MHMM : Bab 46
"Tak kira apa yang berlaku. Aku sentiasa sayangkan kau!"
-Mr. Hacker-
••••••|Mr. Hacker Miss Mafia|••••••
Pintu mahkmah dibuka. Tudung hitam yang berada dikepalanya dibetulkan. Mata memandang kearah surat cerai yang dipegangnya. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar.
Dia kemudian menoleh ketepi melihat bekas suaminya. Lelaki itu menayangkan senyuman hambar. Mereka kemudian pergi kearah haluan masing-masing.
Afifah hanya mendiamkan diri didalam kereta sambil matanya memandang kearah mahkamah yang dilintasi oleh Dani itu.
Dani mengerling sekilas kearah isterinya yang sedang ralit melihat jalan.
"Sayang, tengok apa?", soal Dani, lembut.
"Saya tengok ada sepasang pasangan yang baru lepas bercerai dan saya rasa mesti readers ingat tu kita", balas Afifah, mendatar.
"Hahaha", gelak Afifah, tiba-tiba.
Dani hanya menggeleng saja.
"Awak, saya nak tembikai", minta Afifah, tiba-tiba. Matanya tidak memandang kearah Dani.
Ya betul mereka memang sudah berbaik. Tapi tak berbaik sepenuhnya.
"Saya nak awak ceraikan saya!",
Dani tersentak. Membulat matanya mendengar ungkapan wanita itu.
"What the hell No! Why saya kena ceraikan awak?", soal Dani laju. Riak wajahnya sedikit tertekan.
"Sebab saya-", kata-kata Afifah terputus. Diam dan tergantung.
Tiba-tiba saja suasana menjadi sunyi sepi. Mereka memandang antara satu sama lain dengan pandangan hairan. Eh kenapa ni?
"Ah maaf! Saya salah cakap!", kalut Afifah meraup wajahnya. Dia tersilap cakap. Dia nak cakap benda lain. Benda lain pula yang keluar dari mulutnya.
Dani berkerut dahi. Apa yang diaorang buatkan dekat wanita ini sehingga sepertinya agak mental? Okey gurau.
"Awak okey tak ni?", soal Dani setelah beberapa minit mendiamkan diri.
"Saya..",
"Awak tak sayang saya..",
"Awak-",
"hey! Apa yang sayang cakap ni? Bila masanya saya tak sayang awak? Kalau saya tak sayang awak, awak tak akan ada dekat sini dan saya tak akan merayu dekat awak untuk maafkan saya. Ingat senang ke saya nak turunkan ego saya ni?", kata-kata Dani sedikit sebanyak mengguriskan hati Afifah.
"Ouh jadi awak tak ikhlaslah ya minta maaf? Macam tu? Awak selamatkan saya pun tak ikhlas? Apa masalah awak ni!", balas Afifah, terasa.
Aku baru nak ubah fikiran untuk berbaik tahu tak!
"Sayang aku..", Dani meraup wajahnya. Aduh bodohlah kau ni!
"Okey fine! Suka hati awaklah nak buat apa pun! Nak cakap apa pun! Saya dah penat!", Afifah kembali berbaring membelakangi Dani. Matanya terasa panas sebelum perlahan-lahan mengalir dipipinya. Mata dipejam rapat.
"Sayang.. aku..",
"Keluar",
"Dani!",
Dani yang sedang termenung itu tersentak. Pantas dia menoleh ketepi.
"Berapa lama lagi awak nak termenung? Saya nak balik. Saya penat dan panas ni", Afifah mengipas mukanya yang terasa panas akibat terkena sinaran matahari.
"Ha okey", kereta kembali dipandu. Suasana menjadi sunyi semula sehinggalah mereka tiba disebuah rumah banglo.
"Ni rumah siapa?", soal Afifah sengaja berkerut dahi. Padahal dia sudah tahu itu rumah siapa.
"Ouh ni rumah mama Syam, saya tak sempat nak beli rumah baru sebab sibuk cari lokasi sayang. Rumah lama dah meletup. Ucap takziah sikit", balas Dani dengan nada yang sedikit gurauan.
"Innalillah..", Afifah menggelengkan kepalanya perlahan.
