MHMM : Bab 39

"Whatever you said, i need trust you because you are my wife."
*****

Ternyata suasana sunyi yang hadir berjaya membuatkan mereka berdua terasa kekok. Masing-masing mendiamkan diri sebelum Afifah duduk bercangkung mengutip serpihan kaca yang pecah.

Dani yang melihat itu pantas bangun dari duduknya menghampiri wanita itu sebelum tangannya menahan tangan kecil itu dari memegang kaca yang berselerak.

"Biar aku je buat", katanya, mendatar. Afifah masih mendiamkan diri. Lalu, dia bangun dan mencapai penyapu yang berada dipenjuru bilik itu. Fikirannya melayang jauh sambil matanya mengerling kearah komputer riba suaminya itu.

Dia yakin yang suaminya sudah lama mencari identity gadis yang pernah dia temui ketika berebut pendrive kedua ketika dimarkas bekas Zach itu. Dan orang itu adalah...

Dia.

Persoalannya sekarang ni, Dani dah tahu ke bahawa dia adalah gadis itu? Apa reaksi suaminya itu ya? Dapatkah lelaki itu menerimanya atau akan membencinya?

"Sayang? Kenapa tenung komputer tu macam nak tembus?", suara Dani yang kedengaran dingin itu berjaya menyentakkan lamunannya. Pantas dia menoleh.

"Apa?", soalnya menjongket kening.

"Kenapa tenung komputer tu macam nak tembus?", sekali lagi Dani menyoal dengan nada yang cukup dingin.

"Saya-",

"Macam mana boleh jatuh pula cawan ni? Kau buat apa sampai terjatuh?", soalnya memotong balasan dari Afifah.

"And last, apahal kau pandang aku macam nak telan je? Ada benda yang aku tak tahu ke?", tidak cukup lagi soalan, Dani menambahkan lagi perasa.

Afifah yang mendengar soalan Dani itu menelan air liurnya sedikit. Soalannya seperti mahu menyindir saja. Dengan suara yang sangat dingin lagi. Perlahan dia mengerling kearah lantai. Dia pasrah.

"Tak ada mulut dah nak jawab Mrs. Muhammad Dani?", Afifah menarik nafas dalam sebelum dihembusnya perlahan. Rileks.

"Saya terlepas cawan tu sebab terkejut nampak awak tengok gambar perempuan lain. S-saya tak sengaja pandang awak macam tu. Cemburu. Hehe", entah jawapan merepek udang apa yang keluar dari mulutnya. Afifah hanya pasrah jika penipuannya dapat dibau oleh suaminya itu.

Dani mengecilkan matanya memandang kearah Afifah yang menunduk menekur lantai itu.

"Look my eyes when you talk with me Laura Afifah", tegas Dani. Afifah menggigit bawah bibirnya perlahan sebelum dia mendongak memandang Dani. Mata bertentang mata.

"And talk to me, why you look the picture like that. my dear?", nada suaranya tidak sedingin tadi. Dia menatap kedalam anak mata isterinya itu.

"Jangan cakap yang kau cemburu juga", sambung Dani.

"Ofcourse, you are my husband! Only mine! Awak tak boleh tengok gambar perempuan lain selain saya!", balas Afifah sambil bercekak pinggan. Menambahkan lagi aksi lakonan tak berbayar itu. Padahal dalam gambar tu dia juga.

"Mana kau tahu dalam gambar tu perempuan?", soal Dani bertarik tali.

"Memang jantan zaman sekarang pakai tudung dengan skirt pun", perli Afifah. Dani terdiam sebelum dia menghampiri tubuh yang agak pendek itu.

"Janganlah cemburu. Sorrylah sayang..", badan kecil itu dipeluk erat.

"Hmph! By the way, siapa perempuan tu? Awak buat apa dekat dia?", soal Afifah ingin tahu. Dani diam sebentar sebelum mengerling kearah belakang kepala Afifah dengan wajah yang dingin memandangkan dia masih memeluk tubuh itu.

Dia mengeluh perlahan. Ingat Dani, dia isteri kau. Tiada rahsia antara korang berdua.

