MHMM : Bab 42
"It's not too late to wanna know who are you",
*****
Kereta yang dipandu oleh salah seorang anak buah Syam itu bergerak laju membelahi jalan raya. Kereta yang berjenama Hyundai Starex itu mampu memuatkan 12 orang dewasa dalam satu masa. Jadi mereka memilih untuk menggunakan kereta ini supaya lebih cepat.
Dani yang berada diseat belakang sekali mendiamkan diri sambil merenung keluar tingkap. Otak sibuk memikirkan cara untuk selamatkan isteri dan anak yang berada didalam kandungan isterinya.
Dia sendiri baru tahu bahawa isterinya mengandung dua minggu. Mungkin wanita itu juga tidak tahu kehadiran si kecil. Entahlah.
"Sabar bro. Kita akan cari Afifah dekat mana", pujuk Syam, mendatar.
"Isteri aku tu mengandung", Dani mengeluh panjang. Tangan naik meraup rambutnya kebelakang.
Mereka yang lain jelas terkejut.
"What? Mengandung? Berapa bulan?", soal Aisy menoleh kebelakang.
"Jangan bergeraklah!", marah Dokter Einara yang sedang menjahit bahu Aisy akibat terkena tembakkan.
Gadis itu dipaksa oleh Syam untuk mengikuti mereka kerana mereka sangat memerlukan dokter setelah mereka terjaga dari tidur yang panjang.
Siapa sangka? Setelah di teliti oleh Dokter Einara, peluru yang terkena mereka telah diletakkan racun tidur dengan dose yang agak tinggi.
"Ish, sorrylah.. janganlah marah", Aisy menjulingkan matanya keatas. Dokter Einara hanya mendiamkan diri.
"Dua minggu.. baru dua minggu kandungan dia..", mereka kemudian mendiamkan diri. Wajah serius dipamerkan.
"Syam, kita nak kena mana?", soal Kai, tanpa nada.
"Bang, rumah meletup", suara Heyder yang sedang baring disebelah Syam kedengaran mendatar.
"Bila? Mana kau tahu?", soal Syam semula.
Heyder tidak menjawab. Sebaliknya dia terus saja menunjukkan screen telefon bimbit miliknya dengan mulut yang sedang menggit kukunya sendiri.
"Pergi markas kita", arah Syam pada anak buahnya yang sedang memandu itu.
Syam menyandarkan badannya kekerusi. Penat. Heyder yang masih berbaring disebelahnya dikerling sebelum dia memandang pula satu persatu wajah kawan baiknya melalui pantulan cermin.
"Lepas tamat semua ni, jom pergi bercuti", kata Syam, tiba-tiba.
"Kau mimpi apa masa pengsan tadi?", soal Amirul, mendatar.
"Mimpi yang kauorang semua mati sebab tak dengar cakap aku", balas Syam juga mendatar.
Pantas Kai dan Amirul menujukkan jari tengah kearah Syam. Setan betul dia ni.
Dani hanya mendiamkan diri sambil menghadap telefon. Mencari jejak isterinya.
"Sebenarnya Raphael tu nak apa pada Afifah? Minah tu bukan ada apa pun", soal Aisy, hairan.
"Nak kata sebab nak umpan kita? Macam pelik je, kenapa dia tak angkut kita sekali masa kita pengsan, kan?", soal Kai pula.
"Dia suka Afifah kut..", celah Heyder.
Pakk!
"Aduh, dah kenapa kau pukul kepala aku!", jerit Heyder sambil mengusap kepalanya.
"Dani suruh wakil sebab dia jauh nak pukul kau", balas Syam, selamba.
Heyder bangun dari baringan menoleh kearah Dani. Lelaki itu menjeling Heyder dengan tajam. Macam nak tembus pun ya.
"Aku cakap je",
*****
Mata yang terasa berat dipaksa untuk dibuka. Gelap. Eh? Aku dah buta ke? Pantas dia bangun dari baringannya.
"Argh!..", tangannya naik memegang perutnya yang terasa sakit.
Dia kemudian memandang sekeliling. Eh? Aku dimana ni?
Dia cuba bangun dari duduknya namun perutnya terasa memulas membuatkan dia agak susah untuk berdiri.
