MHMM : Bab 47

Ruang sunyi disebalik bilik stor itu bercahaya terang memandakan ada orang didalam ruangan tersebut.

Mata memandang kearah screen komputer yang bercahaya sebelum senyuman menyeramkan terukir dibibirnya.

"Cepat betul kau berbaik dengan dia. Sedangkan aku nak bercakap dengan dia pun susah", suara garau itu kedengaran. Tangan di lipat kedada sambil memandang screen.

"Kalau aku tak dapat dia. Kau pun tak boleh dapatkan dia", Raphael bangun dari duduknya sambil membuka topeng muka yang terpasang elok diwajahnya.

Terpampar jelas wajahnya yang putih seperti cina walau hakikatnya dia memang cina.

Sepasang kemeja berwarna biru gelap dicapai sebelum disarungkan ke tubuhnya. Rambut disisir ketepi sebelum dia mengambil bag sandang belakang dan melangkah keluar dari bilik stor Kolej Bangsa Melawati tersebut.

Telefon bimbit dibawa keluar dari poket seluarnya sebelum tetingkap whattsapp dibuka. Salah satu kenalannya ditekan. Dia menghantar pesanan pada abangnya bahawa dia pulang lambat kerana mahu mendating.

"Heyder!",

Dia yang sedang membelek telefon itu mendongak memandang empunya suara yang memanggil dirinya. Macam kenal. Tapi macam tak. Eh?

Seorang gadis yang sedikit pendek darinya sedang berjalan kearahnya sambil membawa beberapa buah buku. Ouh minah ni.

"Yo! Ingatkan dah tak nak datang. Mimpi apa kau malam semalam datang kampus ni?", telefon disimpan. Mata pink cair asli itu direnung. Cantik. Tampak sangat unik dan menarik.

Tapi sayang, perangai kalah abuja. Jangan tanya kenapa.

"I baru balik dari England. Kelas dah habiskan? Jom keluar nak? Lama dah I tak keluar dengan You", mereka berjalan beriringan menuju ke cafe.

"Maaf, aku nak keluar dengan Rose harini. Lain kali lah kita keluar, ek? Tu pun kalau aku nak keluar dengan kau lah. HAHAHA",

"Setan betul perangai. Eh siapa Rose? You curang dengan I ke?", gadis itu berkerut dahi. Siapa Rose? Tak silap dalam kampus ni tak ada manusia bernama Rose. Takkanlah..

Sepontan gadis itu menekup mulutnya terkejut.

"Kau dah kenapa?", soal Heyder, hairan.

"You nak keluar dengan Madam Ros?! What the fu-",

"Woi tukar ayat last tu!", pintas Heyder.

"Eh? Kau nak keluar dengan madam Ros? Seriuslah? Tak sangka taste you janda. HAHAHA",

"Eh bukan! Bukan!". Telefon kembali dikeluarkan sebelum satu gambar ditunjukkan kearah gadis bermata pink itu.

"Ni lah Rose. Cantikkan?",

Gadis itu memandang kosong tanpa minat kearah screen a Heyder.

"I lagi cantik. Tapi bolehlah. You suka dia ke? Nampak macam you ambil gambar dia senyap-senyap. Abang Syam tak marah?", mata yang tadi kosong itu mula bersinar.

"Wah! You suka dia? Eee tak sabarnya nak tengok you kahwin!",

"Heyder?", gadis itu melihat kearah Heyder yang sedang memandang kearah satu tempat sebelum dia juga turut memandang kearah tempat tersebut.

"Ouh damn shit! Kenapa tiba-tiba diaorang datang sini? Blah blah", Heyder berundur kebelakang sebelum dia berjalan laju meninggalkan gadis itu.

Pandai-pandai kaulah anjing.

"Boss tu dia!", tidak menunggu lama, beberapa orang berpakaian serba hitam mula mengejar langkah Heyder yang semakin jauh.