"Sini", lengan wanita itu ditarik lembut menghampiri meja kerja itu. Baru saja dia mahu melabuhkan duduk, pintu biliknya diketuk kasar dari luar. Dani mendengus kasar manakala Afifah berdecit geram dalam diam.

Pintu dibuka seperti mahu tercabut sebelum matanya mencerlung tajam kearah Kai yang berdiri didepan biliknya.

"Kau nak apa?", soalnya dingin.

"Bro! Syam suruh pergi markas sekarang!", katanya cemas.

"Apahal?", soalnya, malas.

"Markas kena serang!! Jom gerak cepat!", Dani mengeluh sebelum menganggukkan kepalanya sedikit. Pintu kembali ditutup. Afifah yang sudah berdiri itu dilihat.

"Sayang, duduk rumah kejap boleh? Aku nak pergi tolong diaorang dekat markas sana. Kena serang". Dani menghampiri almari yang berada dibiliknya itu. Pintu almari dibuka.

Dia mencapat T-shirt lengan panjang berwarna hitam sebelum disarungkan ketubuhnya. Malas mahu memakai jacket, dia menutup kembali pintu almari. Rambut disisir kebelakang memggunakan tangan.

"Lama ke?", soal Afifah.

"Tak lama pun. Habis je diaorang semua. Aku balik cepat-cepat. Okey?", Dani menggosok kepala Afifah kasar sebelum dia menarik tangan gadis itu kekatil.

"Jaga diri kejap kat rumah. Ada anak buah aku yang lain akan jaga. Kalau nak beli apa-apa, bagi je tahu diaorang. Okey?", kata Dani, lembut.

"Awak janji yang awak akan balik cepat?", soal Afifah dengan mulut yang mencebik.

"Ya sayang. Aku janji", dahi Afifah diciumnya lembut sebelum dia bangun dari duduknya. Setelah selesai bersalaman, Dani terus saja melangkah keluar dari biliknya melangkah turun.

*****

Mata melilar memandang segenap ruangan yang sudah bersepah itu. Kedua belah tangannya dimasukkan kedalam kocek seluar. Perang apa diaorang ni? Main tembak-tembak ke main baling bantal?

Berselerak woi bantal dengan isi bantal dekat lantai. Maaf, saya tak tahu apa nama dalam bantal tu.

Kai ditepi dikerling sekilas. Lelaki itu juga sama sepertinya sedang memandang sekeliling. Mereka berhenti disatu pintu sebelum pintu itu dibuka secara kasar. Pistol yang dipegang sejak tadi terus diacukan kedepan.

KLAK!

Kai menelan air liur kelat apabila semua orang yang berada didalam bilik itu mengacukan pistol kearah mereka berdua. Terlihat Syam dipenjuru bilik dipegang beberapa orang ketul manusia. Heyder dan Aisy tidak kelihatan. Manakala Amirul diarahkan menjaga rumah dan Afifah.

"Datang kekedai membeli cakwan", Dani membuat pantun.

"Cakwan tu apa?", soal Dani dan Kai serentak. Mereka berpandangan sesama sendiri.

Syam menepuk dahi perlahan. Dia yang sebut dia yang tak tahu tu apa. Member siapalah tu sumpah malu nak nganku member.

"Korang nak apa ni? Miskin sangat ke tiada tempat nak lepak sampai markas mewah kitorang juga korang nak rampas?", soal Dani melangkah masuk. Pistol yang setia di acukam kearahnya sedikit pun tidak menggetarkan mereka berdua.

Tiada yang menjawab, semua hanya senyap dengan tangan yang sedia melepaskam tembakkan. Sedang menunggu arahan dari ketua je.

"Serang", dengan satu arahan melalui earpiece, bunyi tembakkan mula kedengaran diruangan itu.

BANG! BANG! BANG!

Dani berdiri dibelakang sebuah tembok yang memisahkan antara ruang bilik itu sambil tangannya laju memasukkan peluru dan melepaskan tembakkan kearah musuh.

Tidak lepas juga Kai yang merangkak kearah belakang sofa. Dia sedaya upaya mengelakkan ditembak. Sudahlah dia terlupa mahu membawa pistol.

