MHMM : Bab 43

"I know who you are, but why do I seem to forget something about you?"

*****

"Woi perempuan!",

Afifah yang sedang menguis lantai itu mendengus kasar. Cakap jelah nak apa. Sibuk panggil jerit-jerit macam orang bodoh kenapa?

"Nak menda kau?", mata dijelingkan keatas tanda protes. Sesekali pen ditangannya dihentak kasar diatas lantai simen itu. Mana dia dapat pen tu?

Ouh tu Raphael bagi. Katanya untuk hilangkan bosan. Bolehlah main conteng-conteng dinding.

Siapa sangka? Raphael benar-benar pasang lampu dan aircond khas buat wanita itu. Haha. Nice betul. Macam ni baru penculik kelas atasan!

"Mana laki kau ni? Dah tak nak kau ke?", soal Karl, mendatar.

"Rileks lah, baru seminggu", balas Afifah juga mendatar. Riak saja tenang seperti tiada apa yang berlaku. Namun, hanya dia sahaja yang tahu bagaimana rasanya tiap kali bangun dari tidur, pasti perutnya terasa memulas.

Kadang-kadang muntah seorang diri dan keinginan yang tidak tercapai selama seminggu dia ditahan disini. Entah dia mampu bertahan atau tidak, itu dia tidak pasti.

Dia cuma beriak biasa supaya musuh tidak memandang lemah kearahnya walau hakikatnya dia benar-benar lemah sekarang.

Afifah bersandar di dinding sambil memejamkan mata. Ngantuk mula menguasai diri.

'Dani awak datang atau tak?..'


Rowan memandang tajam kedalam anak mata Raphael. Hanya anak mata saja terlihat manakala seluruh wajahnya tertutup dengan topeng muka berwarna hitam.

Raphael tersengih sedikit apabila mula memahami apa yang Rowan mahukan. Wajahnya tetap kekal tenang dan penuh selamba walaupun Rowan tak akan tahu riak wajahnya.

"Habwusiwjkqhsuwhsgauwj", kata Rowan separa menjerit. Wajahnya yang gelap itu merah.

Raphael tergelak halus mendengar ketidak puas hatian dari lelaki itu. Namun ketawanya perlahan-lahan terdengar sinis.

Apa si bodoh ni cakap?

Mengarut? Ya saya tahu mengarut. Jangan risau.

"Kau ni sejak kebelakangan ni tampak bodoh ya Wan?", selamba ayat itu keluar dari mulut Raphael yang berbau hancing.

Okey gurau. Mulut dia bau colgate. Almaklumlah baru lepas gosok gigi.

"Kau buat apa hah?! Kau dah janji nak bunuh perempuan bodoh tu! Kenapa kau jaga dia pula?!", marah Rowan, dia cukup tidak puas hati dengan tindakkan Raphael. Dia mahu wanita itu mati!

"Hahaha, kau ni gelabah kenapa?", soal Raphael masih kekal tenang.

"Jangan nak tukar topik! Aku nak perempuan tu mati harini juga!",

"Kalau aku tak nak?",

Klak!

Bunyi yang amat ringkas. Namun cukup membuatkan sesiapa sahaja gerun. Termasuk lalat dan nyamuk. Ya bunyi tu tak ada kena mengena dengan lalat dan nyamuk. Termasuk rusa dan kambing.

Ah tukar ayat!

Bunyi yang kedengaran ringkas itu langsung tidak menyentakkan Raphael yang sedang duduk dikerusi beroda. Dia menongkat kepala menggunakan tangannya melihat Rowan yang sudah mengacukan pistol kearahnya.

"Baik kau dengar arahan aku sebelum aku trmbak kau!", ugut Rowan, dingin.

"Trmbak? Hmph! Sebut pun salah ada hati nak tembak aku", ejek Raphael.

Rowan mengetap rahangnya geram. Author yang typo aku pula yang kena !

