MHMM : Bab 41
"Bala apa lagi ni?"
*****
Mata merenung kearah tingkap didalam wad VVIP tersebut. Dia cuba berfikir, apa tujuan sebenar Raphael menganggu mereka? Dokter yang merawat Afifah mengatakan yang gadis itu sudah sembuh dari racun tersebut.
Seharian juga dia mengkaji tentang racun itu, apa yang dia dapat, racun itu boleh dikendali oleh orang yang mencipta. Dan orang yang cipta binatang tu adalah Raphael. Jadi kenapa Raphael tarik semula racun tu?
Dia sendiri tidak tahu mahu berterima kasih pada lelaki itu atau mahu memaki. Argh! Stress sial.
Pintu dibuka dari luar membuatkan Dani menoleh kearah si gerangan tersebut. Jam dipergelangan tangan dilihat.
"Awalnya datang", kata Dani, hairan.
"Saja. Bosanlah dekat sana", balas Heyder. Aisy mengangguk setuju.
"Mata kau sembam. Kau menangis ke?", soal Dani lagi.
"Taklah", balas Heyder, mendatar.
"Afifah macam mana? Bila dia boleh keluar?", soal Aisy menukar topik.
"Esok boleh dah tu melompat dalam rumah. Ada tu ha tengah tidur lepas makan ubat", jawab Dani, mendatar.
"Syam dengan yang lain mana?", soal Dani apabila hanya melihat dua makhluk itu saja. Yang lain tidak kelihatan.
"Syam dekat office lah macam biasa. Lagi dua melaun tu ada dekat bawah. Katanya nak beli makanan yang enak dihabiskan dengan duit yang banyak", jawab Heyder.
"Merepek apa kau ni?", Dani berkerut dahi.
BAM!
"Kitaorang kembali!", Dani menghela nafas panjang apabila Kai dan Amirul membuat bising. Rasa nak hempuk kepala diaorang dah pijak tanpa basa basi.
"Jangan bisinglah, bini aku tengah tidur", kata Dani. Pasrah. Mereka yang lain mengangguk.
Dani kembali menhadap labtop miliknya. Menyusun setiap number dan huruf yang berselerak. Boleh sakit kepala mereka melihat. Silap haribulan juling mata tu.
"Kau tak pening ke tengok tu? Aku tengok kejap ni pun dah rasa macam nak pitam", Amirul menghampiri Dani yang sedang tekun membuat kerja.
"Aku tak pening pun", celah Heyder.
"Kau diamlah",
"Mana ada pening. Biasa je aku tengok", Dani memandang kearah Amirul sekilas sebelum dia kembali memandang ke labtop miliknya semula.
"Best tak jadi hacker? Aku nak jadi hacker juga!", Kai turut melihat apa yang dibuat oleh Dani.
"Dani, bukan ke selepas '>' baru kau tekan enter? Kau tertinggal benda tu", kata Heyder sambil melihat kearah screen.
"Tu kalau nak hack CCTV. Ni aku tak habiskan lagi", balas Dani sambil merenggangkan sedikit tangannya yang terasa lenguh.
"Tengok ni. Lepas http:******** baru kau tekan <[tujuan]> ni manual, kalau auto susah sikit. Tu pun kalau kau ada script atau tools lah", ajar Dani sambil menunjukkan cara-cara tersebut.
"Nak script", minta Heyder.
"Satu script, Rm3000, aku malas nak buat baru", balas Dani, mendatar.
"Kedekutnya kau ni",
"And then kau masukkan angka yang sesuai dengan permintaan, dan tekanlah 'enter' and siap", Dani menyandarkan badannya dikerusi.
"Satu apa pun aku tak faham", kata Aisy, Kai dan Amirul serentak.
"Tu masalah anda, bukan masalah saya",
Deringan panjang dari telefon miliknya mengejutkan mereka. Dani menarik keluar telefon bimbit milik
Syam anak Megat is calling..
"Kau save nama abang aku macam tu?", soal Heyder berkerut dahi. Megat? Bukan nama bapa aku Syaril ke? Eh? Aku anak angkat ke?
Dani yang perasan riak bingung Heyder tersenyum nakal. Satu idea jahat mula muncul diotaknya.
"Ya Heyder, kau anak angkat. HAHAHA", punat hijau ditekan sebelum dia menekan laoud speaker.
"Dani, Adik aku ada kat sana tak?", soal Syam, senada.
"Adik? Kau mana ada adik," balas Dani sengaja mahu mengenakan Heyder.
"Ha?",
"Kau bukan anak tunggal ke? Ouh maksud kau adik angkat kau tu eh?", Kai, Aisy dan Amirul sudah terguling sambil ketawa. Sejak bila Dani pandai mengusik orang ni? Menangis budak tu woi!
"Ha? Adik angkat?", Syam blur seketika.
"Yelah, adik angkat- eh weh aku gurau je", Dani terus saja memujuk Heyder yang sepertinya mahu menangis itu.