Tidak lama kemudian, pintu dibuka memberi sinaran cahaya kedalam ruang bilik itu sebelum pintu itu kembali tutup.
Afifah berkerut dahi. Oh kena culik ke? Haha cakaplah awal awal.
"K-kau siapa?", soal Afifah menahan sakit dibahagian perut.
"Kau tak ingat aku?", suara itu.. seperti suara yang amat dikenalinya. Tapi siapa ya?
"Aku dekat mana ni? Dah berapa lama aku kat sini?", soal Afifah lagi.
"Baru dua hari kau dekat sini. Lama juga kau tidur ya", kata suara garau itu lagi.
"Kau nak apa dari aku? Nak attention? Maaflah, aku kenal kau pun tak macam mana nak bagi perhatian", kata Afifah, mendatar.
"Tak ada aircond ke? Panaslah", complain Afifah, selamba. Dia mengibas mukanya menggunakan tangannya.
"Jadi penculik tu cuba kaya sikit. Dahlah tak ada lampu. Panas pula tu", complainnya lagi.
"Hahaha, nanti aku pasangkan aircond khas untuk kau ya, sayang?", kata suara garau itu lagi tanpa ada rasa mahu marah dengan aduan gadis itu.
"Pasang cepat-cepat, by the way, belikan aku air tealive, boleh? Aku teringin nak minum air tealive lah", mintanya penuh selamba.
"Beb, dia ni okey ke tak?", bisik salah seorang anak buah lelaki tadi yang juga berada didalam bilik itu.
"Entah", balas rakannya pula.
"Kau ni banyak songehlah, macam ni ke pembawaan bayi? Karl belikan minah ni tealive!", lelaki itu mengeluh.
"Nak boba milk tea tau",
"Kau buatlah macam rumah sendiri. Hidup bahagia. Sebab lepasni, aku akan buat kau merana", usai kata begitu, dia melangkah keluar dari ruangan tersebut.
Afifah bersandar pada dinding sambil tangannya mengusap perutnya yang kempis.
"I'm pregnant?",
Kalau betullah tekaannya bahawa dia sedang mengandung, ini bermakna sangat bahaya untuk dia bertahan disini. Mampu ke dia untuk lindungi anak dalam kandungan ini?
Dia tersenyum tipis. Aku boleh lindungi dia!
"Dani.. cepatlah.. kat sini panas..",
"Nah air yang kau minta", Afifah yang sedang menguis lantai itu mendongak.
"Kau ada letak racun ke?", soalnya, malas.
"Aku letak racun tikus. Nah ambil lah cepat!",
"Tak naklah, aku tak nak mati lagi. Aku nak solat taubat dulu", balas Afifah, mendatar.
"Ya Allah.. kenapa kau ni? Ambil jelah jangan banyak songeh", air diletakkan dihadapan Afifah.
"Ouh Islam rupanya", sindir Afifah sambil mencapai air tersebut.
Lelaki yang bernama Karl itu menjeling. Sumpah annoying gila perangai minah ni. Kenapa ek bossnya itu beria nak culik dia ni? Alih alih aku yang stress.
"Erikarl Dayyan. 26 tahun, hai, single lagi kan? Tapi aku dah khawin", Karl membulatkan mata. Macam mana gadis itu boleh tahu?
"Kau-",
"Shh, aku tengah minum ni", pintas Afifah.
Karl mendiamkan diri. Masing-masing diam melayan perasaan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tok! Tok! Tok!
"Masuklah aku tak kunci pintu",
Pintu dibuka dari luar. Syam memasukkan kepalanya kedalam melihat keliling bilik itu sebelum dia memasukkan seluruhnya badannya. Dani yang sedang bermain telefon itu dilihat.
"Kau buat apa?", soal Syam, ingin tahu.
Sudah tiga hari berlalu. Satu jejak pun mereka tidak jumpa membuatkan Dani banyak mengurungkan diri dan lebih banyak menghadap labtop dan telefon.
"Cari bini akulah", balas Dani, mendatar.
"Turun makan dulu jom. Kau tak makan apa lagi, kan?", Syam mengambil tempat diatas katil Dani. Mereka sekarang berada dirumah Puan Hasha iaitu mama kepada Syam dan Heyder.