Prang!

"Dani! Awak buat apa?!", jerit Afifah dari arah dapur. Rasanya dia terdengar seperti sesuatu yang pecah ditingkat atas.

Ouh ya by the way diaorang dah beli rumah baru.

"Err.. Fifah, maaf aku terjatuhkan barang kau", Rose menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ha? Kau jatuhkan apa?", Afifah menghampiri Rose yang sedang berdiri disebelah kabinet.

"Pa..su?",

"Ouh pasu mana? Buang jelah. Nanti aku suruh laki aku beli baru", mudah Afifah membalas.

Tidak lama kemudian, bunyi telefon bimbit kedengaran. Rose memandang kearah telefon bimbitnya sebelum dia memandang kearah Afifah yang sudah kembali kedapur.

Punat hijau ditekan.

"Hello, awak dah nak sampai ke, Heyder?",

"Rose! Dengar sini. Aku lambat datang ambil kau. Tak kira apa jadi pun, kau stay dekat rumah Dani. Aku ada hal ni", terdengar jelas suara Heyder yang seperti temengah-mengah. Baru lepas berlari ke?

"Awak dimana?", soal Rose, risau.

"Aku dekat-",

Tut.

Terputus. Rose menjarakkan telefon dari telinganya. Screen sudah gelap menandakan talian terputus.

"Siapa call kau?", soal satu suara garau yang baru sahaja melangkah turun dari tingkat atas.

"Heyder. Encik, boleh tolong tengok Heyder dimana tak? Sebab masa dia call saya tadi dia macam tengah lari dari seseorang", Rose memandang Dani dengan pandangan yang berharap.

"Hah? Kejap lagi aku tengok dia dekat mana. Ni, Afifah mana?",

"Dekat dapur", Dani terus saja melangkah pergi meninggalkan Rose sendirian disitu.

Terhinjut bahu Afifah apabila ada satu tangan yang memeluknya dari belakang. Dia yang sedang membasuh pinggan itu terhenti,

"Jangan buat orang terkejut boleh tak?", soal Afifah, dingin.

"Alololo. Janganlah dingin sangat sayang. Tachod kitew. Rawr",

"Mentiber", balas Afifah, mendatar.

"Jom naik atas, nak?", ajak Dani, lembut. Dagu diletakkan diatas bahu isterinya itu. Hehe.

"Ha? Buat apa? Tak nampak ke saya tengah buat kerja ni?",

"Buat anak. Jomlah naik atas. Kita dating dekat atas. Dekat bawah ni ada Rose tu menyemaklah, tak boleh nak bersweet", bibir dicebikkan.

"Kepala hotak dia buat anak time matahari terpacak terik ni?",

"Apa salahnya", balas Dani, selamba.

"Jangan macam-macam wak, saya baru dalam fasa nak sembuh ni. Kang kejap lagi saya sembuh awak pula yang sakit", kata Afifah, mendatar riak wajahnya juga perlahan-lahan berubah merah.

"Habis kalau saya sakit sebab tak dapat anak, macam mana?",

"Eh dia ni! Pergilah duduk sana! Menyemak je!", marah Afifah, wajahnya sudah berubah merah padam. Malu asstaghfirullah.

"Yelah", pelukkan dilepaskan.

"Kiss sikit", kedua belah pipi Afifah dicium sekilas sebelum dia melangkah keluar dari dapur menuju ketangga untuk naik ketingkat atas.

Namun, bunyi yang terhasil dari telefon miliknya memberhentikan langkah Dani. Pantas panggilan dijawab.

"Nak menda kau? Aku nak dating ngan bini aku pun nak kacau ke?", haluan ditukar menuju ke ruang tamu.

"Jangan keluar rumah bro, kunci semua pintu tingkap. Aku risau ada yang serang rumah kau sebab Aisy dengan Einara pun baru lepas kena serang", suara Syam kedengaran cemas namun terselit sedikit kedinginan.

