifah", akhirnya Afifah bersuara pelik. Jelas lakonan yang dibuat-buat.
Dani diam. Perlahan dia menggelengkan kepalanya sebelum dia memandang kearah mereka yang lain.
"Tak ada apa, tiba-tiba je soalan tu yang lalu dalam otak aku. So aku tanya jelah. Kau nak kemana?", mereka mengambil tempat disofa ruang tamu.
"Saya nak keluar kejap, boleh? Jumpa Amira dengan Wawa", Afifah memegang tangan Dani erat. Memujuklah, apa lagi.
"Tak payahlah, kau baru je sihat, kan? Duduk je rumah", balas Dani, mendatar.
"Kau-aku lagi. Haritu beria awak-saya. Lelaki memang macam ni ke? Lepas dah pujuk terus berubah semula?", soal Afifah, mendatar.
Dani menggaru kepalanya yang terasa gatal tiba-tiba. Dia hanya mengunci mulutnya saja. Kang lawan gaduh lagi.
"Awak.. boleh tak saya keluar dengan Mira dan Wawa? Dengan Rose sekali. Boleh lah, boleh lah", wajah Dani dibelek meminta simpati.
Rose yang turut berada diruang tamu membuntangkan mata. Dia nak ajak aku sekali ke?
"Eh tak boleh ! Aku nak keluar dengan Rose", celah Heyder, pantas.
"Boleh tak awak.. Mira dah sampai tu.. dia dah tunggu dekat garaj tu.. hmm", Dani mengeluh.
"Ergh fine! Pergilah, tapi jangan balik lewat. Kalau ada apa-apa, terus telefon aku, okey?", akhirnya Dani mengalah. Pipi Afifah dicium sekilas sebelum bibir itu juga dicium.
Mereka yang berada diruang tamu hanya memerhati. Menonton drama yang menyakitkan mata suci mereka. Lebih-lebih lagi Rose dengan dokter Einara tu.
"Ada perempuan polos disini. Mohon buat adegan sweet jangan dihadapan mereka", celah Aisy sambil menutup mata Einara dengan sehelai kain. Gila kau nak sentuh? Haritu tersentuh sikit pun dah kena tampar.
"Rose baca wattpad. Yakin dia polos? Entah-entah dia lebih mahir dari pada lelaki", Afifah tersenyum sinis. Rose? Berona merah wajahnya. Sial. Cakap macam dia tak baca wattpad je.
"Dahlah, bubye hubby.. Mira dah tunggu tu..", kalini pipi Dani pula menjadi tempat ciuman Afifah sebelum dia menyalam tangan Dani dan melangkah pergi.
Mereka hanya menghantar pemergian Afifah melalui ekor mata.
Kereta BMW 5-series itu bergerak laju membelahi jalan raya yang sudah hampir terbengkalai.
"Lamanya aku tak beraksi as Mafia", kata Afifah sambil memakai mask. Pistol revolver berwarna merah kesayangannya dicapai sebelum disisipkan ke celah kaki.
"Nad, last location Raph dekat mana?", soal Afifah, serius. Kereta yang dipandu oleh Amira Natasya itu sudah memasukki kawasan parking Pasaraya Giant.
"Dia ada dekat dalam Giant ni. Nak tak nak kita kena cari dia dekat dalam ni", balas Wawa juga serius.
"Eh seriuslah? Kita dahlah pakai macam nak pergi membunuh. Lepas tu nak masuk pula pasaraya? Haha! Funny!", Amira yang sedang mencari parking itu bersuara.
"Jangan risau, seorang Queen jaranglah tak bijak, huh!", bibir mengukir senyuman sinis.
Bibir diketap menahan malu. Kanak-kanak yang berada disekelilingnya tidak henti-henti menarik tangannya dan ada juga beberapa pasangan keluarga yang mengambil gambar dirinya.
"Kau sumpah syaitan yang bertopengkan manusia, Queen", kata Amira, perlahan supaya tidak didengari oleh orang sekeliling.
"Ayam! Ayam!",
"Wah mama ada ayam raksasa lah!",
"Mummy besarnya ayam tu!",
"Ibu, adik nak makan ayam tu boleh?",
"Wahh ibu adik nak main dengan ayam raksasa tu! Bolehlah ibu!",
Amira sudah pasrah apabila ditarik oleh beberapa orang kanak-kanak. Senyuman hambar terukir. Aku lebih rela kena kejar polis sebab nampak macam pembunuh dari kena kejar budak-budak yang ingatkan aku ni ayam raksasa.