Raphael tergelak sinis sebelum dia bangun dan menghampiri Rowan. Rowan yang sedang leka termenung sambil mencarut didalam hati pada author itu di tendang kuat.

Habis tergolek jantan tu. Pistol yang dipegangnya tadi sudah tercampak jauh. Jauh ke planet pluto.

Tak. Gurau je.

Rowan mendesis kesakitan sebelum dia dengan cepat bangun semula. Penumbuk dikempal kuat.

"Mati kau harini aku!",

*****

Dani merenung kearah kotak kecil berwarna hijau yang berada diatas meja itu dengan tatapan kosong. Cip sistem Metlik itu dilihat sebelum dia mengeluh sedikit.

"Kenapa tiba-tiba je kau bagi aku ni? Bukan kau kata kau tak nak bagi orang lain ke benda ni?", soal Dani sambil tangannya sudah mencapai kotak kecil itu. Dibelek-belek seketika.

"Ambil lah, aku tak cakap pun aku bagi kau terus. Aku bagi kau pinjam sekejap je. Lepas je kau dapat lokasi isteri kau. Pulangkan dekat aku semula", balas Heyder bernada mendatar. Dia sebenarnya tidak mahu memberikan itu pada Dani. Namun setelah berkali-kali abangnya memujuk dirinya. Dia bagi sajalah.

Ah semua bebal!

"Hm, thanks", ucap Dani bersama senyuman tipis.

"Jaga baik-baik. Jangan rosakkan atau hilangkan", Heyder terus saja melangkah keluar dari bilik Dani tanpa menoleh lagi. Pintu diutup rapat.

Dani hanya membiarkan saja. Dia kemudian membuka kotak tersebut perlahan-lahan. Sebuah pendrive yang bersize kecil dan satu benda yang berbentuk bulat yang agak kecil dari pendrive itu dilihat.

Pendrive berwarna kelabu itu diambil dengan penuh berhati-hati. Dia merenung setiap inci pendrive tersebut. Sehinggalah matanya tertancap pada..

Sy.Hyrn

That's means..

"Syasya Hayrin..", gumam Dani, perlahan. Dia agak tergamam dan terkedu. Takkanlah..

Dani pantas menggelengkan kepalanya. Mustahil budak berumur 14 tahun boleh mencipta benda ni. Lagipun ramai lagi nama yang hampir serupa.

Pendrive dimasukkan kedalam lubang labtop miliknya. Screen yang tadinya bercahaya mula berubah gelap. Dani berkerut dahi. Dia tidak pernah menggunakan cip sistem yang ini memandangkan sistem ini hampir pupus dan susah untuk dijumpai.

Hampir 20 minit menunggu, Dani sudah mengeluh. Mungkin rosak? Baru sahaja dia mahu menyabut pendrive tersebut, satu suaraa menyentakkan dirinya.

"Enter your password", screen mula berubah bercahaya. Terang berwarna hijau bercampur dengan biru cair.

Dani menggaru kepalanya. Ha? Password?

Ting!

Heyder abuto

Pass : Sysy.Rynn
Kode : 020900

Goodluck.

You

Bukan ke tu tarikh lahir kau?
[seen]

Dani mendengus kasar apabila hanya bluetick saja pesanan yang dihantar olehnya. Dia seen aku?! Anjing betul

"Please enter your password",

Suara robot itu sekali lagi kedengaran. Cepat-cepat Dani memasukkan password yang dihantar oleh Heyder. Tidak lama kemudian, dia meminta pula kode.

Setelah selesai, screen kembali terpadam. Beberapa saat kemudian, screen bercahaya terang.

Dani membulatkan mata. Wow!

Terpapang banyak maklumat dan fail yang tersusun. Kesemuanya berwarna hijau campur biru. Bagi orang yang tidak tahu, mungkin mereka akan berkata 'tersusun apanya? Semua berselerak'

Tapi bukan pada seorang hacker sepertinya. Baginya semua sudah tersusun kemas!