"Kau risaukan aku?", soal Dani bersama senyuman nipis.

"Eh tak, aku risaukan rumah kau. Maklumlah, rumah lama kan dah takziah. Takut rumah baru ni pun kena takziah juga",

"Bodoh!", maki Dani.

"Dahlah, jaga-jaga tau! Lepas aku ambil yang lain nanti aku datang rumah kau. Bye",

Dani mengambil tempat diatas sofa ruang tamu. Labtop yang entah datang darimana itu dibuka.

Buat kerja lah.

Ding dong~

Dani berhenti menaip. Jam yang berada discreen labtop dilihat. Rasanya baru beberapa minit lepas Syam menghubunginya. Cepat betul sampai. Naik Cheetah ke?

Ding dong~

"Sabar setan!", jerit Dani. Dia kemudian bangun dari duduknya dan melangkah kearah pintu utama.

Pintu dibuka kasar sebelum matanya melilar memandang sekeliling. Tiada sesiapa melainkan..

Dani mengambil pistol yang berada didala laci kabinet bersebelahan pintu sebelum pemicu ditarik. Sempat dia memasangkan alat pengedap bunyi.

Langkah berjaga-jaga diambil. Setan author. Tak habis habis buat kitaorang kena serang. Buat benda lain tak boleh ke? Pijak anak dia nanti padan muka.

Okey fine tukar jalan cerita.

Dani melangkah masuk kedalam rumah semula sebelum dia memberhentikan langkahnya dan menoleh kebelakang. Kereta Audi yang dia kenal sudah melangkah masuk kedalam perkarangan rumahnya.

Lantaklah ayat cam keling pun. Aku tengah stress sekarang.

Syam melangkah keluar dari kereta. Beberapa saat kemudian, Aisy, Kai, Amirul dan dokter Einara pula melangkah keluar.

Siot! Macam mana dia sumbat diaorang semua ni dalam satu kereta?!

"Kenapa kau luar ni? Siap bawa pistol bagai", tanya Syam, hairan.

"Aku kena kacau tadi", jawab Dani, mendatar.

Tidak lama kemudian, bunyi deruman motor pula kedengaran. Sekali lagi mereka menoleh.

Seorang jejaka yang kacak dan comel tetapi berperwatakkan sial turun dari motor berjenama Y15 berwarna merah. Helmet dibuka sebelum diletakkan ke cermin sisi.

"Hah! Setan mana yang buat aku hampir jatuh tadi? Sumpah anak haram!", Bebel Heyder. Author kata bab kalini scene aku dengan Rose. Tapi macam dah lari je.

"Masuklah", pelawa Afifah yang baru saja melangkah mendekati mereka semua.

"Tak payah cakap pun diaorang akan masuk", kata Dani, mendatar.

"Tahu. Tapi kena lah beradab juga", jawab Afifah dengan nada yang cukup lembut.

"Rasanya tak perlu beradab dengan orang yang biadab. Kau ni nak ke mana?", mata Dani memandang Afifah atas bawah. Okey first time minah ni pakai seluar jeans.

Eh?

Seluar jeans hitam.. jacket hitam dan tudung hitam..

Dani terdiam. Entah mengapa pakaian yang dikena kan oleh isterinya itu terasa familliar. Seakan-akan mereka pernah berjumpa. Tetapi otaknya tidak dapat berfungsi sekarang.

Kebetulan atau bukan, dia juga merasa lain dengan Afifah. Ada benda yang tidak kena? Mungkin.

"Awak dengar ke tak?", soal Afifah, mendatar.

Suara tu..

"Kau siapa sebenarnya?", sepontan dia bertanya.

Tbc
[1381 words]

Kau annoying dengan aku? Ah mengkisah pula aku. Cerita aku. Suka hati akulah nak tulis apa pun nak selitkan diri sendiri pun. Cau !

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top