"Sayang tunggu kejap", Afifah hanya diam melihat Dani yang sudah melangkah keluar itu. Beberapa saat kemudian, pintu belahnya pula dibuka dari luar.
Dani menghulurkan tangannya kearah Afifah dengan senyuman manis.
"
"Jom. Saya pimpin awak. Kita cari siapa yang kesah", kata Dani, selamba.
"Terpengaruh tiktok awak ni", balas Afifah, mendatar. Dia melangkah keluar dari kereta tanpa menyambut tangan Dani.
Dani hanya diam melihat respon isterinya itu. Satu keluhan panjang dilepaskan.
Mereka melangkah masuk beriringan. Datin Hasha yang berada diruang tamu itu dihampiri oleh mereka. Wajah wanita tua yang kelihatan tegang itu membuatkan Afifah sedikit kecut.
Wanita itu tidak suka kah dengan kehadirannya? Fuh aku tachod anjir.
"Kenapa tak balik rumah mummy je?", bisik Afifah paa Dani.
"Rumah mummy jauh sangatlah sayang", balas Dani, lembut.
Afifah menyalam tangan Datin Hasha sebelum senyuman manis terukir.
Wajah yang tegang itu mula kendur digantikan dengan wajah yang manis.
"Cantik kamu ni", puji Datin Hasha, lembut.
"Terima kasih Datin. Saya Afifah",
"Auntie tahu, pergilah naik rehat dulu, ya?", Afifah tersenyum tipis.
Ketika mereka melintasi sebuah bilik, terdengar sayup-sayup suara seseorang yang sepertinya sedang menangis membuatkan Afifah merapati sedikit dengan badan Dani.
"Awak rumah ni ada hantu ke? Saya dengar orang menangis", katanya seperti berbisik.
"Eh mana ada", balas Dani dengan dahi yang berkerut. Dia menoleh kebelakang. Terlihat Syam dan Aisy melangkah masuk kedalam bilik yang dilintasi mereka dengan kelam kabut.
Ouh faham, faham.
*****
Mereka semua berkumpul diruang tamu rumah banglo tersebut. Bunyi kartun upin ipin yang datang dari TV sebesar 64 inci itu kedengaran diruang tamu.
"Kau dengan Afifah macam mana? Gaduh lagi?", soal Kai, ingin tahu.
Dani menghela nafas panjang.
"Entahlah, aku tak tahu nak cakap macam mana", badan disandarkan disofa. Mata terpejam rapat.
Masuk sahaja didalam bilik tadi, Afifah terus saja melayannya agak dingin. Difikirkan wanita itu sudah tidak marah. Rupanya, hm..
"Bersabarlah bro, pujuklah dia. Kau turunkan sikit ego kau tu untuk berlembut dengan dia. Dia ni kalau seorang tu tengah panas, berapi, janganlah kau simbah lagi dengan minyak. Makin panaslah nanti", kata Syam, menasihati.
Dani mencelikkan matanya kembali sebelum dia memandang kearah Syam. Kepala dianggukkan sedikit tanda mengerti. Kalau nasihat bab kahwin yang keluar dari mulut Syam, dia hanya patuh.
Kerana lelaki itu sudah pernah melalui zaman perkahwinan lebih lama berbanding dirinya. Duda hot gituw.
"Perempuan, biasalah. Sensitive sikit", sambung Amirul pula.
Dani diam. Kembali menjadi sunyi. Hanya suara upin dan ipin saja yang kedengaran.
"Eh Heyder, aku lupa nak pulangkan benda ni", kotak yang berwarna hijau kecil itu dikeluarkan sebelum dia menghulurkan kearah Heyder.
"Hm", balasnya, tiada mood.
"Pergilah naik atas temankan isteri kau tu. Time-time macam ni kau kena selalu ada dengan dia. Tunjukkan yang kau sayangkan dia", kata Aisy, tenang.
Dani diam. Perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya dan mula bangun dari duduk.
"Berbaik, lepastu buat anak lagi. Lepastu ada anak. Settle, semua bahagia. HAHAHA", kata Amirul, tiba-tiba.
"Fuck!", jari tengah ditujukan pada Amirul yang sedang ketawa terbahak-bahak itu. Sial punya member.