Bukan dalam bahasa rumi, bahasa inggeris mahu pun macam-macam bahasa asing. Namun..

|" /-\ | |_ 41

Bahasa kode.

"It's time to show a great hacking skills and other that", senyuman sinis terukir.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Darah yang menitik diseka kasar. Tajam mata lelaki itu merenung marah kearah Raphael yang masih tenang berdiri ditengah-tengah ruangan itu. Nafas Rowan turun naik dengan laju.

"Masih nak lawan lagi?", soal Raphael, mengejek.

Tidak lama kemudian, susuk tubuh seseorang diheret menghampiri ruangan yang menjadi tempat mereka bergaduh itu.

"Kau nak sangat aku bunuh aku perempuan ni?", pisau lipat yang berada didalam kocek seluar diambil sebelum dia meletakkan kedagu wanita itu.

Afifah yang sudah lemah akibat dipukul secara tiba-tiba itu hanya pasrah. Sedaya upaya dia menahan matanya dari tertutup rapat.

Rowan hanya mendiamkan diri. Raphael pula sudah tersenyum menyeringai. Sekali lagi saya katakan, tiada yang nampak pun senyuman tu.

"Aku akan bunuh dia", pisau ditekan sedikit membuatkan cecair merah mula mengalir.

"Tapi lepas aku dapat seksa dia", pisau dibaling kearah Rowan.

Zzap!

Terpejam mata Rowan apabila pisau itu lalu betul-betul ditepi telinganya. Sial. Dia sudah salah orang membuat perjanjian!

Tidak lama kemudian, bunyi derapan kaki melangkah pergi kedengaran membuatkan Rowan membuka matanya kembali. Semua sudah beredar dari ruangan itu sambil mengheret Afifah ke sebuah bilik seksaan.

Apa yang diaorang nak buat ni?

Afifah dicampakkan kedalam bilik yang penuh dengan alat seksaan.

Pak!

Terhentak badan kecil itu kedinding sebelum dia terbaring lemah. Darah mengalir keluar dari kepalanya. Nafas Afifah mula tidak teratur.

"Kau nak apa sebenarnya hah?!", jeritnya, lantang. Perutnya terasa sakit namun sedaya upaya ditahan.

Salah seorang anak buah Raphael datang menghampiri Afifah sebelum dia menarik kuat rambut lurus wanita itu. Afifah terpaksa mendongakkan kepala akibat tarikkan tersebut.

Kepalanya terasa disiat-siat. Tipulah jika dia tidak rasa sakit dibahagian kepala. Ditanbah lagi dengan perutnya yang terasa seperti dicucuk-cucuk.

Tolonglah jangan jadi drama yang terhentak sikit je dah gugur!

Tapi dia tak boleh mengelak. Perutnya ditendang beberapa kali sebelum dia diheret keruangan tadi. Bukan dia tidak cuba menlindumgi, tapi..

Kau gila ke lima lawan satu? Anjing betul.

Entah kemana segala kekuatan dia sebagai seorang mafia dahulu. Mungkin kerana dia sedang mengandung?

Eh dia mafia ke?

"Kau..huh.. kau nak apa hah?", nafasnya kedengaran agak susah. Sudahlah dia sakit kepala melihat author yang sepertinya sudah bodoh dengan cerita sendiri.

Lelaki yang menarik rambutnya tadi membalas. Sebaliknya dia menghentak kepala gadis itu diatas lantai simen sehingga darah memancut keluar.

Kabur.

Pandangannya semakin kabur.

"Buka mulut dia", lelaki itu mengangguk seraya membuka mulut Afifah. Kawan sekerjanya mula menyumbat masuk beberapa pil kedalam mulut gadis itu.

Pegangan terlepas.

Beberapa minit kemudian..

"Argh!", perutnya terasa memulas.

Tidak lama kenudian, terasa cecair hangat mengalir keluar dari celah kakinya.

"Maaf sayang.. ibu gagal..",

Gelap.

Tbc
[1377 words]

Aku tak tahu apa apa. Terima kasih.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top