Hanya rumah ini saja yang selamat buat masa sekarang. Rumah mereka yang lain sudah kebabom sejak dua hari lepas.
"Nanti aku turunlah. Kau pergi jelah dulu", jawab Dani masih lagi bernada mendatar.
"Eh kau ni. Aku ke kau ketua?", soal Syam.
"Kau",
"Siapa bayar gaji kau?",
"Kau",
"Nak diberhentikan kerja?",
"Tak nak",
"Jadi turunlah makan",
"Tak nak",
"Eh sial kau ni", rambut Dani ditarik memaksa lelaki itu untuk bangun dan turun kebawah dan makan bersama.
"Sakitlah sial!",
"Siapa suruh kau degil",
"Syam sakit! Lepaslah bangang",
"Tak nak",
"Ya, ya aku makan, aku makan. Lepaslah anjing", akhirnya Syam melepaskan tarikkan sambil menjeling kearah Dani.
"Baru pandai nak makan. Lepas makan nanti kau buatlah balik kerja kau tu", bebel Syam sambil menuruni satu persatu anak tangga.
"Aku cuma risaukan isteri aku je. Salah ke?",
"Tak salah, tapi jagalah juga kesihatan kau... tu..", langkah Syam terhenti. Matanya tajam melihat seseorang yang sedang berbaring diruang tamu itu.
"Budak ni pun sama, aku dah kata makan sama dia lari lagi", bebel Syam sambil melangkah kearah orang tersebut. Lagak Syam seperti seorang ibu yang memaksa anak-anaknya untuk makan.
Dani mengikuti langkah Syam dari belakang sambil matanya melilar memandang sekeliling rumah tersebut.
"Heyder, kau buat apa kat sini? Aku suruh tunggu sanakan",
"Malas",
"Kauorang ni apa masalah? Nak makan pun susah",
"Manalah aku tahu, dah aku rasa malas nak bangun dan makan. Nak buat macam mana", balas Heyder, mendatar. Dia berguling-guling diatas permaidani diruang tamu itu.
"Syam, tu siapa punya?", soal Dani sambil menunjukkan kearah satu kotak kecil berwarna hijau yang berada didalam almari kaca.
"Tu-",
"Aku punya, apasal?", celah Heyder. Dia memandang kearah Dani sebelum memandang kearah kotak tersebut.
"Kau ada cip tu?",
"Dah lama dah aku simpan. Cuma tak tahu funtion je. Jadi aku letaklah situ. Jadi hiasan. Hahaha",
"Aku nak boleh?", minta Dani.
"Ha? Nak buat apa? Tak boleh, tu arwah kakak aku bagi",
"Kau tahu ke tu cip apa?", soal Dani, serius.
"Tidak",
"Tu cip sistem Metlik, ramai hacker cari cip yang boleh buka sistem tu dan cip tu tak ada banyak. Hanya beberapa ketul je dalam dunia ni dan hampir hilang", jelas Dani.
"Apa yang ada dalam sistem tu?", soal Syam, ingin tahu.
"Pergh, sistem tu sistem terkuat didalam kalangan banyak-banyak website dan sistem yang pernah hacker guna. Sebab cip tu mampu menceroboh masuk dalam pelbagai web tanpa menggunakan skill hacker. Senang cerita, kalau orang tu bukan hacker tapi dia pandai guna cip ni, dia boleh pegang macam-macam maklumat pribadi seseorang tanpa perlu menghacking",
"Bukan tu je, kalau benda tu jatuh dekat tangan yang salah, habis hancur semua maklumat orang dan dia boleh memanipulasikan syarikat dan company orang. Faham?",
Syam menoleh kearah Heyder yang sejak tadi mendiamkan diri tanpa celahan.
"Arwah Syasya cakap apa dekat kau sebelum dia bagi benda tu dekat kau?", soal Syam, serius.
Heyder menggigit bibirnya perlahan.
"Sebenarnya...",
Tbc
[1488 words]
Sistem 'Metlik' hanya sekadar rekaan. Jangan pergi cari tahu pula😭🔫
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top