"Semua salah awak! Awak punca anak saya gugut!",
Dani memejamkan matanya apabila teringat kembali pergaduhan antara dirinya dan Afifah.
"Ya Allah.. sayang, dahlah tu. Kan kita dah tak ada rezeki, nak buat macam mana?",
Mata Dani berkaca halus. Dia menarik nafas dalam sebelum dihembus perlahan serentak dengan air mata yang jatuh. Ah! Air matanya terasa murah sekarang.
Dani mengesat air matanya yang mengalir. Dia memandang kearah suasana diluar rumah melalui bolkoni bilik.
"Dani?", suara halus yang menyapa dirinya itu membuatkan Dani tersentak. Pantas dia membalikkan tubuhnya memandang kearah Afifah yang sedang berdiri ditepi sling door. Dingin tanpa segaris senyuman diwajah wanita itu.
"Ah ya?", senyuman tipis diukir khas buat si isteri. Dia mengamit wanita itu menghampirinya namun dibalas dengan jelingan tajam. Marah lagikah wanita itu padanya?
"Lain kali tutuplah pintu ni. Saya sejuk", selepas berkata begitu, Afifah menutup pintu gelonsor tersebut. Pakage tarik langsir lagi membuatkan Dani seperti dikurung dibolkoni.
Dani terdiam. Wanita itu sudah kembali berbaring diatas katil membelakangi pintu gelongsor tersebut. Dia tidak tahu bagaimana mahu memujuk perempuan.
Bagi tips please.
Dani melangkah kearah pintu gelongsor tersebut sebelum dia menolak kekiri dan menutup kembali. Lampu bilik ditutup. Perlahan-lahan dia menghampiri katil sebelum badan direbahkan disisi katil.
Matanya menatap belakang badan Afifah yang membelakangi dirinya. Entah untuk kali keberapa dia mengeluh sebelum tangannya naik mengusap rambut wanita itu.
"Sayang.. sampai bila awak nak bersikap dingin dengan saya?", soal Dani, perlahan.
Diam. Tiada respon.
"Sayang..",
Masih sama. Mata Dani terasa panas. Entah mengapa dia terasa mahu menangis.
"Awak dah tak sayangkan saya ke? Memang tak nak tidur menghadap saya?", bagai bicara seorang diri. Serentak air mata jantannya mengalir.
"Ya saya tahu saya salah. Saya lambat selamatkan awak. Saya punca awak sakit. Saya punca kita hilang anak kita. Saya tahu semua tu salah saya. Saya buat awak terasa dengan kata-kata saya kelmarin. Saya minta maaf, tapi tolong, tolong jangan abaikan kewujudan saya", ucap Dani, tulus. Ada satu garisan panjang yang keluar melalui ekor matanya.
Dani menarik nafas sebelum dihembus perlahan.
"Dua hari. Dua hari tu ibarat dua tahun bila awak bermasam muka dengan saya. Awak bersikap dingin dengan saya. It's very hurt sayang", sambung Dani. Seperti yang dikata kan tadi, dia ibarat bercakap seorang diri.
"Sayang..", panggilnya lagi.
Diam.
"Sokey, saya beri awak masa untuk bersendirian", Dani menyeka air matanya sebelum dia bangun dari baringannya. Suaranya serak yang menjelaskan yang dia sedang menangis.
Belum sempat dia melangkah pergi, ada satu tangan yang menariknya dari belakang.
"Saya tak salahkan awak pasal anak kita", akhirnya Afifah bersuara. Dia menarik tangan Dani agak kuat sehingga lelaki itu terduduk semula diatas katil.
"Saya terasa dengan kata-kata awak semalam. Saya tak tahu kenapa dengan saya ni. Mungkin sebab saya masih bersedih dan emosi saya tak terkawal? I don't know", sambungnya lagi.
Dani diam. Dia merenung kearah wajah Afifah.
Masing-masing mendiamkan diri.
"Saya minta maaf", ucap Afifah, perlahan.
Dani menarik Afifah kedalam pelukkannya. Kecupan hangat dilabuhkan diubun-ubun wanita itu.
"Kau tak ada salah. Aku yang salah",
Tbc
[1467 words]
Tertipu tak tu? HAHAHAHA
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top