"HAHAHA. Jangan nangislah bebal. Aku gurau je. Alololo", bahu lelaki itu diusap. Tiga orang yang berada dibelakang sudah ketawa kuat. Kau dah tahu dia cenggeng kau pergi kacau lagi.
Aisy bangun dari gulingan sebelum dia menghampiri telefon Dani.
"Baik kau datang sini bro, adik kau menangis. Dani buat. HAHAHA. Cau!", panggilan dimatikan sebelum dia melihat Dani yang sedang memujuk Heyder itu.
"Sorrylah gila. Aku gurau je. Mana ada kau anak angkat. Sensitive betul kau ni",
"Habistu Megat tu?", soalnya, perlahan. Air mata yang tersisa diseka.
"Syam tak bagitahu kau ke?", soal Dani.
"Bagitahu apa?",
"Yang kau memang anak pungut. HAHAHAHA. Gurau, gurau",
"Nama penuh kau apa?", senyuman tipis terukir. Sah kau terlalu kontrol hidup adik kau ni Syam...
"Sya-",
"Awak..",
Pantas mereka semua menoleh kearah Afifah yang sudah duduk sambil bersandar dikepala katil itu.
"Hai sayang, bila bangun?", Dani bangun dari duduknya menghampiri Afifah. Dahi wanita itu dicium lembut.
"Lama dah, bising sangat. Menganggu saya dan mimpi indah saya", balas Afifah sebelum dia memeluk Dani. Wajah disembamkan didada suaminya itu. Hmm..
"Maaf.. kalau mengantuk lagi tidurlah..", kata Dani mengusap belakang isterinya itu.
"Saya tak mengantuk. Saya lapar",
"Okey kejap aku turun beli makanan", pelukkan dilepaskan.
"Kauorang duduk sini jaga princess aku", pintu ditutup setelah selesai diberkata.
"Kau apahal menangis?", soal Afifah pada Heyder.
"Suami kesayangan you tu buat", jawab Kai bagi pihak Heyder.
"Alolololo.. tak apa, nanti akak pukul dia ya?", nada sengaja dibuat garang. Lah tiber betul minah ni.
Heyder hanya mendiamkan diri. Afifah terus saja mencapai telefon bimbit milik suaminya yang tertinggal. Netflix dibuka. Hehe.
BAM!
Pantas kepala mereka semua menoleh kearah pintu. Syam baru sahaja melangkah masuk kedalam wad VVIP tersebut.
"Mana Dani? Mana adik aku?", soal Syam, mendatar.
"Dani turun bawah kejap belikan I makanan, adik you ada kat sofa tu", balas Afifah tanpa melihat wajah Syam.
"Abang.. betul ke aku anak angkat? Kalau betul, ni ke sebabnya mama layan aku macam tu?", soal Heyder, perlahan.
"Siapa kata kau anak angkat? Tak sedar diri, dia lah kut yang anak angkat", balas Syam, memujuk adiknya itu dari berfikiran negative.
Ouh shit. Kau memang nak kena dengan aku Dani.
"Tapi Dani cakap aku anak angkat..",
"Tak, mana ada. Dani tu bebal sikit. Kau tak payah fikir eh? Tu bukan reason sebenar mama buat kau macam tu", rambut adiknya itu diusap kasar. Dani minta kena potong gaji betul.
"Erk.. bro..",
"Apa kau nak?", Syam memandang kearah Kai.
"Sebelum tu, kau kenapa lari dari rumah mama ha! Kalau nak blah tu bagilah tahu dulu!", Heyder menunduk. Dia ada sebab sendiri kenapa dia keluar tidak bagitahu. Matanya mengerling pula kearah Aisy yang sepertinya tidak mahu masuk campur.
Sial.
Pintu dibuka dari luar menyentakkan mereka. Dani melangkah kearah Afifah tanpa sedar yang ada sepasang mata merenungnya tajam.
"Aku belikan kau nasi ayam. Makan bagi habis." Plastik berwarna hijau diletakkan diatas meja tempat pesakit makan.
"Nak suap", dengan tak malunya dia memaksa Dani untuk duduk disebelahnya.
"Lah kau", Diturut juga permintaan ibu mengandung- eh.
Sesuap.
Dua suap.
Tiga suap-
BANG! BANG! BANG!
"Setan mana yang ganggu masa aku makan ni", gumam Afifah, perlahan.
"Kenapa tu by?", soal Afifah sambil mengunyah nasi seperti tiada apa yang berlaku.
Chill. Kata mafia.
Tidak lama kemudian pintu wad VVIP dibuka secara kasar dari luar. Salah seorang anak buah Syam berlari masuk dengan nafas yang tercungap-cungap.
"Sir! Kita kena ser-",
Bang!
Terkejut Syam dan yang lain apabila lelaki itu sudah terbaring tidak bernyawa. Headshot sial !
Pantas mereka memandang sekeliling mencari kelibat si penembak.
Afifah masih lagi menjamu nasi ayam tanpa ada rasa mahu bangun dan mencari si penembak itu. Sebab-
"Dia headhunter", kata Afifah, tiba-tiba.