"HAHAHAHAHA. Ayam kokokok", ejek Wawa melaui earpiece yang dipakai oleh mereka. Wawa hanya tinggal dikereta dengan tugasannya sebagai seorang hacker.
"Diam sial", kata Amira, dingin.
Matanya melilar mengscan setiap orang yang lalu mencari kelibat Raphael mahupun orang yang mencurigakan.
Afifah yang berada ditingkat atas lot parking hanya mendiamkan diri. Matanya melilar memandang sekeliling.
"Afifah?",
Dia yang mendengar suara garau seseorang itu terus saja menoleh.
"Ivan?",
"Fifah, Raphael ada dekat dengan kau. Hati-hati!", suara Wawa pula kedengaran melalui earpiece yang dipakai olehnya.
"Ivan, you buat apa kat sini?", soal Afifah, mendatar. Matanya cuba memandang sekeliling mencari kelibat atau bayang-bayang Raphael. Namun, tiada.
"I nak ambil kereta. Baru balik dari beli barang, you buat apa duduk atas ni seorang-sorang? Mana husband you?",
"I keluar dengan kawan-kawan I",
"Afifah! Watch out!", suara Wawa kedengaran memberi amaran.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Aku ada benda nak bagitahu kauorang ni", mereka yang tadi sedang mennton TV itu menoleh.
"Tadi ada satu kereta ni berhenti secara mengejut berdekatan dengan juram. Dahlah jalan tu tengah licin. Aku hampir tergelincir dho. Kalau aku tak tahan, mungkin dah mati dah aku", jelas Heyder, mendatar.
"Macam mana boleh jadi macam tu pula?", soal Amirul, pelik.
"Aku rasa dia attack Dani sebab motor yang aku bawa tu motor Dani", sambung Heyder sebelum dia menoleh kearah Dani yang hanya mendiamkan diri.
"Tergelincir?". Syam berkerut dahi.
"Haah",
"macam mana boleh tergelincir pula?", tanya Syam lagi.
"Nope, i mean why dia nak buat Dani tergelincir pula?",
"Sama macam kes lima tahun lepas",
Lima tahun yang lalu..
Dani melangkah masuk kedalam pejabat yang menempatkan Syam. Fail ditangan dibelek sebelum dia meletakkan fail tersebut diatas meja.
"Ni latest harga brand dekat France",
"Okey", balas Syam, mendatar.
"Bro, tolong boleh?",
"Tolong apa?", tanya Dani kembali. Kening dijongketkan sedikit.
Syam memandang kearah jam yang berada dipergelangan tangannya sebelum dia memandang semula kearah Dani.
"Aku tak sempat nak ambil Wardah, tolong ambil dia dekat Kolej dia boleh tak? Lepastu bawa dia kesini. Aku tak boleh sebab kejap lagi aku ada meeting penting",
Dani mengangguk faham.
"Pukul berapa?", soal Dani untuk kepastian.
"Pukul dua. Pergi sekaranglah sebab takut jalan jem nanti", Dani mengangguk seraya bangun dari duduknya dan melangkah keluar.
Kereta honda civic yang dipandu olehnya bergerak laju diatas jalan raya menerobos masuk kedalam kawasan yang sudah gelap kerana cuaca mendung menandakan hujan lebat bakal turun sebentar nanti.
Tidak lama kemudian, hujan mula turun membasahi bumi. Dek kerana dia masih mentah dalam pemanduan dan baru mengambil lesen tahun lepas, kereta diperlahankan sedikit untuk keselamatan.
Aircond ditutup kerana rasa sejuk menyengat tubuhnya. Jam dikerling. 1:47 petang. Hujan semakin lebat sehingga menyukarkan pemanduan. Jalan yang dilaluinya juga agak sunyi dan berbukit.
Apa masalah bini Syam ni belajar dekat tempat yang berbukit tinggi? Haish.
Nak tak nak dia terpaksa juga memandu untuk naik keatas. Tiada apa yang berlaku. Beberapa minit kemudian, ada satu kereta melintasi kereta yang dipandu olehnya.