Screett!

kai menunduk memandang sesuatu yang meluncur kearahnya. Sepucuk pistol berjenis Raging Bull 454 itu dilihat. Siapa yang baling ni? Pantas dia mendongak.

"Jangan buat muka seposen kau tu. Menyampah aku", Nurin melepaskan tembakkan berselang-seli dengan pisau kecil yang tajam dibaling kearah musuh. Silent killer girl beraksi.

Kai mengambil pistol tersebut sebelum dia juga melepaskan tembakkan. Banyak pula anak anjing ni.

Dani duduk bersandar didinding dengan nafas yang termegah-megah. Pelurunya sudah habis tetapi bilangan musuh masih belum berkurangan. Siapa yang serang markas siapa ni?

Anak buah Syam kebanyakkan sudah mati akibat berlawan sebelum dia sampai tadi. Syam pula sedang berlawan memggunakan tangan kosong.

Dia ada backup. Sial betul. Backup apa-

BANG! BANG!

Berkecai kepala musuh yang musuh yang cuba menembak Dani. Headhunter.

"Sabar jap. Aku dah lama gila tak main binatang ni", Aisy melangkah keluar dari tempat persembunyian sambil memegang sesuatu yang panjang.

Dia kemudian membaling bom tersebut kearah tempat musuh berkumpul dan dimana musuh berada. Tembakkan mula berhenti. Mayat bergelimpangan diatas lantai bersama darah yang sudah membanjiri kawasan tersebut.

Dani memejamkan matanya penat. Hatinya rasa tak sedap. Ada sesuatu yang tidak kena menganggu dirinya. Perlahan-lahan dia bangun dari duduknya mengibas seluar.

"Korang semua okey ke?", soal Syam menghampiri mereka semua.

"Okey", balas mereka semua serentak dan sepatah.

"Aku pergi dulu", Dani terus saja melangkah keluar dari situ. Kereta ditujuinya sebelum pintu kereta dibuka.

Setelah menutup pintu, Dani mengeluarkan telefon bimbit miliknya mencari lokasi isterinya.

Melihat tanda merah yang berada disuatu tempat membuatkam dia mengetap rahangnya geram. Perempuan ni selalu menyusahkan! Tak pernah nak dengar cakap! Pantas dia memandu kereta menuju kearah tempat tersebut.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Melihat wanita yang berpegangan tangan dengan seorang lelaki itu membuatkan darahnya menyerbu naik. Dia mengempal tangannya menahan marah.

Tiba-tiba wanita itu menoleh kearahnya. Dia hanya menayangkan wajah dingin sebelum melangkah pergi dari situ. Mendengar namanya dipanggil dari belakang bersama bunyi tapak kaki dari belakang, tahulah bahawa wanita itu mengejarnya. Namun dia tidak ambil peduli. Balik rumah nanti tahulah dia mahu buat apa.

Afifah menarik lengan Dani dari berjalan memberhentikan langkah Dani. Dani menepis lembut tangan yang menahan lengannya itu. Matanya tajam memandang kearah Afifah. Dia cuba menahan amarahnya dari meletus didalam mall itu.

"Aw-", lengan Afifah ditarik mengikuti langkahnya secara kasar. Afifah yang berganda pendek darinya seperti terseret sahaja apabila ditarik begitu.

"Awak, sakitlah", kata Afifah, perlahan. Dani yang mendengar itu melepaskan tangan Afifah lalu berjalan meninggalkan wanita itu.

Afifah berdecit geram. Ni semua salah Ivan anak Rafar tu! Bodoh betul.

Sesampainya mereka dikereta Dani, pintu pemandu dihempas kuat sehingga menarik perhatian orang yang berada ditempat parking itu. Enjin kereta dihidupkan sebelum dia mula memandu kereta keluar dari kawasan mall.

"Awak, j-jangan salah fa-",

"Diam!", Afifah memggigit bawah bibirnya sedikit. Takut pula rasanya.