"Dan ofcaurse tempat dia adalah tempat tinggi", sambung Afifah. Dia kemudian kembali menyuap nasi.
"Mana sayang tahu?", soal Dani berkerut dahi. Tangannya sudah sedia memegang pistol miliknya. Begitu juga yang lain.
"Biasa dalam Wattpad macam tu", mereka menepuk dahi. Lahanat.
Namun dalam diam Afifah tersenyum sinis. Dia tak bodoh lagi. Dapat dilihat dengan jelas kedudukkan headhunter itu melalui lens yang dipakai olehnya.
"Kita kena keluar dari sini", mereka mengangguk. Afifah didukung oleh Dani sebelum mereka semua melangkah keluar sambil berjaga-jaga.
Bang!
"Argh!",
"Aisy!", Heyder yang berada paling hampir dengan Aisy terus saja mendapatkan lelaki itu.
Beberapa saat kemudian, beberapa orang lelaki yang memakai serba hitam mengepung mereka semua. Masing-masing bersenjata dan diacukan kearah mereka.
Nak tak nak Dani terpaksa menurunkan Afifah. Pistol dikeluarkan.
"Jangan jauh dari aku", bisik Dani. Afifah mengangguk sambil memandang mereka yang lain.
"Nak apa? Maaf kami tak buka jualan harini. Terima kasih", Kai meletakkan tangannya didada kiri sebelum dia menundukkan badannya.
"Tangkap perempuan tu", arah Raphael dengan suara yang seperti robot. Dia memakai topeng muka berwarna hitam bersama hacket hoodie berwarna kelabu.
Mendengarkan arahan dari ketua mereka, mereka pantas melepaskan tembakkan kearah White Eagle sebelum WE juga turut membalas tembakkan.
Bang! Bang!
Aisy yang tidak sempat mengelak itu terkena yua das tembakkan. Tadi satu dekat bahu kiri. Satu dekat peha kanan dan satu lagi dilengan kiri.
Makan peluru harini kau Aisy.
Aisy terduduk dibelakang dinding sambil dibackup oleh Kai dan Amirul.
"Kau tolong kawan aku tu kejap", seorang dokter perempuan yang sedang bersembunyi ditolak kearah Aisy yang sedang bersandar di dinding hospital akibat terkena tiga das tembakkan. Syam kembali membalas tembakkan.
Dokter itu menghampiri Aisy sebelum satu picgari yang telah diisi ubat tahan sakit dikeluarkan. Baju lelaki itu diselak sedikit.
"Tahan sikit ya?",
"Argh sakit!",
"Tahanlah",
"Sakitlah! Sakit!",
Pakk!
"Tak boleh nak tahan sikit ke?", marah Dokter Einara yang bertindak memukul kepala Aisy yang merengek seperti budak kecil.
Heyder yang juga sedang membalas tembakkan tergelak kuat. Kelakar rasanya apabila melihat Aisy dimarahi gadis itu.
Bang!
"Eh anjing, aku tengah gelak kan member kut! Janganlah tembak aku!", jerit Heyder sambil bersandar disebuah almari besi yang terletak disitu. Sakit pula lengannya apabila terkena sipi peluru tersebut.
Makin lama bukan makin berkurang, maki bertambah pula anak buah Raphael menuju kearah mereka. Afifah yang diarahkan untuk duduk berhampiran dengan Aisy yang sedang bersandar di dinding besar untuk mengelakkan dari ditembakkan.
Bau hanyir semakin menyengat hidung masing-masing. Darah terpecik dimerata tempat.
Klak!
Bunyi singkat itu membuatkan diaorang Syam tersentak. Asyial serentak pula habis peluru.
Mereka mengangkat tangan tanda menyerah. Sebelum mereka berundur dan bersandar di badan antara satu sama lain.
"Ada plan baru tak?", soal Dani pada Syam. Bahu kanannya yang terkena tembakkan dibiarkan.
"Ada",
"Apa?", soal Kai dan Amirul, serentak. Heyder masih menyorok dibelakang besi almari sambil duduk memeluk lutut. Bermain dengan semut yang sedang berkawat. Dia dari tadi lagi dah habis peluru.
Sumpah macam orang gila yang tengah bosan tak tahu nak buat apa. Rose dah boleh kutip dia semula. Thankyou.
"Apa rancangannya? Cepatlah bebal aku dah sakit ni", marah Dani.
"Kita-", belum sempat Syam menghabiskan kata-katanya, dia sudah rebah diatas lantai.
Terkejut beruk mereka yang lain. Pahal ni?
Tidak lama kemudian, mereka juga turut jatuh rebah diatas lantai tanpa sempat berbuat apa-apa.
Perkara pertama yang dilihatnya adalah..
Mereka membawa Afifah pergi. Dia cuba menghalang, namun matanya terasa berat sebelum perlahan-lahan dia menutup mata.
"She's pregnant..",
Tbc
[1770 words]
Okey tak tu? Huhu
Btw pasal hacking tu cuma sekadar otak bijak saya je. Saya main hantam and kekadang tengok google. Jangan percaya, okey? Huhu
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top