Dadanya terasa berdebar dan gelisah. Tak sedap hati mungkin?
Sudahlah hujan lebat. Jalan pula licin. Sangat susah baginya yang baru mahu menjinak didunia pemanduan.
Screet!!!
Dani memberhentikan keretanya secara mengejut apabila kereta yang melintasinya beberapa minit tadi berhenti secara mengejut. Akibat bukti yang agak tinggi, kereta itu turut terundur sehingga membuatkan kereta itu berlanggar dengan kereta Dani.
Dan..
"Ouh damn!", telefon yang berdering tidak dihiraukan. Dia sedang sibuk cuba menstabilkan kenderaankan dari jatuh kejuram belah kiri mahupun melorot jatuh kebawah semula.
"Patutnya kerajaan buatlah pagar dekat tepi ni kalau tahu jalan ni licin!", makinya seorang diri.
Kereta tadi sudah menghilang. Sial. Dia pakai kereta sport rupanya.
Pedal minyak ditekan kuat. Dek kerana hujan yang terlalu lebat dan menyukarkan pandangannya, Dani terlanggar batu yang agak besar sebelum kereta tersebut tergelincir jatuh ketepi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nadwa Wanesya berlari anak menghampiri Afifah yang sudah terduduk diatas simen itu.
"Afifah! Kau okey?",
"Okey, aku okey. Eh, mana Ivan? Tadi dia ada dekat sini", mata Afifah melilar memandang lot parking tersebut.
"Ivan dengan kau ke tadi? Habis tembakkan tadi?",
"Aku tak tahu..", Perlahan-lahan Afifah bangun dari duduknya sambil mata melilar memandang sekeliling. Tidak lama sebelum telefon milik Afifah berbunyi nyaring minta diangkat.
Uknown number...
Nak tak nak dia perlu mengangkat panggilan tersebut. Telefon didekatkan dengan telinga.
"Kau nak tahu satu rahsia tak?",
Afifah berkerut dahi. Call orang tiba-tiba cakap pasal rahsia. Siapa dia ni?
"Kau siapa? Salah number ni. Bye", baru saja dia mahu menamatkan panggilan, suara itu kembali kedengaran.
"Untuk pengetahuan kau.. dia adalah orang terdekat dengan kau. Cuba kau tanya suami kau, mungkin dia kenal siapa yang bermusuh dengan kauorang?", sinis. Nada suara lelaki itu kedengaran sinis.
"Kau siapa hah?! Hello? Ah shit!", telefon mahu dibaling kebawah namun dia memberhentikan perbuatannya. Eh iphone aku !
"Aku rasa aku dapat tangkap apa yang dia maksudkan", kata Wawa, tiba-tiba.
"Apa dia?",
"Orang terdekat. Dani kenal. Aku rasa musuh kau dengan Dani adalah orang yang sama. Orang terdekat dengan kau dan orang yang Dani kenal. Sama ada kenalan Dani yang sekarang, atau yang lama. Itu aku tak tahu", jelas Wawa, serius.
Afifah terdiam. Kenapa dia tidak terfikir? Ouh damn otak aku dah jatuh berterabur dah ni.
"Balik Fifah, tanya suami kau ada kenal siapa-siapa yang kau kenal tak. Mungkin kau boleh jumpa jawapan dekat situ", Wawa mula membuka langkah ingin pergi dari situ.
"Kenapa aku susah-susah kena tanya kalau aku ada kau?", Wawa memberhentikan langkahnya. Tubuh dibalikkan memandang kearah Dani.
"Postion suami kau dekat White Eagle apa?", tanya Wawa, serius.
"Hacker",
"Dah tu kau fikir aku bolehlah dapat pecah masuk maklumat hacker terkenal tu? Eh setan! Dia lagi pro dari aku tahu tak?",
"Tak tahu dan tak nak tahu",
"Kau ni-",
"Bla bla bla bla",
Tbc
[1561 words]
Merapu siot! Apa yang aku tulis ni?😭 by the way, kita dah nak dekat untuk tahu siapa sebenarnya Raphael. Sebenarnya jalan cerita dia lain, tapi disebabkan saya nak complete kan story ni cepat, saya tukar jalan cerita.
So.. ready untuk tahu siapa sebenarnya Raphael? Hehe aku pula yang tak syabar !
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top