"Awak janganlah salah faham, saya-",

"Aku cakap diam! Diamlah! Telinga kau ni dekat mana?! Aku dah kata jangan keluar rumah selagi aku tak balik yang kau keluar juga kenapa?! Bodoh dah tak pandai bahasa Melayu?!", teking Dani. Wajahnya jelas kelihatan merah padam. Tangannya menggenggam kuat stereng kereta.

Akibat tengkingan itu, Afifah menunduk wajahnya tersentak. Tubir matanya terasa panas. Tangan diramas sesama sendiri menahan rasa takut.

Dalam hatinya tidak habis-habis mencarut geram. Rasa mahu membunuh orang membuak-buak dalam dirinya. Sial Ivan! Sial! Dasar jantan gatal! Tak guna! Anak Rafar! Pungut! Gila! Setan!

Aku still tak puas hati!

Dani mengerling sekilas kearah Afifah yang masih menunduk takut. Dia tiada niat mahu menengking isterinya itu. Dia cuma geram dan marah apabila lelaki lain menyentuh sebarangan isterinya.

Tapi dia tak tahu yang Afifah menunduk pun tengah tahan geram dengan jantan sundal tu.

Mereka tiba dirumah mereka berdua. Dani membuka pintu secara kasar sebelum dia melangkah masuk kedalam rumah tanpa menghiraukan Afifah diluar.

Afifah pula terkebil-kebil sendiri sebelum dia juga turut masuk kedalam rumah. Bilik tidur mereka dituju sebelum pintu dibuka. Dani yang sedang menukar pakaian itu dilihat.

"Awak.. dengarlah dulu apa saya nak cakap", tegur Afifah melangkah kearah katil. Dani masih mendiamkan diri. Setelah selesai menukar baju, dia melangkah pula kearah meja kerja sebelum labtop miliknya dibuka.

"Awak..",

"Aku tak nak dengar apa-apa", pintas Dani. Tangannya sibuk menaip dipapan kekunci itu. Wajah dingin masih kekal.

"Awak ni.. dengarlah..", Dani menoleh kearah Afifah yang sudah berdiri ditepinya.

"Pandai selamani kau menipu keluarga aku ya", kata Dani bernada dingin. Senyuman sinis mula terbentuk bersama anak matanya memandang tajam kedalam anak mata hitam coklat itu.

"Benda ni tak akan selesai kalau awak tak nak dengar saya explain. Cuba dengar dulu. Jangan nak jadi macam drama tak berbayar dekat slot tv3 tu!", pintas Afifah sedikit geram. Kau fikir ni drama tv3 yang tak nak dengar penjelasan orang ke? Pastu bercerai? Allahu aku tak nak jadi janda.

Dani merenung kedalam anak mata isterinya itu sambil menjongket kening.

"Saya keluar dengan Amirul. Mana ada saya pergi sendiri. Saya pergi dengan dia beli barang. Lepastu orang gila tu yang tiba-tiba tarik and pegang-pegang saya. Awak tak percaya? Awak tengoklah sendiri CCTV dekat mall tu. Awak hacker", jelas Afifah dengan bersungguh-sungguh. Dia perlu yakinkan diri lelaki dihadapannya ini.

Dani tidak menjawab, dia terus saja menghack CCTV dimall itu. Apa yang dikatakan oleh Afifah memang benar. Jelas wanita itu itu tidak melayan lelaki yang tidak habis mengejarnya.

Dia memandang pula kearah Afifah yang berdiri ditepinya.

"Saya minta maaf", ucap Afifah, perlahan.

Dani menutup semula labtop miliknya sebelum dia melangkah kearah katil. Afifah terus saja mengikuti langkah suaminya itu.

"Awak, saya minta maaf", lengan lelaki itu disentuh dan digoyangkan sedikit. Air matanya perlahan-lahan jatuh apabila tiada respon dari suaminya itu.

"Awak-",

"Diam, dan tidur", pintas Dani. Dia mencelikkan matanya apabila terdengar suara tanggisan seseorang. Pantas dia menoleh.

Bahu Afifah dipegang sebelum tubuh itu dicempung dan dibaringkan keatas katil. Dia mengusap sedikit rambut Afifah sebelum tangannya menyeka pula air mata gadis itu.

"Aku dah maafkan kau",

Tbc
[1954 words]

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top